You are on page 1of 2

Pengguna Berhemat Jiwa Selamat

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Rompin, guru-guru dan murid sekalian. Assalamualaikum
dan selamat sejahtera.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Persatuan


Keselamatan Jalan Raya sekolah ini yang telah mengundang saya untuk
memberikan syarahan tentang keselamatan jalan raya.

Murid-murid yang dikasihi,

Akhir-akhir ini, peningkatan kadar kemalangan jalan raya amat


membimbangkan. Kita kerap mendengar berita itu melalui media massa.
Menurut kajian, tiga faktor yang menyebabkan kemalangan berlaku ialah
kecuaian pengguna jalan raya, keadaan jalan raya dan keadaan kenderaan yang
digunakan.

Untuk mengatasi masalah ini, murid-murid perlu berwaspada semasa di


jalan raya. Jika berbasikal, pastikan basikal itu dalam keadaan selamat untuk
digunakan. Lampu, loceng dan brek mesti berfungsi dengan baik. Jika berbasikal
dalam gelap, alat pantul cahaya perlu digunakan supaya mudah dilihat.

Pejalan kaki juga sering terlibat dalam nahas jalan raya. Oleh itu, pejalan
kaki harus berhati-hati ketika menggunakan jalan raya. Antaranya berjalan
mengikut arah yang bertentangan dengan laluan kenderaan supaya dapat
melihat kenderaan dari arah hadapan. Ini dapat mengelakkan perlanggaran dari
belakang. Sewaktu melintas jalan, gunakan kemudahan yang disediakan atau
melintas dengan cara yang selamat. Jangan berpakaian gelap jika berjalan pada
waktu malam.
Hadirin sekalian,
Selaku pegawai polis trafik daerah ini, saya menyeru semua pengguna
berwaspada ketika menggunakan jalan raya. Perangkaan kemalangan jalan raya
akibat kecuaian pengguna amat membimbangkan. Oleh itu, saya berharap
semua pengguna mematuhi peraturan semasa di jalan raya. Pengguna
berhemat jiwa selamat.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

You might also like