You are on page 1of 30

BAB 1

ISLAM
SEBAGAI AD-
DIN
CTU 101
PRINSIP-PRINSIP ASAS
ISLAM
PENGENALAN

 Manusia adalah makhluk ciptaan Allah SWT


yang mulia, sempurna dan indah kejadiannya.

 Firman Allah SWT: Surah al-Tin:4


“Sesungguhnya Kami telah menciptakan
manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan
berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)”
Manusia dan unsur kejadiannya

 Terdiri dari 2 unsur : i) Tanah (jasmani)


ii) Roh (rohani)
 Proses penciptaan Nabi Adam a.s :
Dari air (al-Furqan : 54)
Dari tanah (al-Anbiya’ : 30)
Dari pati tanah (al-Mukminun : 12)
Dari tanah liat (al-al-Saffat : 11)
Dari tanah yang panas dan berbau (al-Hijr : 28)
Dari tanah keras seperti tembikar (al-Rahman : 14)
Dari tanah bumi (al-Najm : 32)

Proses kejadian manusia :


1.Nutfah (air mani)
2.‘Alaqah (segumpal darah - zigot)
3.Mudghah (ketulan daging - embrio)
4.‘Izom (tulang)
5.Kasauna al-’Izoma Lahman (daging membaluti tulang)
6.Nasy’ah Khalqun Akhar (semua anggota terbentuk dengan
sempurna)
Pengertian Agama

 Berasal dari bahasa sanskrit yg bermaksud “bukan dunia,


dan tiada keseronokan serta jauh dari nafsu yang negatif”.

Dari aspek Hindu dan Buddha, ia berkaitan dengan


kepercayaan kepada dewa-dewa, keberhalaan dan merujuk
kepada Veda.

Kamus Dewan: Kepercayaan kepada Tuhan atau yang


maha kuasa dan sifat-sifat serta kekuasaan tuhan dan
penerimaan ajaran dan perintahNya.
Keperluan manusia kepada
agama

Pandangan Sains Sosial


 Agama sebahagian daripada kebudayaan bukan material.
Sistem kepercayaan untuk mengatasi pelbagai masalah
dalam kehidupan manusia.

Pandangan Psikologi
Agama mengurangkan kebimbangan dan ketidakpastian
yang dialami manusia.
Agama memenuhi keperluan kognitif yang ada pada
manusia.
Pandangan Falsafah
Agama mengajar manusia tentang akhlak, kebaikan adat
dan rujukan membezakan baik dan buruk.
Satu bentuk pengetahuan diri manusia yang paling awal.

Pandangan Islam
Agama menyelamatkan manusia, masyarakat, negara dan
dunia.
Agama menghubungkan manusia dengan Allah.
Asas pembentukan peribadi yang baik dan akhlak mulia.
 Fitrah manusia yg diciptakan Allah memiliki naluri
beragama.
 Kejahilan manusia mengenai diri dan persoalan
persekitaran hidupnya.
 Kecenderungan manusia hidup menurut sesuatu
peraturan.
 Kelemahan akal manusia untuk mentafsir alam di sebalik
alam nyata ini.
Pengertian Islam

Bahasa
 Dari kata dasar salima yang bermaksud selamat, sejahtera.
Taat dan patuh, aman dan damai, tunduk dan menyerah
diri.

Istilah
Patuh, tunduk dan jujur hatinya kepada Allah SWT serta
beriman dengan pengajaran-pengajaran agama yang dibawa
oleh Nabi Muhammad SAW.
Islam sebagai Ad-Din

 Bermaksud cara hidup yang merangkumi segenap aspek


kehidupan manusia sama ada dari aspek politik, ekonomi
dan sosial.
 Firman Allah:
“Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah hanyalah
Islam”, (Ali-Imran: 19)
“Pada hari ini Aku telah menyempurnakan ke atas kamu
nikmatKu dan Aku redhakan Islam sebagai agamamu”, (al-
Maidah: 3)
 Ad-Din adalah sistem yang lengkap mengandungi ajaran,
hukum dan peraturan yg ditentukan Allah kepada manusia.
Skop Ajaran Islam

Akidah

 Berasal dari aqada yang bermaksud ikatan atau simpulan.


