You are on page 1of 7

Botani

Botani ialah kajian saintifik untuk hidupan tumbuhan. Sebagai satu


cabang biologi, botani kadang kala dirujuk sebagai sains tumbuhan
atau biologi tumbuhan. Botani merangkumi berbagai-bagai disiplin
saintifik yang mengkaji struktur, pertumbuhan, pembiakan,
metabolisme, perkembangan, penyakit, ekologi, dan evolusi tumbuhan.

Ruang lingkup dan kepentingan botani


Sebagaimana dengan bentuk-bentuk hidup yang lain dalam bidang
biologi, kehidupan tumbuh-tumbuhan boleh dikaji dari berbagai-bagai
sudut pandangan, dari peringkat biologi molekul, genetik, dan biokimia
sehingga organel, sel, tisu, organ, individu, populasi tumbuhan, dan
kepelbagaian biologi tumbuhan. Pada setiap peringkat itu, seseorang
ahli botani mungkin akan melibatkan diri dalam pengelasan
(taksonomi), struktur (anatomi), atau fungsi (fisiologi) kehidupan
tumbuhan.

Secara sejarah, botani merangkumi semua organisma yang tidak


dianggap sebagai haiwan. Sebilangan daripada organisma yang "macam
tumbuhan" termasuk:

 kulat (dikaji dalam bidang mikologi);


 bakteria dan virus (dikaji dalam bidang mikrobiologi); dan
 alga (dikaji dalam bidang fikologi).

Kebanyakan alga, kulat, dan mikrob tidak lagi dianggap sebagai


sebahagian alam tumbuhan. Bagaimanapun, perhatian masih diberikan
kepada organisma-organisma itu oleh ahli-ahil botani, dan bakteria,
kulat, dan alga biasanya dicakupi dalam kursus-kursus botani
pengenalan.

Mengapakah kita harus belajar tentang tumbuh-tumbuhan? Tumbuh-


tumbuhan merupakan sebahagian asas kehidupan dalam bumi ini.
Tumbuh-tumbuhan menghasilkan oksigen, makanan, gentian, bahan api,
dan ubat yang membenarkan bentuk-bentuk hidup yang lebih tinggi
untuk wujud. Tumbuhan-tumbuhan juga menyerap karbon dioksida,
sejenis gas rumah tanaman, melalui proses fotosintesis. Pemahaman
yang baik terhadap tumbuh-tumbuhan adalah penting untuk masa
hadapan manusia kerana tumbuh-tumbuhan membenarkan kita:

 memberi makan kepada dunia;


 memahami proses hidup asas;
 menggunakan tumbuhan untuk ubat dan bahan; dan
 memahami perubahan alam sekitar.

Memberi makan kepada dunia

Gregor Mendel mengasaskan genetik daripada kajian tumbuhannya.

Hampir kesemua makanan kita datang secara langsung daripada ruji-


ruji serta buah-buahan dan sayur-sayuran yang lain, atau secara tidak
langsung melalui ternakan yang bergantung kepada tumbuhan-
tumbuhan untuk makanan. Dengan kata yang lain, tumbuh-tumbuhan
terletak pada asas hampir semua rantai makanan yang digelarkan oleh
ahli ekologi sebagai paras trofik pertama. Memahami bagaimana
tumbuhan-tumbuhan menghasilkan makanan kita adalah amat penting
untuk memberi makan kepada dunia serta untuk memberikan
keselamatan makanan untuk generasi-generasi yang akan datang,
umpamanya melalui pembiakbakaan tumbuhan.

Bukan semua tumbuhan adalah berfaedah kepada manusia. Sebilangan


rumpai menimbulkan masalah yang besar dalam pertanian, dan botani
membekalkan sebahagian pengetahuan sains asas untuk memahami
bagaimana untuk mengurangkan kesannya. Bagaimanapun, rumpai yang
lain merupakan tumbuhan perintis yang memulihkan alam sekitar yang
disalahgunakan. Oleh itu, istilah "rumpai" merupakan suatu konsep
yang relatif, dan takrif yang lebih umum untuk "rumpai" ialah sesuatu
tumbuhan yang tidak begitu berjaya. Etnobotani ialah kajian tersebut
serta hubungan-hubungan yang lain antara tumbuh-tumbuhan dengan
manusia.

Memahami proses hidup asas


Tumbuh-tumbuhan merupakan organisma yang sesuai untuk mengkaji
proses hidup yang asas, seperti pembahagian sel dan sintesis protein,
tanpa menimbulkan dilema etika yang dihadapi dalam kajian haiwan
atau manusia.

Hukum-hukum genetik pewarisan telah ditemui dengan cara ini oleh


Gregor Mendel ketika beliau sedang mengkaji cara bagaimana bentuk
kacang pea diwariskan. Apa yang Mendel belajar daripada kajian
tumbuhannya telah memberikan manfaat yang besar kepada bidang-
bidang di luar bidang botani. Selain itu, Barbara McClintock telah
menemui 'gen melompat' melalui kajian jagung. Ini merupakan salah
beberapa contoh untuk menunjukkan bagaimana penyelidikan botani
mempunyai hubungan yang berterusan terhadap pemahaman proses-
proses biologi asas.
Menggunakan tumbuhan untuk ubat dan bahan
Banyak daripada drug perubatan dan drug rekreasi, seperti kanabis,
kafeina, dan nikotina datang secara langsung daripada alam tumbuhan.
Aspirin yang asalnya datang daripada kulit pokok willow hanya
merupakan salah satu daripada contoh-contohnya. Mungkin terdapat
banyak lagi ubat baru yang boleh dibekalkan oleh tumbuhan yang
masih belum ditemui. Peransang yang popular seperti kopi, coklat,
tembakau, dan teh juga datang daripada tumbuh-tumbuhan.
Kebanyakan minuman beralkohol datang daripada penapaian tumbuhan
seperti malt barli dan anggur.

