You are on page 1of 42

Karangan A - Bahan Rangsangan

 Bagi karangan A, iaitu karangan yang memerlukan anda menulis antara 200-250 patah
kata, pastikan anda tidak menulis melebihi 250 patah kata kerana tulisan selepas 250
patah kata tidak akan dibaca. Tuliskan jumlah perkataan yang betul.
 
 Saya cadangkan, 3 isi dengan jumlah kata @60 patah satu perenggan jadi jumlah 180.
 
 30 kata untuk pendahuluan dan 30 untuk penutup, jadi jumlah besar ialah 240 patah
kata. Rancang perenggan anda dengan hati-hati. Ini sangat penting. Pemerenggan
sangat penting. Rujuk Karangan Respons Terbuka.
 
 Anda mesti menuliskan fakta dengan jelas. Isi/fakta itu mesti menjawab soalan yang
diberikan. Isi yang umum akan menyebabkan markah anda tidak mendapat kepujian
atau cemerlang.
 
 Jangan lupa masukkan peribahasa dalam karangan sekurang-kurangnya satu tetapi
peribahasa tersebut mestilah tepat dan relevan dengan isi atau ayat tersebut. Kalau
dapat memetik kata-kata pemimpin atau kaitan dengan surat khabar atau televisyen
lebih baik kerana anda peka dengan isu-isu semasa.
 
 Karangan yang cemerlang ialah karangan yang dapat memperlihatkan kematangan
calon.

Sumber: http://cikguliz.blogspot.com/search/label/SPM
Karangan Bahagian A - Bahan Rangsangan
 
a. Karangan yang ditulis mestilah berasaskan tema bahan rangsangan yang
    diberikan.
b. Bahan rangsangan boleh terdiri daripada gambar tunggal, gambar bersiri, iklan,
    graf, carta, poster dan sebagainya.
c. Karangan yang ditulis mesti mempunyai pengenalan atau pendahuluan.
    Bahagian ini amat penting kerana mencerminkan isi yang ditulis seterusnya.
d. Pendahuluan mesti membincangkan tema bahan rangsangan secara khusus
    dan mesti ditulis ringkas, padat serta ditulis dalam satu perenggan (anggaran
    20 patah perkataan).
e. Pelajar perlu menyatakan 3 isi yang relevan dengan tema dan mesti diolah
    dengan baik.
f.  Isi mesti berkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain
    (anggaran 70 patah perkataan setiap satu isi).
g. Isi mesti disusun mengikut kepentingan dan disusun rapi.
h. Kesimpulan mestilah ditulis dalam satu perenggan (anggaran 20 patah
    perkataan). Ia mestilah ringkas, padat dan dapat merumus tema yang
    dibincangkan.
 
Ciri-ciri Karangan Yang Baik
 
a.  Tema bahan rangsangan dihuraikan dengan baik dan jelas.
b.  Isi yang ditulis mestilah berkaitan dengan tema dan sebaik-baiknya isi
     tersirat.
c.  Perenggan mesti kemas dan sesuai.
d.  Satu perenggan, satu isi dengan huraian isi serta contoh.
e.  Perenggan dan isi mesti berkaitan dengan yang sebelumnya.
f.   Susunan ayat mesti lengkap dan mudah difahami.
g.  Penggunaan bahasa mesti dipelbagaikan.
h.  Gunakan peribahasa, cogan kata atau  ungkapan yang menarik.
i.   Gunakan penanda wacana yang sesuai.
j.   Isi diolah dengan baik untuk menunjukkan kematangan.
k.  Mesti mengelakkan penggunaan bahasa pasar.
l.   Tulisan mesti jelas dan mudah dibaca.
 
 
Kriteria Pembahagian Markah
 
a. Kefahaman dan kebolehan pelajar memahami tema bahan rangsangan yang
    diberikan sama ada relevan atau tidak.
b. Keupayaan pelajar mengemukakan sekurang-kurangnya 3 isi dan setiap isi
    haruslah disertakan dengan huraian lanjut dan contoh yang sesuai.
c. Setiap isi, fakta dan contoh yang dikemukakan harus juga sesuai dengan
    keadaan semasa dan mempunyai kematangan fikiran.
d. Aspek bahasa pelajar pula akan dinilai dari segi penulisan yang lancar dan
    kemas, tiada kesalahan tatabahasa yang berat, perenggan yang betul dan
    kemas, menggunakan tanda bacaan dan huruf besar yang tepat.
 
 
Aspek-aspek Yang Dinilai
 
a.  Karangan menepati tema bahan rangsangan.
b.  Pengolahan isi, gaya bahasa, penyampaian isi dan kematangan isi
     dikembangkan.
c.  Ejaan dan struktur ayat.
d.  Isi yang ditulis sama ada yang tersurat atau tersirat.
e.  Peribahasa, cogan kata atau ungkapan menarik yang digunakan.
f.   Pendahuluan atau pengenalan.
g.  Penutup atau kesimpulan karangan.
h.  Tulisan yang jelas.
i.   Pemerengganan.
j.   Kesantunan bahasa.
 
 
Kelemahan Calon
 
a. Pengenalan tidak menarik.
b. Isi tidak menepati tema.
c. Isi tidak dihuraikan.
d. Huraian yang tidak bertepatan dengan isi pokok.
e. Perenggan tidak disusun dengan sempurna.
f.  Banyak kesalahan ejaan.
g. Tulisan buruk sehingga sukar dibaca.
h. Bahasa yang berbelit-belit dan ayat terlalu panjang.
i.  Penggunaan perbendaharaan kata yang terhad.
j.  Isi yang diulang-ulang.
k. Hanya menghuraikan isi tersurat sahaja.
l.  Kesalahan tatabahasa seperti sendi nama di, dari dan daripada.
 

  ©2009 Zainudin bin Dirin


 

Sumber: http://www.cemerlangbm.com/spm_kertas1_a_ulasan.html
2004 (N)

Golongan remaja merupakan aset penting kepada negara pada masa hadapan.
Mereka bakal menerajui pemerintahan negara, menjadi tenaga yang
memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara daripada pelbagai
ancaman.

