You are on page 1of 37

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.

:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 1 -

GURU BAHASA MELAYU ANDA - BKKENG


Nama : ______________________________________ Tarikh : __________________________
Disediakan oleh BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM)
Semua kelas BM bawah BKKeng akan berhenti pada 29, 30 dan 31 hb setiap bulan dan berjalan seperti biasa pada
semua cuti am kecuali Tahun Baru Cina.

Tajuk Karangan penting untuk diperhatikan


** Masalah Sosial
** Bagaimana Mencapai Kejayaan
** Kebaikan Penyertaan Sesuatu Aktiviti / Persatuan

1. Amalan me%rokok
2. Cara-cara menceriakan kawasan sekolah
3. Faedah bercucuk tanam
4. G#aya hidup sihat
5. Gejala ponteng sekolah
6. Hukuman rotan
7. Industri pelancongan
8. Jenayah ragut
9. Kegiatan aktiviti ko%kurikulum
10. Kelas tuisyen
11. Kepentingan p@enjagaan kebersihan
12. Keracunan makanan
13. Kerajinan untuk men*capai kejayaan
14. Langkah-langkah mencegah kebakaran
15. Masalah laku anak r&emaja
16. Pencemaran alam sekitar
17. Penggunaan telefon bimbit
18. Peng^urusan masa
19. Penyertaan unit berun@iform
20. Perpa*duan kaum
21. Rumah terbuka
22. Semangat pat*riotisme

Tajuk KOMSAS yang perlu diberikan perhatian – Tingkatan 1 (Cerpen ), T2 & T3 (Puisi Tradisional)
Cerpen T1
Hadiah Hari Guru
Gema Menggegar Kota
Sehijau Warna Daun
Puisi T2
Syair Pesanan Ibu
Syair Mungkir Janji
Puisi T3
Syair Cinta Alam Sekitar
Syair Tenaga Pemuda
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 2 -

Novel sila perhatikan T1 & T3


Perwatakan / Nilai
Persoalan
Pengajaran
Plot

*** Sila rujuk nota Seminar saya bagi topik yang disebut

Karangan 1
Masyarakat yang penyayang menjadi matlamat dalam Wawasan 2020. Terangkan pembentukan masyarakat yang
penyayang di negara kita. [Disediakan oleh BKKeng]

RANGKA KARANGAN
1. Pendahuluan
 Pembentukan masyarakat yang penyayang salah satu cabaran dalam Wawasan 2020
2. Isi-isi
 Konsep masyarakat yang penyayang - berlandaskan nilai kasih sayang
 Pemimpin masyarakat perlu menunjukkan teladan yang baik - elakkan perbalahan dan perasaan
curiga - bersikap adil
 Peranan sekolah sebagai ejen perubahan sosial - menerapkan nilai-nilai kasih sayang, hormat-
menghormati dan bertolak ansur
 Peranan ibu bapa dan anggota masyarakat - ibu bapa menerangkan kepentingan kasih sayang
dalam kalangan anggota keluarga dan jiran tetangga kepada anak-anak mereka
 Faedah masyarakat yang penyayang - negara yang harmoni dan bersatu padu
3. Penutup
 Perlu dilaksanakan dengan sungguh-sungguh - sangat penting dalam negara pelbagai kaum

Pihak kerajaan telah menggariskan beberapa matlamat dan cabaran dalam Wawasan 2020. Selain
menjadikan negara ini sebagai negara perindustrian, melahirkan masyarakat yang penyayang juga merupakan
salah satu matlamat dan cabaran dalam Wawasan 2020.
Masyarakat yang penyayang bermaksud menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang hidup
dengan berlandaskan nilai kasih sayang antara satu dengan yang lain. Masyarakat yang penyayang juga
merupakan masyarakat yang anggotanya saling membantu, saling menghormati, saling memahami, dan bertolak
ansur. Pembentukan masyarakat yang penyayang akan memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang
pelbagai kaum di Malaysia. [Disediakan oleh BKKeng]
Dalam rangka menjayakan usaha murni ini, para pemimpin masyarakat haruslah menunjukkan teladan yang
baik kepada anak-anak buah mereka. [Disediakan oleh BKKeng] Para pemimpin perlu menyemaikan semangat hormat-
menghormati dan sentiasa berkasih sayang dalam kalangan anggota masyarakat bawahan. Isu-isu yang dapat
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 3 -

mencetuskan perbalahan antara kaum harus dielakkan agar tidak berlaku perasaan curiga antara kaum. Para
pemimpin perlu memberi layanan yang adil kepada orang yang dipimpin.
Selain itu, pihak sekolah sebagai ejen perubahan sosial perlu melihat usaha pembentukan masyarakat yang
penyayang dengan lebih serius. Sekolah tidak harus menumpukan soal pencapaian akademik pelajar semata-mata.
[Disediakan oleh BKKeng] Generasi muda di sekolah perlu diterapkan dengan nilai-nilai kasih sayang, hormat-menghormati,
dan bertolak ansur, bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Para pelajar di sekolah lebih
mudah diterapkan nilai-nilai tersebut berbanding dengan golongan yang lebih tua. [Disediakan oleh BKKeng]
Selain pihak sekolah, ibu bapa dan anggota masyarakat juga berperanan untuk membentuk nilai kasih
sayang. Ibu bapa perlu menerangkan kepentingan kasih sayang dalam kalangan anggota keluarga dan jiran
tetangga kepada anak-anak mereka. [Disediakan oleh BKKeng] Sikap tolong-menolong dan hormat-menghormati perlu
dipupuk di setiap rumah.
Keluarga yang dilimpahi kasih sayang akhirnya akan membentuk masyarakat yang penyayang. Faedah
utama daripada pembentukan masyarakat yang penyayang ialah wujudnya negara yang harmoni dan bersatu padu.
Sikap mementingkan diri sendiri dan prasangka terhadap kaum lain dengan sendirinya akan dapat dihapuskan.
Ringkasnya, pembentukan masyarakat yang penyayang perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh dan
terancang. Pembentukan masyarakat yang penyayang sangat penting dalam negara pelbagai kaum seperti
Malaysia. [Disediakan oleh BKKeng]

Karangan 2
Komputer menjadikan kehidupan kita lebih sempurna dan banyak perkara yang kita lakukan adalah dengan
bantuan komputer.
Terangkan peranan komputer dalam kehidupan kita. [Disediakan oleh BKKeng]

RANGKA KARANGAN
1. Pendahuluan
 Komputer mempengaruhi kehidupan manusia - menyempurnakan kehidupan
2. Isi-isi
 Dalam bidang pendidikan - komputer meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran
 Dalam bidang pengangkutan - komputer membantu dalam melicinkan sistem pengangkutan -
memastikan lalu lintas berjalan lancar
 Dalam pentadbiran dan perniagaan - komputer penting dalam penyimpanan dan pemproses data -
memudahkan komunikasi
3. Penutup
 Komputer banyak memberikan 1aedah - perlu dikuasai agar tidak ketinggalan

Komputer telah mempengaruhi kehidupan manusia. [Disediakan oleh BKKeng] Penggunaan komputer telah menjadikan
kehidupan manusia lebih sempurna. [Disediakan oleh BKKeng] Hal ini demikian kerana komputer dapat mempercepat,
mempermudah, dan menjimatkan masa serta tenaga. [Disediakan oleh BKKeng]
Dalam bidang pendidikan, penggunaan komputer dapat membantu kita meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Kini, hampir semua sekolah menggunakan komputer dan perisian pendidikan untuk
pengajaran. Perisian komputer digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik. Penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar kini menjadi semakin kerap digunakan.
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 4 -

Bidang pengangkutan juga memperoleh faedah yang banyak daripada penciptaan komputer. Komputer telah
membantu dalam melicinkan sistem pengangkutan terutama di bandar-bandar besar. Sistem lampu isyarat
berkomputer memastikan lalu lintas berjalan lancar. Kereta api transit ringan (LRT) yang terdapat di Kuala
Lumpur memudahkan orang ramai berulang-alik setiap hari dengan cepat dan selamat. Tanpa komputer,
kemudahan pengangkutan seperti hari ini tidak dapat kita nikmati.
Di samping itu, komputer juga banyak digunakan dalam bidang pentadbiran dan pengurusan perniagaan.
Komputer bukan sekadar menggantikan peranan mesin taip tetapi juga digunakan dalam penyimpanan dan
pemprosesan data penting perniagaan. Kini, komputer memainkan peranan penting dalam bidang komunikasi.
Sebagai contohnya, melalui sidang video, pengguna dapat berbincang dan bermesyuarat dengan orang lain di luar
negara tanpa bersemuka. [Disediakan oleh BKKeng] Kemudahan ini dapat menjimatkan kos dan masa para peniaga. [Disediakan

oleh BKKeng]

Kesimpulannya, komputer banyak memberikan faedah kepada kehidupan manusia. [Disediakan oleh BKKeng] Sebagai
alat teknologi yang sentiasa berubah, ilmu tentang bidang komputer perlu dikuasai agar kita tidak ketinggalan
dalam bidang tersebut.

Karangan 3
Peperangan berlaku akibat tindakan manusia dan merugikan semua pihak yang terlibat. Terangkan kesan-kesan
buruk akibat peperangan.

RANGKA KARANGAN
1. Pendahuluan
 Manusia mencetuskan peperangan - peperangan harus dielakkan
 Kesan-kesannya amat buruk
2. Isi-isi
 Peperangan mengakibatkan pengorbanan nyawa - yang terselamat cacat anggotanya
 Peperangan mengakibatkan kemusnahan - harta benda musnah dalam sekelip mata
 Peperangan mengakibatkan kemusnahan ekonomi negara menanggung kos peperangan dan pembinaan
semula yang tinggi
3. Penutup
 Peperangan bukan caranya untuk menyelesaikan pertikaian
 Semua pihak akan mengalami kerugian

Peperangan tercetus akibat tindakan manusia. [Disediakan oleh BKKeng] Dalam zaman moden ini, negara-negara tidak
harus berperang kerana senjata moden amat menggerunkan. Kesan-kesan peperangan pula amat buruk sekali.
Kesan peperangan yang paling dirasai ialah pengorbanan nyawa. [Disediakan oleh BKKeng] Yang paling menyedihkan
ialah mangsa perang ini bukan sahaja askar tetapi juga rakyat jelata yang tidak berdosa. [Disediakan oleh BKKeng] Hal ini
demikian kerana penggunaan bom dan senjata pemusnah yang lain tidak membezakan antara askar dengan orang
awam. Semua orang yang berada di kawasan yang dibom akan menjadi mangsa. [Disediakan oleh BKKeng] Mangsa yang
terselamat pula mengalami kecacatan anggota yang akan menyukarkan kehidupannya sepanjang hayat.
Peperangan juga mengakibatkan kemusnahan yang teruk. Harta benda sesebuah negara seperti bangunan,
jambatan, jalan raya, sistem komunikasi, hospital, dan empangan, yang mengambil masa berpuluh-puluh tahun
untuk dibina, musnah dalam sekelip mata sahaja jika terkena bom. Tidak cukup dengan itu, peperangan
meninggalkan kesan radioaktif yang sangat berbahaya kepada kehidupan lain. Sebagai contohnya, perang di Iraq
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 5 -

pada tahun 1991 telah menyebabkan tumbuh-tumbuhan tidak lagi subur dan binatang ternakan sering diserang
penyakit yang tidak dapat dikesan.
Di samping itu, peperangan juga mengakibatkan kemusnahan ekonomi sesebuah negara. [Disediakan oleh BKKeng]

Selain terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar untuk membiayai peperangan, sesebuah negara itu perlu
menanggung kos pembinaan semula negara selepas peperangan. Usaha memulihkan ekonomi semula selepas
peperangan bukanlah usaha yang mudah.
Kesimpulannya, peperangan bukan caranya untuk menyelesaikan pertikaian. Hal ini demikian kerana semua
pihak yang terlibat dalam peperangan mengalami kerugian, bak kata pepatah “alah jadi abu, menang jadi arang”.

Karangan 4
Kemasukan pelabur-pelabur asing ke negara kita banyak membawa kebaikan kepada negara kita. [Disediakan oleh BKKeng]

Terangkan kebaikan-kebaikan tersebut.

RANGKA KARANGAN
1. Pendahuluan
 Kerajaan Malaysia menawarkan insentif yang pelbagai untuk menarik pelabur asing
 Pelaburan asing banyak mendatangkan kebaikan
2. Isi-isi
 Perolehan dari segi cukai akan meningkat - meningkatkan pendapatan negara
 Pembukaan kawasan perindustrian baru di luar bandar - memajukan kawasan luar bandar
 Mengatasi masalah pengangguran - kilang baru mewujudkan pekerjaan kepada penduduk luar
bandar - meningkatkan taraf hidup penduduk
 Mewujudkan persaingan dengan usahawan tempatan dengan syarikat asing - meningkatkan
kualiti dan produktiviti
3. Penutup
 Pelaburan asing mempercepat pembangunan negara - mengurangkan beban negara

Dalam usaha membangunkan dan memajukan negara, kerajaan Malaysia menawarkan insentif yang pelbagai
untuk menarik pelabur asing ke Malaysia. [Disediakan oleh BKKeng] Pelaburan asing sangat penting kerana banyak
mendatangkan kebaikan kepada negara. [Disediakan oleh BKKeng]
Kemasukan pelabur asing ke negara ini membawa kesan langsung kepada pendapatan kerajaan. Hal ini
demikian kerana perolehan dari segi cukai akan meningkat. Walaupun pihak kerajaan terpaksa mengorbankan
beberapa jenis cukai, peningkatan hasil cukai masih dapat dinikmati, terutamanya cukai eksport. Peningkatan
pendapatan negara akan membolehkan kerajaan menyediakan kemudahan kepada rakyat.
Selain itu, pembukaan kawasan-kawasan perindustrian baru untuk menarik pelabur asing dapat digunakan
oleh pihak kerajaan untuk memajukan kawasan luar bandar. Pembinaan kawasan-kawasan perkilangan ini
memerlukan pembinaan dan pembaikan infrastruktur di luar bandar. Kawasan perkilangan tersebut juga menjadi
pusat pertumbuhan sesuatu kawasan. Kawasan perumahan dan kawasan perniagaan akan dibina di sekitar
kawasan perkilangan untuk memberikan perkhidmatan kepada pekerja kilang.
Di samping itu, pembukaan kilang di luar bandar akan dapat mengatasi masalah pengangguran di luar
bandar. Kilang-kilang yang dibuka oleh pelabur asing akan menawarkan peluang pekerjaan yang banyak kepada
penduduk setempat. Pendapatan penduduk akan meningkat dan seterusnya taraf hidup mereka juga akan
meningkat.
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 6 -

Kemasukan pelabur asing juga akan mewujudkan persaingan dengan usahawan tempatan. Persaingan ini
diharapkan akan menyebabkan usahawan tempatan meningkatkan kualiti barangan yang dihasilkan. Selain itu,
persaingan juga akan menyebabkan usahawan tempatan meningkatkan kecekapan mereka. [Disediakan oleh BKKeng]

Dengan itu, produktiviti dapat ditingkatkan.


Ringkasnya, pelaburan asing memang perlu bagi mempercepat pembangunan sesebuah ekonomi. Pihak
kerajaan dapat mengurangkan beban dan tanggungjawab memajukan negara dengan adanya pelaburan asing.

