You are on page 1of 8

BUKU SUMBER

SAINS SUKAN

TUNJANG 4 :
LAKUAN MOTOR DAN BIOMEKANIK

Unit 1 – Asas Kawalan Motor

1.1 Definisi kawalan motor

Bidang pengajaran pergerakan manusia tentang mekanisme


sistem biologi menghasilkan lakuan motor.

Bidang kawalan motor mengkaji postur dan pergerakan manusia


serta mekanisme yang mengawal kedua-duanya.

Bidang ini menjelaskan bagaimana berlakunya organisasi


semua proses yang terlibat dalam mekanisme mengawal
pergerakan.

Kawalan pergerakan dicapai menerusi interaksi semua jenis


lakuan motor yang mampu dihasilkan oleh sistem biologi.

1.2 Jenis lakuan motor

Jenis-jenis lakuan motor yang mampu dihasilkan oleh sistem


biologi adalah:

(i) Lakuan motor tanpa kemahiran (involuntari)

(ii) Lakuan motor berkemahiran (voluntari)

1.2.1 Lakuan motor tanpa kemahiran (involuntari)

(i) Merujuk kepada semua lakuan motor yang dihasilkan


secara luar kawalan. Pelaku tidak mampu memilih atau
memodifikasikan lakuan yang terhasil.

(ii) Lakuan ini dikenali sebagai pergerakan involuntari.


Contohnya:
x Pantulan lutut
x Tarik tangan atau kaki bila terkena benda panas

(iii) Pergerakan involuntari terhasil apabila situasi


memerlukan pergerakan tersebut.

(iv) Mekanisme umum pergerakan involuntari adalah seperti


yang berikut:

112
BUKU SUMBER
SAINS SUKAN

Rangsangan di peringkat periferi diterima oleh sistem


reseptor.

Neuron sensori pada reseptor menerima rangsangan


dan menukar rangsangan kepada impuls sensori.

Impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat peringkat


rendah iaitu saraf tunjang.

Di saraf tunjang impuls sensori bersinaps dengan neuron


motor.

Apabila sinaps ini berlaku impuls sensori bertukar


menjadi impuls motor.

Impuls motor kemudiannya dihantar ke sistem efektor.

Apabila sistem efektor menerima maklumat impuls motor,


pergerakan involuntari terhasil.

Sistem saraf pusat


ASAS BIOLOGI DAN PERSEKITARAN
ASAS BAGI PROSES KAWALAN MOTOR
Perlferi Neuron sensori CNS
Sinaps
Rangsangan/
stimulus

Gerakbalas/ Reseptor
respon

PERSEKITARAN Neuron motor


Efektor BIOLOGI

Mekanisme involuntari
REFLEKS TENDON PATELLA
(contoh refleks involuntari paling ringkas)

Sinaps
Neuron af eren

Reseptor

Neuron ef eren

Efektor

113
BUKU SUMBER
SAINS SUKAN

x Mekanisme yang dijelaskan adalah pergerakan involuntari


yang boleh dilihat pergerakannya seperti pergerakan
menarik tangan atau kaki apabila terkena benda panas.
x Penghasilan pergerakan adalah disebabkan oleh
rangsangan yang diterima daripada persekitaran luaran.
x Peranan sistem afektor merujuk kepada semua reseptor
sensori yang berperanan menerima rangsangan daripada
persekitaran.

1.2.2 Lakuan motor berkemahiran (voluntari)

Lakuan motor berkemahiran merujuk kepada semua


lakuan motor yang dihasilkan secara sedar atau dalam
kawalan. Pelaku memilih dan menentukan untuk
melakukan sesuatu pergerakan. Lakuan motor ini
dikenali sebagai pergerakan voluntari.

Mutu lakuan yang terhasil dipengaruhi oleh interaksi


pelaku dengan persekitaran

Interaksi pelaku dengan persekitaran dipengaruhi oleh


beberapa aspek seperti tahap kemahiran dan
pengalaman. Contohnya:

(a) Badminton

Apabila mendapat hantaran tinggi ke belakang


gelanggang, pemain berkemahiran tinggi mungkin
membuat smesy, manakala pemain yang
berkemahiran rendah mungkin membalas dengan
hantaran lob.