Sebagai remaja yang berwawasan, bincangkan peranan anda untuk mencapai


ketiga-tiga hasrat tersebut

2005 (J)

Pelbagai cabaran perlu anda hadapi sebelum sesuatu cita-cita itu dicapai.

Jelaskan cabaran-cabaran tersebut serta langkah-langkah yang perlu anda


ambil untuk mengatasinya.

2005 (N)

Remaja memang suka mengikut trend semasa dari segi gaya hidup dan
berpakaian. Trend ini akan mempengaruhi budaya hidup masyarakat Malaysia
pada masa akan datang.

Ulas pernyataan di atas

2006 (J)

Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah


sempena Hari Kesihatan Sedunia. Tajuk syarahan anda ialah “Amalan Gaya
Hidup Sihat”.

Sediakan teks syarahan anda selengkapnya

2006 (N)

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) penting dalam


kehidupan pada masa ini.

Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh dengan menguasai kemahiran ICT

2007 (J)

Setiap individu perlu mengamalkan sifat berjimat-cermat.

Huraikan cara-cara anda melaksanakan amalan ini.

2007 (N)

Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan peringkat sekolah.


Tajuk syarahan anda ialah ’Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti ’
Sediakan teks syarahan itu selengkapnya.

2008 (J)

Kitar semula merupakan satu daripada kaedah pengurusan bahan terbuang.

Jelaskan kebaikan-kebaikan amalan kitar semula

2008 (N)

Sebagai setiausaha sidang redaksi majalah sekolah, anda ditugaskan untuk


menyediakan satu laporan tentang Majlis Anugerah Cemerlang yang diadakan
di sekolah anda.

Sediakan laporan itu selengkapnya


DIMENSI KELUARGA

TAHUN
SOALAN

2004 (N) Anda akan mewakili sekolah anda dalam satu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan
tersebut ialah ” Keluarga Bahagia Penjana Masyarakat Harmoni ”

Tulis syarahan itu selengkapnya.

2005 (J) Ada pihak yang berpendapat bahawa masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja
berpunca daripada kegagalan institusi keluarga.

Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.

2005 (N) Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Oleh itu
pendidikan anak-anak sebenarnya bermula di rumah.

Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

2006 (J) Peranan ibu bapa, sokongan ahli keluarga dan usaha diri sendiri banyak mempengaruhi
kejayaan seseorang pada masa depan.

Berikan komen anda tentang pernyataan di atas.

2006 (N) Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam hidup setiap manusia. Jasa mereka kepada kita
tidak ternilai harganya. Sempena sambutan Hari Keluarga, anda diminta untuk menyampaikan
ceramah bertajuk ”Menghargai Jasa Ibu Bapa”

Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.

2007 (J) Keluarga anda mengadakan majlis rumah terbuka bersempena dengan sambutan hari
perayaan. Ramai saudara, rakan dan jiran mengunjungi majlis tersebut.

Jelaskan kebaikan-kebaikan mengadakan majlis rumah terbuka.

2007 (N) Pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu banyak membawa kebaikan kepada keluarga
dan negara.

Jelaskan kebaikan-kebaikan pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu

2008 (J) Hubungan baik antara ahli keluarga dapat menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga.

Bincangkan.
2008 (N) Setiap orang ingin akan kawasan petempatan yang terancang untuk tinggal bersama-sama
keluarga tersayang.

Jelaskan ciri-ciri sebuah petempatan yang menjadi idaman anda sekeluarga.


TAHUN dan SOALAN

2004 (N) Anda mempunyai tokoh sanjungan kerana pencapaian cemerlang tokoh tersebut dalam
bidang yang diceburinya. Tokoh sanjungan ini menjadi pendorong untuk anda mencapai kejayaan
dalam kehidupan.

Nyatakan tokoh sanjungan anda itu dan jelaskan sebab-sebab kejayaan beliau menjadi inspirasi
kepada anda untuk mencapai kecemerlangan.

2005 (J) Anda akan menyertai pertandingan syarahan sempena Kempen Budi bahasa dan Nilai-Nilai
Murni. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah ” Budi Bahasa Amalan Mulia”

Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.

2005 (N) Pencapaian beberapa jenis sukan di negara kita perlu ditingkatkan. Sehubungan itu,
Kementerian Belia dan Sukan juga persatuan sukan perlu mengatur strategi bagi mengembalikan
kegemilangan mutu sukan negara.

Tulis rencana tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak berkenaan bagi meningkatkan
mutu sukan negara.

2006 (J) Masyarakat berperanan penting bagi mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat di
negara kita.
Jelaskan aktiviti-aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh masyarakat untuk menjayakan hasrat tersebut.

2006 (N) Industri pertanian memberikan sumbangan yang semakin penting dalam meningkatkan
pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Berikan saranan anda tentang peranan pelbagai pihak dalam memajukan industri pertanian di negara
kita

2007 (J) Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjayakan kempen antimerokok yang telah
dilancarkan oleh kerajaan. Sebagai rakyat yang prihatin, anda ingin menulis sebuah rencana dalam
akhbar tempatan.
Tajuk rencana itu ialah ’ Kesan Buruk Tabiat Merokok Terhadap Kesihatan ’.

Tulis rencana itu selengkapnya.

2007 (N) Kerajaan telah menubuhkan banyak institusi pendidikan berasaskan kemahiran seperti Kolej
Komuniti, institut Latihan Perindustrian dan Pusat Giat Mara. Antara tujuannya termasuklah untuk
melatih golongan belia supaya lebih bersedia dalam menghadapi alam pekerjaan.

Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.


2008 (J) Anda mewakili sekolah dalam pertandingan pidato peringkat negeri. Tajuk pidato ialah
’Dadah Membawa Padah’.

Tulis teks pidato itu selengkapnya.

2008 (N) Penyakit demam denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes merupakan ancaman yang
membimbangkan negara.

Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya penyakit ini dan langkah-langkah bagi
menanganinya.
 
2004 (N)

Dunia hari ini penuh dengan persaingan. Untuk mendapatkan pekerjaan, kelulusan akademik
semata-mata tidak cukup. Banyak faktor lain yang perlu dikuasai untuk membolehkan
seseorang itu berjaya dalam kerjaya yang akan diceburi sesuai dengan perkembangan dunia
tanpa sempadan.