Karangan 5
Belakangan ini, mutu sukan di Malaysia kurang memberangsangkan. Peserta Malaysia tidak dapat mencapai
kejayaan di peringkat antarabangsa. [Disediakan oleh BKKeng] Nyatakan langkah-langkah yang dapat diambil untuk
meningkatkan mutu sukan negara. [Disediakan oleh BKKeng]

RANGKA KARANGAN
1. Pendahuluan
 Mutu sukan negara tidak memberangsangkan - semakin merosot
 Perlu mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan mutu sukan
2. Isi-isi
 Jurulatih amat penting - jurulatih yang berpengalaman dan berkaliber dapat membentuk serta
membimbing seseorang atlet
 Atlet didedahkan kepada taraf sukan yang lebih tinggi - latihan di luar negara - perlawanan
persahabatan - mempelajari taktik dan teknik yang lebih baik
 Membentuk atlet dan pemain pelapis - tidak bergantung pada segelintir atlet dan pemain
 Pengurusan sukan oleh mereka yang mahir - mengurangkan campur tangan politik dalam bidang
sukan
3. Penutup
 Tumpuan yang serius diberikan terhadap sukan
 Mutu sukan negara perlu ditingkatkan ke taraf antarabangsa

Sukan dapat mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. [Disediakan oleh BKKeng] Akan tetapi, mutu
sukan negara kita kini tidak mencapai kemajuan yang memberangsangkan, malah boleh dikatakan mutunya
semakin merosot. Oleh itu, kerajaan harus mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan mutu sukan negara.
[Disediakan oleh BKKeng]

Untuk memajukan sesuatu bidang sukan, faktor jurulatih perlu dipandang serius. Pemilihan jurulatih amat
penting. Sama ada jurulatih itu jurulatih tempatan atau jurulatih asing bukanlah persoalan utama. [Disediakan oleh BKKeng]

Perkara yang paling penting ialah keupayaan jurulatih itu untuk meningkatkan prestasi atlet. Jurulatih yang
berpengalaman dan berkaliber dapat membentuk serta membimbing seseorang atlet supaya prestasinya mencapai
piawaian yang dikehendaki. Program latihan yang dirancang dengan teliti perlu untuk mencapai tujuan tersebut.
Selain jurulatih, atlet juga perlu didedahkan kepada taraf sukan yang lebih tinggi. Pendedahan ini boleh
dilakukan dengan cara mengadakan latihan di luar negara atau perlawanan persahabatan dengan pasukan yang
telah memiliki taraf yang tinggi. Dengan cara ini, atlet didedahkan kepada taktik dan teknik yang lebih baik. Hal
ini akan meningkatkan keyakinan diri para atlet.
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 7 -

Pembentukan atlet dan pemain pelapis bagi setiap jenis sukan perlu dilakukan untuk menjamin prestasi
negara dalam sukan tersebut. Langkah ini perlu dilakukan agar negara tidak bergantung pada segelintir atlet dan
pemain sahaja. [Disediakan oleh BKKeng] Atlet dan pemain pelapis perlu mengambil tempat atlet dan pemain utama sebaik-
baik sahaja adanya tanda kemerosotan prestasi atlet dan pemain utama. [Disediakan oleh BKKeng]
Selain itu, untuk meningkatkan mutu sukan negara, pengurusan sukan juga perlu diberikan perhatian.
Sebaik-baiknya, pengurusan pertubuhan sukan atau jenis permainan perlulah diserahkan kepada mereka yang
mahir atau pernah berkecimpung dalam bidang tersebut. Penglibatan orang-orang politik dalam pertubuhan sukan
perlu dikurangkan. Peribahasa “hanya jauhari yang mengenal manikam” perlu dipraktikkan demi mutu sukan
negara. [Disediakan oleh BKKeng]
Kesimpulannya, sudah tiba masanya negara kita memberi tumpuan yang serius untuk meningkatkan mutu
sukan negara. [Disediakan oleh BKKeng] Mutu sukan negara perlu ditingkatkan ke taraf antarabangsa agar kita tidak
dianggap sebagai sebuah negara penganjur sukan tetapi tidak mempunyai pasukan sukan yang digeruni.

Karangan 6
Penderaan kanak-kanak semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini. Terangkan langkah-langkah yang perlu diambil
untuk mengatasi fenomena yang tersebut.

RANGKA KARANGAN
1. Pendahuluan
 Penderaan kanak-kanak semakin berleluasa - nilai moral dan akhlak yang rendah
2. Isi-isi
 Mewajibkan pasangan yang ingin berkahwin mengikuti kursus keibubapaan - mengetahui tanggungjawab
sebagai ibu bapa
 Menyediakan tempat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja - ibu dapat menjaga anak-anak kecil sambil
bekerja
 Meningkatkan kempen kesedaran - menyedarkan ibu bapa dan penjaga - mendisiplinkan anak ada
batasnya
 Mengenakan hukuman yang berat terhadap pihak yang mendera kanak-kanak.
3. Penutup
 Membendung penderaan kanak-kanak bukan tanggungjawab pihak yang berkuasa sahaja
 Semua pihak perlu bekerjasama

Kejadian penderaan kanak-kanak kini semakin berleluasa. [Disediakan oleh BKKeng] Hampir setiap hari, berita tentang
penderaan kanak-kanak dipaparkan di akhbar. Penderaan kanak-kanak menunjukkan betapa rendah nilai moral
dan akhlak masyarakat. Oleh itu, langkah-langkah perlu diambil untuk membendung fenomena ini.
Langkah pertama ialah mewajibkan setiap pasangan yang ingin berkahwin mengikuti kursus keibubapaan.
Dalam kursus seperti ini, setiap pasangan diberikan penerangan tentang tanggungjawab ibu atau bapa kepada
anak-anak. Penerangan ini sekurang-kurangnya dapat memberikan penjelasan tentang perkara-perkara yang perlu
dilakukan oleh setiap ibu bapa. [Disediakan oleh BKKeng]
Untuk mengurangkan masalah penderaan yang melibatkan penjaga, kerajaan boleh mewajibkan majikan
menyediakan tempat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja. [Disediakan oleh BKKeng] Dengan adanya tempat penjagaan
kanak-kanak itu, ibu yang bekerja boleh membawa anak-anak kecil mereka ke tempat kerja. [Disediakan oleh BKKeng]

Mereka tidak perlu bimbang akan keselamatan anak-anak kecil mereka. [Disediakan oleh BKKeng]
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 8 -

Selain itu, kempen-kempen kesedaran untuk ibu bapa atau penjaga perlu diadakan. Penderaan sebenarnya
sering berlaku dalam keadaan tidak disedari oleh mereka yang terlibat. Kadang kala, tujuan sebenarnya mereka
adalah untuk mendisiplinkan anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlu sering diingatkan melalui media massa tentang
batas-batas dalam menghukum anak-anak. Media massa perlu menyedarkan golongan dewasa agar lebih
bertimbang rasa terhadap anak-anak jagaan mereka. [Disediakan oleh BKKeng]
Dari segi perundangan pula, penderaan yang melibatkan kanak-kanak perlu diberikan perhatian serius.
Kesalahan itu dianggap sebagai kesalahan jenayah yang tidak boleh dipandang ringan. Hal ini demikian kerana
penderaan biasanya meninggalkan kesan yang mendalam terhadap psikologi kanak-kanak yang terlibat. Kanak-
kanak akan berada dalam keadaan trauma yang berpanjangan. Pendera hendaklah dihukum dengan hukuman yang
setimpal atau lebih berat. Hukuman yang berat akan menjadi pengajaran kepada orang lain.
Ringkasnya, usaha membendung penderaan kanak-kanak tidak harus dipertanggungjawabkan kepada pihak
yang berkuasa sahaja. [Disediakan oleh BKKeng] Dengan adanya kerjasama daripada semua pihak, masalah ini pasti dapat
diatasi.

Karangan 7
Semangat kejiranan semakin luntur dalam kehidupan moden pada hari ini. Huraikan langkah-langkah yang dapat
dilakukan untuk meningkatkan semangat kejiranan.

1. Pendahuluan
 Semangat kejiranan mementingkan hubungan yang baik antara insan
 Semangat kejiranan semakin luntur langkah-langkah untuk meningkatkannya
2. Isi-isi
 Menjalin hubungan baik dengan jiran - bertegur sapa tanpa mengira kaum dan kepercayaan
 Kunjung-mengunjungi semasa perayaan - amalan rumah terbuka mewujudkan sikap toleransi
 Menjalankan aktiviti kemasyarakatan - melibatkan semua penduduk setempat - merapatkan hubungan
3. Penutup
 Seman gat kejiranan mewujudkan masyarakat yang bersikap prihatin dan mengambil berat
 Salah satu matlamat Wawasan 2020

Semangat kejiranan merupakan semangat yang mementingkan hubungan yang baik antara insan. Dalam
kehidupan moden hari ini semangat kejiranan menjadi semakin luntur terutama dalam masyarakat bandar. Di
bandar semakin banyak individu yang tidak kenal dan tidak bertegur sapa dengan jirannya. [Disediakan oleh BKKeng] Oleh
itu, langkah-langkah harus diambil untuk meningkatkan semangat kejiranan.
Langkah pertama untuk meningkatkan semangat kejiranan adalah dengan menjalin hubungan yang baik
dengan jiran. Kita mestilah bertegur sapa dengan jiran kita. [Disediakan oleh BKKeng] Jangan harapkan jiran kita untuk
memulakan langkah ini. Kita perlu mengambil inisiatif untuk menegur jiran apabila berkesempatan. Hubungan
yang baik dengan jiran perlu berdasarkan rasa hormat-menghormati secara ikhlas. Hubungan itu melepasi batas
kaum dan kepercayaan. Jika setiap orang bersedia untuk mengambil langkah pertama ini, semangat kejiranan
akan terus berkembang.
Selain itu, bagi mereka yang berjiran dengan kaum lain, hari-hari perayaan perlu dimanfaatkan untuk
mengukuhkan hubungan kejiranan. Konsep rumah terbuka yang semakin popular semasa perayaan boleh
diadakan bagi mereka yang mampu. Pada masa perayaan, hubungan kejiranan dapat dieratkan melalui amalan
kunjung-mengunjungi. Sikap toleransi antara kaum dapat ditunjukkan melalui sambutan perayaan setiap tahun.
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 9 -

Selain perayaan, semangat kejiranan dapat ditingkatkan dengan cara mengadakan aktiviti kemasyarakatan
seperti gotong-royong dan perjumpaan sosial. Aktiviti ini hendaklah diadakan pada hari-hari cuti kelepasan am
agar dapat melibatkan semua penduduk setempat. Taman-taman perumahan di bandar perlu mengadakan aktiviti
seperti ini untuk tujuan meningkatkan semangat kejiranan di samping membersihkan kawasan. Aktiviti
kemasyarakatan ini membolehkan penduduk berbilang kaum saling mengenali di samping merapatkan hubungan
an tara mereka. [Disediakan oleh BKKeng]
Sesungguhnya, dengan adanya semangat kejiranan, akan wujud masyarakat yang bersikap pri1zatin tentang
masalah orang lain. Hal ini bertepatan dengan konsep masyarakat penyayang yang merupakan salah satu
matlamat Wawasan 2020.

Karangan 8
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mewajibkan setiap warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun
menyertainya. [Disediakan oleh BKKeng] Nyatakan manfaat-manfaat Program Latihan Khidmat Negara. [Disediakan oleh BKKeng]

1. Pendahuluan
 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dilancarkan pada tahun 2004
 Banyak manfaat kepada negara dan remaja
2. Isi-isi
 PLKN dapat membanteras masalah keruntuhan akhlak remaja memupuk gaya hidup positif - disiplin dan
tanggungjawab
 PLKN dapat memperkuat ketahanan mental dan fizikal remaja - aktiviti fizikal memerlukan ketabahan
dan kekuatan fizikal
 PLKN dapat merealisasikan perpaduan nasional - remaja pelbagai keturunan berinteraksi dan bergaul
mesra - mewujudkan persefahaman
 PLKN dapat melahirkan generasi yang prihatin - memahami masalah sosial melalui Khidmat Komuniti
3. Penutup
 PLKN penting kepada nusa dan bangsa
 Program ini perlu disokong oleh semua pihak

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada tahun 2004.
PLKN banyak mendatangkan manfaat kepada negara dan remaja. [Disediakan oleh BKKeng]
Yang pertamanya, PLKN dapat membanteras masalah keruntuhan akhlak remaja dengan memupuk gaya
hidup yang positif dan produktif. Disiplin dapat dipupuk melalui peraturan tertentu yang perlu dipatuhi dan
tanggungjawab yang perlu dipikul oleh mereka. [Disediakan oleh BKKeng] Remaja dapat mencari identiti diri serta
meningkatkan harga diri seseorang. Hidup mereka penuh dengan matlamat dan perancangan selepas mengikuti
program motivasi dan kaunseling. Dengan itu, masalah lepak, bohsia, dan sebagainya dapat dibendung.
Selain itu, aktiviti yang disediakan dalam PLKN dapat memperkuat ketahanan mental dan fizikal remaja.
[Disediakan oleh BKKeng] Remaja akan melakukan aktiviti fizikal seperti berkhemah, mendaki bukit, berkawad, dan latihan
lasak. Semua aktiviti ini memerlukan ketabahan dan kekuatan fizikal. Remaja yang menyertainya akan
menghadapi pelbagai masalah seperti keletihan, tempat tidur yang kurang selesa, sakit badan, dan kesejukan.
Dengan cara ini, nilai peribadi yang lebih baik seperti bersemangat waja, perkasa, dan berikhtiar dapat dipupuk.
PLKN juga dapat merealisasikan perpaduan nasional. Hal ini demikian kerana aktiviti PLKN dilakukan
secara berkumpulan. Melaluinya, remaja pelbagai keturunan akan dipertemukan. Mereka akan menjalankan
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 10 -

aktiviti bersama-sama, berinteraksi, dan bergaul mesra. [Disediakan oleh BKKeng] Mereka akan didedahkan kepada corak
hidup kaum majmuk Malaysia secara mendalam. Persefahaman yang lebih erat akan memupuk perasaan kekitaan.
Dengan itu, tembok pemisah antara kaum dapat diruntuhkan.
Di samping itu, PLKN juga dapat melahirkan generasi yang prihatin. Banyak aktiviti PLKN melalui
Khidmat Komuniti dapat mencelikkan mata remaja. [Disediakan oleh BKKeng] Penglibatan remaja dalam khidmat komuniti
akan melahirkan remaja yang memahami masalah sosial yang berkaitan dengan golongan tua, golongan yang
miskin, kanak-kanak yang terbiar, dan sebagainya. [Disediakan oleh BKKeng] Hal ini akan menjadikan generasi muda kita
prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik dalam masyarakat kita
Sebagai kesimpulan, PLKN memang penting kepada nusa dan bangsa. [Disediakan oleh BKKeng] Oleh itu, demi
kebaikan kita semua, program ini perlu disokong oleh semua pihak.

Karangan 9
Nyatakan langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk meningkatkan kesedaran menabung dalam kalangan
pelajar.

