You are on page 1of 53

TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 0


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

ISI KANDUNGAN

Tajuk Mukasurat
Penafian Dan Hak …………………………………………………………………………………………….. 3

Kenali Penulis ……………………………………………………………………………………….………….. 4

SEBELUM
 Tips Agar Orang Tertarik / Suka Pada Kita ................................................. 6

 Tips Mencari Jodoh ...................................................................................... 7

 Tips Memilih Pasangan ................................................................................ 8

 Lelaki Baik Hati Atau Alim, Mana Satu Pilihan Terbaik? .............................. 11

 Tips Untuk Memujuk Lelaki Agar Cepat Meminang ………………………..……….. 13

 Sudah Bersediakah Anda? ………………………………………………………………………... 15

 Kehadiran Tunang Semasa Majlis Pertunangan ……………………………....….. 16

SEMASA
 Tiada Modal Besar Untuk Majlis Kahwin? ................................................. 18

 Menaikkan Seri Wajah Pengantin ……………………………….……………………….. 20

 Persediaan Melayari Alam Rumahtangga ……………………………………………. 21

 43 Pantang Larang Bakal Pengantin …………………………………………………….. 22

 Tips pakaian pengantin lelaki sewaktu bertandang


ke rumah saudara-mara pengantin perempuan ...................................... 25

 Tips Untuk Bakal Pengantin XXL …………………………………………………………… 27

 Mandi Limau ……………………………………………………………………………………….. 29

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 1


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

SELEPAS
 Malam Pertama ………………………………………………………………………………….. 31

 Cara Suami Mendekati Isteri Pada Malam Pertama ............................... 33

 7 Tips Kehamilan Untuk Lelaki ................................................................... 34

 Petua-petua Kahwin …………………………………………………………………….……… 35

 8 P Tip Kebahagiaan Rumahtangga …………………..………………………………… 39

 Kesilapan Yang Selalu Dilakukan Di Awal Perkahwinan .......................... 40

 Cara Menangani Suami Yang Ego ............................................................. 42

 Sikap Yang Dibenci Suami ......................................................................... 43

 Tips Mertua – Menantu ……………………………………………………………………….. 45

 Menangani Suami Yang Panas Baran …………………………………………………… 47

 Aduan-aduan Penting Untuk Diselami …………………………………………………. 49

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 2


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

PENAFIAN DAN HAK

Untuk makluman anda, Ebook ini ditulis oleh penulis berdasarkan pengalaman, rujukan dan
pengetahuan beliau. Segala maklumat di dalam ebook ini adalah pandangan semasa untuk
tujuan panduan pembaca.

Tiada sebarang jaminan sama ada semua orang mampu mendapat hasil yang sama dengan
maklumat yang diberikan kerana kita berbeza dari segi pengetahuan, kemahuan dan apa jua
faktor kemanusiaan. Sehubungan itu sebarang liabiliti atau kerugian tidak boleh
dipertanggungjawabkan kepada penulis.

HAK ANDA :

[ YA ] Boleh mencetak untuk kegunaan sendiri;


[ YA ] Boleh menyalin dan melaksanakan segala panduan yang diberikan;
[ YA ] Boleh diberikan percuma kepada orang lain;
[ YA ] Boleh copy / paste isi kandungan ebook ini ke tempat lain;

[ TIDAK ] Boleh dipakejkan di website / email anda;


[ TIDAK ] Boleh diberikan sebagai hadiah atau bonus;
[ TIDAK ] Boleh dijual semula sebagai Master Resale Rights;
[ TIDAK ] Boleh dijual semula di web lelong atau shopping cart;

MUKADIMAH

Ebook Tips Sebelum, Semasa & Selepas Kahwin ini di buat untuk membantu anda memperbaiki
lagi kehidupan dan hubungan anda bersama pasangan anda.

Diharapkan tips-tips tersebut akan mengeratkan lagi hubungan anda dan pasangan seterusnya
bahagia hingga ke anak cucu.

Untuk tips-tips yang terkini, saya akan updatekan di bloghuza.com dan fan page
http://facebook.com/jomkahwin Jika anda ingin mengetahuinya, boleh lah terus rujuk di blog
dan fan page tersebut atau melanggan Newsletter yang disediakan.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 3


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

KENALI PENULIS

Huzalifah Mohd Husain adalah seorang kakitangan di sektor swasta


sejak hampir 20 tahun yang lalu. Pelbagai pengalaman pekerjaan
dan perniagaan sambilan yang telah beliau lalui untuk memajukan
diri sendiri, menambahkan ilmu serta pengalaman hidup.