Tulis sebuah rencana tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh seseorang pelajar untuk
menghadapi persaingan kerja pada masa akan datang.

2005 (J)

Hubungan baik antara Malaysia dengan negara-negara jiran wajar dipelihara.

Bincangkan.

2005 (N)

Pada masa ini, persengketaan dan peperangan masih berlaku di beberapa tempat. Hal ini telah
menjejaskan keharmonian sosial dan perkembangan ekonomi dunia.

Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.

2006 (J)

Malaysia mementingkan kesejahteraan dan keamanan dunia sejagat. Oleh sebab itu, kita tidak
menyokong sebarang bentuk keganasan dan peperangan sebagai jalan penyelesaian sesuatu
masalah.

Huraikan peranan yang wajar dimainkan oleh negara kita untuk terus mengekalkan
kesejahteraan dan keamanan dunia.
 

2006 (N)

Masalah jerebu yang berlaku dirantau ini dapat ditangani secara berkesan melalui kerjasama
dengan negara-negara jiran.

Bincangkan kerjasama yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara-negara jiran untuk
menangani masalah tersebut.

2007 (J)

Anda mengambil bahagian dalam pertandingan bahas di peringkat daerah. Tajuk perbahasan
itu ialah ’ Kemasukan Pekerja Asing Membawa Kebaikan Kepada Negara’.

Tulis hujah-hujah anda sebagai pencadang dalam pertandingan itu.


 

2007 (N)

Kemiskinan masih menjadi masalah utama di kebanyakan negara, walaupun terdapat banyak
negara kaya di dunia.

Sarankan bentuk sumbangan yang dapat diberikan oleh negara-negara kaya untuk membantu
negara-negara miskin.
2008 (J)

Rakyat Malaysia yang berada di luar negara dapat memainkan peranan untuk mempromosikan
negara kita dalam pelbagai aspek pada peringkat antarabangsa.

Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

2008 (N)

Penyertaan setiap negara dalam pertandingan sukan pada peringkat antarabangsa dapat
mengeratkan hubungan masyarakat dunia.

Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.


2004 (N)

Masyarakat Malaysia masih kurang memberikan pengiktirafan kepada


golongan yang terlibat dalam bidang sastera berbanding dengan masyarakat
negara maju.

Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk


memartabatkan golongan ini.

2005 (J)

Sastera tradisional seperti pantun, syair, gurindam, seloka dan cerita rakyat
semakin kurang diminati.

Huraikan peranan pelbagai pihak untuk mempopularkan sastera tradisional ini.

2005 (N)

”Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat” bermaksud


perpaduan dapat diwujudkan melalui kerjasama anggota masyarakat.

Berdasarkan maksud peribahasa tersebut, tulis cerpen yang menggambarkan


kerjasama dalam kehidupan masyarakat majmuk.

2006 (J)

Remaja kini kurang berminat untuk membaca karya yang bertemakan


semangat patriotik.

Berikan saranan anda bagaimana untuk menggalakkan remaja supaya


membaca karya-karya yang bertemakan semangat patriotik.

2006 (N)

Penghayatan nilai-nilai murni dalam karya sastera dapat membentuk peribadi


yang baik dalam kalangan pembaca.

Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.

2007 (J)

Pembacaan karya-karya sastera dapat meningkatkan penguasaan bahasa,


kemahiran menghasilkan karya kreatif dan penerapan nilai-nilai murni dalam
diri murid.

Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

2007 (N)

Tulis sebuah cerpen atau skrip drama yang berakhir dengan dialog di bawah.
Adam : Aku menyesal; segala-gala yang aku lakukan selama ini

memang salah !

Haris : Syukurlah, engkau telah sedar! Masih belum terlambat

untuk engkau kembali ke pangkal jalan

2008 (J)

Peribahasa "Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam" membawa


maksud bahawa orang yang kurang pandai kalau rajin belajar akan berjaya
juga akhirnya.

Tulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa di atas.

2008 (N)

Yang kurik itu kundi


Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa.
Pantun di atas menjelaskan bahawa budi bahasa penting dalam kehidupan
manusia. Bincangkan kepentingan amalan berbudi bahasa dalam masyarakat.
TEMA KARANGAN BERDASARKAN UNIT BUKU TEKS TINGKATAN 4

Unit 1 : SENARIO MASYARAKAT KITA

Masyarakat Malaysia Alaf Baru

Tradisi Kejiranan Dalam Masyarakat

Unit 2 : AMBANG REMAJA

Remaja dan Cabaran

Remaja dan Keluarga

Disiplin Remaja dan Kokurikulum

Unit 3 : DUNIA SEMAKIN CANGGIH

Kad Elektronik

Budaya Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi

E-mel dan anda

Unit 4 : KERANAMU Malaysia

Patriotisme

Malaysia Alaf Baru

Pengorbananku

Unit 5 : MELESTARIKAN ALAM SEKITAR

Pendidikan Alam Sekitar

Kualiti Udara

Pencemaran Sungai Kita

Unit 6 : RIADAH

Hobi, Sukan dan Rekreasi

Cabaran di Puncak Kinabalu


Hobi dan Cabarannya

Unit 7 : GENERASI KITA

Wawasan Generasi Kita

Patriotisme Generasi Muda

Generasi Pelapis

Unit 8 : GAYA HIDUP SIHAT

Amalan Gaya Hidup Sihat

Remaja dan Kesihatan

Obesiti dan Pencegahannya

Unit 9 : KERJAYA

Minggu Kerjaya

Cita-cita dan Kerjaya

Surat Permohonan

Unit 10 : WARISAN BANGSA

Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah

Warisan Seni Bina MelayuTradisional

Pemuliharaan Warisan Sejarah

Unit 11 : INDUSTRI PELANCONGAN MALAYSIA

Kebudayaan dan Pelancongan

Malaysia dan Destinasi Pelancongan

Warna-warna MalaysiaAN UNIT BUKU TEKS TINGKATAN 5


UNIT 1 : RUMAH TERBUKA RAKYAT MALAYSIA
Rumah Terbuka Aidilfitri
Rumah Terbuka Malaysia
Kemanusiaan Sejagat