1. Pendahuluan
 Menabung penting untuk meningkatkan pelaburan - juga mengurangkan inflasi
2. Isi-isi
 Perlu ditanam dalam jiwa pelajar - meningkatkan kesedaran suka menabung - kerjasama semua
pihak
 Peranan sekolah menerangkan peri penting menabung kepada pelajar melalui mata pelajaran dan
kokurikulum
 Ibu bapa memastikan anak-anak mereka menabung - membuka akaun untuk mereka di bank -
membimbing mereka
 Peranan bank perdagangan menggalakkan tabungan - skim tabungan khas untuk pelajar -
menganjurkan kelab menabung.
3. Penutup
 Menabung perlu untuk kesejahteraan individu dan negara

Menabung merupakan satu langkah penting untuk memajukan sesebuah negara. [Disediakan oleh BKKeng] Tabungan
yang dilakukan oleh individu akan dapat meningkatkan modal bagi tujuan pelaburan oleh firma atau syarikat.
Malah tabungan juga dapat mengurangkan kadar inflasi sesebuah negara. [Disediakan oleh BKKeng]
Kepentingan menabung perlu ditanam dalam jiwa pelajar. Kesedaran ini akan melahirkan masyarakat yang
suka menabung untuk masa hadapan. Usaha meningkatkan kesedaran menabung dalam kalangan pelajar dapat
dilakukan dengan kerjasama semua pihak.
Pihak sekolah memainkan peranan utama dalam memberikan penerangan kepada pelajar tentang peri
pentingnya menabung. Penerangan tersebut dapat disampaikan melalui hampir semua mata pelajaran. Malah
penerangan dapat disampaikan secara tidak langsung dalam kegiatan kokurikulum yang disertai oleh kebanyakan
pelajar.
Selain itu, para ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak mereka menabung. Ibu bapa boleh membantu
anak-anak mereka membuka akaun di bank. Ibu bapa yang menjadi punca kewangan dapat membimbing dengan
menyediakan belanjawan peribadi untuk anak mereka. [Disediakan oleh BKKeng] Dengan itu, anak-anak tersebut dilatih
supaya berbelanja secara berhemat.
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 11 -

Pihak swasta, terutama bank, juga dapat membantu meningkatkan tabiat menabung dalam kalangan pelajar.
Pihak bank dapat mengadakan program atau skim khas untuk pelajar. Kemudahan menabung dapat penerangan
tentang faedah menabung boleh dilakukan di peringkat sekolah. Kelab-kelab menabung dapat dianjurkan oleh
bank dengan menawarkan pelbagai tawaran menarik.
Kesimpulannya, kesedaran menabung perlu dilakukan oleh semua pihak. Hal ini demikian kerana menabung
bukan sahaja untuk kesejahteraan individu, malahan dapat mengukuhkan ekonomi negara. [Disediakan oleh BKKeng]

Karangan 10
Media massa ialah sumber maklumat, pengetahuan, dan hiburan yang amat penting. Huraikan peranan media
massa dalam kehidupan kita. [Disediakan oleh BKKeng]

1. Pendahuluan
 Media massa alat komunikasi - memainkan peranan yang sangat penting.
2. Isi-isi
 Peranan media massa penting sebagai penyampai maklumat - maklumat berkaitan dengan pendidikan,
ekonomi, cuaca, politik, dan lain-lain
 Media massa alat untuk menyampaikan maklumat kerajaan kepada rakyat - mengurangkan kegelisahan
rakyat - memupuk perpaduan
 Sebagai alat yang memberikan dan menyampaikan pengetahuan mengembangkan minda penerima atau
pendengar
3. Penutup
 Media massa ada banyak kebaikan dan juga keburukannya. [Disediakan oleh BKKeng]

Media massa alat komunikasi yang penting. Dalam dunia yang serba maju ini, media massa memainkan
peranan yang sangat penting. Media massa berperanan dalam menyampaikan maklumat. Kita memerlukan
maklumat yang tepat dan cepat untuk pelbagai tujuan. Nelayan, misalnya, amat bergantung pada maklumat
tentang cuaca. [Disediakan oleh BKKeng] Para pelabur memerlukan maklumat tentang pasaran saham dan kewangan. Ahli
politik pula memerlukan maklumat tentang perkara yang berhubung kait dengan politik, sama ada politik tanah
air mahupun politik luar negara. [Disediakan oleh BKKeng]
Media massa memberikan pelbagai maklumat kepada kita. [Disediakan oleh BKKeng] Semua maklumat itu berfaedah
kepada kita. [Disediakan oleh BKKeng] Pada pihak kerajaan, media massa menjadi alat yang menghubungkan rakyat dengan
kerajaan. Dengan maklumat yang disalurkan melalui media itu, rakyat mengetahui dasar dan langkah-langkah
yang dijalankan oleh kerajaan untuk kesejahteraan rakyat. Maklumat yang tepat berupaya mengelakkan rakyat
daripada dilandai kegelisahan dan sekali gus memupuk semangat perpaduan dan cinta akan negara. [Disediakan oleh

BKKeng]

Di samping itu, media massa juga memberi kita hiburan dan pengetahuan. Dengan membaca akhbar atau
majalah, kita mendapat pengetahuan melalui rencana yang disiarkan. Pengetahuan tersebut boleh dalam bidang
sains, alam sekitar, geografi, komputer, dan sebagainya. [Disediakan oleh BKKeng] Dengan hal yang demikian, minda
pembaca atau penerima maklumat akan sentiasa berkembang. Dengan kata lain, pembaca atau penerima
maklumat tidaklah menjadi seperti katak di bawah tempurung. Hal ini akan membantunya membentuk sikapnya,
menjadikannya lebih terbuka, sedia menerima pandangan orang lain, dan proaktif terhadap sesuatu perkara.
[Disediakan oleh BKKeng] Akhir sekali, hal ini akan membantunya membuat keputusan yang penting dalam kehidupannya.
[Disediakan oleh BKKeng]
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 12 -

Kesimpulannya, kita tidak dapat menafikan kebaikan media massa. [Disediakan oleh BKKeng] Akan tetapi, media
massa juga membawa unsur negatif. Hal ini berlaku kerana bukan semua maklumat itu benar dan tepat. Terdapat
juga maklumat yang palsu, berunsur fitnah yang boleh menggugat, malahan meruntuhkan kerajaan. Dalam hal ini,
kita haruslah bijak menyaring maklumat yang kita terima. [Disediakan oleh BKKeng]

Karangan 11
Warga tua merupakan golongan yang banyak berjasa kepada kita. [Disediakan oleh BKKeng] Huraikan usaha-usaha yang
wajar dilakukan untuk membantu warga tua. [Disediakan oleh BKKeng]

1. Pendahuluan
 Warga tua tidak harus diabaikan - telah menabur jasa
 Ada warga tua yang tidak bernasib baik - mengalami pelbagai masalah
2. Isi-isi
 Warga tua di negara Barat tidak dipedulikan oleh anak-anak mereka ditempatkan di rumah orang-orang
tua - kurang perhatian dan kasih sayang - ada yang hidup melarat dan merempat
 Kerajaan Malaysia mengambil pelbagai usaha untuk membela nasib warga tua - memperbanyak rumah
orang-orang tua - tempat tinggal, makanan, rawatan kesihatan
 Menyediakan tempat khas dalam perkhidmatan awam untuk warga tua - tidak perlu berhimpit-himpit
atau berdiri - konsep masyarakat penyayang
 Memperbanyak kempen untuk menyedarkan generasi muda tentang pentingnya menghargai warga tua -
melalui Hari Ibu dan Hari Bapa mencetuskan rasa simpati, kasih sayang, dan hormat
3. Penutup
 Jasa warga tua tidak harus dilupakan - kemerdekaan, keselesaan hidup, dan kemewahan hari ini ialah
hasil perjuangan warga tua

Warga tua merupakan sebahagian daripada masyarakat dan mereka tidak harus dilupakan atau diabaikan.
Sebelum ini, mereka telah menabur jasa demi kebahagiaan semua. [Disediakan oleh BKKeng] Terdapat sebilangan warga tua
yang tidak bernasib baik. Mereka ini bukan sahaja uzur, nyanyuk, malahan mengalami pelbagai masalah
kesihatan kerana usia yang telah lanjut.
Kita tidak mahu warga tua yang banyak berjasa ini menjadi seperti warga tua di negara-negara Barat. Di
negara-negara tersebut, warga tua itu tidak dipedulikan oleh anak mereka sendiri dan ditempatkan di rumah
orang-orang tua. [Disediakan oleh BKKeng] Mereka kesunyian, kurang perhatian, dan kehilangan kasih sayang. Lebih
malang lagi apabila mereka hidup melarat, merempat, dan tidak dipedulikan oleh sesiapa lagi.
Di negara kita, pelbagai usaha dapat dilakukan untuk membela nasib warga tua. [Disediakan oleh BKKeng] Pihak
kerajaan mahupun pihak swasta mesti membina lebih banyak rumah untuk warga tua ini. Di rumah ini, mereka
menikmati kemudahan tempat tinggal, makanan, dan rawatan kesihatan yang lebih baik. Dengan ini, nasib
mereka akan terbela. [Disediakan oleh BKKeng] Mereka tidaklah hidup dalam keadaan melarat, sunyi, dan merempat.
Selain itu, pihak terbabit hendaklah menyediakan tempat khas dalam pengangkutan awam seperti bas dan
kereta api untuk warga tua ini. Dengan ini, mereka tidak perlu berhimpit-himpit atau berdiri sepanjang perjalanan.
Hal ini bertepatan dengan konsep masyarakat penyayang yang dilancarkan oleh kerajaan. Di samping itu, tangga
khas atau laluan khas hendaklah disediakan bagi kemudahan golongan ini. Semua kemudahan ini membuktikan
keprihatinan kita terhadap warga tua ini.
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 13 -

Di samping itu, kerajaan, agensinya, pihak swasta, stesen radio, dan stesen televisyen perlu memperbanyak
kempen untuk menyedarkan generasi muda tentang pentingnya menghargai warga tua. [Disediakan oleh BKKeng]

Sehubungan dengan itu, sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa boleh digunakan untuk menimbulkan kesedaran
terhadap nasib warga tua ini. Sambutan ini diharapkan dapat mencetuskan rasa simpati, rasa kasih sa yang, dan
hormat yang mendalam dalam kalangan masyarakat terhadap warga tua. [Disediakan oleh BKKeng]
Masyarakat tidak harus melupakan warga tua yang telah berjasa kepada negara, amnya dan kepada
masyarakat, khususnya. [Disediakan oleh BKKeng] Generasi muda, hendaklah sentiasa sedar bahawa kemerdekaan,
keselesaan hidup , dan kemewahan hari ini ialah hasil perjuangan dan pengorbanan warga tua. [Disediakan oleh BKKeng]

Karangan 12
Perhijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar telah banyak menimbulkan masalah. Terangkan langkah-
langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan perhijrahan itu.

RANGKA KARANGAN
1. Pendahuluan
 Perhijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar banyak menimbulkan masalah
 Kesesakan dan tidak cukup kemudahan di bandar - kekurangan tenaga kerja di luar bandar
2. Isi-isi
 Cara-cara mengurangkan perhijrahan penduduk
 Memindahkan pusat pentadbiran ke pinggir bandar - mewujudkan peluang pekerjaan di
luarbandar
 Membina bandar baru dan kawasan perindustrian di luar bandar mengelakkan industri bertumpu
di bandar
 Mendirikan universiti dan pusat latihan di bandar-bandar kecil
 Menyediakan kemudahan yang lengkap di kawasan luar bandar
3. Penutup
 Pembangunan seimbang antara bandar dengan luar bandar mengurangkan perhijrahan
 Dapat mengatasi masalah di bandar dan di luar bandar

Perhijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar telah banyak menimbulkan masalah di bandar dan di luar
bandar. Pertumbuhan penduduk bandar berlaku dengan pesat dan menyebabkan masalah kesesakan penempatan
dan lalu lintas serta tidak cukup kemudahan untuk penduduk yang banyak di bandar. Sementara itu, di luar
bandar, berlaku masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor pertanian.
Perhijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar dapat dikurangkan dengan beberapa cara. [Disediakan oleh BKKeng]

Antaranya termasuklah dengan memindahkan pusat-pusat pentadbiran ke pinggir bandar. Langkah ini akan
mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar. Dengan ini, mereka yang ingin bekerja dengan
kerajaan tidak perlu berhijrah ke bandar.
Selain itu, perhijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar dapat dikurangkan jika bandar-bandar bam dan
kawasan perindustrian dibina di pinggir-pinggir bandar. Langkah ini dapat mengelakkan industri bertumpu di
kawasan perindustrian yang telah berkembang pesat seperti Petaling Taya, Sungai Way, dan Bayan Lepas.
Langkah ini akan memberikan faedah kepada industri dari segi modal dan kepada pekerja dari segi kos sara
hidup.
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 14 -

Di samping itu, perhijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar dapat dikurangkan jika pusat-pusat
pengajian seperti universiti dan pusat-pusat latihan ditubuhkan di bandar-bandar kecil dan tidak di bandar-bandar
besar sahaja. [Disediakan oleh BKKeng] Langkah ini dapat mengurangkan perhijrahan penduduk ke bandar-bandar besar
untuk mencari kerja dan melanjutkan pelajaran. Malah, langkah ini juga dapat mengurangkan pelbagai kesesakan
yang sedia ada di bandar.
Perhijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar dapat dikurangkan dengan memajukan atau
membangunkan kawasan luar bandar. Kemudahan yang mencukupi di luar bandar seperti pasar raya, panggung
wayang, taman rekreasi, pusat hiburan, dan pusat pengajian tinggi akan mengurangkan perhijrahan penduduk luar
bandar ke bandar.
Kesimpulannya, pembangunan yang seimbang antara bandar dengan luar bandar akan dapat mengurangkan
perhijrahan. Secara tidak langsung, langkah-langkah tersebut akan mengatasi masalah di bandar dan di luar
bandar.

Karangan 13
Sektor pelancongan kini dianggap sebagai sektor penting yang dapat menyumbang kepada pendapatan negara.
[Disediakan oleh BKKeng] Huraikan peri pentingnya sektor pelancongan di Malaysia. [Disediakan oleh BKKeng]

1. Pendahuluan
 Sektor pelancongan sektor yang semakin penting
 Banyak tempat menarik - kebudayaan yang unik
2. Isi-isi
 Pelancongan meningkatkan ekonomi negara - eksport tidak nyata menyumbang kepada tukaran wang
asing
 Banyak tempat menarik - hutan hijau - tarikan pelancong
 Negara yang unik dari segi masyarakatnya - berbilang kaum - pelbagai kebudayaan - memikat pelancong
 Kemudahan asas baik - penginapan dan pengangkutan
3. Penutup
 Pelancongan berpotensi besar dimajukan - memperkenalkan Malaysia kepada dunia
Malaysia kepada dunia

Sektor pelancongan di Malaysia merupakan sektor yang semakin penting kepada ekonomi negara. [Disediakan oleh

BKKeng] Hal ini demikian kerana negara kita banyak mempunyai tempat yang menarik, di samping kebudayaan yang
unik. Kerajaan, melalui Kementerian Pelancongan, sentiasa berusaha untuk memajukan sektor pelancongan di
Malaysia. [Disediakan oleh BKKeng]
Sektor pelancongan dapat membantu Malaysia meningkatkan ekonominya. [Disediakan oleh BKKeng] Pelancongan
dianggap sebagai eksport tidak nyata bagi negara kita. [Disediakan oleh BKKeng] Oleh hal yang demikian, sektor ini boleh
menyumbang kepada tukaran wang asing. Malah memajukan sektor pelancongan bermakna kita mempelbagaikan
ekonomi negara. [Disediakan oleh BKKeng]
Malaysia banyak mempunyai tempat yang menarik dan indah. Pelancong boleh melihat hutan hijau yang
terpelihara, kawasan peranginan tanah tinggi, kawasan pantai yang bersih, dan pulau-pulau yang indah. Tempat-
tempat ini menjadi tarikan kepada para pelancong ke negara kita. [Disediakan oleh BKKeng]
Selain tempat yang menarik, negara kita agak unik dari segi masyarakatnya. [Disediakan oleh BKKeng] Penduduk
negara ini terdiri daripada berbilang kaum yang hidup bersatu padu. Kepelbagaian kebudayaan kaum-kaum di
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 15 -

Malaysia turut menarik pelancong berkunjung ke negara kita. [Disediakan oleh BKKeng] Malah, sikap ramah tamah, sopan
santun, dan suka membantu rakyat negara kita turut memikat pelancong.
Selain itu, negara kita juga mempunyai kemudahan yang pelbagai untuk para pelancong seperti penginapan
yang murah, di samping sistem pengangkutan yang baik. Semua kemudahan ini menjadi faktor yang membantu
negara kita memajukan sektor pelancongan.
Kesimpulannya, faktor pelancongan di Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan. Faktor ini
akan meningkatkan pendapatan negara dan memperkenalkan negara kita kepada dunia. [Disediakan oleh BKKeng]