(b) Bola tampar

Ketika menerima servis, pemain pasukan yang


kurang berkemahiran akan menghantar semula
bola ke gelanggang lawan, manakala pasukan
yang berkemahiran akan membuat strategi
menyangga, mengumpan dan merejam.

114
BUKU SUMBER
SAINS SUKAN

Mekanisme pergerakan voluntari

Mekanisme umum pergerakan voluntari adalah seperti berikut :

Rangsangan fizikal di peringkat periferi diterima oleh sistem


reseptor.

Neuron sensori terima rangsangan fizikal dan menukarkannya


kepada impuls sensori.

Impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat peringkat rendah.


Bahagian-bahagian sistem saraf pusat peringkat rendah yang
terlibat ialah:

x Saraf tunjang (spinal cord)


x Tunjang otak (brain stem)
x Otak tengah (mid brain)

Impuls sensori yang diterima berhimpun di talamus.

Talamus akan mengedarkan impuls sensori ke sistem saraf


pusat peringkat tinggi di korteks sensori.

Setelah maklumat impuls sensori berada di korteks sensori,


impuls sensori bersinaps dengan neuron sensori motor yang
terdapat di korteks motor.

Selepas berlaku sinaps ini, impuls sensori bertukar menjadi


impuls motor. Beberapa pemprosesan integrasi sensori motor
akan berlaku di korteks serebral.

Selepas proses integrasi tersebut, impuls motor dihantar semula


ke saraf tunjang dan seterusnya ke sistem efektor.

Apabila sistem efektor menerima maklumat motor ini


pergerakan voluntari terhasil.

115
BUKU SUMBER
SAINS SUKAN

MEKANISME UMUM LAKUAN Transmisi sensori


Korteks
Talamus Somatosensori

Maklumat sensori di terima daripada


sumber reseptor yang releven
Serebelum

Neuron sensori pada reseptor akan menukar


rangsangan ke bentuk impuls saraf

Daripada CNS peringkat rendah, semua


Pangkal otak
impuls sensori dihantar ke thalamus
Korda spina
Nukleus pangkal otak

Talamus berfungsi menghubungkan maklumat


sensori ke korteks cerebral Fiber saraf aferen daripada
getaran atau penghubung
reseptor Dorsal
Berlaku pemprosesan awal semua maklumat
sensori di pusat kortikal masing-masing
Korda spina

Transmisi motor

Berlaku proses integrasi sensori-motor di kawasan korteks Korteks Somatosensori


penggabung (association cortex ) Talamus

Neuron sensori yang membawa impuls sensori akan


bersinaps dengan neuron motor di korteks motor

Impuls motor dihantar semula ke korda spina melalui


laluan-laluan motor kortikospinal
(corticospinal spinal pathways)

Basal ganglia Pangkal otak


Di korda spina, berlaku proses merekrut unit motor dan
ko-aktivasi •-• bagi spesifikasi peranan dan Persimpangan laluan Serebelum
penguncupan otot
korda spina
Korda spina

Impuls motor seterusnya dihantar ke sistem efektor untuk


membolehkan pergerakan.

116
BUKU SUMBER
SAINS SUKAN

Jenis pergerakan berkemahiran (voluntari)

Semua lakuan dalam pergerakan voluntari dikelaskan sebagai


pergerakan berkemahiran.

Terdapat dua jenis pergerakan berkemahiran iaitu :

(i) Kemahiran generik


(ii) Kemahiran berobjektif

(a) Kemahiran generik

Kemahiran generik ialah kemahiran pergerakan


yang diwarisi manusia. Manusia dilahirkan
dengan potensi untuk melakukan pergerakan asas
seperti berjalan.

Kemahiran generik berkembang melalui proses


semula jadi seperti tumbesaran, kematangan dan
penuaan.

(b) Kemahiran berobjektif

Kemahiran berobjektif ialah kemahiran yang


dipelajari dan mempunyai objektif khusus.
Contohnya, modifikasi teknik berjalan untuk
memperolehi kelajuan di tahap optimum.