Beliau telah terlibat secara tidak langsung dalam dunia perniagaan


internet sejak tahun 2008 dengan tujuan untuk menambah
pendapatan keluarga. Memandangkan kos kehidupan di Kuala
Lumpur serba serbinya tinggi, beliau bertekad untuk menggunakan
setiap peluang yang ada untuk menaikkan lagi taraf hidup beliau sekeluarga. Biarpun tidak
mendapat sebarang pendapatan yang memuaskan dari perniagaan internet, beliau tidak
berputus asa malah cuba beralih arah ke perniagaan fizikal pula bila melihatkan banyak peluang
di dalam industri kita hari ini.

Namun setelah memfokuskan tekad dan komitmen yang tinggi, hasil yang diperolehi masih
tidak sepadan dengan kesungguhan dan pengorbanan masa yang telah beliau curahkan.
Memandangkan beliau masih bekerja dan hanya membuat perniagaan fizikal secara sambilan,
masa bersama keluarga menjadi tersangat terbatas. Setelah memikirkan semasak-masaknya
arah perjuangan beliau seterusnya, lantas beliau meletakkan target untuk tidak tewas berjuang
di bidang perniagaan, sekaligus dapat bersama keluarga dengan memokuskan semua aktiviti
dari internet.

Memandangkan persaingan yang cukup hebat dalam apa jua bentuk perniagaan, beliau
jangkakan tanpa pengetahuan, panduan, teknik dan keputusan yang terbaik, beliau tidak akan
berjaya mencapai target / kepuasan yang diharapkan. Lantas beliau menghadiri seminar yang
dianjurkan oleh Gero Azrul, Rahman Basri dan seterusnya mendalami ilmu penghasilan ebook
dan menyertai workshop yang dikendalikan oleh Saudara Jamaluddin Bahari @ Jamal. Atas
panduan dan dorongan dari Saudara Jamal, beliau telah menghasilkan ebook sulong ini.

Demi minat yang mendalam sejak sekian lama, beliau juga telah menyiapkan sendiri beberapa
blog tanpa menghadiri mana-mana kursus atau membaca sebarang buku rujukan. Di antara
blog yang telah beliau hasilkan adalah :

http://huza.co.cc http://jombeliebook.blogspot.com
http://perkahwinanmelayukini.blogspot.com

HUZALIFAH MOHD HUSAIN


Blog peribadi : http://bloghuza.com
Email : huzret@gmail.com
H/P No. : 017 2256926

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 4


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

SEBELUM

KAHWIN

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 5


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

TIPS AGAR ORANG TERTARIK / SUKA PADA KITA

1. Murahkan SENYUMAN

Cara paling mudah supaya orang tertarik dan suka tengok kita ialah tidak lain dan tidak bukan,
SENYUM lah. Senyum memberikan daya tarikan yang cukup hebat. Senyum mampu menawan
setiap hati yang memandangnya. Jadi, banyakkanlah senyuman. Senyum kepada sesiapa saja.
Senyumlah dari hati. Senyuman dari hati akan jatuh ke hati.

Sebenarnya kalau saya nak cerita pengalaman saya mengenai kebaikan senyuman ni, memang
terlampau banyak.

Jadi, toksah cerita panjang. Senyumlah selalu. InsyaAllah anda pasti di sukai orang.

2. Sebarkan SALAM (Beri salam dan ucap selamat)

Ini pun satu perkara yang cukup penting untuk diamalkan. Ucapan salam dan selamat bukan
saja merupakan satu bentuk doa kepada orang lain, malah ia mampu memberikan satu mesej
getaran atau aura yang boleh membuatkan orang lain rasa dirinya dihormati dan dihargai.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 6


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

TIPS MENCARI JODOH


Jodoh pertemuan ditangan Tuhan tetapi kita sebagai manusia perlulah berusaha mencari jodoh
yang sesuai dengan citarasa kita dan kehendak agama.

Berikut adalah beberapa tips untuk anda mendapat jodoh.

 Minta bantuan dari ibu bapa - teknik ini sangat popular ketika dahulu dimana ibubapa
mencari jodoh untuk anak mereka tetapi ia masih lagi boleh digunapakai untuk zaman
ini kerana ibubapa mempunyai kenalan dan mungkin mereka tahu bagaimana akhlak
anak rakan mereka tersebut untuk dijadikan calon.

 Hadiri aktiviti - sertai pelbagai aktiviti;

 Minta bantuan rakan;

 Minta bantuan adik beradik;

 Chat room;

 Laman cari jodoh;

 Perniagaan MLM.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 7


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

TIPS MEMILIH PASANGAN

Aspek pilihan pasangan hidup adalah lebih penting dari apa jua yang anda lakukan untuk
memastikan rumah tangga anda bahagia. Itu mungkin bunyinya seperti mudah sahaja
dilakukan, tetapi anda akan terkejut dengan peratusan tinggi orang yang tidak sabar sabar
melangsungkan perkahwinan sehingga mereka tidak menumpukan masa dan usaha yang
diperlukan untuk membuat keputusan yang baik. Kebanyakan daripada rumah tangga runtuh
yang bermasalah sejak hari pertama tak lain tak bukan adalah kerana kedua-dua orang yang
terlibat tersalah pilih pasangan.

