You are on page 1of 4

BAB 9: MEREKA BENTUK PENGORGANISASIAN

PENGORGANISASIAN – merupakan penyebaran sumber-sumber organisasi untuk mencapai

matlamat strategik.

ELEMEN-ELEMEN UTAMA STRUKTUR ORGANISASI

1) PENGKUHUSUSAN KERJA
 Berlaku apabila tugas dalam organisasi dibahagikan kepada beberapa bahagian
yang dilakukan secara rutin bagi membolehkan subordinat mengetahui secara
mendalam bahagian-bahagian kerja yang dilakukan supaya mereka memiliki
tahap kemahiran yang tinggi.
2) RANTAIAN ARAHAN
 Merupakan satu garis kuasa yang bermula dari pihak atasan sehingga ke pihak
bawahan dalam organisasi dengan menjelaskan siapa melaporkan dan
bertanggungjawab kepada siapa.
 Rantaian arahan:
i. Autoriti – kuasa sah yang diberi kepada seseorang untuk memberi arahan
dan menjangka subordinat akan mengikut arahan berdasarkan
kedudukan dalam organisasi

ii. Tanggungjawab – orang yang diperlukan membuat pelaporan dan


memberi justifikasi ke atas hasil-hasil tugas yang diperolehi kepada pihak
yang berada pada peringkat yang lebih tinggi dalam rantaian arahan.
Pertanggungjawabkan ke atas sesuatu tugas apabila mereka menerima
tanggungjawab dan autoriti yang untuk dilaksanakan. Majikan
mempunyai andaian bahwa pekerja akan melaporkan hasil kerja masing-
masing. Andai kata hasil yang diperolehi tidak mencapai matlamat,
pekerja berkenaan perlu menjelaskan kenapa ini berlaku dengan
memberi alas an-alasan yang kukuh.
iii. Delegasi – proses penugasan sebahagian daripada autoriti dan
tanggungjawab pengurus kepada individu lain yang berada pada posisi
yang lebih rendah dalam hierarki organisasi.

3) PEMUSATAN DAN PEMENCARAN


 Pemusatan dan pemencaran merupakan kaedah pengagihan kuasa yang
dilakukan oleh pengurus dengan mengambil kira pertimbangan kerumitan dan
kesegraan tugas, kemampuan subordinat dan gaya kepimpinan pengurus.
i. Pemusatan
 Pemusatan merupakan sejauhmana aktiviti membuat keputusan
di tumpukan kepada satu titik dalam organisasi dimana keputusan
dibuat oleh pihak pengurusan. Hak membuat keputusan
datangnya daripada jawatan yang dipegang. Oleh itu apabila
pengurusan atasan membuat keputusan mereka tidak
memerlukan input daripada subordinat.
ii. Pemencaran
 Melibatkan kesediaan pengurus untuk memberi peluang kepada
subordinat dalam membuat keputusan berdasarkan
pertimbangan budi bicara dan kemampuan subordinat. Semakin
tinggi subordinat menyediakan input, semakin tinggi tahap budi
bicara untuknya membuat keputusan. Di antara kebaikan
pemcaran adalah dapat menyelesaikan masalah dengan cepat,
terdapat lebih input diberikan oleh subordinat dalam membuat
keputusan dan subordinat tidak terasa terasing.

4) PENJABATANAN
 Penjabatan merupakan proses penyatuan subordinat dan aktiviti-aktiviti kerja
dibawah penyeliaan seorang pengurus supaya boleh diselaraskan
 5 pendekatan tradisional
i. Fungsian
 Merujuk kepada pengumpulan aktiviti mengikut tugas atau
peranan yang dilaksanakan

PENGURUS BESAR

PENGURUS PENGURUS PENGURUS PENGURUS


KEJURUTERAAN PERAKAUANAN PENGELUARAN SUMBER MANUSIA
ii. Pembahagian

PENGURUS BESAR

PRODUK A PRODUK A

PENGURUS PENGURUS PENGURUS PENGURUS PENGURUS PENGURUS


PERAKAUANAN PENGELUARAN PERAKAUANAN PENGELUARAN
R&D R&D

iii. Matrik

PENGURUS BESAR

PENGURUS
PERAKAUNAN PENGURUS
PENGELUARAN PENGURUS
R&D
PENGELUARAN PERAKAUANAN
R&D

PENGURUS
PROJEK A
PERAKAUANAN

PENGURUS
PROJEK B
PENGELUARAN

PROJEK C
5) JANGKAUAN KAWALAN
 Bermaksud bilangan subordinat yang boleh seseorang pengurus mengarah atau
menyelia dengan paling cekap dan paling berkesan. Bilangan subordinat yang
berada di bawah kawalan langsung seorang pengurus itu mestilah terhad kerana
seorang pengurus tidak dapat menyelia dengan berkesan apabila bilangan
subordinatnya adalah ramai.

You might also like