Istilah: Keimanan kepada nilai-nilai murni yang mutlak
terikat kukuh dalam hati sanubari seseorang, membuahkan
sikap, pandangan, perilaku dan perkataan yang menepati
syariat yang tidak mungkin terurai oleh sebarang paksaan,
perubahan suasana dan keadaan.
Akidah umpama akar kepada pokok atau asas kepada
sebuah binaan.
Syariah

 Bermaksud jalan untuk diikuti.


 Hukum-hukum perundangan yang digubal oleh Allah
bertujuan untuk mengatur kehidupan manusia, masyarakat
dan negara.
 Syariah yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah tidak
boleh diubah oleh manusia, manakala undang-undang ciptaan
manusia boleh diubah mengikut kehendak majoriti atau
pemerintah.
Akhlak

 Bermaksud perangai, budi pekerti, adab dan tabiat.


Istilah: Keadaan jiwa yang terpancar darinya tingkah laku
dan perbuatan manusia yang menjadi kebiasaan.
Al-Ghazali menyatakan bahawa ia adalah sifat yang
tertanam dalam jiwa seseorang yang dengannya lahir sesuatu
perbuatan atau tingkahlaku.
Perbuatan atau tingkahlaku tersebut terjadi dengan spontan
hasil dari pancaran rohani.
Sistem Hidup Bermasyarakat
dan Bernegara

Politik

Pencalonan seseorang pemerintah mestilah melalui proses


demokrasi.
Prinsip perundingan, syura yang memberikan peluang
kepada semua orang untuk menyatakan pandangan.
Pandangan majoriti harus diterima.
Ekonomi

1) Prinsip keadilan sosial:


 Pengamalan nilai agama dalam semua urusan hidup.
 Menaikkan taraf daya fikir.
 Negara ditadbir menepati sistem syura.

2) Prinsip Istikhlaf
 Pemilikan harta melalui cara yang diredhai Allah SWT.
Pemilik harta menggunakan hartanya untuk kebajikan diri
dan masyarakat.
3) Prinsip bekerja dan ganjaran
 Melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi.
 Memberi peluang pekerjaan kepada semua lapisan rakyat.
 Keadilan pengagihan harta dan kekayaan.

4) Prinsip keuntungan dan kerugian


 Menjamin keadilan dalam setiap kegiatan ekonomi.
 Semua golongan membangunkan ekonomi masyarakat.
Sosial

Peningkatan kepentingan individu selari dengan


kepentingan masyarakat.
 Merupakan rangkaian yang saling berkaitan.
 Perkara yang diusahakan mesti berada dalam lingkungan
yang dihalalkan oleh Allah SWT.
Jihad dan Dakwah

Jihad Nafsu
Merupakan jihad untuk membersihkan jiwa dan menyucikan
hati daripada sifat-sifat keji dan tipu daya syaitan.
Dianggap sebagai jihad agung kerana:

o medan perjuangan yang tidak terbatas.


o masa perjuangan yang tidak terhad.
o musuh tidak dapat dilihat dengan pancaindera.
o asas kepada jihad yang lain.
Jihad Lahir / Jihad Kecil
 jihad dengan hati
 jihad dengan lisan dan penulisan
 jihad dengan ilmu
 jihad dengan harta
 jihad dengan nyawa