Berikut adalah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan jika anda ingin memastikan
perkahwinan yang memuaskan dan berkekalan:

1. TEMPOH MASA PERKENALAN

Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama dua tahun atau lebih
kesemuanya lebih berpuas hati dengan perkahwinan berbanding pasangan yang berkenalan
dalam jangka masa yang lebih pendek. Apabila pasangan bersedia mengambil keputusan yang
melibatkan perkahwinan selepas hanya berkenalan selama beberapa bulan, keputusan itu
kebanyakannya lebih berdasarkan khayalan dan kurang berdasarkan hakikat.

2. MEMILIH PASANGAN SENDIRI

Orang sering memilih pasangan semata mata untuk menggembirakan orang lain - ayah, ibu
atau kerana orang menyuruh mereka berkahwin. Tetapi amat penting agar orang yang hendak
kahwin itu sendiri gembira dengan pilihannya. Keputusan anda hendaklah dibuat berasaskan
keperluan dan impian anda sendiri. Anda juga patut mendengar pendapat sahabat handai dan
kaum keluarga dengan teliti, tapi jangan sampai biarkan orang lain memilih pasangan hidup
anda.

3. HARAPAN YANG TIDAK WAJAR TENTANG PERKAHWINAN

Kebanyakan rumahtangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka impikan sebelum
berkahwin. Ramai lelaki dan wanita memasuki alam perkahwinan dengan sangkaan bahawa
pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka dan bahawa perasaan romantik
mereka semasa bercinta akan kekal abadi. Sebenarnya rumahtangga yang bahagia memerlukan
begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 8


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

4. MASALAH KEPERIBADIAN DAN TINGKAH LAKU

Keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila anda berkahwin. Jika terdapat ciri-ciri
keperibadian dan tingkah laku pasangan anda yang menimbulkan persoalan, seperti cemburu,
panas baran, tidak bertanggungjawab, tidak jujur dan degil. Tanya diri sendiri sama anda
sanggup untuk menghabiskan masa anda sehingga ke akhir hayat untuk menangani masalah ini.
Nyata sekali, jika pasangan yang dalam pertimbangan itu menghadapi masalah dadah, kaki
botol dan sebagainya, anda sepatutnya memastikan masalah itu telah diselesaikan jauh lebih
awal sebelum perkahwinan anda.

5. BANYAK PENGALAMAN HIDUP

Pemilihan pasangan hidup melibatkan ramalan tentang bagaimana anda berdua akan hidup
bersama sepanjang tahun-tahun akan datang. Pengalaman disini bukan bermaksud usia.
Pengalaman yang dilalui tidak bergantung dengan usia seseorang. Pengalaman lelaki dan
wanita mengharungi susah senang bersama amat bermakna dalam perhubungan. Jika boleh
lalui waktu-waktu susah dan senang bersama pasangan anda.

6. BAYANGAN ORANG YANG INGIN ANDA KAHWINI

Bayangan ini tidak anda sedari pada umumnya, namun ia amat mempengaruhi anda.
Bayangkan dengan jelas sifat-sifat orang yang ingin anda kahwini. Fikirlah dengan panjang dan
mendalam tentang faktor - penampilan, kepintaran, pendidikan, kerohanian dan sebagainya.
Pemikiran bawah sedar anda boleh menghantui sesuatu hubungan. Berpeganglah pada
bayangan anda ini, jika tidak anda akan menginginkan orang lain buat selamanya.

7. PASANGAN YANG BERSIFAT SEAKAN AKAN DIRI ANDA

Pasangan yang mempunyai terlalu banyak perbezaan sifat nya, akan memerlukan usaha yang
lebih untuk memastikan rumahtangga yang dibina kekal bahagia. Lebih banyak memerlukan
toleransi dan pemahaman. Tak ramai pasangan mampu bertindak sebegini.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 9


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

8. MEMPUNYAI CITA-CITA YANG SEIRING

Jika orang yang anda kahwini bercita-cita jauh lebih rendah atau lebih tinggi daripada anda,
mungkin anda berdua akan kecewa. Masalah akan timbul jika anda berusaha mendaki puncak
kejayaan tetapi pasangan anda telah berpuas hati dengan apa yang telah anda berdua miliki.
Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika sedang melamar, tetapi ia akan menyebabkan
banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan.

9. KEBOLEHAN BERKOMUNIKASI

Kebolehan berkomunikasi sangat penting demi kebahagian rumah tangga. Kesejahteraan


perkahwinan bergantung kepada tahap komunikasi suami isteri. Adalah penting kedua dua
pasangan menguasai kemahiran bertutur dan mendengar. Banyak rumah tangga hancur kerana
masing masing tidak pandai menyatakan hasrat masing-masing dengan cara yang boleh
diterima oleh pasangannya. Hasrat dipendam tanpa komunikasi berkesan.