Kemahiran berobjektif berkembang melalui proses


fizikal seperti praktis (pembolehubah
pembelajaran) dan latihan (pembolehubah
prestasi).

Kemahiran generik dan berobjektif terdiri daripada


pergerakan-pergerakan lokomotor dan bukan
lokomotor.

Pergerakan lokomotor ialah jenis pergerakan yang


membolehkan sesaran jasad secara mendatar
seperti berjalan, berenang dan berbasikal.

Pergerakan bukan lokomotor ialah jenis


pergerakan yang tidak menghasilkan sesaran
jasad secara mendatar seperti menangkap bola
dan lompat setempat.

117
BUKU SUMBER
SAINS SUKAN

1.3 Pengelasan kemahiran motor

Terdapat tiga jenis klasifikasi kemahiran motor yang asas


berdasarkan kriteria yang berbeza iaitu :

(i) Kriteria ketepatan lakuan


(ii) Kriteria ciri pergerakan
(iii) Kriteria stabiliti persekitaran

1.3.1 Ketepatan lakuan

Klasifikasi kemahiran mengikut kriteria ini adalah


berdasarkan ketepatan lakuan. Pengkelasan ini
berpandukan kepada jenis atau saiz otot-otot utama yang
terlibat dalam menghasilkan kemahiran. Kelas-kelas
kemahiran berdasarkan kriteria ini dibahagikan kepada :

x Kemahiran motor kasar


x Kemahiran motor halus

Kemahiran motor kasar melibatkan penggunaan otot-otot


besar sebagai otot utama seperti menendang bola,
berlari dan angkat berat.

Kemahiran motor halus melibatkan penggunaan otot-otot


kecil sebagai otot utama seperti dart, memanah, boling
padang dan menembak.

1.3.2 Ciri Pergerakan

Klasifikasi kemahiran mengikut kriteria ini adalah


berpandukan kepada cara sesuatu kemahiran itu
dimulakan dan diakhirkan. Permulaan dan pengakhiran
kemahiran dikawal oleh pelaku atau di luar kawalan
pelaku. Kelas-kelas kemahiran berdasarkan kriteria ini
adalah seperti berikut:

x Kemahiran diskrit
x Kemahiran berterusan
x Kemahiran siri

Kemahiran diskrit ialah kemahiran yang permulaan dan


pengakhiran lakuan ditentukan oleh kemahiran yang
terlibat, seperti menangkap bola, menendang dan

118
BUKU SUMBER
SAINS SUKAN

memanah. Bagi kemahiran diskrit, permulaan dan


pengakhiran lakuan adalah nyata.

Kemahiran berterusan ialah kemahiran yang permulaan


dan akhiran lakuan ditentukan oleh pelaku seperti berlari
dan berenang. Bagi kemahiran berterusan, permulaan
dan akhir lakuan adalah tidak nyata.

Kemahiran siri ialah gabungan beberapa kemahiran


diskrit yang menjadi satu kemahiran tersendiri seperti
gimnastik, memandu kereta dan menunggang motosikal.

1.3.3 Stabiliti persekitaran

Klasifikasi kemahiran mengikut kriteria ini adalah


berdasarkan keadaan persekitaran kemahirannya
dihasilkan dalam suasana yang dinamik (berubah-ubah)
atau stabil (tidak berubah-ubah). Kelas kemahiran
berdasarkan kriteria ini terdiri daripada:

x Kemahiran luar kawal (open skill).


x Kemahiran terkawal (close skill).

Kemahiran luar kawal ialah kemahiran yang dihasilkan


dalam suasana yang berubah-ubah dan dipengaruhi oleh
faktor luaran (persekitaran) seperti bermain badminton,
berlayar dan menjaga gol.

Kemahiran terkawal ialah kemahiran yang dihasilkan


dalam suasana stabil dan dipengaruhi oleh faktor
dalaman (faktor pelaku) seperti bermain bowling dan
melontar peluru.

119

You might also like