You are on page 1of 4

Bagaimana menghitung margin produk?

Setiap Ketua Pegawai Eksekutif kewangan (CFO), pengurus produk atau jurujual
mengetahui tentang margin produk. Semakin tinggi margin, maka semakin baik produk
tersebut. Margin juga merujuk kepada “ peratus jumlah keseluruhan”. Pelabur
menggunakan margin untuk mengetahui berapa banyak hasil yang mereka perolehi
daripada jualan ke atas sesuatu produk dengan mengira hasil jualan tersebut menggunakan
kaedah margin yang mana hasil kiraan yang diperoleh adalah peratus jumlah keseluruhan
yang dicapai dalam jualan produk tersebut dibahagi dengan jumlah keseluruhan produk
yang dihasilkan. Dalam erti kata lain, jumlah keuntungan yang diperoleh daripada jualan
dibahagi dengan jumlah keseluruhan produk yang dihasilkan.

Penentuan margin ke atas produk adalah penting bagi mengelakkan harga produk
terlalu mahal (overprice produk ) sehingga menyebabkan produk tersebut tidak dapat di
pasarkan dan bagi mengelakkan harga produk di bawah harga sebenar supaya dapat
menampung kos pengeluaran dan mampu bertahan dalam perniagaan. Margin yang
diperoleh haruslah dapat menampung kos tidak langsung (overhead) dan menghasilkan
pulangan keuntungan yang diperlukan untuk bertahan dalam sesebuah perniagaan.

Dalam menghitung margin, laporan senarai keuntungan dan jualan produk


diperlukan. Jualan produk yang berkaitan pada tahun sebelumnya perlulah dijumlahkan
untuk menghitung jumlah keseluruhan jualan bagi memudahkan pengiraan margin. Harga
kos jualan untuk produk juga diperlukan. Ini termasuklah semua kos jualan yang berkaitan
dengan jualan produk. namun tidak mengambil kira kos tidak langsung (overhead) seperti
sewa dan utiliti kerana diandaikan bahawa semua produk yang dijual adalah sama.
Seterusnya, kos jualan produk dan kos jualan lain yang berkaitan dengan produk ditolak dari
jumlah keseluruhan jualan produk. Hasil perbezaan antara jualan dan kos dari jumlah
keseluruhan jualan produk akan dikali dengan seratus peratus untuk memperoleh nilai
margin produk dalam bentuk peratusan.
CARA MENGHITUNG MARGIN DARI KOS

Dalam dunia perniagaan, margin mempunyai banyak maksud yang berbeza. Namun,
dalam mengambil kira kos, margin merujuk kepada jumlah perbezaan antara harga jualan
produk dan kos produk. kos untuk menghasilkan sesuatu produk diperoleh daripada jumlah
kos dalaman syarikat dan buku-buku pengurusan perakaunan. Margin dihitung melalui kos
dengan mengandaikan bahawa kos adalah diberikan dan diperoleh daripada dokumen-
dokumen dalaman syarikat. Harga jualan adalah harga yang ditetapkan oleh syarikat ke atas
produk yang akan dijual ke pasaran luar.

Margin dihitung melalui kos dengan menentukan harga jualan produk. Seterusnya,
kos untuk menghasilkan produk ditentukan. Selepas harga jualan dan kos untuk
menghasilkan produk ditentukan, margin dari kos diperoleh hasil dari perbezaan antara
harga jualan produk dan kos menghasilkan produk.

Sebagai contohnya, Syarikat A telah menghasilkan produk iaitu widget. Syarikat


tersebut telah menetapkan harga jualan widget sebanyak $5 untuk dijual kepada sebuah
pengedar luar. Manakala kos yang digunakan oleh syarikat A untuk menghasilkan widget
adalah masing-masing sebanyak $2. Maka, margin diperoleh dari kos adalah sebanyak $3
($5 - $2) iaitu hasil tolak antara harga jualan widget dengan kos menghasilkan widget.
Margin pada Harga jualan

Harga jualan merujuk kepada nilai pasaran atau nilai pertukaran yang dipersetujui, dimana
ia digunakan untuk membeli sejumlah kuantiti, berat, atau ukuran lain dari barangan atau
perkhidmatan. Sebagai pertimbangan yang diberikan dalam pertukaran untuk pemindahan
pemilikan, harga merupakan suatu asas penting di dalam urusniaga komersial. Ia boleh
ditetapkan melalui kontrak seperti jualan dari kontrak barangan yang akan ditentukan oleh
formula yang dipersetujui pada masa hadapan, atau mencari atau rundingan semasa proses
urusniaga berlaku di antara pihak-pihak yang terlibat.