Tumbuh-tumbuhan juga membekalkan kita dengan banyak bahan-


bahan semula jadi, seperti kapas, kayu, kertas, kain linen, minyak
sayuran, getah, dan sebilangan jenis tali. Pengeluaran sutera tidak
akan mungkin jika tiadanya pokok mulberi. Pokok tebu dan tumbuhan-
tumbuhan yang lain baru-baru ini telah dipergunakan sebagai sumber
biobahan api yang merupakan pilihan alternatif yang penting untuk
bahan api fosil.

Memahami perubahan alam sekitar


Tumbuh-tumbuhan juga boleh membantu kita memahami pertukaran
dalam alam sekitar dengan berbagai-bagai cara:

 Pemahaman pemusnahan habitat dan pemupusan spesies


bergantung kepada katalog yang tepat dan lengkap untuk
sistematik dan taksonomi tumbuhan.
 Respon tumbuhan terhadap sinaran ultraungu boleh membantu
dalam pengawasan masalah seperti kesusutan ozon.
 Penganalisisan debunga yang dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan
pada beribu-ribu atau berjuta-juta tahun dahulu juga boleh
membantu ahli sains dalam pembinaan semula iklim-iklim dahulu
dan peramalan iklim masa hadapan. Ini merupakan sebahagian
yang penting dalam penyelidikan perubahan iklim.
 Pencatatan dan analisis pemasaan kitaran hidup tumbuhan
merupakan sebahagian fenologi yang mustahak dalam
penyelidikan perubahan iklim.
 Liken yang peka terhadap keadaan-keadaan atmosfera telah
digunakan secara meluas sebagai penunjuk pencemaran.

Dalam banyak cara yang berlainan, tumbuhan-tumbuhan boleh


bertindak dengan sedikit sama dengan burung kenari sebagai sistem
amaran awal untuk menyedarkan kita terhadap perubahan yang
penting dalam alam sekitar kita. Selain daripada alasan-alasan praktik
dan saintifik itu, tumbuh-tumbuhan jugat amat bernilai sebagai
rekreasi harian untuk berjuta-juta orang yang gemar akan berkebun,
hortikultur dan masak-memasak.

Sejarah
Botani awal (sebelum 1945)

Alat-alat tradisi untuk ahli botani.


Antara karya-karya terawal, terdapat dua karangan panjang yang
ditulis di sekitar 300 SM oleh Theophrastus: Tentang Sejarah
Tumbuhan (Historia Plantarum) serta Tentang Sebab-sebab
Tumbuhan. Bersama-sama, kedua-dua buku itu merupakan sumbangan
sains botani yang terpenting sejak purbakala sehingga Zaman
Pertengahan.

Dioscorides, seorang penulis perubatan Rom memberikan bukti-bukti


yang penting mengenai pengetahuan Yunani dan Rom tentang
tumbuhan perubatan. Dengan menggunakan mikroskop awal, Robert
Hooke menemui sel dalam gabus pada tahun 1665, dan tidak lama
kemudian, dalam tisu tumbuhan hidup. Leonhart Fuchs dari Jerman,
Conrad von Gesner dari Switzerland, serta Nicholas Culpeper dan
John Gerard dari United Kingdom menerbitkan karya-karya mengenai
tumbuhan herba yang memberikan maklumat tentang kegunaan
perubatan tumbuhan.

Botani moden (sejak 1945)


Banyak pengetahuan baru pada hari ini dijanakan daripada kajian
tumbuhan model seperti Arabidopsis thaliana. Rumpai mustard ini
merupakan salah satu daripada tumbuhan pertama untuk penjujukan
genomnya. Penjujukan genom padi bersama-sama dengan sebuah
komuniti penyelidikan antarabangsa yang besar telah menyebabkan
padi sebagai model de facto untuk bijiran, rumput, dan monokot.
Brachypodium distachyon, sejenis spesies rumput yang lain, juga
muncul sebagai model uji kajian untuk memahami biologi genetik, sel,
dan molekul rumput-rumput iklim sederhana. Genom untuk ruji-ruji
yang penting dari segi perdagangan termasuk gandum, jagung, barli,
rai, sekoi, dan kacang soya kini juga dijujukkan. Penjujukan sebilangan
daripada tumbuh-tumbuhan ini amat mencabar disebabkan tumbuhan-
tumbuhan itu bersifat poliploid, iaitu gen-gennya mempunyai dua atau
lebih set haploid kromosom. Bagaimanapun, sifat polipliod adalah
biasa dalam alam tumbuhan. "Yis hijau" ( Chlamydomonas reinhardtii,
sejenis alga hijau yang mempunyai sel tunggal) merupakan lagi satu
organisma model tumbuhan yang telah dikaji dengan meluas dan
memberikan wawasan yang penting untuk biologi sel.

You might also like