UNIT 2 : PENDIDIKAN ALAF INI


E-Pendidikan
Pendidikan Maya
Kepentingan Ilmu Dalam Era Globalisasi

UNIT 3 : PENGANGKUTAN ALAF INI


Tren ERL
Kejayaan Negara dalam Perindustrian Tren Laju
Harapan Masa Depan

UNIT 4 : BANDAR PINTAR MALAYSIA


Bandar dalam Taman
Putrajaya Mercu Tanda Kemajuan Negara
Perpaduan Menjamin Keamanan

UNIT 5 : ALAM PEKERJAAN


Kerjaya Masa Depan
Kejayaan dalam kerjaya
Impian, Usaha dan Kejayaan

UNIT 6 : PENDIDIKAN INDUSTRI


Pendidikan Industri di IPT
Pendidikan Industri Teras Pembangunan Negara
Cabaran Pendidikan Industri

UNIT 7 : BIOLEMBANGAN
Kejayaan Melalui Pertanian
Bioteknologi dalam Pertanian
Perkembangan Pertanian

UNIT 8 : PELABURAN
Pelaburan Mengubah Masa Depan
Pelaburan Menerusi Saham Amanah
Pelaburan Dalam Sektor Hartanah

UNIT 9 : TELEPERUBATAN
Kesihatan Sepanjang Hayat
Amalan Pemakanan Seimbang
Cegah Sebelum Parah
UNIT 10 : SUKAN SEANTERO DUNIA
Malaysia Jaguh Sukan SEA
Sukan Mengharumkan Nama Negara
Malaysia Penganjur Sukan Antarabangsa

UNIT 11 : KOMUNIKASI GLOBAL


Mykad Ciptaan Kita
Internet dan Dunia Tanpa Sempadan
Seni Sastera Khazanah Bangsa

UNIT 12 : PELESTARIAN BUDAYA WARISAN


Memelihara Budaya Bangsa
Anugerah Seni Negara
Adat Perkahwinan Masyarakat Malaysia
PENDAHULUAN

Jenis-jenis pendahuluan :-

(i)   pendahuluan jenis definisi


(ii)  pendahuluan jenis pendapat
(iii) pendahuluan    jenis suasana
(iv) pendahuluan jenis persoalan
(v)  pendahuluan jenis peribahasa   
 
PENDAHULUAN JENIS DEFINISI ·
memberikan takrif · makna · definisi
 
Contoh :
 
          Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau
peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan
remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40
021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes pada tahun 1998 Di samping itu,
kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa.
 
PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT -
menyatakan pendapat seseorang tokoh
 
Contoh :
 
            Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad,
pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau
bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu
adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi pada masa yang sama
meneruskan pembangunan.
 
PENDAHULUAN JENIS SUASANA -
menggambarkan sesuatu melalui suasana yang sesuai.
 
Contoh :
 
           Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-
bengkok dengan perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami
dihiburkan oleh abang-abang yang memandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak
Bukit Fraser , sepasang anak mataku sempat mengintai hutan rimba yang akan kami
lalui nanti.
 
PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN -
mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk
 
Contoh:
 
           Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri
mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan
boleh membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja
tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya ,
apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan ?
 
PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA -
memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.
 
Contoh:
 
            Peribahasa Melayu ” ringan sama dijinjing, berat sama dipikul” dan “seperti
aur dengan tebing” amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang
anggota-anggotanya mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya
hubungan kasih sayang dalam sesebuah komuniti.
PEMERENGGANAN KARANGAN BAHASA MELAYU
 
Ciri-ciri pendahuluan karangan
• Pendahuluan karangan seboleh-bolehnya menggambarkan tajuk perbincangan dan
keseluruhan isi yang hendak dibincangkan dalam perenggan isi karangan.

• Pembaca akan membuat kesimpulan awal tentang apa-apa yang ditulis setelah membaca
pendahuluan. Sehubungan dengan itu, anda sekurang-kurangnya mesti berupaya untuk
mengetahui dan menulis beberapa jenis perenggan pendahuluan.

Terdapat 7 jenis perenggan pendahuluan :

Secara umumnya, perenggan pendahuluan terbahagi kepada :


a. Pendahuluan jenis definisi.
b. Pendahuluan jenis pendapat.
c. Pendahuluan jenis situasi/suasana.
d. Pendahuluan jenis persoalan.
d. Pendahuluan jenis peribahasa.
e. Pendahuluan jenis puisi.
f. Pendahuluan jenis sejarah.

Pengenalan perenggan isi

Bahagian isi atau badan karangan terdiri daripada beberapa perenggan atau paragraf. Setiap
paragraf mempunyai fungsi tersendiri tentang tajuk atau tugasan soalan.

• Perenggan merupakan satu kumpulan kalimat yang disusun secara logis dan sistematik.

• Setiap paragraf mengandungi makna, pesan, fikiran ataupun satu persoalan pokok dan
selaras dengan persoalan pokok yang dibawa oleh keseluruhan karangan berkenaan.

• Sesuatu paragraf dihasilkan daripada sejumlah ayat yang berkaitan antara satu sama lain.

• Paragraf juga merupakan satu kesatuan pemikiran sama ada untuk menggambarkan
pengalaman,
pendapat, pandangan serta imaginasi.
Secara umumnya, perenggan isi terbahagi kepada 3 bentuk. Walaubagaimanapun, untuk
penulisan karangan pelajar tingkatan empat dan lima, penulisan karangan biasanya
menggunakan perenggan 4 unsur.
a. Perenggan Deduktif
b. Perenggan Induktif
c. Perenggan Gabungan/perenggan 4 unsur.

Ciri-ciri perenggan 4 unsur.

