You are on page 1of 5

Kimpalan Arka

1.MAKSUD ARKA
o Arka adalah satu fenomena/pancaran cahaya yang kuat lagi
terang terbit diantara hujung elektrod dengan permukaan benda
kerja.Ketika ini elektron mengalir melintasi satu ruang udara
yang telah terion maka ruang udara itu menjadi panas sehingga
berlakunya arka. Haba yang terhasil dari udara terion itu adalah
lebih kurang 3300˚C (6000˚C)

2.TIGA JENIS ARUS


o Arus Ulangalik
-mempnyai frekuensi dan bergerak dari titik sifar hingga ke titik
maksimum positif dan jatuh ke titik sifar semula kemudian
bergerak ke titik maksimum negative dan begitulah seterusnya
berulang-ulang.

o Arus Terus Kekutuban Terbalik


-Punca positif pada mesin disambungkan kepada kabel elektrod.

o Arus Terus Kekutuban Lurus


-Punca negative pada mesin disambungkan kepada kabel
elektrod.
3.PENGARUH KIMPALAN
o Bagi setiap arus yang digunakan ianya akan member kesan pada
ketelusan yang berbeza-beza ke atas kimpalan.

4.MAKSUD ‘SEMBURAN ARKA’ DAN KEJADIANNYA


o Semburan arka adalah satu keadaan dimana arka yang terbit
diantara hujung elektrod dan benda kerja tersasar dari laluan
yang sepatutnya. Biasanya bunyi yang terhasil dari semburan ini
agak kuat dari biasa dan saiz arka juga kelihatan agak besar
sedikit. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan kedudukan
klip bumi yang kurang tepat.

5.FAKTOR-FAKTOR MEMILIH JENIS MESIN KIMPALAN


o Faktor keselamatan
-mestilah tahu mengenai cara penggunaan supaya tidak berlaku
kemalangan.
o Fungsi sesebuah mesin
-Hendaklah tahu setiap fungsi kegunaan yang ada pada mesin
tersebut.
o Jenis-jenis alatannya
-Mestilah tahu setiap 1 jenis alatan yang ada pada mesin tersebut
supaya mudah untuk melakukan kerja.
o Kesesuaian
-Mestilah memilih mesin yang bersesuaian dengan kerja-kerja
yang hendak dikimpal.

6.FAKTOR-FAKTOR DALAM PEMILIHAN ELEKTROD BAGI


ARUS TERUS KEKUTUBAN BERBALIK DAN ARUS TERUS
KEKUTUBAN LURUS
o Pemilihan elektrod untuk arus terus kekutuban berbalik dan arus
terus
o kekutuban lurus hendaklah diperhatikan pada jenis kegunaannya
mengikut kod yang telah dicatatkan spesifikasinya.

Sebagai contoh:

- E 6010 jenis arus adalah ATKB.


- E 7014 jenis arus adalah ATKL.

7.FUNGSI DAN KEGUNAAN ELEKTROD


o Elektrod dapat dikenali dari segi fungsi dan kegunaannya ialah
melalui kod yang terdapat pada elektrod berkenaan.
o Kod elektrod iasanya ditandakan dengan nombor atau warna
tertentu.

8.KEPENTINGAN ELKTROD DISIMPAN DI KEADAAN YANG


BAIK
o Elektrod hendaklah disimpan dalam suhu yang terkawal supaya
bebas dari kelembapan dan unsur yang tidak diingini dari udara
meresap kedalam salutannya.
o Ini akan menjejaskan pada mutu
kimpalan.

9.FUNGSI DAN LANGKAH-LANGKAH PENJAGAAN YANG


PERLU DIAMBIL SUPAYA TAHAN LAMA
o Pemegang elektrod digunakan untuk memegang elektrod semasa
membuat kerja kimpalan.Langkah-langkah untuk menjaganya
ialah meletakkan tempat pemegang tersebut di tempat yang
dikhaskan untuknya.

10.JARAK ARKA,KELAJUAN KIMPAL DAN SUDUT


ELEKTROD MEMPENGARUHI MUTU KUMAI
o Jarak Arka
-Jarak diantara hujung arka dengan logam yang dikimpal.
-Jarak yang panjang mengurangkan penembusan manakala jarak
yang terlalu pendek pula akan menyebabkan elektrod melekat
pada logam asas.
o Kelajuan Mengimpal
-Perlu perlahan untuk mendapatkan garis yang selari
o Sudut Elektrod
-Sudut yang sesuai digunakan ialah 30˚ untuk mendapatkan
bentuk corak yang baik.

You might also like