10. KEBOLEHAN MENYELESAIKAN PERTELINGKAHAN

Pasangan perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan pertelingkahan


sebelum mereka berkahwin. Jika pasangan tidak tahu cara yang berkesan untuk menangani
perselisihan pendapat antara mereka, rumah tangga mungkin akan runtuh. Banyak rumah
tangga runtuh kerana suami isteri tidak tahu menangani perbezaan diri mereka berbanding
sebab sebab lain. Amat perlu menilai kemahiran perdamaian masing masing sebelum
berkahwin.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 10


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

LELAKI BAIK HATI ATAU ALIM, MANA SATU PILIHAN TERBAIK?

Pertamanya, kembali lah kepada asas….iaitu AGAMA! Dalam islam telah diberi panduan
bagaimana untuk memilih pasangan.

Islam menitikberatkan soal pemilihan pasangan seperti pesanan Nabi SAW bersabda dalam
sebuah hadis daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya,
dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang BERAGAMA nescaya kamu bahagia.”

Walaupun hadith ini menerangkan mengenai pemilihan seorang perempuan untuk dijadikan
isteri, namun, ia juga boleh diaplikasikan dalam membuat pemilihan seorang suami.

4 Perkara iaitu harta, keturunan, kecantikan dan agama, perlu diambil kira sebelum membuat
keputusan. Namun, dalam hal memilih suami, perkara mengenai kecantikan itu mungkin tidak
perlu sangat.

Ingat, apa yang paling diutamakan dan lebih selamat untuk dunia dan akhirat ialah pilihlah
kerana AGAMA nya…!!

Namun, jika masih masih ragu-ragu dalam membuat pilihan, maka dirikanlah Solat Istikharah
dan Solat Hajat. Amalkan dan jangan tinggalkan…minta petunjuk dari Allah.

Pada saya, kedua-dua mereka mempunyai kelebihan tersendiri….

Perkara kedua ialah, Kalau ikut kata-kata orang tua, apabila ingin memilih pasangan, pilihlah
yang mencintai atau menyayangi kita.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 11


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

Rasanya anda sendiri boleh buat ujian pada pilihan hati. Lihat bagaimana tindak balas mereka
serta bagaimana mereka mengatasi sesuatu masalah. (tak kisah la masalah perhubungan
ke…masalah kewangan ke atau sebagainya…) Yang penting cuba beri ujian pada mereka untuk
uji mereka.

Perkara ketiga ialah, pada saya anda sendiri telah dan lebih mengenali latar belakang keluarga
kedua-dua calon itu. Jadi anda sendiri lah yang lebih tahu mana yang terbaik. Kalau anda tanya
saya, saya hanya boleh mengagak dan membayangkan situasi anda berdasarkan info yang
diberi.

Cuma, kalau tanya saya juga, pada pendapat saya, kedua-dua calon telah dididik berdasarkan
latar belakang keluarga mereka masing-masing. Sebenarnya banyak perangai atau sikap kita
sekarang adalah dibentuk oleh suasani pembesaran kita semenjak dari kecil. Jadi, pada saya
latar belakang keluarga adalah sangat penting.

Pada pendapat saya, jika anda inginkan zuriat yang baik, pilih la dari keturunan yang baik-baik,
yang boleh memimpin dari segi agama dan sebagainya. Yang boleh memberi nafkah zahir dan
batin.

Memang tiada masalah jika mahu memilih yang baik budi dan akhlak walaupun kurang agama.
Bahagia mungkin boleh dinikmati juga.

Tetapi pastikan bahawa ketua keluarga itu sudi merendahkan egonya untuk mendengar
teguran atau nasihat isteri tu nanti. (Mengikut pengalaman saya, kebanyakan lelaki atau suami
ni memang susah nak dengar cakap orang perempuan atau isteri sebab ego suami sangat tinggi
tau…huhuhu).

Pada saya, tiada istilah isteri yang perlu memberikan didikan atau ilmu agama kepada ketua
keluarga, tetapi ia lebih kepada kesudian mencari ilmu agama bersama-sama. Itu lebih indah.
Pergi ke kelas agama atau ceramah agama bersama-sama bagi mendalami ilmu agama. Bukan
ia ditanggung oleh sebelah pihak saja. Apapun, kalau ikut tanggungjawab, SUAMI ITU WAJIB
DIDIK ISTERI. Suami wajib ajar ilmu agama pada isteri. Bukan sebaliknya.