Karangan 14
Hampir 40% daripada kawasan bumi masih diliputi hutan. Huraikan kepentingan hutan kepada manusia. [Disediakan

oleh BKKeng]

RANGKA KARANGAN
1. Pendahuluan
 40% kawasan bumi diliputi hutan
 Kawasan hutan semakin kecil akibat kegiatan manusia - menjejaskan kehidupan manusia kerana
hutan penting
2. Isi-isi
 Menjadi kawasan tadahan hujan bagi mengelakkan hakisan tanah
 Sebagai habitat semula jadi bagi hidupan liar - akan pupus tanpa hutan
 Sebagai habitat untuk tumbuh-tumbuhan - sumber kayu-kayan, ubatubatan - mengimbangi kandungan
udara
 Boleh diterokai - mempunyai pelbagai hasil hutan.
3. Isi-isi
 Sumbangan hutan tidak ternilai - dipelihara untuk generasi akan datang

Hutan semula jadi masih meliputi hampir 40% daripada kawasan bumi. Akan tetapi, kawasan hutan itu
semakin hari semakin kurang akibat daripada kegiatan manusia. [Disediakan oleh BKKeng] Kesusutan kawasan hutan itu
akan menjejaskan kehidupan manusia kerana hutan amat penting kepada manusia. [Disediakan oleh BKKeng]
Hutan merupakan kawasan tadahan hujan. Sebagai kawasan tadahan, hutan berfungsi melindungi tanah
daripada hakisan yang teruk. Malah kawasan tadahan dapat mengelakkan berlakunya tanah runtuh, pencemaran
sungai, dan banjir kilat.
Selain itu, hutan merupakan habitat semula jadi bagi hidupan liar yang pelbagai jenis. Tanpa hutan, hidupan
liar akan terancam dan akhirnya akan pupus. Oleh hal yang demikian, hutan mesti dipelihara agar habitat hidupan
liar itu terus kekal.
Selain hidupan liar, hutan juga menjadi habitat kepada beribu-ribu spesies tumbuh-tumbuhan. Di samping
membekalkan kayu, sumber ini juga mengimbangi kandungan udara. [Disediakan oleh BKKeng] Sebahagian besar tumbuh-
tumbuhan pula boleh digunakan sebagai ubat-ubatan. Banyak spesies tersebut sentiasa dikaji selidik manfaatnya
dalam bidang perubatan moden.
Hutan juga menawarkan pelbagai hasil hutan yang boleh dimanfaatkan oleh manusia. [Disediakan oleh BKKeng] Hasil
hutan yang boleh didapati adalah seperti damar, rotan, buluh, dan minyak keruing.
Kesimpulannya, hutan memberikan sumbangan yang tidak ternilai kepada manusia. [Disediakan oleh BKKeng] Hutan
memastikan manusia hidup sempurna dengan udara dan ekologi yang bersih dan selamat. Malah, hutan
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 16 -

menawarkan pelbagai hasil tumbuh- tumbuhan untuk dinikmati oleh manusia. [Disediakan oleh BKKeng] Oleh sebab itu,
hutan merupakan suatu warisan yang mesti dipelihara untuk generasi yang akan datang.

Karangan 15
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kerajaan Malaysia lebih mengutamakan sektor perindustrian daripada
sektor pertanian.
Huraikan kepentingan sektor perindustrian kepada negara Malaysia. [Disediakan oleh BKKeng]

1. Pendahuluan
 Malaysia sedang menuju ke arah negara perindustrian
 Banyak pelabur asing melabur di negara kita
2. Isi-isi
 Industri membuka peluang pekerjaan kepada rakyat
 Menambah pendapat negara dan meninggikan taraf hidup rakyat
 Negara kita kaya dengan bahan mentah dan bahan api
 Kemajuan industri berlaku kerana adanya tenaga buruh yang murah dan bahan api
 Rakyat perlu berilmu, berdisiplin, dan sanggup bekerja keras
3. Penutup
 Kemajuan dalam bidang perindustrian tidak bermakna jika moral pekerja rosak
 Mengimbangi kemajuan kebendaan dengan kerohanian

Malaysia sedang menuju ke arah negara perindustrian. Hal ini terbukti dengan adanya banyak pelabur asing
yang melabur di negara kita. [Disediakan oleh BKKeng] Hasilnya, negara kita merupakan pengeluar utama komponen
elektronik di dunia. [Disediakan oleh BKKeng] Di samping itu, kereta buatan negara kita mula mendapat pasaran di luar
negara. [Disediakan oleh BKKeng]
Usaha kerajaan menggalakkan pertumbuhan industri akan membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada
rakyat. Di samping itu, pendapatan negara juga bertambah. Hal ini akan meningkatkan taraf hidup rakyat negara
ini.
Usaha menjadikan negara kita sebagai negara perindustrian memang kena pada tempatnya. [Disediakan oleh BKKeng]

Hal ini demikian kerana negara kita kaya dengan bahan mentah seperti bijih timah, getah, dan minyak kelapa
sawit. Selain itu, negara kita juga kaya dengan sumber bahan api seperti gas asli dan petroleum.
Ada banyak sebab pelabur asing berminat untuk melabur di negara kita. [Disediakan oleh BKKeng] Sebab pertama ialah
tenaga buruh yang banyak dan murah. Sebab kedua ialah negara kita juga kaya dengan sumber bahan api seperti
gas asli dan petroleum. Hal ini menjadikan barang-barang keluaran kilang-kilang di negara kita dapat dijual
dengan harga yang murah di luar negara. [Disediakan oleh BKKeng]
Negara kita dijangka akan setanding dengan negara perindustrian di Asia seperti Jepun dan Korea Selatan.
Untuk mencapai hasrat itu, negara memerlukan rakyat yang berilmu, berdisiplin, dan sanggup bekerja keras.
Rakyat Malaysia sewajarnya melengkapkan diri mereka dengan ilmu dan membina sikap yang baik. Hal ini
penting kerana kemajuan dalam bidang perindustrian tidak bermakna sekiranya moral pekerjanya rosak. Kita
harus mengimbangi kemajuan kebendaan dengan kerohanian.

Karangan 16
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 17 -

Vandalisme ialah perbuatan yang merugikan masyarakat dan negara. [Disediakan oleh BKKeng] Huraikan faktor-faktor yang
menyebabkan kegiatan negatif itu berlaku dalam kalangan remaja. [Disediakan oleh BKKeng]

1. Pendahuluan
 Definisi vandalisme
2. Isi-isi
 Faktor kurangnya perhatian dan bimbingan ibu bapa - masalah rumah tangga - tidak menerima didikan
dan kasih sayang - menjadi remaja rendah moral
 Pengaruh media massa terutama filem-filem Barat - menonjolkan cara hidup yang tidak sihat - remaja
terikut-ikut akan tingkah laku watak-watak dalam filem
 Pengaruh rakan sebaya yang rendah akhlaknya - bertukar daripada yang baik kepada yang buruk
 Sikap masyarakat yang tidak ambil peduli - membiarkan vandalisme berlaku - menganggapnya sebagai
tanggungjawab kerajaan
3. Penutup
 Semua pihak mesti berganding bahu membanteras kegiatan vandalisme - mewujudkan masyarakat yang
sihat dan harmoni

Kegiatan vandalisme, iaitu merosakkan harta benda awam atau kemudahan awam ialah perbuatan yang tidak
bertanggungjawab. Belakangan ini, vandalisme semakin menjadi-jadi dan telah menyebabkan kerugian berjuta-
juta ringgit.
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan vandalisme. Satu faktor penting ialah kurangnya bimbingan
dan perhatian ibu bapa terhadap remaja. [Disediakan oleh BKKeng] Kumpulan remaja yang terlibat melakukan aktiviti ini
biasanya datang dari keluarga yang mengalami masalah rumah tangga. [Disediakan oleh BKKeng] Mereka tidak menerima
didikan dan kasih sayang yang sempurna dari keluarga. [Disediakan oleh BKKeng] Mereka akan terus menjadi individu yang
rendah moralnya dan sering melakukan sesuatu perkara mengikut nafsu tanpa memikirkan kepentingan orang
lain.
Selain faktor tadi, faktor pengaruh media massa tidak boleh dipandang ringan. Media elektronik, terutama
televisyen, banyak mempengaruhi perlakuan golongan remaja melalui filem-filem ganas yang disiarkan. Para
remaja hari ini terdedah pada pelbagai bahan hiburan dari negara Barat yang banyak menonjolkan cara hidup
yang tidak sihat seperti melepak, merokok, pergaulan bebas, dan vandalisme. Tingkah laku suka merosakkan
harta benda awam ini banyak dipaparkan dalam filem-filem Barat yang menjadi tontonan golongan remaja.
[Disediakan oleh BKKeng] Daripada situlah tabiat ini dipelajari dan banyak remaja yang terikut-ikut akan tingkah laku
watak-watak dalam filem-filem ganas yang diminati mereka itu.
Di samping pengaruh filem, pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan dalam menyebarkan budaya
negatif ini. Kita sedia maklum bahawa golongan remaja mempunyai banyak masa yang terluang untuk bergaul
dengan rakan-rakan mereka. [Disediakan oleh BKKeng] Jika tiada bimbingan daripada ibu bapa, mereka kadangkala bergaul
dengan kelompok remaja yang rendah akhlaknya. [Disediakan oleh BKKeng] Faktor ini boleh menjadikan seorang pelajar
yang baik bertukar watak. Pergaulan seseorang akan menentukan sahsiah diri seseorang. Jika seseorang itu
berkawan dengan penjual minyak wangi, maka keharumannya akan dapat dirasainya. [Disediakan oleh BKKeng] Jika dia
berkawan dengan si tukang besi, maka percikan api akan mengenai dirinya juga. [Disediakan oleh BKKeng]
Sikap masyarakat juga menjadi punca vandalisme semakin merebak. Di setengah-setengah tempat, anggota
masyarakat tidak ambil peduli jika mereka mendapati ada orang yang merosakkan harta benda awam. Kononnya,
mereka tidak mahu menjaga tepi kain orang. Malah ada yang menganggap kemudahan awam ialah milik kerajaan
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 18 -

dan kerajaan bertanggungjawab untuk menjaganya. [Disediakan oleh BKKeng] Oleh sebab itu, mereka mengambil sikap
lepas tangan dalam hal tersebut. Sikap seperti ini menyuburkan budaya vandalisme.
Vandalisme yang merebak dalam masyarakat kita akan bertambah serius jika tiada tindakan yang tegas
diambil. Vandalisme ialah perbuatan yang amat merugikan masyarakat dan negara. [Disediakan oleh BKKeng] Semua pihak
mesti bekerjasama untuk mengatasi masalah ini demi mewujudkan masyarakat yang sihat dan harmoni.

Karangan 17
Golongan belia ialah harapan negara pada masa hadapan. Huraikan peranan golongan belia dalam sesebuah
negara yang sedang membangun seperti Malaysia. [Disediakan oleh BKKeng]

1. Pendahuluan
 Penerangan tentang maksud belia dari segi usia
2. Isi-isi
 Peranan dari segi ekonomi - sebagai penyumbang tenaga kerja yang produktif
 Golongan yang berpotensi menerima perubahan dalam semua aspek
 Peranan belia sebagai pengguna pengetahuan dan mencipta keadaan yang moden
 Bertanggungjawab mengembangkan budaya bangsa - mempelajari warisan kesenian bangsa agar tidak
luput
3. Penutup
 Belia perlu memahami peranan mereka - bertanggungjawab kepada agama dan negara

Belia ialah golongan muda yang berusia antara 18 hingga 35 tahun. Golongan ini dianggap sebagai golongan
yang paling produktif dan bersemangat kental dalam semua hal. Selain itu, golongan belia merupakan golongan
yang terbanyak dalam sesebuah negara. [Disediakan oleh BKKeng] Dalam sesebuah negara yang sedang membangun seperti
Malaysia, golongan belia memainkan peranan yang penting dalam menentukan kemajuan,
kemakmuran, dan kestabilan negara, sama ada dari segi ekonomi, politik, atau sosial. Golongan belia
memainkan peranan untuk membantu meningkatkan kemakmuran ekonomi negara kerana golongan belia yang
sihat dan berwawasan dapat menjadi penyumbang tenaga kerja yang produktif. Produktiviti yang tinggi akan
dapat memastikan hasil pengeluaran yang tinggi kepada organisasi yang diwakili mereka. [Disediakan oleh BKKeng]

Sumbangan golongan belia dalam pelbagai sektor sangat penting. Hal ini jelas kelihatan apabila golongan belia
banyak berhijrah ke bandar dan menyebabkan sektor pertanian di luar bandar kini semakin ketinggalan. Sektor ini
hanya diusahakan oleh golongan tua yang kurang berupaya memberikan sumbangan kepada ekonomi negara
secara produktif.
Selain menjadi penyumbang tenaga kerja yang banyak, golongan belia ialah golongan yang rata-ratanya
mempunyai tahap pemikiran yang tinggi. Golongan ini bukan sahaja produktif malah kreatif dan inovatif. Oleh
sebab itu, pandangan dan cadangan mereka dalam soal perekonomian dan kenegaraan perlu diberikan perhatian.
Golongan belia perlu peka terhadap soal-soal kemasyarakatan dan pentadbiran negara. [Disediakan oleh BKKeng] Mereka
perlu memberikan sumbangan dan idea dalam hal-hal yang berkaitan dengan pembangunan negara. [Disediakan oleh

BKKeng]

Golongan belia mempunyai peranan penting dalam memastikan pembangunan yang berterusan di negara ini.
Oleh sebab itu, mereka perlu menguasai ilmu pengetahuan dalam semua bidang. Pengetahuan dan keterampilan
yang tinggi ini akan menjadikan golongan belia lebih berpotensi dalam menerima perubahan dari semasa ke
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 19 -

semasa. [Disediakan oleh BKKeng] Golongan belia bukan sahaja mampu menggunakan ilmu dan teknologi yang ada malah
sepatutnya mencipta kaedah-kaedah yang lebih moden dan sesuai dengan keperluan diri dan zaman.
Selain berperanan memajukan ekonomi, golongan belia juga sepatutnya memikul tanggungjawab
mengembangkan warisan budaya bangsa. [Disediakan oleh BKKeng] Hal ini demikian kerana kita tidak mahu suatu hari
nanti kita mengalami krisis identiti bangsa. [Disediakan oleh BKKeng] Golongan belia perlu mempelajari warisan kesenian
bangsa agar tidak luput oleh perubahan zaman. Budaya, adat, dan adab bangsa, wajar dijunjung walaupun kita
telah mencapai tahap pembangunan yang tinggi.
Ringkasnya, memang benarlah kata pepatah ‘Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Golongan belia
pada hari ini perlu memahami peranan mereka agar mereka dapat menjalankan tanggungjawab mereka kepada
agama dan negara pad a masa hadapan.

Karangan 18
Gengsterisme mula merebak dalam kalangan pelajar sekolah. Huraikan punca-punca gejala ini dalam kalangan
pelajar sekolah.

1. Pendahuluan
 Menerangkan maksud gengsterisme dan kejadian-kejadian yang berlaku
2. Isi-isi
 Sikap atau naluri remaja ingin menunjukkan kehebatan mereka - ingin menguasai orang lain
 Kelonggaran peraturan dan pengawasan disiplin di sekolah - bebas bergaul - pelajar dibuli dan diperas
ugut
 Masalah dalam keluarga pelajar - tidak harmoni - kurang didikan agama dan kasih sayang
 Pengaruh media massa - filem Sarat memaparkan keganasan - remaja terikut-ikut
3. Penutup
 Semua pihak perlu menjalankan fungsi institusi dalam masyarakat agar gengsterisme ini dapat
dibendung.