Setiap paragraf hendaklah mengandungi 4 unsur ;


a. Ayat topik/isi utama.
• Mesti menjawab tugasan yang diberikan dalam soalan.
• Gunakan ayat yang mudah.

b. Huraian (ayat huraian)


• Pengembangan isi berdasarkan isi utama.
• Boleh merangkumi aspek persoalan bagaimana dan mengapa. • Menggunakan penanda
wacana yang sesuai.
• Gunakan kosa kata, ungkapan atau frasa menarik.

c. Contoh (ayat contoh)


• Bukti penyokong kepada isi utama dalam bentuk data statistik, pendapat orang yang sangat
dikenali ramai dan dihormati, dan penemuan atau kajian sains.

d. Kesimpulan (ayat penegas)


• Penutup kepada perenggan dan menegaskan

Contoh Perenggan 4 Unsur

Contoh 1

Skop soalan : Punca kesesakan jalan raya


 
Punca selanjutnya yang menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya ialah disebabkan oleh
sikap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya. Kebanyakan
mereka terutamanya pemandu kenderaan memandu kenderaan mereka dengan mengikut hati
sendiri tanpa mematuhi undang-undang jalan raya dan menghormati hak pengguna jalan raya
yang lain. Pengguna jalan raya seperti ini menganggap jalan raya hak mereka sendiri.
Tindakan yang dilakukan oleh mereka ini telah mengundang berlakunya kesesakan di jalan-
jalan raya. Keadaan ini menyebabkan mereka melakukan pelbagai kesalahan jalan raya seperti
memotong barisan kenderaan, melanggar lampu isyarat merah, memotong di garisan
berkembar, dan berhenti di petak kuning. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sikap pengguna
jalan raya yang tidak bertanggungjawab mengundang berlakunya kesesakan di jalan raya.

Rujukan (sila rujuk perkataan berwarna):


Biru : Ayat utama/ayat topik
Coklat :Ayat Huraian
Merun :Ayat contoh
Jingga :Ayat penegas

Contoh 2

Soalan karangan :

Masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita sudah menjadi semakin serius sejak
akhir-akhir ini.
Pada pendapat anda, bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi
semakin buruk?

Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan
institusi keluarga. Institusi keluarga merupakan elemen yang rapat dengan remaja.
Sehubungan itu, hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku membolehkan institusi keluarga
mengenali, mengawasi dan menasihati remaja. Selain itu, institusi keluarga juga hendaklah
mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah merupakan asas kepada kehidupan
berkeluarga. sebarang bentuk pertengkaran hendaklah dihindarkan, sebaliknya ketua keluarga
mengambil langkah untuk merancang sesuatu yang membina kepada ahli keluarganya seperti
bersembahyang dan makanbersama. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhilah Kamsah
menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting bagimengatasi masalah sosial dalam
kalangan remaja. Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian maka,
adalah penting bagi institusi keluarga untuk memainkan peranan yang utama agar masalah
sosial dalam kalangan remaja dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa
peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja.

Rujukan (Sila rujuk perkataan berwarna) :


Biru : Ayat topik
Coklat : Ayat huraian
Merun : Ayat contoh
Jingga : Ayat penegas

Contoh 3

Soalan Karangan :
Sambutan bulan kemerdekaan, sekolah anda telah menganjurkan pidato kemerdekaan. Anda
berminat untuk menyertai pidato tersebut.
Tajuk pidato tersebut ialah cara-cara memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar.
Tuliskan pidato tersebut selengkapnya.

Contoh perenggan 4 unsur.

Antara langkah yang boleh dijalankan untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan
pelajar adalah dengan mengajar mata pelajaran Sejarah di sekolah. Hal ini demikian kerana
dengan adanya mata pelajaran Sejarah, semangat patriotik dapat disebarkan secara
menyeluruh dengan lebih mendalam mengenai sejarah negara kita. Sebagai contoh, pelajar
dapat mengetahui peristiwa-peristiwa penting semasa negara hendak mencapai kemerdekaan
dan menyelami pelbagai kesengsaraan yang dialami oleh pejuang-pejuang negara dalam
usaha untuk mencapai kemerdekaan. Dengan ini, semangat patriotik dapat diterapkan dalam
diri setiap pelajar untuk mempertahankan kebebasan yang telah kita perolehi pada hari ini
apabila mengetahui betapa tingginya nilai kemerdekaan sesebuah negara. Bak kata pepatah
Melayu, 'tak kenal, maka tak cinta'. Selain itu, dengan mempelajari mata pelajaran Sejarah,
pelajar juga dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang tokoh-tokoh terkemuka yang
telah banyak berjasa kepada negara. Hal ini akan membangkitkan semangat untuk mencontohi
jasa-jasa yang telah ditaburkan. Aspek ini dapat dilihat dalam diri pelajar seperti pelajar akan
mempunyai semangat yang lebih kental dan tidak mudah goyah dalam menegakkan sesuatu
perkara demi keadilan negara. Oleh itu, mempelajari mata pelajaran Sejarah amat penting
bagi melahirkan pelajar yang berjiwa patriotik dan mempunyai semangat cinta akan tanah air.
kemerdekaan.
Rujukan (sila rujuk perkataan berwarna ) :
Biru : Ayat topik/ayat utama
Coklat : Ayat huraian
Merun : Ayat contoh
Jingga : Ayat penegas

Perenggan penutup .

• Sesebuah karangan dianggap tidak lengkap jika tiada penutup atau kesimpulan.
• Penutup merupakan kesimpulan terhadap pendapat yang telah dikemukakan.
• Pelajar perlu berhati-hati apabila menulis perenggan penutup kerana sikap dan pandangan
pelajar terhadap tajuk dapat dibayangkan.
• Penutup karangan mesti mempunyai kesimpulan yang lembut tetapi berkesan.
• Pelajar diingatkan supaya tidak mengulangi isi yang telah dikemukakan untuk bahagian
penutup ini.

 
Rujukan :

 
1. Bahan hasilan Guru Cemerlang Daerah Muar iaitu Pn. Noraini dari SMP SAB Muar dan
Cik
    Fatimah Daud dari Sek. Men. Sains Muar.
2. Buku rujukan
Karangan Respons Terbuka 100 markah
Dapatkan markah yang paling banyak di sini. Jawab soalan ini dahulu walau susah mana
soalan tersebut. Buat rangka dan rancang perenggan anda. markah 100, jangan sia-siakan.

 Ingat, sekurang-kurangnya mesti 7 perenggan dengan 5 isi. Setiap isi mesti ada
sekurang-kurangnya 80 patah kata. Jumlah 400 patah kata. 70 untuk pendahuluan dan
70 untuk penutup, maka keseluruhan karangan anda akan ada 54o patah kata. Cukup
untuk mendapat 1A dengan andaian yang lain-lain cemerlang. kalau tulis kurang
daripada 400, sukar untuk dapat markah tinggi.
 