Maaflah, saya hanya menulis mengikut apa yang terlintas di fikiran. Saya tak mahu menyebelahi
sesiapa sebenarnya, tetapi lebih kepada mahu mengajak anda berfikir dan membuat keputusan
yang terbaik untuk diri dan masa hadapan anda. Fikirlah masak-masak dan mohonlah petunjuk
daripada Allah dengan Solat Istikharah dan Solat Hajat.

Semoga anda dapat memilih calon terbaik untuk dijadikan suami anda, dunia akhirat,
insyaAllah.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 12


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

TIPS UNTUK MEMUJUK LELAKI AGAR CEPAT MEMINANG

Pertamanya, perlu saya katakan bahawa, saya ni bukanlah seorang pakar cinta atau pakar
runding perhubungan. Namun, atas dasar perkongsian pengetahuan dan pengalaman yang ada,
maka saya beri sikit tips yang saya harap ianya dapat menjadi panduan anda.

Berikut ini adalah tips yang dapat saya berikan.

1. Solat hajat 2 rakaat dan panjatkan doa kepada ALLAH

Pada saya, ni adalah tips yang PERTAMA dan PALING UTAMA. Sebab apa? Sebab ini adalah
arahan ALLAH dan suruhan NABI SAW. Dalam fatihah yang kita baca sekurangnya 17 kali dalam
solat pun, kita sentiasa berikrar “Iyya kana’budu waiyya kanasta’iin”. Hanya ALLAH kita sembah,
dan hanya pada ALLAH kita mohon pertolongan. Habis kenapa kita tak minta pada ALLAH apa
saja hajat kita? Tunaikanlah solat 2 rakaat, tadah tangan kepadaNya, mengadu dan mintalah
pada ALLAH.

Bukankah Nabi SAW dah ajar kita bahawa, kalau kita mengalami apa-apa kesulitan atau kalau
kita ada apa-apa hajat, kerjakanlah solat. Bukankah ALLAH ada berfirman dalam Quran…Lihat
surah al-Baqarah ayat 45 : “Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat….”

Masalahnya sekarang, sudahkah kita solat 2 rakaat minta hajat kita diperkenankan? Sudah
berapa kali kita berdoa agar ALLAH memperkenankan hajat kita?

Tepuk dada, tanyalah diri sendiri…

2. Ajak jumpa dan perkenalkan teman lelaki dengan mak ayah

Tunjukkan bahawa anda serius dalam perhubungan anda dengan dia. Kalau anda belum pernah
perkenalkan lelaki atau pakwe anda pada mak ayah anda, maka lakukannya segera. Ajak la
lelaki atau pakwe anda jumpa dengan mak ayah anda. Lagi baik kalau anda minta lelaki atau
pakwe anda tu bawa mak ayah dia jumpa mak ayah anda sekali.

Cuba tengok apa reaksi dia bila anda cadangkan perkara ini dengan dia. Kalau reaksi dia OK dan
macam excited jer, maknanya teman lelaki anda tu serius dengan anda. Kalau dia cuba berhelah
dan bagi macam-macam alasan, maknanya dia mungkin masih belum bersedia untuk menikahi
anda. Atau mungkin juga dia tidak serius dan nak main-main saja dengan anda.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 13


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

Pada saya, sebelum anda memujuk dia masuk meminang, apa-apapun, anda kena pastikan
betul-betul dulu adakah teman lelaki anda tu betul-betul serius dalam perhubungannya dengan
anda. Kalau dia sendiri tak serius dan hanya nak main-main dengan anda, adakah orang yang
macam itu anda harapkan untuk masuk meminang anda??

So, kenalpasti dulu, pada tahap mana teman lelaki anda tu serius dalam perhubungannya. Kalau
dia betul-betul serius, barulah anda boleh pujuk dia. Kalau dia nampak macam nak main-main
saja dengan anda, pada saya, tiada gunanya pun anda pujuk dia. Sebab dia hanya akan bagi
macam-macam alasan dan helah untuk tidak masuk meminang anda, apatah lagi nak menikahi
anda. Nasihat saya, kalau ada teman lelaki yang macam tu, tinggalkan saja dia. Dan cari lain
sajalah. Kumbang bukannya seekor kan?

3. Berterus terang

Pada saya, tiada jalan lain yang paling bagus dan berkesan bagi memujuk lelaki untuk masuk
meminang melainkan, anda kena berterus terang dengannya. Ajaklah dia berjumpa di mana-
mana dan berterus teranglah sajalah dari hati ke hati dengannya. Luahkan semua perasaan dan
rancangan anda pada dia.

Kemudian, minta dia luahkan perasaan dan perancangannya pula. Saya yakin, kalau dia betul-
betul serius dengan anda, maka dia akan dapat berbincang sesuatu yang positif tentang status
perhubungan dan perancangan masa depannya dengan anda. Masa tu, kalau dia kata dia masih
belum bersedia, tanya pada dia, agak-agak bila dia akan jadi bersedia? Suruh dia berikan
tentatif atau perancangan kasarnya. Saya yakin, kalaupun dia masih belum bersedia, tapi
perancangan secara kasarnya pasti dia boleh cerita. Setidak-tidaknya, anda tahu apa yang dia
fikirkan tentang perhubungannya dengan anda.