Gengsterisme bermaksud kegiatan samseng atau perlakuan jenayah yang dilakukan oleh suatu kumpulan
pelajar atau orang dewasa. [Disediakan oleh BKKeng] Pada masa dahulu, perlakuan ini hanya dilakukan oleh kongsi gelap
yang dianggotai oleh orang dewasa. [Disediakan oleh BKKeng] Kini perlakuan ini melibatkan segelintir pelajar menengah
rendah. Gengsterisme melibatkan perbuatan seperti memeras ugut, menculik, merosakkan harta benda orang lain,
mencuri, dan membuli orang lain. Sejak akhir-akhir ini, penglibatan pelajar dan remaja dalam gengsterisme
membimbangkan banyak pihak.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan remaja terjebak dalam gengsterisme. Satu daripadanya ialah
sikap atau naluri remaja itu sendiri. Sikap ingin menunjukkan kehebatan atau keberanian mereka menyebabkan
mereka terjebak dalam gengsterisme. Lazimnya, pelajar yang terlibat ialah mereka yang tidak berminat terhadap
pelajaran dan pelajar yang banyak menimbulkan masalah disiplin. Keinginan untuk menguasai orang lain juga
menjadi punca berlakunya gengsterisme dalam kalangan pelajar.
Faktor lain ialah kelonggaran atau kurangnya pengawasan disiplin di sekolah. Jika disiplin pelajar diberikan
perhatian yang serius, peluang pelajar untuk terjebak dalam gengsterisme akan berkurang. Kelonggaran dalam
pengawasan disiplin pelajar telah memberi pelajar ruang yang luas untuk terjebak dalam gengsterisme. Kegiatan
ini mudah merebak ke sekolah kerana para pelajar bebas bergaul dan mereka mempunyai masa lapang untuk
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 20 -

mempengaruhi rakan-rakan yang lain. Di sekolah juga banyak terdapat mangsa yang boleh dibuli mereka dengan
sesuka hati dan diperas ugut untuk mendapatkan sumber kewangan.
Selain faktor di sekolah, faktor ibu bapa di rumah juga menjadi punca berlakunya gengsterisme dalam
kalangan pelajar. Kebanyakan pelajar yang terlibat dalam kegiatan ini datang dari keluarga yang bermasalah.
Keluarga yang tidak harmoni, yang kurang memberikan didikan agama dan kasih sayang serta perhatian terhadap
anak-anak, juga merupakan faktor berlakunya gengsterisme di sekolah. Tanpa bimbingan dan perhatian daripada
ibu bapa, remaja akan mudah terpengaruh oleh rakan sebaya yang nakal dan akhirnya terjebak dalam medan
gengsterisme.
Faktor pengaruh media massa juga tidak boleh dipandang ringan. Media yang memaparkan hiburan memang
diminati oleh golongan remaja. [Disediakan oleh BKKeng] Hiburan terutamanya dalam bentuk filem dari negara Barat lebih
banyak memaparkan keganasan, kekejaman, dan perbuatan yang tidak bermoral. Para remaja yang kurang
bimbingan ibu bapa, guru, dan rakan sebaya mudah terikut-ikut akan bahan tontonan itu.
Golongan pelajar perlu disedarkan tentang bahaya menyertai kumpulan samseng atau melakukan kerja-kerja
jenayah kerana hal ini akan menjejaskan masa hadapan mereka. [Disediakan oleh BKKeng] Semua pihak yang terlibat perlu
berganding bahu untuk membendung masalah ini. Sekarang bukan masanya untuk saling menuduh atau untuk
berseminar sahaja. [Disediakan oleh BKKeng] Sekarang ialah masanya untuk mengambil tindakan segera agar kegiatan ini
tidak menjadi semakin parah.
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 21 -

Karangan 19
Bilangan pelajar yang keciciran dalam sistem pendidikan di negara kita semakin meningkat. Huraikan punca-
punca keciciran tersebut.

1. Pendahuluan
 Penerangan tentang definisi keciciran
2. Isi-isi
 Sikap pelajar yang enggan berubah - lemah dan bersikap malas - sukar dibantu
 Sistem pendidikan yang tidak memberikan tumpuan kepada pelajar yang lemah - terlalu terikat oleh
sukatan pelajaran - guru tidak ada masa untuk pelajar lemah
 Kurang perhatian dan bimbingan keluarga di rumah - ibu bapa terlalu sibuk
3. Penutup
 Usaha perlu digembleng untuk meminimumkan bilangan pelajar yang keciciran

Keciciran dalam pelajaran bermaksud tertinggal atau gagal dalam peperiksaan, sama ada peperiksaan awam
atau peperiksaan semester di sekolah. Pada masa ini, bilangan pelajar yang tercicir dalam pelajaran semakin
meningkat. Hal ini merupakan suatu fenomena yang tidak sihat dalam dunia pendidikan. Malah, fenomena ini
membayangkan kelemahan sistem pendidikan yang ada dan menjadi hambatan dalam usaha kerajaan untuk
menjadikan negara ini sebagai pusat pengajian terbaik di rantau ini.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan keciciran dalam pelajaran berlaku. Faktor pertama ialah faktor
sikap pelajar itu sendiri. Pelajar-pelajar yang lemah dalam pelajaran selalunya mempunyai sikap malas dan tidak
mementingkan pelajaran. Mereka malas membaca, mengulang kaji pelajaran, atau membuat kerja rumah yang
diarahkan oleh guru mereka. [Disediakan oleh BKKeng] Sikap ini menyebabkan pelajar yang terlibat sukar untuk dibimbing
dan dibantu oleh guru-guru mereka. [Disediakan oleh BKKeng] Sikap ini biasanya timbul kerana seseorang pelajar itu tidak
mempunyai matlamat hidup dan tidak sedar akan peri pentingnya pelajaran demi masa hadapan mereka. [Disediakan

oleh BKKeng]

Sikap malas juga menyebabkan pelajar-pelajar berkenaan berdepan dengan masalah disiplin yang
memangkinkan keciciran dalam pelajaran mereka. [Disediakan oleh BKKeng] Masalah disiplin pelajar berkait rapat dengan
sikap seseorang. Terdapat hubungan yang rapat antara disiplin dengan pencapaian pelajaran. Pelajar yang
cemerlang biasanya tidak menghadapi masalah disiplin. Sikap acuh tak acuh terhadap pelajaran dan suka
melanggar disiplin sukar untuk diubah jika pelajar itu sendiri tidak mahu mengubahnya. [Disediakan oleh BKKeng]
Selain itu, keciciran pelajar juga berpunca daripada sistem pendidikan yang tidak memberikan tumpuan
kepada pelajar yang lemah. Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan tidak banyak membantu
golongan pelajar yang lemah. Pengajaran di sekolah yang terikat oleh sukatan pelajaran yang ditetapkan tidak
mengizinkan guru-guru memberikan peluang yang secukupnya kepada para pelajar yang lemah untuk terus
mencuba. [Disediakan oleh BKKeng] Tambahan pula, bilangan pelajar yang banyak dalam sesuatu kelas menyukarkan guru-
guru memberikan tumpuan khas kepada mereka. [Disediakan oleh BKKeng] Oleh sebab itu, pelajar yang lemah akan terus
tertinggal kerana hilangnya minat terhadap pelajaran. Minat mereka terhadap pelajaran menjadi tumpul dan
akhirnya terus “terbunuh” dalam sistem pendidikan yang lemah itu.
Faktor bimbingan dan perhatian ibu bapa juga memainkan peranan dalam menyebabkan keciciran pelajar.
Ibu bapa yang sering sibuk dengan urusan mereka akan menyebabkan pelajaran anak-anak mereka terabai. Ibu
bapa sepatutnya turut memberikan bimbingan dan menyuntik semangat untuk anak-anak mereka supaya terus
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 22 -

belajar. Mereka perlu memastikan anak-anak mereka mengulang kaji pelajaran dan membuat kerja-kerja sekolah
yang diarahkan oleh guru-guru di sekolah.
Kesimpulannya, pihak yang terlibat dalam dunia pendidikan dan masyarakat secara keseluruhannya
hendaklah menggembleng tenaga dan fikiran untuk mengatasi masalah ini. Usaha yang bersungguh-sungguh
perlu dijalankan untuk meminimumkan bilangan pelajar yang keciciran dalam pelajaran mereka. [Disediakan oleh BKKeng]

Dengan hal yang demikian, mereka dapat diselamatkan daripada terus lemas dan tenggelam dalam arus kemajuan.

Karangan 20
Peranan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

1. Pendahuluan
 Komputer alat ciptaan moden - dapat mempermudah kerja
 Memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
2. Isi-isi
 Komputer dapat menarik minat para pelajar - ada gambar, bunyi dan warna - konsep multimedia
 Memudahkan para pel ajar memahami sesuatu pelajaran - maklumat dalam disket atau CD-ROM
 Mempercepat proses pengajaran dan pembelajaran - guru tidak perlu menulis atau melukis di papan
hitam - lebih masa untuk perbincangan
 Kemudahan pelajar mengulang kaji pelajaran tanpa bantuan guru latihan kendiri
 Pelajar boleh mendapatkan maklumat dari Internet
3. Penutup
 Komputer memainkan peranan penting dalam mengubah proses pengajaran dan pembelajaran

Komputer merupakan alat ciptaan moden yang dapat mempermudah kerja, termasuk dalam bidang
pendidikan. Dalam dunia yang semakin canggih, komputer memainkan peranan penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah.
Penggunaan komputer dalam pengajaran akan dapat menarik minat para pelajar mengikuti pelajaran. Teknik
kapur dan papan hitam yang digunakan pada hari ini sangat membosankan para pelajar. Komputer, dengan
konsep multimedia, iaitu gambar, bunyi dan warna, mampu menarik minat para pelajar.
Di samping menarik minat, kelebihan ini dapat memudahkan pelajar memahami sesuatu pelajaran. Hal ini
demikian kerana para pelajar mendapat gambaran yang tepat tentang sesuatu topik yang dipelajari. Dengan
bantuan maklumat yang terdapat dalam bentuk disket atau CD-ROM, mereka dapat melihat gambar dan
maklumat pada skrin komputer seperti model yang sebenar. Dengan ini, para pelajar dapat maklumat yang lebih
tepat daripada komputer.
Tambahan pula, komputer dapat mempercepat proses pengajaran dan pembelajaran kerana guru tidak perlu
lagi menulis dan melukis pada papan hitam. Oleh itu, waktu pengajaran dapat digunakan secara optimum. Malah,
masa yang ada dapat digunakan untuk perbincangan atau sumbang saran yang dapat meningkatkan pemahaman
pelajar.
Pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan menggunakan program-program tertentu. Program-
program itu dapat digunakan oleh para pelajar untuk membuat ulang kaji. Mereka dapat mencetak bahagian-
bahagian yang penting untuk tujuan ulang kaji. Hal ini membolehkan pelajar mengulang kaji tanpa bantuan guru.
Malah, para guru dapat merangka program tertentu untuk tujuan latihan kendiri.
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 23 -

Para pelajar juga boleh mendapat maklumat atau bertukar-tukar maklumat melalui Internet dan Intranet.
Dengan ini, proses mendapatkan ilmu tidak lagi bergantung pada guru sepenuhnya. [Disediakan oleh BKKeng]
Kesimpulannya, penciptaan komputer memainkan peranan besar dan mampu mengubah proses pengajaran
dan pembelajaran yang dilaksanakan sekarang.

Karangan 21
Rakan sebaya dapat membantu dalam proses pembentukan disiplin remaja. [Disediakan oleh BKKeng] Jelaskan penyataan
ini.

1. Pendahuluan
 Rakan sebaya ialah rakan yang seusia dan sama kegemarannya
2. Isi-isi
 Rakan sebaya dapat mempengaruhi perwatakan seseorang - rakan sebaya baik, perwatakan akan baik
 Persamaan umur memudahkan komunikasi
 Saling mempengaruhi - pembentukan disiplin berlaku secara semula jadi
 Menghabiskan lebih masa bersama-sama rakan sebaya - masa sekolah dan di luar sekolah
3. Penutup
 Rakan sebaya sangat penting dalam pembentukan disiplin

Rakan sebaya bermaksud rakan yang seusia dan mempunyai kegemaran yang hampir sama. [Disediakan oleh BKKeng]

Kebiasaannya mereka membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga sepuluh orang.
Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang. Kumpulan rakan sebaya dapat
membentuk perwatakan seseorang. Malah, kadangkala rakan sebaya ini menentukan perwatakan dan
keperibadian seseorang. Jika seseorang itu menyertai satu kumpulan rakan sebaya yang baik, maka baiklah
individu tersebut dan sebaliknya. [Disediakan oleh BKKeng] Oleh itu, memilih rakan sebaya sangat penting kepada para
pelajar.
Dalam kalangan remaja, persamaan umur dan kegemaran memudahkan mereka berkomunikasi antara satu
dengan yang lain. Dalam keadaan seperti ini, mereka saling terpengaruh dan secara tidak langsung pembentukan
disiplin berlaku dalam kalangan mereka. [Disediakan oleh BKKeng] Biasanya, individu yang bersikap positif lebih
berpengaruh dan menjadi ikutan yang lain. Dalam kumpulan rakan sebaya yang baik, mereka akan saling
memberikan galakan, saling menasihati dan lebih cenderung kepada perkara-perkara yang baik. Pembentukan
disiplin dalam kalangan pelajar berlaku secara semula jadi bagi kumpulan rakan sebaya yang baik.
Proses pembentukan disiplin lebih mudah berlaku dalam kumpulan rakan sebaya kerana faktor masa. [Disediakan

oleh BKKeng] Masa bersama-sama rakan sebaya bagi seseorang individu lebih panjang berbanding dengan ibu bapa
atau guru di sekolah. Hal ini kerana pergaulan mereka meliputi masa persekolahan dan di luar waktu
persekolahan. Dengan ini, mereka saling bertukar-tukar pendapat dalam menghadapi banyak situasi. Mereka
sama-sama terlibat dalam proses membuat keputusan tentang sesuatu perkara yang dilakukan oleh mereka.
[Disediakan oleh BKKeng] Dalam keadaan inilah pembentukan disiplin dan perwatakan seseorang itu berlaku.
Kesimpulannya, memang benarlah rakan sebaya memainkan peranan penting dalam pembentukan disiplin
seseorang.

Karangan 22
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 24 -

Penglibatan dalam sukan merupakan salah satu bentuk profesion yang terdapat pada hari ini. Namun yang
demikian, usaha untuk membudayakan sukan dalam masyarakat tidak menampakkan sokongan dan galakan.
Huraikan perkara-perkara yang menghalang untuk membudayakan sukan khususnya masyarakat di Malaysia.
[Disediakan oleh BKKeng]

RANGKA KARANGAN
Pendahuluan
Saban tahun - kemunculan bakat-bakat baru -bidang sukan - bakat-bakat ini tidak boleh disia-siakan - aset negara
- bakal mengharumkan nama negara - mengukuhkan prestasi sukan negara - kelihatan suram dan tidak bermaya.
[Disediakan oleh BKKeng]

Idea pertama
sesetengah masyarakat Malaysia tidak dapat menerima - sukan sebahagian daripada kerjaya masa kini -
dibelenggu dengan pemikiran - melibatkan diri secara aktif dalam sukan akan menjejaskan masa hadapan - tidak
yakin dengan gelaran ‘atlet profesional’ - menganggap Malaysia bukan seperti negara lain mengambil berat
terhadap sukan - pemikiran ini wajar diketepikan nama-nama besar dalam bidang sukan - sudah membuktikan
boleh berjaya - memilih sukan sebagai profesion - alasan negara maju tidak tepat - usaha dan semangat juang -
penentu segalanya. [Disediakan oleh BKKeng]

Idea kedua
Kekurangan infrastruktur menghalang usaha - membudayakan sukan - kawasan terpencil - kemudahan sukan
diperoleh di sekolah - kawasan luar sekolah - bayaran mahal, tempat terhad melemahkan semangat mereka -
pihak berwajib memantau jika dibiarkan - masa akan datang - bermimpi menggenggam pingat Olimpik.