Cara Pengiraan Margin Pada Harga Jualan

Pengiraan margin keuntungan adalah kunci untuk menjalankan sebuah perniagaan


yang berjaya. Tetapi ia boleh menjadi sukar untuk mengetahui dari mana harus dimulakan
terlebih dahulu. Setelah memperolehi maklumat tentang kos tetap, kos pemboleh ubah, dan
kos jualan barangan barulah kita boleh menentukan margin pada apa-apa produk sekalipun.
Maklumat ini adalah sangat membantu dalam membuat keputusan tentang produk apa yang
akan dipasarkan di pasaran, produk apa yang akan disimpan dan bagaimana
memaksimumkan keuntungan dengan strategi harga yang berkesan. Maklumat margin yang
tepat adalah kunci bagi sebuah perniagaan yang dijalankan dengan baik.

Cara pengiraan margin pada harga jualan adalah dengan mencari kos barangan
jualan. Ini merupakan langkah pertama dalam mana-mana cara pengiraan margin. Kos ini
umumnya merupakan jumlah bagi nilai yang kita bayar kepada pemborong iaitu firma yang
menjual produk kepada kita. Lebih tepat lagi, faktor kos modal (bayaran perniagaan untuk
meminjam wang) dan keperluan kredit, contohnya, membayar $10 pada masa hadapan
adalah sangat berbeza dari membeli produk yang berharga $10 dan berhutang wang 90 hari
kemudian. Terutamanya jika 90 hari tersebut adalah semasa musim yang memerlukan
inventori yang banyak.

Selain itu adalah pengiraan dalam menghitung kos pemboleh ubah lain. Beberapa
produk memerlukan masa tambahan daripada jurujual. Ini disebabkan apabila produk lain
mempunyai nilai penyusutan tertinggi yang biasanya disebabkan oleh kerosakan atau
kecurian. Seterusnya berkemungkinan produk lain adalah mahal untuk dipasarkan. Perkara
tersebut masing-masing merupakan faktor dalam margin, dan masing-masing harus
ditambah didalam kos per unit. Kos ini adalah kemungkinan perbezaan antara untung dan
rugi bagi beberapa perniagaan. Sebagai contoh, seorang pengedar kereta mungkin
mendapati bahawa ia dapat menjual kereta sukan yang baru untuk mark-up yang baik,
tetapi sejumlah besar pelanggan biasanya hanya mencuba uji pandu kereta tanpa
membelinya.

Disamping itu adalah kaedah pengiraan bagi jumlah kos tidak langsung atau kos
tetap. Kos tersebut merupakan perbelanjaan yang perlu dibayar daripada jumlah yang
dijual. Selain itu, kos tidak langsung boleh merangkumi sewa, utiliti, kos pentadbiran
pejabat dan gaji. Jumlah ini harus dibandingkan dengan jumlah jualan dalam tempoh yang
sama untuk menentukan jumlah perbelanjaan umum secara perkadaran terhadap
pendapatan.

Seterusnya, menjumlahkan pelbagai kos dan membandingkannya dengan harga.


Dalam hal ini ia boleh menjadi rumit kerana kos tidak langsung tidak dikira seperti pengiraan
kos yang lain. Sebagai contoh, andaikan terdapat kedai buku yang menjual buku baru
dengan harga $20. Ia membayar penerbit buku sebanyak $10 (kos jualan) dan juga
membayar kepada syarikat penghantaran sebanyak $3 untuk dihantar kepada pelanggan
(bayaran lain yang berkaitan dengan buku tersebut). Bagi kedai buku, kos tak langsung
adalah sebanyak 25 peratus daripada jualan. Oleh itu, ia dapat memperolehi $5 dari kos
tidak langsung pada harga jualan sebanyak $20. Ia seterusnya meninggalkan $18 dalam
perbelanjaan untuk kos $20 harga buku. Margin adalah merupakan keuntungan yang
dibahagikan dengan jualan. Dalam hal ini, $2 keuntungan dibahagi dengan $20 jualan akan
menghasilkan 10 peratus margin.

You might also like