Apa-apapun, pada saya, yang paling pentingnya sebelum anda pujuk seseorang lelaki tu masuk
meminang anda ialah, anda kena tahu setakat mana atau sejauh mana dia serius dalam
perhubungannya dengan anda dulu. Kalau dia tak serius dan hanya bertujuan nak main-main
dan suka-suka saja dengan anda, maka apa gunanya anda pujuk dia? Kalau mungkin pun ada
berjaya pujuk dia, apakah anda akan berasa yakin dan percaya pada dia selepas anda kahwin
degnan dia nanti?

Cubalah praktikkan 3 tips yang saya terangkan ini dulu. Kalau tips ini pun anda masih belum
buat, saya rasa, tiada gunanya saya berikan tips bagaimana untuk pujuk lelaki masuk
meminang. Sebab ianya hanya akan mengecewakan anda nanti.

Apa kata anda???

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 14


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

SUDAH BERSEDIAKAH ANDA ?


Kerap kita mendengar kisah rumahtangga yang tidak sempat dibina walaupun majlis sambutan
sudah dihebahkan, kad jemputan sudah disebarkan, barangan majlis siap dalam aturan. Namun
ketentuan ini sudah pasti dari yang Maha Kuasa. Namun kita perlu juga melihat dari sudut yang
positif.

Menjadi perkara biasa bagi pasangan yang bertunang, pasti merasakan diri masih belum
bersedia, kerap kali terjadi kepada pasangan yang mengikat tali pertunangan setelah
perkenalan singkat terjalin. Ini bukan bermakna mereka yang mengenali pasangan dengan lebih
lama tidak mengalami masalah yang sama, cuma mungkin statistiknya tidak tinggi.

Jangan khuatir. Sebenarnya ramai pasangan-pasangan yang ingin ke jinjang pelamin pasti
terlintas perasaan sedemikian. Pasti terfikir adakah pasangan yang bakal dikahwini nanti adalah
yang paling sesuai dan akan kekal hingga akhir hayat. Perlu kita ingatkan, jika terlintas perkara
sebegitu, ia hanyalah mainan syaitan yang cuba menghalang umat Islam untuk mengikut
sunnah Nabi kita. Sekelumit perasaan ini biasanya timbul jika pasangan wanita berada dalam
keadaan ‘tidak bersih’. Mereka dalam keadaan ‘terbuka’ untuk diserang oleh makhluk yang
tidak nampak di mata. Ada juga kes mereka ini sebenarnya diganggu oleh orang-orang yang
dengki akan perhubungan tersebut. Nauzubillah.

Jangan samakan perkara di atas dengan permasalahan pasangan yang terang-terang melakukan
kesalahan iaitu cuba berbaik-baik dengan orang lain, cuba berpoya-poya dengan orang lain
kerana menganggap selepas berkahwin, mereka sudah tidak dapat melakukan perkara
sedemikian lagi. Mereka yang berperangai begini sememangnya tidak layak untuk memikirkan
mengenai perkahwinan kerana kelak diri mereka sendiri akan terperangkap dengan ikatan
perkahwinan yang mereka rasakan tidak rela.

Yang jelas, perkuatkan diri, teguhkan pendirian, jangan mudah terpesong dengan bisikan
syaitan yang sememangnya cuba menyesatkan lebih – lebih lagi pada umat akhir zaman.
Wallah’ualam.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 15


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

Sewaktu majlis pertunangan, tunang (lelaki) patut datang atau tak?

Pada zaman dahulu, apabila si teruna ingin meminang si dara, dia hanya akan menghantar wakil
yang merupakan ibubapa atau orang tua dalam keluarganya, untuk meminang si dara. Si teruna
hanya akan tunggu di rumah sementara menanti keputusan keluarga si dara.

Lain halnya pula yang berlaku masakini. Rata-rata si teruna akan duduk di luar rumah apabila
ahli keluarganya sedang berbincang dengan keluarga si dara. Apabila majlis selesai, si teruna
akan berjumpa dengan keluarga si dara dan bergambar untuk kenangan.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 16


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

SEMASA
PROSES

KAHWIN

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 17


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

TIADA MODAL BESAR UNTUK MAJLIS KAHWIN?

Sesiapa yang plan nak kahwin tu mesti sibuk simpan duit, untuk belanja semasa urusan
perkahwinan nanti. Kalau setakat bajet kecil tu ....ermmm segan la nak jemput member ramai-
ramai datang ke majlis perkahwinan kan?