Idea ketiga
Tidak kelihatan - bahaya - mampu menggugat - rasuah berleluasa dalam bidang sukan - melemahkan pihak
pengurusan menggugat kredibiliti sukan negara - barah rasuah - amat berbahaya - menjauhkan jarak -
membudayakan sukan peristiwa sukan bola sepak negara - dilumuri najis rasuah - mutu sukan bola epak negara
-merudum - tiada tanda-tanda untuk pulih.

Penutup
Usaha membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat memerlukan usaha sama yang teguh dan berkekalan
tidak wajar - sebelah pihak sahaja yang bersungguh-sungguh - pihak lain - tunggu dan lihat.

Tidak dinafikan, saban tahun pasti akan muncul bakat-bakat baru dalam bidang sukan khususnya di negara
kita. [Disediakan oleh BKKeng] Bakat-bakat ini tidak boleh disia-siakan kerana mereka merupakan sebahagian daripada aset
negara yang bukan sahaja bakal mengharumkan nama negara tetapi juga mengukuhkan prestasi sukan negara
yang akhir-akhir ini kelihatan suram dan tidak bermaya. [Disediakan oleh BKKeng]
Sesetengah masyarakat di Malaysia masih lagi tidak dapat menerima bahawa sukan adalah sebahagian
daripada kerjaya pada masa kini. Mereka masih lagi dibelenggu dengan pemikiran bahawa melibatkan diri secara
aktif dalam sukan akan menjejaskan masa hadapan anak-anak mereka. [Disediakan oleh BKKeng] Mereka tidak yakin
dengan gelaran ‘atlet profesional’ kerana menganggap Malaysia bukanlah seperti negara yang lain yang begitu
mengambil berat terhadap sukan di negara mereka. [Disediakan oleh BKKeng] Pemikiran ini wajar diketepikan kerana
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 25 -

lihatlah nama-nama besar dalam bidang sukan seperti Tiger Woods, Michael Schumacher, Datuk Nicol David dan
lain-lain. Mereka udah membuktikan bahawa mereka juga boleh berjaya apabila memilih sukan sebagai
profesion. Alasan negara mereka maju bukan sesuatu yang tepat kerana usaha dan semangat juang yang tinggi
adalah penentu segalanya. [Disediakan oleh BKKeng]
Selain itu, kekurangan infrastruktur juga adalah antara perkara yang menghalang usaha untuk
membudayakan sukan khususnya di negara ini. Di kawa an-kawasan terpencil, kemudahan sukan hanya boleh
diperoleh di sekolah manakala di kawasan luar sekolah terpaksa makan hati kerana bayaran yang mahal, tempat
terhad dan sebagainya. [Disediakan oleh BKKeng] Hal ini boleh melemahkan semangat mereka. [Disediakan oleh BKKeng] Pihak yang
berwajib seharusnya memantau perkara ini kerana jika dibiarkan hal seumpama ini berlaku, maka pada masa akan
datang kita akan terus bermimpi untuk menggenggam pingat emas di kejohanan Olimpik.
Perkara ini mungkin tidak disedari tetapi bahayanya mampu menggugat sehingga ke akar umbi. Rasuah
yang berleluasa dalam bidang sukan bukan sahaja melemahkan pihak pengurusan malah boleh menggugat
kredibiliti sukan negara pada masa hadapan. Barah rasuah sudah terbukti amat berbahaya dan sekali gus
menjauhkan jarak untuk membudayakan sukan. Peminat sukan tanah air pasti lagi mengingati peristiwa yang
melanda sukan bola sepak beberapa tahun yang lalu apabila sukan ini dilumuri dengan najis rasuah. Selepas
peristiwa terbabit, mutu sukan bola sepak negara terus merudum dan sehingga kini masih belum ada tanda-tanda
untuk pulih sepenuhnya. [Disediakan oleh BKKeng]
Oleh yang demikian, usaha untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat Malaysia memerlukan
satu bentuk usaha sama yang teguh dan berkekalan. Tidak wajar jika hanya sebelah pihak sahaja yang
bersungguh-sungguh untuk melakukannya sedangkan di pihak yang lain hanya sekadar tunggu dan lihat sahaja.
[Disediakan oleh BKKeng]

Suram: Tidak berapa terang, agak gelap, kurang cahaya, redup, tidak ceria
Makan hati: Dukacita yang amat sangat
Kredibiliti: Sifat yang boleh dipercayai atau diyakini, kebolehpercayaan
Dilumuri: Dilumangi, dipaliti

Karangan 23
Setiap orang ingin kelihatan sihat sepanjang hayat. Namun begitu, tidak semua orang menggunakan cara yang
betul untuk kekal sihat. Huraikan cara-cara untuk mendapat dan mengekalkan kesihatan yang baik.

RANGKA KARANGAN
Pendahuluan
Tiada siapa ingin jatuh akit - mengeluarkan wang untuk membayar bil - penyakit tidak seteruk mana - pelbagai
cara dilakukan - kesihatan terpelihara sepanjang hayat - ada yang sanggup berbelanja ribuan ringgit - untuk kekal
sihat - ada yang tidak mengeluarkan sesen pun - mampu hidup dengan sihat.

Idea pertama
Pelbagai cara - mendapat dan mengekalkan kesihatan - apa juga cara - kembali kepada asas - mengamalkan
kebersihan - satu perkara yang penting - perlu diamalkan selalu - melalui kebersihan peribadi dapat dinilai
mengamalkan kebersihan dalam kehidupan - contoh - pelajar cemerlang pakaian seragam yang bersih dan kemas
- disukai oleh kawan dan lawan - walau kekurangan dari segi fizikal.

Idea kedua
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 26 -

Pengawalan dan pengambilan makanan dan minuman makanan dan minuman menentukan kesihatan ulam-
ulaman, buah-buahan - pemangkin untuk mengekalkan kesihatan yang baik makanan dan minuman yang manis,
memabukkan, kadar lemak yang tinggi-tidak baik untuk kesihatan mengundang penyakit pakar nutrisi dan doktor
- memberi nasihat - mengawal jenis makanan dan minuman yang diambil.

Idea ketiga
Kekal sihat dengan senaman - tubuh memerlukan sedikit pergerakan perjalanan darah lancar - meluangkan masa
20 minit sehari untuk bersenam umpama sebuah kereta digunakan setiap hari mengalami kerosakan rajin
memeriksa menjaga dengan elok dapat digunakan untuk tempoh yang lama senaman mengembalikan stamina -
mengekalkan kesihatan.

Penutup
Masih tidak terlambat menjaga kesihatan tubuh jangan berlengah tidak tahu apa yang terjadi pada keesokan hari.

Tiada siapa yang ingin jatuh sakit atau mengeluarkan wang yang banyak untuk membayar bil kesihatan
sedangkan penyakit tersebut tidaklah seteruk yang disangka. [Disediakan oleh BKKeng] Pelbagai cara yang telah, sedang dan
akan dilakukan manusia untuk memastikan kesihatan mereka terpelihara selagi hayat dikandung badan. Ada
sesetengah orang sanggup membelanjakan ribuan ringgit semata-mata untuk kekal sihat, namun ada juga yang
tidak mengeluarkan sesen pun tetapi mampu hidup dengan sihat sehingga ke akhir usia. [Disediakan oleh BKKeng]
Setiap orang mempunyai pelbagai cara untuk mendapat dan mengekalkan kesihatan mereka. [Disediakan oleh BKKeng]

Walau apa juga cara yang digunakan, kita akan kembali kepada asas penjagaan kesihatan iaitu mengamalkan
kebersihan. Kebersihan adalah satu perkara yang penting yang perlu diamalkan pada setiap saat dalam kehidupan.
Melalui kebersihan, peribadi seseorang itu dapat dinilai sejauh mana dia mengamalkan kebersihan dalam
kehidupannya. [Disediakan oleh BKKeng] Sebagai contoh, pelajar yang cemerlang biasanya tampil ke sekolah dengan
pakaian seragam yang bersih dan kemas. Jadi tidak hairanlah jika dia disukai oleh kawan dan lawan meskipun
mempunyai kekurangan dari segi fizikalnya. [Disediakan oleh BKKeng]
Asas yang seterusnya ialah pengawalan dan pengambilan makanan dan minuman. Makanan dan minuman
yang kita ambil setiap hari akan menentukan kesihatan kita. [Disediakan oleh BKKeng] Ulam-ulaman, buah-buahan dan
sebagainya adalah pemangkin untuk mengekal dan mendapatkan kesihatan yang baik. Kita semua sedia maklum
mengambil makanan dan minuman yang manis, memabukkan, mempunyai kadar lemak yang tinggi dan
sebagainya bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan malah turut mengundang penyakit yang tidak diingini. Oleh
sebab itu, pakar-pakar nutrisi dan doktor sentiasa memberi nasihat agar sentiasa mengawal setiap jenis makanan
dan minuman yang diambil demi kesihatan tubuh badan.
Perkara yang terakhir untuk kekal sihat ialah mengamalkan senaman. Tubuh badan kita memerlukan sedikit
pergerakan agar perjalanan darah dapat berfungsi dengan lancar. Walau sesibuk mana sekalipun, kita perlu
meluangkan masa sekurang-kurangnya 20 minit sehari untuk bersenam. Tubuh kita adalah seperti sebuah kereta.
[Disediakan oleh BKKeng] Jika digunakan setiap hari pasti lama kelamaan kereta terbabit akan mengalami kerosakan.
Sekiranya kita rajin memeriksa bahagian-bahagian tertentu atau menjaganya dengan elok, pasti kereta tersebut
dapat digunakan dalam tempoh yang lama. [Disediakan oleh BKKeng] Pendek kata, senaman bukan sahaja dapat
mengembalikan stamina tetapi juga dapat mengekalkan kesihatan sepanjang hayat.
Oleh yang demikian; kita masih lagi tidak terlambat untuk menjaga dan mengekalkan kesihatan tubuh.
Jangan tunggu sampai esok kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada diri dan kesihatan kita. [Disediakan oleh

BKKeng]
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 27 -

Stamina: Daya tahan untuk membolehkan seseorang itu bekerja kuat

Karangan 24
Kemudahan teknologi yang wujud pada hari ini seharusnya dimanfaatkan sebaik-baiknya. [Disediakan oleh BKKeng]

Tindakan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan kemudahan ini demi
kepentingan diri sendiri dengan menyebarkan budaya-budaya yang tidak bermoral. Jelaskan kesan-kesan akibat
penyalahgunaan teknologi.

RANGKA KARANGAN
Pendahuluan
Bersyukur - dilahirkan pada zaman teknologi canggih dan terkini - kemudahan ini - lambangkan kemajuan
tamadun manusia - memberi keselesaan dalam kehidupan - kehadiran teknologi- disalahgunakan - demi
kepentingan diri sendiri-mengorbankan pihak yang tidak berdosa

Idea pertama
Penyalahgunaan teknologi - menjejaskan perpaduan sejagat tindakan seorang ahli Parlimen Belanda -
mencetuskan kontroversi memburukkan nama agama Islam - mencetuskan kemarahan umat Islam - menjejaskan
hubungan baik - antara orang Islam dengan orang bukan Islam - negara yang dihuni oleh pelbagai bangsa agama
dan etnik.

Idea kedua
Penyebaran bahan berunsurkan nilai tidak bermoral pantas - bantuan teknologi - menyuarakan rasa kebimbangan
- aksi-aksi ganas, seks - menjadi tontonan umum - Youtube - disalahgunakan memaparkan video-video yang tidak
sepatutnya dipertontonkan kepada orang ramai golongan muda - hari ini - video-video tidak bermoral mudah
didapati.

Idea ketiga
Kesan terbesar - penyuburan jenayah - saban hari - kes-kes tidak bermoral - media massa - pelacuran, penjualan
CD lucah, bapa rogol anak, pelajar sekolah jadi hamba seks kes ini masyarakat berada dalam kepincangan moral
yang kritikal berlanjutan tiada diambil - menghalang dan mencegah negara menjadi kacau bilau tidak berupaya
menguruskan masalah yang timbul.

Penutup
Pelajar prihatin perkembangan masyarakat bertanggungjawab diri sendiri menyelesaikan masalah - tanya hati dan
fikiran yang waras menjadi hamba teknologi atau sebaliknya. [Disediakan oleh BKKeng]

Kita seharusnya bersyukur kerana dilahirkan pada zaman yang cukup canggih dengan teknologi-teknologi
terkini. Kemudahan ini bukan sahaja melambangkan kemajuan tamadun manusia tetapi pada masa yang sama
memberi keselesaan dalam kehidupan seharian. Malangnya, kehadiran teknologi-teknologi ini telah
disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu. Mereka menggunakannya demi kepentingan diri sendiri walaupun
terpaksa mengorbankan perasaan ramai pihak yang tidak berdosa. [Disediakan oleh BKKeng]
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 28 -

Kesan penyalahgunaan teknologi boleh menjejaskan perpaduan sejagat. Sebagai contoh, tindakan seorang
ahli Parlimen Belanda yang telah mencetuskan kontroversi apabila menayangkan video yang telah
memburukkan nama agama Islam. Tindakan sedemikian bukan sahaja mencetuskan kemarahan umat Islam di
seluruh dunia tetapi menjejaskan hubungan baik yang telah terjalin antara orang Islam dengan orang bukan Islam
khususnya di negara yang dihuni oleh pelbagai bangsa, agama dan etnik.
Penyebaran bahan-bahan berunsurkan nilai-nilai tidak bermoral berlaku dengan begitu pantas dengan adanya
teknologi-teknologi terkini. Sejak akhir-akhir ini ramai yang menyuarakan rasa kebimbangan apabila aksi-aksi
ganas, seks dan sebagainya menjadi tontonan umum tanpa pengawasan. Kehadiran laman web seperti Youtube
telah disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu dengan memaparkan video-video yang tidak sepatutnya
dipertontonkan kepada orang ramai khususnya golongan muda. [Disediakan oleh BKKeng] Maka tidak hairanlah apabila
pada hari ini video-video yang tidak bermoral mudah didapati di mana-mana. [Disediakan oleh BKKeng]
Namun kesan yang paling besar akibat penyalahgunaan teknologi ini penyuburan jenayah yang berleluasa.
[Disediakan oleh BKKeng] Saban hari ada sahaja kes-kes yang tidak bermoral terpampang di dada-dada akhbar dan media
massa. [Disediakan oleh BKKeng] Pelacuran, penjualan CD lucah, bapa rogol anak, pelajar sekolah jadi hamba seks dan
sebagainya. [Disediakan oleh BKKeng] Kes-kes seumpama ini menunjukkan bahawa masyarakat berada dalam kepincangan
moral yang sangat kritikal dan hal ini akan berlanjutan jika tiada sebarang tindakan diambil untuk menghalang
dan mencegah daripada terus berlaku. Keadaan negara terus menjadi kacau bilau kerana tidak berupaya
menguruskan satu persatu masalah yang timbul.
Sebagai pelajar yang prihatin terhadap perkembangan masyarakat, kita seharusnya bertanggungjawab
terhadap diri sendiri dalam menyelesaikan masalah seperti ini. Tepuklah dada tanya hati dan fikiran yang waras,
adakah kita sanggup membiarkan diri menjadi hamba kepada teknologi atau sebaliknya. [Disediakan oleh BKKeng]