Dakwah membawa maksud mengajak kepada kebaikan dan


mencegah daripada keburukan.
Sumber-Sumber Ajaran
Islam
Sumber Asasi

Al-Quran:
Kalam Allah yang diturunkan dalam bahasa Arab kepada
Nabi Muhammad SAW secara beransur-ansur melalui
perantaraan Jibril AS, bersifat mukjizat, secara mutawatir dan
membacanya adalah ibadat.
Mengandungi lebih 6200 ayat dalam 114 surah
membicarakan tentang akidah, syariah, ibadah, akhlak,
ekonomi, politik, sosial dll.
Al-Sunnah:
Sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah SAW
samaada dari segi perkataannya, perbuatannya,
pengakuannya atau sifat keperibadiannya.
Sumber yang kedua selepas al-Quran yang bertindak
sebagai pentafsir ayat-ayat al-Quran.

Sumber Tafsiran yang Disepakati

Ijmak:
Persepakatan mujtahid dari kalangan umat Muhammad
SAW di satu-satu masa tertentu selepas kewafatan Rasulullah
SAW mengenai sesuatu hukum Syarak.

 Antara syarat-syaratnya:
o Kata sepakat dari kalangan semua mujtahidin semasa.
o Mesti berlaku di kalangan mujtahidin sahaja.
o Mesti berlaku di kalangan orang Islam yang mukallaf.

Qiyas:
 Meletakkan hukum ke atas sesuatu perkara yang masih
belum ada hukumnya berdasarkan kepada perkara yang
telah sabit hukumnya dalam al-Quran mahupun al-Sunnah
kerana terdapat persamaan dari segi ilahnya iaitu alasan
yang ada pada hukum tersebut.

Contohnya meletakkan hukum wajib zakat pada padi


kerana persamaan yang wujud antara padi dan gandum
yang merupakan makanan asasi bagi sesebuah negara.

Ijtihad:
Pandangan ulamak berhubung hukum sesuatu perkara
yang tidak dinaskan oleh al-Quran mahupun
al-Sunnah secara qat’i berdasarkan buah
fikirannya melalui andaian atau qiyas terhadap
hukum yang sedia ada dalam al-Quran mahupun al-Sunnah.

Sumber-Sumber yang tidak Disepakati


 Al-Istihsan
 Al-Masalah Mursalah
 Syariat yang terdahulu
 Mazhab sahabat Rasulullah SAW
 Al-Istishab
 Sad Al-Zara’i’
 Al-Urf
W
AQ
Y YAH I’ /
A NI PR
BB A KT
RA IKA
L

KEISTIMEWAAN ISLAM
IL

TI N
A M

G
&K

GI
/
IL

A
M

G
SYA

UNG
‘ALAMI / UNIVERSAL
Rabbaniyyah
Islam adalah agama wahyu yang tiada campur tangan
sesiapa. Islam sebagai agama rabbani, mempunyai ciri-ciri
yang sesuai dengan penciptaNya yang maha tinggi.

Syamil & Kamil


Islam adalah agama yang mencakupi seluruh kejadian
manusia dalam seluruh bidang kehidupannya.
Sistem Islam sesuai dengan semua keadaan, suasana atau
rupa bentuk kehidupan manusia dan hubung kaitnya dengan
alam seluruhnya tanpa mengira tempat dan masa.
Waqi’ / Praktikal
 Islam adalah agama praktikal dan bukan semata-mata
teori yang boleh dilaksanakan di dalam kehidupan
seharian manusia.
 Segala hukum hakamnya adalah praktikal dan di dalam
batas kemampuan manusia.

Tinggi / Agung
 Islam adalah agama yang mempunyai kedudukan
tertinggi dan tidak ada agama-agama lain yang
setanding dengannya.
‘Alami / Universal
 Islam diturunkan untuk seluruh alam, bukan kepada
kaum atau tempat tertentu sahaja.
 Islam tidak menilai kemuliaan seseorang berdasarkan
kepada keturunan, warna kulit dan wajahnya tetapi
berdasarkan kepada ketaqwaannya kepada Allah SWT.
Disediakan Oleh:

Ustaz Mohamad Zaki Razaly

You might also like