Sebenarnya bajet perkahwinan boleh dijimatkan hampir 45% jika anda pandai berjimat. Berikut
adalah beberapa tips yang boleh anda ikut, bagi menjimatkan kos belanja kahwin nanti.

1. Adakan majlis kenduri secara gotong-royong. Buat satu mesyuarat khas dirumah anda,
jemput jiran, rakan dan saudara-mara, berkaitan majlis kenduri kahwin yang bakal diadakan
nanti. Adakan sedikit jamuan ringan. Lantik seorang pengerusi yang pandai bercakap bagi pihak
anda.

(kalau nak cari katering pun pastikan kosnya berpatutan)

2. Masak sendiri lauk kenduri. Cari saudara atau sahabat yang berpengalaman dan sudi untuk
masak untuk majlis kahwin anda nanti. Tapi jangan kedekut pula untuk sedekah tiga empat
ratus ringgit sebagai saguhati. Minta bantuan saudara atau sahabat anda sebagai pembantu
tukang masak.

3. Cari tempat yang boleh menyediakan sewa peralatan pinggan mangkok untuk majlis
kenduri. Buat hidangan secara buffet, ini bagi memudahkan anda serta tidak menggunakan
tenaga yang ramai.

4. Tidak perlu menyewa dewan sebagai tempat berlangsung majlis. Gunakan ruang depan
laman rumah anda sendiri. Kan jimat! Sekiranya anda tinggal di kampung lagi senang. Tetapi
sekiranya anda tinggal di taman atau flat, anda perlu tulis surat kepada majlis tempatan bagi
menggunakan jalan di hadapan kediaman anda sebagai tempat mendirikan kanopi / khemah.

5. Tidak perlu menyewa sehingga 10 kanopi sebagai tempat makan. Cukup sekadar 3-4
khemah sahaja. Cari pakej yang menyediakan sekali dengan kerusi dan meja makan.
Kebiasaannya jemputan akan datang diantara jam 12.00 tengahari hingga 2.00 petang. Inilah
waktu yang paling ramai pun. Selepas itu jemputan akan mula berkurangan. Ini merugikan
anda, jika anda menyewa kanopi secara berlebihan.

6. Bagi pengantin perempuan, cari rakan anda yang pandai mengandam. Tidak perlu menyewa
mak andam yang akan mengenakan caj beribu-ribu. Ini sangat merugikan anda. Tetamu tidak
akan memuji cara solekkan anda. Tapi yang lebih penting cara mereka dilayan.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 18


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

7. Gunakan jurugambar sedia ada. Mungkin saudara anda mempunyai kamera. Gunakan
kamera yang sedia ada, dan rakamkan gambar-gambar sebagai kenangan. Digital kamera lebih
senang dan murah. Anda boleh cetak gambar-gambar kahwin anda dikedai-kedai foto digital.
Sekitar 50 sen sahaja sekeping, jika anda cetak dengan banyak. Juru gambar upahan akan
mengenakan caj yang lebih tinggi, terutama pada musim kahwin.

Banyak lagi perkara-perkara yang anda boleh fikir, dan lakukan sendiri bagi menjimatkan kos
majlis perkahwinan anda. Jangan membazirkan wang anda dengan bayaran-bayaran yang tidak
perlu.

Tapi kalau anda memang nak buat grand, modalnyer pun grand la.... Yang penting buat majlis
walimatul urus mengikut kemampuan, jangan meminjam, bergolok, bergadai, nanti merana
lepas kahwin. Tak da sapa yang nak tolong bayar hutang...

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 19


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

MENAIKKAN SERI WAJAH PENGANTIN


Adalah menjadi keutamaan mana-mana pengantin perempuan untuk kelihatan menarik dan
jelita di hari perkahwinan mereka. Samada melalui teknik andaman dan solekan yang betul
mahu pun dengan berpakaian pengantin yang indah dan menawan, semuanya akan diambil-
kira oleh mana-mana raja sehari bagi memastikan dirinya menjadi tarikan utama di hari
berbahagia tersebut.

Masih terdapat amalan petua orang-orang lama bagi menaikkan seri wajah pengantin di hari
bersejarah tersebut. Caranya cukup mudah dan ringkas.

Caranya :-

44 hari sebelum tarikh perkahwinan, amalkan diri dengan memakan sekuntum bunga mawar,
kelopak demi kelopak setiap hari. Di mulakan dengan segelas air putih dan kalimah bismillah
serta selawat ke atas Nabi, anda boleh memakan sekuntum bunga mawar itu bagi setiap hari
sehinggalah menjelang hari bersejarah anda. Walaupun bunga mawar agak mahal, tetapi
hasilnya adalah berbaloi. Cubalah !