 Kenapa? Senang sahaja, tentu isi karangan tidak dapat dihuraikan dengan mantap.
Apabila isi tidak mantap, maka markah akan berkurang.
 
 Ingat peraturan menulis perenggan. Ini sangat penting. Pengurusan perenggan yang
baik akan meningkatkan impression pemeriksa.
 
 Pastikan ayat topik sangat jelas. Misalnya kalau soalan itu mahukan anda menuliskan
usaha-usaha untuk mengatasi keracunan makanan, maka ayat topiknya hendaklah jelas
iaitu antaranya -- Salah satu usaha untuk mengatasi masalah keracunan makanan
adalah dengan memastikan semua peralatan masak dan dapur dalam keadaan yang
bersih. (Ini ayat topik) maksud ayat topik ialah ayat yang menerangkan topik
perbincngan dalam perenggan itu. Dan ayat topik ini mestilah jelas menjurus
jawaban soalan tersebut.
 
 Lepas ayat tersebut barulah huraikan ayat topik. (Ayat huraian) Dalam huraian, anda
hendaklah menjelaskan bagaimana untuk memastikan semua peralatan masak dan
dapur itu sentiasa dalam keadaan bersih. Contohnya: Semua periuk belanga dan
peralatan lain hendaklah dibasuh dengan bersih dengan menggunakan pencuci yang
selamat. Air yang digunakan hendaklah air yang bersih dan bukan air yang telah
digunakan berulang kali sebagaimana yang dapat dilihat di sesetengah premis
perniagaan yang menakung air untuk membersihkan peralatan dapur mereka. Dapur
juga hendaklah sentiasa disapu dan dikemaskan. Segala barang yang lama dan tidak
diperlukan hendaklah dibuang. Begitu juga sampah dan bahan buangan yang lain
hendaklah dibuang di dalam tong sampah yang bertutup agar tidak dihurungi lalat.
Dapur hendaklah bebas daripada lalat, lipas, tikus dan sebarang haiwan yang dapat
membawa penyakit.
 
 panjang tak? cuba kira berapa jumlah perkataan tersebut? Ini belum habis lagi. Anda
hendaklah menutup perenggan anda dengan ayat penyimpul. Ayat penyimpul
merupakan kesimpulan isi untuk perenggan itu sahaja. Gunakan kata-kata seperti
Jelaslah, oleh itu, Sebab itulah, Oleh hal yang demikian, Sesungguhnya, dan
banyak lagilah... Ayat penyimpul akan menegaskan ayat topik. Pemeriksa akan berasa
puas dengan isi yang disampaikan kerana mantap, lengkap, menjawab soalan dan
terurus. Dalam ayat penyimpul, bolehlah dimasukkan peribahasa yang sesuai kalau
ada.
 
 Contoh: Jelaslah bahawa peralatan masak dan dapur yang bersih amat penting untuk
menghindarkan keracunan makanan daripada berlaku. Oang kata, lebih baik mencegah
daripada mengubati. (Baca yang bercetak coklat berterusan. ini adalah satu
perenggan.)
 
 Ingat! Satu isi satu perenggan. Jangan sesekali mencampuradukkan isi. Jangan ada isi
dalam pendahuluan atau penutup. Masalah berat ni kalau ada yang buat macam itu.
Karangan Bahagian B - Contoh perenggan 4 unsur
 
Aspek Yang Dinilai Dalam Karangan B:
 
a. Penilaian dibuat secara holistik berpandukan kriteria dan peringkat yang
    ditetapkan.
b. Penggunaan pelbagai jenis kata atau kosa kata yang luas dan tepat.
c. Penggunaan pelbagai ayat majmuk.
d. Ejaan dan tanda bacaan.
e. Penggunaan laras bahasa yang sesuai.
f . Idea yang relevan dengan tugasan dalam soalan yang diberikan.
g. Kematangan idea dan contoh yang sesuai.
h. Pengolahan yang menarik dan berkesan serta pemerengganan yang sesuai.
i.  Wacana yang lengkap dan ada kesinambungan idea.
j . Penggunaan unsur bahasa yang bervariasi.
k. Penggunaan gaya bahasa yang menarik dari segi keindahan bahasa dan
    penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.
l . Format karangan
 
Contoh soalan karangan: 
 
Masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita sudah menjadi semakin
serius sejak akhir-akhir ini. Pada pendapat anda bagaimanakah kita hendak
membendung masalah ini daripada menjadi semakin buruk.
 
bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi
semakin buruk = TUGASAN
 
Contoh Perenggan 4 Unsur
 
      Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan
remaja ialah peranan institusi keluarga. Institusi keluarga merupakan elemen
yang rapat  dengan remaja. Sehubungan itu, hubungan yang rapat ibarat isi
dengan kuku membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan
menasihati remaja. Selain itu, institusi keluarga hendaklah mewujudkan suasana
harmoni di rumah kerana rumah merupakan asas kepada kehidupan
berkeluarga. Sebarang bentuk pertengkaran hendaklah dihindarkan sebaliknya
ketua keluarga mengambil langkah untuk merancang sesuatu yang membina
kepada ahli keluarganya seperti bersembahyang dan makan bersama. Pakar
motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhillah Kamsah menyatakan institusi  keluarga
merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan
remaja. Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian maka,
adalah penting bagi institusi keluarga untuk memainkan peranan yang utama agar
masalah sosial dalam kalangan remaja dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak
dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi
membendung masalah sosial remaja.
 