Canggih: Moden dan kompleks, sofistikated


Tamadun: Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan
oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yang tinggi,
peradaban
Kontroversi: Perselisihan atau pertelingkahan pendapat yang biasanya berlarutan dan agak meluas antara
golongan yang berlainan pendirian
Waras: Sihat, sembuh
Anda telah terpilih menyertai pertandingan syarahan antara sekolah di daerah anda. [Disediakan oleh BKKeng] Anda
berminat untuk menyampaikan syarahan bertajuk “Perpaduan menjamin kesejahteraan negara”. Tulis teks
syarahan tersebut selengkapnya. [Disediakan oleh BKKeng]

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Pengarah Pelajaran Daerah Bentong,
Tuan Haji Jamaluddin Jalal, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dihormati, dan rakan pelajar
sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera. [Disediakan oleh BKKeng]
Hadirin sekalian,
Pada pagi yang hening ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk “Perpaduan Menjamin
Kesejahteraan Negara”. Diketahui umum bahawa negara kita, Malaysia pernah mengalami tragedi pada tanggal13
Mei 1969. Pastinya kita tertanya-tanya mengapa kaum Cina dan Melayu bertelingkah sehingga membawa kepada
pertumpahan darah?
Sidang dewan yang dihormati,
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 29 -

Di sini kita sedar bahawa seman gat perpaduan itu penting dalam mewujudkan negara yang aman dan
harmoni. Semangat perpaduan yang dipupuk tidak seharusnya dikhususkan kepada semangat perkauman sahaja.
[Disediakan oleh BKKeng] Cuba kita tinjau negara jiran kita yang sentiasa bergolak akibat perasaan tidak puas hati dengan
institusi kerajaan. Mujurlah kita diasuh dengan semangat cinta akan negara menerusi bidang pendidikan yang
amat menitikberatkan semangat muhibah antara kaum.
Masih ingatkah anda dengan kejayaan Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel 1998? Tanpa kerjasama
yang jitu antara rakyat berbilang bangsa, tidak mungkin kita mampu menganjurkan sukan berprestij yang amat
dikagumi oleh negara luar. Hal ini membuktikan pepatah Melayu yang berbunyi “Bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh” wujud dalam kalangan rakyat Malaysia. [Disediakan oleh BKKeng]
Sidang dewan yang dihormati,
Perpaduan juga penting dalam usaha membangunkan negara ke arah negara maju. Program-program yang
dirangka oleh pihak kerajaan menjurus kepada semangat perpaduan antara kaum. Sebagai contoh, sekolah
wawasan yang menempatkan pelbagai jenis kaum dalam satu lokasi. Kerjasama yang erat secara tidak langsung
dapat menyatukan idea dan usaha antara kaum ke arah membangunkan negara. [Disediakan oleh BKKeng]
Walaupun negara kita telah bertahan lima dasawarsa maka kita jangan terlalu alpa dengan kesenangan dan
keamanan yang telah dikecapi. Kita perlu mempertahankan keamanan yang kita kecapi pada hari ini melalui
perpaduan. Ini amat penting untuk memastikan generasi akan datang dapat sama-sama mengecapi keharmonian
seperti yang kita nikmati pada hari ini.
Hadirin sekalian,
Perpaduan berbilang kaum juga dapat melahirkan generasi penyayang pada masa hadapan. Perkara ini
bermula daripada institusi kekeluargaan lagi. Sesebuah keluarga yang bahagia sentiasa saling menyayangi antara
satu sama lain tanpa mencetuskan persengketaan. Jika ini dapat diaplikasikan dari peringkat yang paling bawah
tidak mustahil kita dapat mengekalkan kesejahteraan negara kita. [Disediakan oleh BKKeng]
Nampaknya masa tidak mengizinkan saya bercakap lebih panjang lagi. Saya mengambil kesempatan ini
untuk menegaskan sekali lagi bahawa perpaduan amat penting dalam menjamin kesejahteraan negara. [Disediakan oleh

BKKeng] Saya sudahi syarahan saya pada hari ini dengan ucapan terima kasih.

Karangan 25
Anda telah dipilih oleh pihak sekolah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Gejala merokok dalam
kalangan pelajar” sempena Minggu Pendidikan Moral di sekolah anda. [Disediakan oleh BKKeng] Tulis teks syarahan anda.
[Disediakan oleh BKKeng]

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Pengetua Sekolah Menengah Tok Merah, Encik
Abdullah Yusof, penolong-penolong kanan, guru-guru serta rakan-rakan yang saya hormati. Selamat sejahtera.
[Disediakan oleh BKKeng]

Pada pagi yang bermakna ini, saya Mohd. Daniel Johan daripada Tingkatan 3-Pendekar berasa amat bertuah
kerana diberi peluang menyampaikan syarahan yang bertajuk “Gejala Merokok dalam Kalangan Pelajar”
sempena Minggu Pendidikan Moral sekolah kita bagi tahun ini.
Guru-guru serta rakan-rakan yang dihormati sekalian,
Gejala merokok dalam kalangan pelajar pada hari ini semakin hangat diperkatakan. Kalau dahulu perkara ini
merupakan sesuatu yang sukar untuk diterima tetapi kini perkara tersebut menjadi satu perkara biasa seolah-olah
sudah menjadi budaya hidup para remaja. [Disediakan oleh BKKeng] Para pelajar yang terbabit sudah tidak mempunyai
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 30 -

perasaan malu merokok di tempat awam dan terbuka seperti di pusat-pusat beli-belah walaupun masih berpakaian
sekolah.
Salah satu sebab para pelajar mengamalkan perbuatan ini adalah kerana perasaan ingin tahu. Sikap ingin
mencuba sesuatu yang baharu telah disalahertikan oleh para pelajar yang terbabit. Mereka bermula dengan sehari
sebatang. Lama-kelamaan meningkat kepada sehari sekotak. Daripada mencuba, mereka akhirnya menjadi
ketagih akan rokok. Kita seharusnya mengelakkan diri daripada mencuba perkara ini supaya kita tidak terjerumus
lebih jauh.
Pengaruh rakan sebaya juga mengakibatkan pelajar merokok. Mereka yang takut digelar pengecut akan
merokok demi memelihara ikatan persahabatan. Ada juga yang dipaksa merokok sebelum dibenarkan menyertai
sesebuah kumpulan. Majoriti yang terlibat dalam kumpulan samseng terdiri daripada mereka yang merokok.
Jelaslah bahawa rakan sebaya berperanan penting dalam mempengaruhi tabiat merokok pelajar.
Guru-guru serta rakan-rakan yang dihormati,
Tabiat merokok pelajar turut dipengaruhi oleh media massa. [Disediakan oleh BKKeng] Iklan rokok yang berselindung
di sebalik kegagahan pelakonnya berjaya mempengaruhi pelajar. Mereka menganggap kehebatan dan kegagahan
itu akan mereka peroleh dengan menghisap rokok. Ibu bapa seharusnya mengawal rancangan-rancangan yang
ditonton oleh anak-anak mereka untuk mengelakkan hal ini bertambah buruk.
Ibu bapa juga seharusnya meluangkan lebih banyak masa untuk anak-anak. Mereka mestilah mengambil
tahu segala aktiviti anak-anak. Kesibukan mengejar kemewahan mungkin mengakibatkan anak-anak terbiar dan
memilih jalan yang salah untuk mendapatkan keseronokan hidup. Jika tiada tindakan tegas daripada ibu bapa,
maka anak-anak tidak takut untuk merokok.
Sebelum mengakhiri syarahan ini, saya merumuskan bahawa tabiat merokok dalam kalangan pelajar harus
dibanteras pada peringkat awal sebelum memudaratkan. Saya sudahi syarahan ini dengan menyeru rakan semua
agar mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala yang tidak berfaedah ini kerana boleh menjejaskan masa
depan kita semua. [Disediakan oleh BKKeng] Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. [Disediakan oleh BKKeng]
Sekian, terima kasih.

Karangan 26
Anda menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh sekolah anda. [Disediakan oleh BKKeng] Tajuk syarahan anda
ialah “Faktor-faktor penentu masa depan pelajar”. Tulis syarahan anda selengkapnya. [Disediakan oleh BKKeng]

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang bijaksana, guru-guru, dan para hadirin sekalian.
Pada pagi yang mulia ini, saya ingin menyampaikan syarahan yang bertajuk “Faktor-faktor Penentu Masa Depan
Pelajar”.
Hadirin yang saya muliakan sekalian,
Kebanyakan manusia yang mencapai kejayaan dalam hidup tidak akan bergantung pada nasib semata-mata.
[Disediakan oleh BKKeng] Jika diteliti, terdapat faktor-faktor tertentu yang menyebabkan seseorang individu memperoleh
kejayaan dalam hidupnya. [Disediakan oleh BKKeng] Antara faktor asas yang akan saya bincangkan pada pagi yang mulia
ini ialah faktor individu, faktor keluarga, dan faktor sekolah.
Kejayaan seseorang pelajar dalam pencapaian akademik bergantung pada semangat kental yang ada padanya
untuk mencapai cita-cita dalam hidupnya. [Disediakan oleh BKKeng] Semangat kental ini harus diikuti dengan daya usaha
yang serius. Sifat-sifat positif ini yang akan menentukan hala tuju had muka seseorang individu. Dengan kata
lain, semakin tinggi cita-cita seseorang, semakin banyak daya usaha yang diperlukan oleh seseorang pelajar
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 31 -

dalam mencapai kejayaan hidupnya. [Disediakan oleh BKKeng] Hal ini disebabkan pencapaian akademik yang cemerlang
akan menentukan masa depan seseorang pelajar.
Suasana keluarga yang bahagia juga akan mempengaruhi masa depan seseorang pelajar. Keluarga yang
bahagia penting dalam membentuk sahsiah dan keyakinan seseorang pelajar. Biasanya, dalam keluarga yang
bahagia, ibu bapa akan memberikan dorongan untuk anak-anaknya maju ke hadapan. Dorongan kuat daripada
keluarga akan meningkatkan semangat seseorang pelajar dalam memperoleh kecemerlangan akademiknya.
[Disediakan oleh BKKeng]

Hadirin yang dihormati,


Selain suasana keluarga yang bahagia, bimbingan guru turut mempengaruhi prestasi pelajar. Bermula dari
peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti, gurulah yang memainkan peranan penting dalam
mendidik anak-anak muridnya agar berjaya dalam pelajaran. Tanpa guru yang dedikasi dan sanggup korbankan
masanya untuk mendidik anak-anak muridnya, masakan pelajarnya berjaya pada suatu hari nanti.
Akhir kata, saya ingin menegaskan bahawa kejayaan seseorang individu dalam hidupnya banyak bergantung
pada daya usaha sendiri, sokongan ibu bapa, dan bimbingan gurunya. [Disediakan oleh BKKeng] Dari satu segi, rakan yang
baik juga memainkan peranan yang tersendiri.
Sekian, terima kasih.

Karangan 27
Andaikan anda telah menghadiri kursus pengurusan mas a untuk pelajar. Sekembalinya daripada kursus itu, anda
diundang untuk menyampaikan ceramah yang berjudul “Pengurusan Masa yang Baik Penting untuk Pelajar’:
Sediakan teks ceramah anda itu selengkapnya. [Disediakan oleh BKKeng]

Terima kasih Saudari Jennifer Tang, Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Cikgu Nathan, Ketua Guru Penasihat
Kelab Rakan Dinamik, guru-guru penasihat dan rakan-rakan yang saya hormati sekalian. Assalamualaikum dan
salam sejahtera. [Disediakan oleh BKKeng]
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
sekolah kerana telah menghantar saya menghadiri kursus pengurusan masa. [Disediakan oleh BKKeng] Pada pagi yang mulia
ini, saya akan membicarakan pengurusan mas a yang baik untuk pelajar.
Guru-guru dan semua ahli Kelab Rakan Dinamik,
Saya pasti, kita di sini sedar bahawa semua manusia hanya mempunyai sebanyak 24 jam sehari - tidak
kurang dan tidak lebih daripada itu! Seseorang yang pandai mengurus masanya pasti akan memperoleh manfaat
yang sepenuhnya daripada 24 jam itu. Keterbalikan daripada itu, orang yang tidak mengurus masanya dengan
baik pasti berada di pihak yang rugi kelak.
Guru -guru dan rakan - rakan kelab sekalian,
Kata orang tua-tua, masa itu emas, jadi mereka yang bijak akan membahagi dan menggunakan masanya
dengan seberapa baik yang mungkin pada setiap hari. Soalnya, bagaimana kita dapat membahagikan mas a kita
dengan baik? Menurut Dr. Hussein Yahya, iaitu salah seorang pakar pengurusan masa tempatan yang tersohor,
dalam keadaan biasa, seseorang pelajar harus mengetepikan sebanyak lapan jam· sehari untuk tidur, lima jam
belajar di sekolah, dua jam untuk kegiatan kokurikulum, dua jam lagi untuk mandi, makan, rehat dan hal-hal lain.
Jadi, baki sebanyak enam jam itu boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi akademik seseorang pelajar.
Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,
Daripada baki masa yang saya sebutkan tadi, seseorang pelajar yang bijak akan menggunakan sekurang-
kurangnya dua jam sehari untuk membuat kerja rumah yang diberikan oleh gurunya, dua jam untuk membuat
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 32 -

ulang kaji pelajarannya, satu jam untuk membantu ibu bapanya jika perlu dan satu jam untuk kegiatan riadah
yang lain.
Pembahagian masa sebagaimana yang dicadangkan ini boleh berubah-ubah mengikut orang, keadaan, dan
masa. [Disediakan oleh BKKeng] Yang mustahak, jangan sekali-kali kita membazirkan masa lapang kita. [Disediakan oleh BKKeng]

Ingat, mas a yang berlalu tidak akan kembali semula. [Disediakan oleh BKKeng]
Sekian, terima kasih.

Karangan 28
Sebagai seorang ahli Kelab Pembimbing Rakan Sebaya, anda dijemput untuk memberikan ceramah yang
bertajuk “Masalah-masalah Sosial Memusnahkan Masa Depan Diri dan Negara’: Sediakan teks ceramah anda
selengkapnya. [Disediakan oleh BKKeng]

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Pengetua Encik Patrick Tambian, guru-guru
dan pelajar sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera. [Disediakan oleh BKKeng]
Terlebih dahulu, izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana men gun dang
saya untuk menyampaikan ceramah yang berkaitan dengan kesan masalah sosial dalam kalangan remaja pada
masa ini.
Saudara dan saudari yang saya kasihi,
Beberapa perkara yang tergolong sebagai masalah sosial sudah pun berlaku sewaktu saya masih remaja.
[Disediakan oleh BKKeng] Pada masa itu, perbuatan seperti merokok, berjudi, dan ponteng sekolah dianggap sebagai
masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja. [Disediakan oleh BKKeng] Namun begitu, masalah sosial dalam
kalangan remaja pada masa itu tidaklah begitu kritikal sifatnya. [Disediakan oleh BKKeng]
Dewasa ini, sering kedengaran masalah remaja lari dari rumah, terlibat dalam kegiatan kongsi gelap,
menghidu gam, dan bergaul bebas antara lelaki dengan perempuan. Masalah seumpama ini membawa banyak
kesan buruk kepada aspek pembangunan sosial negara kita. [Disediakan oleh BKKeng] Tambahan pula, perbuatan yang
sedemikian akan menjejaskan masa depan para remaja. [Disediakan oleh BKKeng]
Saudara dan saudari yang saya kasihi,
Apabila timbul sahaja masalah sosial, kita sering menuding jari terhadap pengaruh budaya kuning. Memang
tidak dapat dinafikan bahawa satu daripada punca berlakunya pelbagai masalah sosial disebabkan pengaruh
budaya kuning ini. Namun, mengapakah kita harus bercermin di air keruh? Awal-awal lagi kita sudah sedar
bahawa sesuatu perbuatan itu tidak baik, mengapa kita harus mencontohinya?
Rasa saya, ibu bapa, pihak sekolah dan pihak kerajaan memang prihatin akan masalah sosial yang
melibatkan para remaja. [Disediakan oleh BKKeng] Hal ini disebabkan golongan remajalah merupakan generasi pengganti
kepada segala pembangunan negara. [Disediakan oleh BKKeng] Golongan remaja yang tidak menghargai hidupnya akan
melibatkan diri dalam kegiatan seperti menghisap dadah, menjadi ahli kongsi gelap dan sebagainya. [Disediakan oleh

BKKeng] Perbuatan negatif yang sedemikian pasti akan memusnahkan pembangunan negara pada masa yang akan
datang.
Saudara dan saudari yang saya kasihi,
Akhir sekali, marilah kita bersama-sama hentikan segala perbuatan yang boleh memusnahkan hari muka
kita. [Disediakan oleh BKKeng] Tunjukkan contoh yang baik di hadapan rakan-rakan kita yang lain. Jika saudara dan saudari
dapati ada dalam kalangan sahabat yang mula terjerumus dalam perbuatan yang buruk, berikanlah nasihat yang
berguna kepadanya. [Disediakan oleh BKKeng]
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 33 -

Karangan 29
Sebagai seorang Pembimbing Rakan Sebaya, anda dijemput untuk menyampaikan ceramah yang bertemakan
gaya hidup yang sihat untuk pelajar.