 
Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja
ialah peranan institusi keluarga = ISI UTAMA
 
elemen = KOSA KATA MENARIK
 
Sehubungan itu = PENANDA WACANA
 
ibarat isi dengan kuku = UNGKAPAN MENARIK
 
Selain itu = PENANDA WACANA
 
rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga = FRASA MENARIK
 
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhillah Kamsah menyatakan institusi 
keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam
kalangan remaja = AYAT CONTOH
 
Sejajar dengan itu = PENANDA WACANA
 
Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga
merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial
remaja. = AYAT PENEGAS
 
 
©2009 Zainudin bin Dirin

 
PANDUAN MENJAWAB 
SOALAN KARANGAN (BAHAGIAN B) 
(Format Terkini- Kemas kini 6 Jun 2007)
 
 
JENIS KARANGAN BERFORMAT

1. Wawancara/dialog/temuramah
2. Berita
3. Ucapan/Syarahan/Ceramah/Pidato
4. Surat kiriman biasa/rasmi
5. Laporan aktiviti/minit mesyuarat
6. Perbahasan

JENIS KARANGAN TIDAK BERFORMAT

1. Perbincangan/pendapat/ulasan/komentar/Fakta
2. Deskriptif/cereka
3. Peribahasa/cogan kata

PEMILIHAN TAJUK

1. Mengikut format baru 2004, terdapat 5 tajuk dikemukakan untuk pilihan.


2. Fokus tajuk ke-5 berkaitan dengan KOMSAS tetapi boleh ditanya dalam
pelbagai jenis.
3. Semua tajuk itu meliputi perkara-perkara tertentu daripada soalan sosial,
politik dan ekonomi.
4. Tajuk-tajuk tentang hal ehwal semasa terutamanya pada tahun lepas
dan awal tahun ini perlu diberikan perhatian.
5. Tajuk-tajuk/isu-isu itu boleh dikemukakan dalam pelbagai jenis karangan
sama ada yang berformat atau tidak.
6. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jenis perbincangan, fakta atau
rencana banyak dikemukakan.
7. Hal ini mungkin kerana jenis-jenis tersebut lebih mencabar ditulis
berbanding dengan jenis surat contohnya.
8. Pilih tajuk yang jenisnya anda kuasai format atau pendekatan
menulisnya. Peperiksaan bukan medan untuk anda mencuba jenis yang
belum pernah dibuat.
9. Pilih tajuk yang dapat dikemukakan lebih daripada 4 isi utama.
10. Pilih tajuk yang berkaitan dengan hal ehwal semasa kerana ingatan
anda masih kuat.
11. Oleh sebab markah bahasa paling tinggi, pastikan tajuk pilihan anda
boleh anda karang dengan bahasa yang cemerlang:
o Memuaskan dan lancar; 
o Tiada kesalahan tatabahasa; 
o Mengandungi pelbagai jenis ayat; 
o Kosa kata yang sangat luas dan tepat penggunaannya; dan 
o Penggunaan tanda baca yang betul dan tepat.

SUMBANG SARAN KENDIRI SEMASA MENYEDIAKAN RANGKA


KARANGAN

1. Sumbang saran kendiri yang dimaksudkan ialah proses mencatatkan


apa sahaja isi yang terlintas di fikiran tanpa mengira urutan kepentingan,
isi utama atau isi sokongan dan apa sahaja yang boleh menyekat aliran
fikiran.
2. Dalam bahasa yang mudah, tulis sahaja apa yang terlintas di kepala
anda!
3. Hanya pelajar yang cukup terlatih dapat berbuat begitu dan untuk
menjadi terlatih anda perlu selalu melatihkan diri dengan kaedah ini.
4. Setelah isi ditulis, barulah difikirkan susunannya mengikut urutan
kepentingan, peristiwa dan pengelompokan isi-isi kecil menjadi isi utama
yang jitu dan utuh.

PENULISAN PENDAHULUAN

1. Pendahuluan perlu ditulis mengikut jenis karangan.


2. Karangan berformat harus mengikut format yang betul seperti yang telah
dipelajari.
3. Karangan jenis perbincangan dan seumpamanya memerlukan
pendahuluan ditulis dalam 1 perenggan sahaja.
4. Ia harus menarik dan boleh menggambarkan kandungan keseluruhan
karangan.
5. Jika perlu, pendahuluan yang berciri provokatif juga boleh digunakan
asalkan tidak keterlaluan.
6. Jangan masukkan isi dalam perenggan pendahuluan.

PENULISAN ISI

1. Untuk semua jenis karangan, jumlah isi minimum yang diterima ialah 3.
2. Walau bagaimanapun, disarankan anda menulis daripada 3 hingga 5 isi
utama.
3. Setiap isi utama harus diikuti oleh isi sokongan, huraian dan contoh.
4. Isi sokongan mungkin 1 atau 2 mengikut kesesuaian tetapi tidak terlalu
banyak.
5. Pastikan setiap isi ditulis dalam satu perenggan.
6. Gunakan penanda wacana yang bersesuaian pada permulaan
perenggan supaya kelihatan berkaitan dengan perenggan sebelumnya.
7. Susun isi mengikut urutan peristiwa dan urutan kepentingan.

PENULISAN KESIMPULAN

1. AMAT PENTING! Semak karangan anda sebelum tulis kesimpulan


supaya tiada isi penting yang tertinggal.
2. Setelah pasti, barulah tulis perenggan pendahuluan.
3. Kesimpulan juga harus mengikut jenis karangan.
4. Pastikan  ia ditulis dalam 1 perenggan sahaja dan tidak terlalu panjang.
5. Kesimpulan harus merupakan rumusan kepada isi karangan secara
keseluruhan.
6. Ia mungkin merupakan penegasan atau cadangan terhadap fokus
soalan.
7. Jika ingin memberikan pendapat, pastikan ia berbentuk umum tetapi
menjurus kepada fokus soalan.

 
PENANDA WACANA
PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN
KARANGAN

· Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru
dunia ini tentang isu …
· Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah
….
· Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan
ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.
· Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan
pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali
tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita
sendiri.
· Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …
· Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …

PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN

· Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan
dengan terperinci demi kebaikan bersama.
· Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah
ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
· Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik
dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.
· Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang
menyatakan …….
· Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan
pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar
umbi.

PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

· Kita dapat menyaksikan betapa…


· Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…
· Lazimnya, dalam keadaan …
· Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …
· Pada hemat saya …
· Pada pandangan saya …
· Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …
· Sebagaimana yang kita ketahui
· Sebagaimana yang kita maklumi
· Sejak awal lagi
· Sejak kebelakangan ini
· Selain itu, pada masa ini juga
· Seperti yang telah dinyatakan
· Umum mengetahui bahawa
· Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas
PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN

· Bagi sesetengah orang …


· Begitu juga dengan …
· Begitu juga halnya dengan …
· Bertitik tolak daripada itu …
· Bukan itu sahaja …
· Dalam hal ini …
· Dalam konteks ini ..
· Dalam zaman yang serba canggih ini …
· Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …
· Dengan adanya …
· Dengan berbuat demikian …
· Dengan perkataan lain ..
· Disebabkan hal itu
· Disebabkan keistimewaan inilah kita ..
· Hal ini berlaku disebabkan
· Hal ini penting dalam
· Hal ini serupa dengan
· Hal yang serupa berlaku apabila
· Ini disebabkan
· Ini membuktikan bahawa
· Ini menggambarkan bahawa
· Ini secara tidak langsung akan
· Ini semua meninggalkan kesan kerana
· Ini tentu sekali membuatkan
· Jadi kita perlu
· Jadi kita hendaklah
· Keadaan ini tentunya
· Lantaran itu sehingga kini
· Kesemua ini menyumbang kepada
· Kita mengakui hakikat bahawa
· Kita sering menonton di kaca televisyen
· Kita sering membaca di dada-dada akhbar
· Memandangkan keadaan yang sedemikian
· Namun sejak kebelakangan ini
· Oleh itu, bolehlah dikatakan
· Secara logiknya masa yang
· Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita
· Keadaan ini seharusnya boleh
· Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini
· Kendatipun demikian, kita masih
· Yang paling nyata ialah
· Yang perlu kita pastikan ialah

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK

· Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak


· Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan
· Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun ……
menunjukkan bahawa sebanyak …………

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH

· Sebagai contohnya
· Biar kita lihat
· Biar kita ambil contoh
· Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
· Sebagai analoginya,
· Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

· Intihanya,
· Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
· Konklusinya,
· Dengan ini diharapkan
· Bukan itu sahaja
· Mudah-mudahan perkara ini
· Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa
· Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni,
insyallah perkara ini akan …
· Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama

KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN

01. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati
dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.
02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang,
bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne
04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah
orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
05. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju
kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang
06. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Surah al-
Hajj:77
07. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta
pertolongan" ~Surah Yusuf:18
08. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
09. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi
semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz
10. "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu
bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan." ~Tengku
Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)
11. "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah.
Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki."
~Profesor Diraja Ungku Aziz
12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan
penduduk langit.
16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga
dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak
warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib
17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan
madu."
18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk
mengejar impian hari esok.
19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang
jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan
berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)
20. Kekitaan yang erat tiada yang berat.
21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang
membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan
bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim
atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau;
adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. - SAIDINA ABU
BAKAR
23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan
yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali
hilang akan terus hilang.
24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

Bahagian 2

i) Penanda permulaan karangan


a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,

ii) Penanda memulakan isi baharu


a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,

iii) Penanda huraian isi karangan


a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala

iv) Penanda memberi contoh dalam karangan


a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti

v) Penanda menghuraikan contoh


a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,

vi) Penanda menutup isi


a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat


Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala
(Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)

a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan
i) malar-malar

viii) Penanda memulakan perenggan penutup


a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,

ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza


a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa


a) Bak kata peribahasa, .......
b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa, ............
f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu, .............
i) Persis kata orang tua-tua, ............
j) Persis kata mutiara, ............
k) Persis peribahasa, ...............
l) Persis kata cendekiawan, .............
m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........
n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa .......
FRASA MENARIK YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENULIS KARANGAN
Dipetik daripada : Blog Cikgu Rubiyah
http://www.rubiyah.net

-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang


-mendukung kebenaran yang kita sepakati
-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
-mengambil langkah sederap
-menghirup udara hasil kemerdekaan
-mengikut acuan sendiri
-mengundang kontroversi
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-menjulang negara ke puncak jagat
-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
-menyambut gamitan menara impian
-menyebabkan imej negara tercalar
-menyediakan kursus dan latihan yang relevan
-menyembunyikan masalah utama masyarakat
-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
-muafakat merupakan inti kepada perpaduan
-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
-nilai keinsanan yang syumul
-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
-pelbagai cabaran yang bakal menghambat
-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat
-pembentukan masyarakat sakinah
-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini
-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
-perlu dibaja kembali
-perubahan yang diharap masih belum menjelma
-petanda kehancuran generasi
-pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis

-kita perlu mengorak langkah


-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
-kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu
-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
-manifestasi kesanggupan bangsa
-manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
-masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
-masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
-masalah sosial dan susila yang meruncing
-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
-masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan
-melangkah dengan seribu kekuatan
-melontarkan soalan yang cukup penting
-melupakan cita-cita yang lebih luhur
-membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu
-membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
-membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
-membetulkan ketidaktepatan fakta
-membimbing mereka memenuhi impian
-membina impian masa depan yang lebih gemilang
-membongkar kepincangan
-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
-mempengaruhi minda generasi muda
-mempertahankan perasaan saling bersefahaman
-mempertingkat dan memperteguh kefahaman
-mempraktikkan elemen tolak ansur
-memudaratkan kesejahteraan rakyat
-menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
-menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
-menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
-menampilkan wajah baru yang disulami tekad
-menangkis tuduhan yang tidak berasas
-mencapai tahap yang mencemaskan
-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini
-mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya
-mendapat perhatian dan liputan media massa
-mendepani masa depan yang tidak menentu
KATA-KATA HIKMAT YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM KARANGAN
sumber: Cikgu Zulkarnain (SMK Sacred Heart Sibu)
dipetik daripada : Cikgu Idris Saleh http://bmmaya.blogspot.com/

01. Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati
dan sebesar-besar dosa adalah berdusta
02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan
terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).
03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)
04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang
dapat menunjukkan kesalahan kamu.
05. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)

06. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta
pertolongan" (Surah Yusuf:18)
07. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
08. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi
semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)
09. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
10. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
11. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
12. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk
langit.
13. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya;
siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti
hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)
14. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."
15. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar
impian hari esok.
16. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur.
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh
dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

17. Kekitaan yang erat tiada yang berat.

18. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.


19. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali
hilang akan terus hilang.
20. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
21. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

You might also like