Terima kasih Pengerusi Majlis Saudari Umi, Yang Dimuliakan Tuan Pengetua, penolong-penolong kanan,
guru-guru, dan rakan-rakan yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, izinkan saya mengambil kesempatan ini
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput saya berceramah tentang gaya
hidup yang sihat sebagai seorang pelajar.
Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,
Pelajar yang hidup dalam zaman teknologi maklumat ini berbeza dengan pelajar-pelajar sebelumnya. [Disediakan

oleh BKKeng] Saya berkata sedemikian disebabkan dalam zaman yang serba moden ini pelajar terdedah kepada
berbagai-bagai jenis gaya hidup, sama ada gaya hidup yang baik ataupun gaya hidup yang kurang sihat. Untuk
memastikan seseorang pelajar mempunyai hari muka yang cerah, sememangnya pelajar harus mengamalkan gaya
hidup yang baik. Soalnya, gaya hidup yang macam manakah dianggap baik?
Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,
Dalam kehidupan sehariannya, setiap pelajar haruslah mengamalkan gaya hidup suka akan pelajaran.
Dengan kata lain, saudara dan saudari perlu menjadikan tabiat suka mencari ilmu sebagai sebahagian daripada
kehidupan seharian anda. [Disediakan oleh BKKeng] Apabila berada di dalam bilik darjah, berikanlah tumpuan yang
sepenuhnya kepada pengajaran yang disampaikan oleh guru. Apabila tamat masa persekolahan, aturkan masa
yang tertentu untuk membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru, membuat ulang kaji pelajaran dan
berbincang dengan rakan-rakan anda tentang pelajaran di sekolah.
Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,
Di samping kegiatan akademik, kegiatan kokurikulum juga sangat penting untuk seseorang pelajar. Dengan
menjadikan kegiatan kokurikulum sebagai salah satu gaya hidup yang sihat, bermaksud saudara dan saudari
haruslah bergiat aktif dalam persatuan atau unit beruniform yang anda sertai. Jangan sekadar menjadi ahli yang
pasif. Sememangnya, melalui kegiatan kokurikulum anda sekalian berpeluang mempelajari sesuatu yang tidak
terkandung dalam buku teks di samping mengenali lebih ramai kawan.
Selain itu, anda sekalian juga harus bersukan. Sertailah apa-apa sahaja aktiviti sukan yang anda minati.
Sebaik-baiknya, tiga kali dalam seminggu saudara dan saudari harus bersenam. Jangan lupa akan rehat yang
mencukupi dan makan makanan yang seimbang. Dengan berbuat demikian, badan anda akan menjadi lebih sihat.
Kesihatan yang sedemikian penting untuk anda sekalian menumpukan perhatian dalam pelajaran kelak. Terdapat
sebilangan pelajar yang lalai akan aspek ini dan mereka hilang tumpuan dan minat untuk belajar.
Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,
Pesanan saya yang seterusnya ialah jangan sekali-kali bercermin di air keruh. Gaya hidup bebas dan asyik
mencari keseronokan bukanlah gaya hidup yang baik untuk setiap insan. Perbuatan-perbuatan yang akan
membawa padah kepada seseorang seperti merokok, ponteng sekolah, kegiatan kongsi gelap dan sebagainya
harus dijauhi. Akhir kata, yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.
Sekian, terima kasih.

Karangan 30
Anda seorang pegawai kesihatan yang dijemput untuk menyampaikan ceramah tentang masalah berat badan yang
berlebihan dalam kalangan muda-mudi. Tulis teks ceramah anda selengkapnya. [Disediakan oleh BKKeng]
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 34 -

Terima kasih saudara Pengerusi Majlis, Yang Mulia Tuan Pengetua sekolah, penolong-penolong kanan,
guru-guru, dan pelajar-pelajar yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, izinkan saya mengambil kesempatan
ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi men gun dang saya untuk
membincangkan topik yang berkaitan dengan masalah berat badan yang berlebihan dalam kalangan muda-mudi
pada zaman sekarang.
Sidang hadirin yang saya muliakan,
Masalah kelebihan berat badan mula mendapat perhatian daripada anggota masyarakat di seluruh dunia
baru-baru ini. Dalam bahasa Inggeris, masalah fizikal ini dikenali sebagai obesiti. Umumnya, punca utama
berlakunya obesiti disebabkan peningkatan dan perubahan taraf hidup dalam kalangan warga dunia. [Disediakan oleh

BKKeng]

Sidang hadirin yang saya muliakan,


Jika diteliti, bukan sahaja taraf hidup kebanyakan anggota masyarakat di negara maju sahaja yang
meningkat, malah taraf hidup warga Malaysia juga turut meningkat. Kebanyakan keluarga sudah mempunyai
pendapatan yang lumayan dan menikmati hidup yang selesa. [Disediakan oleh BKKeng] Atas sebab ini, kebanyakan antara
kita mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli makanan dan minuman yang enak-enak belaka. [Disediakan oleh

BKKeng] Oleh itu, kita makan dan minum secara berlebihan pada setiap hari. Situasi yang sedemikian mudah
menambahkan berat badan kita. [Disediakan oleh BKKeng]
Sidang hadirin yang saya muliakan,
Anggota masyarakat mula menaruh perasaan bimbang akan masalah obesiti. Hal ini disebabkan berat badan
yang berlebihan akan membawa banyak masalah kesihatan kepada seseorang. Pergerakan seseorang menjadi
tidak cergas jika tubuhnya terlalu gemuk. Selain itu, beberapa jenis penyakit seperti tekanan darah tinggi dan
kolesterol yang tinggi juga berkait rap at dengan masalah berat badan yang berlebihan. Ada kalanya, mereka yang
terlalu gemuk juga menghadapi ejekan daripada rakan sebayanya. [Disediakan oleh BKKeng] Hal seperti ini mendatangkan
tekanan emosi kepada mereka yang berhadapan dengan masalah obesiti.
Sidang hadirin yang saya muliakan,
Kita tidak mempunyai pilihan lain kecuali mengamalkan gaya hidup sihat. Jika saudara atau saudari
tergolong sebagai salah seorang yang menghadapi masalah obesiti, janganlah sekali-kali berasa malu. Sebaliknya,
anda harus bertekad untuk mengubah gaya hidup anda. [Disediakan oleh BKKeng] Pertama, anda harus bersenam sekurang-
kurangnya tiga kali dalam seminggu. Terdapat pakar kesihatan yang mengesyorkan agar kita bersenam pada
setiap hari selama setengah jam. Kurangkan kekerapan makan dan pilihlah makanan yang kurang minyak,
karbohidrat, dan gula. [Disediakan oleh BKKeng] Elakkan daripada makan terlalu banyak makanan ringan. Untuk mereka
yang tidak tergolong dalam kategori obesiti ini, berikanlah sokongan moral kepada rakan-rakan anda sebagai satu
amalan yang mulia. [Disediakan oleh BKKeng]
Sidang hadirin yang saya muliakan,
Masalah obesiti merupakan masalah kita bersama. [Disediakan oleh BKKeng] Oleh itu, semua pihak harus berganding
bahu agar masalah ini dibawa ke tahap yang minimum. Saya mengakhiri ceramah pada pagi ini dengan menyusun
sepuluh jari jika terdapat sebarang kesilapan kata-kata yang saya ucapkan tadi.
Sekian, terima kasih.

Karangan 31
Semangat kejiranan semakin luntur dalam kehidupan moden pada hari ini. Huraikan langkah-langkah yang dapat
dilakukan untuk meningkatkan semangat kejiranan.
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 35 -

Rangka karangan
Pendahuluan
 Semangat kejiranan mementingkan hubungan yang baik antara insan
 Semangat kejiranan semakin luntur - langkah-langkah untuk meningkatkannya
Isi-isi
 Menjalin hubungan baik dengan jiran - bertegur sapa tanpa mengira kaum dan kepercayaan
 Kunjung-mengunjungi semasa perayaan - amalan rumah terbuka - mewujudkan sikap toleransi
 Menjalankan aktiviti kemasyarakatan - melibatkan semua penduduk setempat - merapatkan hubungan
Penutup
 Semangat kejiranan mewujudkan masyarakat yang bersikap prihatin dan mengambil berat
 Salah satu matlamat Wawasan 2020

Semangat kejiranan merupakan semangat yang mementingkan hubungan yang baik antara insan. Dalam
kehidupan moden hari ini, semangat kejiranan menjadi semakin luntur terutama dalam kalangan masyarakat
bandar. Di bandar, semakin banyak individu yang tidak kenai dan tidak bertegur sapa dengan jirannya. [Disediakan oleh

BKKeng] Kehidupan mereka seperti enau di belukar melepaskan pucuk masing-masing. Oleh itu, langkah-langkah
harus diambil untuk meningkatkan semangat kejiranan.
Langkah pertama untuk meningkatkan semangat kejiranan adalah dengan menjalin hubungan yang baik
dengan jiran. Kita mestilah bertegur sapa dengan jiran kita. [Disediakan oleh BKKeng] Jangan harapkan jiran kita untuk
memulakan langkah ini. Kita perlu mengambil inisiatif untuk menegur jiran apabila berkesempatan. Hubungan
yang baik dengan jiran perlu berdasarkan rasa hormat-menghormati secara ikhlas. Hubungan itu melepasi batas
kaum dan kepercayaan. Jika setiap orang bersedia untuk mengambil langkah pertama ini, semangat kejiranan
akan terus berkembang.
Selain itu, bagi mereka yang berjiran dengan kaum lain, hari-hari perayaan perlu dimanfaatkan untuk
mengukuhkan hubungan kejiranan. Konsep rumah terbuka yang semakin popular semasa perayaan boleh
diadakan bagi mereka yang mampu. Pada masa perayaan, hubungan kejiranan dapat dieratkan melalui amalan
kunjung-mengunjungi. Sikap toleransi antara kaum dapat ditunjukkan melalui sambutan perayaan setiap tahun.
Selain perayaan, semangat kejiranan dapat ditingkatkan dengan cara mengadakan aktiviti kemasyarakatan
seperti gotong-royong dan perjumpaan sosial. Aktiviti ini hendaklah diadakan pada hari-hari cuti kelepasan am
agar dapat melibatkan semua penduduk setempat. Taman-taman perumahan di bandar perlu mengadakan aktiviti
seperti ini untuk meningkatkan semangat kejiranan di samping membersihkan kawasan. Ini sesuai dengan
peribahasa serampang dua mata. [Disediakan oleh BKKeng] Aktiviti kemasyarakatan ini membolehkan penduduk berbilang
kaum saling mengenali di samping merapatkan hubungan antara mereka. [Disediakan oleh BKKeng]
Sesungguhnya, dengan adanya semangat kejiranan, akan wujud masyarakat yang bersikap prihatin tentang
masalah orang lain. Hal ini bertepatan dengan konsep masyarakat penyayang yang merupakan salah satu
matlamat Wawasan 2020.
Glosari
1. luntur - pudar
2. inisiatif - daya usaha (yang mula-mula)
3. ikhlas - jujur
4. konsep - idea
5. toleransi - tolak ansur
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 36 -

6. sosial- kemasyarakatan
7. prihatin - mengambil berat

1. Bagaimana kamu mencapai kejayaan?


Temu ramah / surat / perbualan
- sukan / kerjaya / pelajaran / .........

Pengalaman
Untuk mencapai kejayaan, kita perlu memegang ajaran orang pujangga, iaitu “alah bisa, tegal biasa”.
Setiap kerja yang susah perlu kita lakukan berulang kali tanpa menghiraukan kepenatan. Sesuatu kerja
yang banyak kali dilakukan menjadikan kita biasa dengannya maka pengalaman kita juga meningkat.
Maka lama-kelamaan kita dapat mencapai kejayaan.

Latihan
Selain itu, kita perlu melibatkan diri dalam banyak latihan, menghadiri seminar atau ceramah untuk
menambahkan pengetahuan kita dalam bidang tersebut. Kita juga perlu banyak membaca buku tokoh
kenamaan supaya dapat memantau usaha mereka untuk mencapai kejayaan. Teknik-teknik tertentu yang
disampaikan oleh pengarang juga dapat dijadikan rujukan kita untuk berjaya.

Nilai-nilai murni
Sejak kecil kita juga perlu memupuk nilai-nilai murni supaya mudah kita mencapai kejayaan. Kita perlu
mengamalkan nilai kerajinan semasa melakukan sesuatu kerja. Sifat malas menjadikan semua kerja
tidak dapat diselesaikan. Kata pepatah “mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih”. Jangan kita selalu
mencari alasan supaya tidak melakukan apa-apa.

Keberanian menanggung risiko


Untuk mencapai kejayaan, kita perlu berani menanggung risiko. Setiap risiko yang kita hadapi menjadi
kita lebih berpengalaman dan tabah. Jangan kita takut menghadapi kekalahan. Setiap kekalahan
menjadikan kita lebih bijak dan lebih berhati-hati semasa menjalankan kerja yang lain. Hidup kita
memang penuh dengan onak dan duri. Jangan kita takut menghadapinya.

Menentukan jadual waktu


Setiap kerja yang dilakukan perlu dihadkan dengan jadual waktu. Jadual waktu yang tersusun
menjadikan kita mengambil langkah yang lebih rapi dan tidak tergopoh-gapah. Kita tentu dapat
menghabiskan semua kerja dalam masa yang ditentukan. Kerja yang terburu-buru tentu tidak
mendatangkan hasil yang sempurna.

Kesan
Faktor
Langkah

Perlumbaan haram
Kesesakan lalu lintas

Punca-punca
1. didikan agama yang rapuh
2. tiada kesedaran – diri sendiri
3. ibu bapa yang tidak bertanggungjawab
4. kelonggaran undang-undang
5. pihak sekolah terlalu mementingkan akademik pelajar
6. ahli masyarakat yang kurang mengambil berat.

Kesan-kesan
1. Banyak masalah sosial berlaku
2. Imej negara terpengaruh
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 37 -

3. Kita kekurangan pemimpin yang berkaliber pada masa depan


4. Pendapatan negara terjejas
5. Ekonomi dan politik tidak stabil
6. Kes jenayah semakin meningkat

Langkah-langkah
1. Didikan agama
2. media massa
3. didikan di sekolah
4. ajaran ibu bapa di rumah
5. undang-undang
6. kerjasama semua ahli masyarakat

Masalah X berpunca daripada kecetekan didikan agama dalam masyarakat kita. Masyarakat
yang kekurangan didikan agama menjadi kurang bermoral. Mereka melakukan sesuatu kerja tanpa berfikiran
rasional. Mereka yang beragama selalu menjadikan agama sebagai panduan kehidupan, maka mereka tidak
mudah terpengaruh oleh nafsu.

You might also like