30 hari sebelum hari perkahwinan - Daun sirih mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri.
Ambil segenggam daun sirih yang agak besar saiznya dan rebuskan ia di dalam air putih buat
beberapa minit sehingga warna air agak berubah kehijauan. Gunakan air rebusan tersebut
untuk mencuci wajah anda setiap hari. Biarkan di muka seketika, kemudian bilaskan dengan air
sejuk. Ia mampu mengelakkan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka sekaligus menaikkan seri
wajah. Air rebusan ini juga berfungsi sebagai "Feminine Hygiene Cleanser" yang sangat baik.
Cubalah.

Akhir sekali, amalkan petua-petua tersebut berserta amalan-amalan moden yang lain. Pastikan
anda memulakan perawatan wajah di salun-salun kecantikan selewat-lewatnya 3 bulan
sebelum tarikh perkahwinan anda. Ia akan menunjukkan hasil yang sangat memuaskan.

Pastikan juga anda memilih warna baju persandingan yang bersesuaian dengan wajah anda bagi
menaikkan seri wajah anda. Contohnya, Wardina mungkin cantik berbaju ungu di hari
perkahwinannya, tetapi anda mungkin sebaliknya ! Jadi, buat pilihan yang bijak.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 20


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

PERSEDIAAN MELAYARI ALAM RUMAH TANGGA


Sebelum membuat keputusan berumah tangga, setiap pasangan perlu menyelidiki dan
menggariskan beberapa tugas yang perlu dipenuhi bagi menjamin kesejahteraan serta
keharmonian rumah tangga agar terus subur.

Antara tanggungjawab yang perlu dipenuhi suami ke atas isteri dan anak-anak mereka
termasuk:

1. Menyediakan tempat tinggal dan makanan kepada isteri dan anak.

2. Memberi nafkah batin termasuk bergaul dengan isteri secara baik.

3. Melindungi isteri dan anak-anak berkenaan dari segi keselamatan dan kesihatan
mereka.

4. Melindungi maruah dan harta benda keluarga.

5. Membimbing isteri dengan ajaran Islam dalam mendapat keredaan Allah s.w.t.

6. Mendidik anak-anak dan memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna.

7. Menjadi penasihat dalam menyelesaikan masalah yang menimpa keluarga dan jiran
tetangga.

Tugas dan tanggungjawab isteri juga penting bagi mengekalkan hubungan yang dibina. Antara
peranan dan tanggungjawab isteri :

1. Isteri perlu menjaga kehormatan diri mereka terutama apabila suami tiada di rumah.

2. Patuh terhadap arahan suami selagi ia bukan arahan untuk melakukan maksiat.

3. Memberikan kasih sayang kepada suami dan anak-anak.

4. Menjaga kebersihan rumah dan kesihatan diri dan anak-anak.

Menyimpan rahsia pergaulan dengan suami.

6. Tidak meninggalkan rumah tanpa izin atau pengetahuan suami.

7. Berhias serta menjaga kesopanan buat tatapan suami dan tidak untuk orang lain
khususnya apabila berada di khalayak ramai.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 21


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

43 PANTANG LARANG BAKAL PENGANTIN


Percaya atau tidak terpulanglah kepada anda. Namun setiap pantang larang orang dulu-dulu
pastinya ada hikmah dan kebenarannya. Berikut adalah 43 pantang larang untuk bakal
pengantin lelaki and perempuan. Terpulang pada anda untuk mengamalnya atau sebaliknya
yer.

 Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi
mengelakkan perut buncit.

 Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.

 Elakkan minum air berkarbonat kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh
menyebabkan kencing manis.

 Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki
tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.

 Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

 Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

 Amalkan makan telur ayam kampung 2 kali seminggu yang dicampur madu dan ada
hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.

 Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

 Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.

 Elakkan minum minuman keras dan merokok.

 Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

 Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

 Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun,
jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

 Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 22


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

 Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

 Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara
sihir.

 Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

 Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat
pengantin lelaki.

 Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari
perkahwinan.

 Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

 Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

 Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan
tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu dan menimbulkan
perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih
berseri.

 Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang
perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.

 Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut di santau oleh mereka yang
mempunyai niat yang tidak baik.

 Jangan tidur di rumah orang kerana takut terkena ilmu yang tidak baik. Ia juga untuk
menjaga nama baik keluarga.

 Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

 Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

 Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

 Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai
atau kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 23


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

 Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur
meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.

 Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai
tenaga.

 Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

 Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

 Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati


Allah.

 Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin
tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

 Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana
tidak manis.

 Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat
tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati orang lain.

 Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk
menghangatkan lagi kemesraan.

 Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

 Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa
penat dan mudah mengalami gangguan emosi.

 Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

 Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang
tetamu.

 Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan
hujan turun ketika majlis berlangsung.

Percaya atau tidak terpulanglah kepada anda. Namun setiap pantang larang orang dulu-dulu
pastinya ada hikmah dan kebenarannya.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 24


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

Tips pakaian pengantin lelaki sewaktu bertandang ke rumah


saudara-mara pengantin perempuan

Sememangnya pakaian harian bagi lelaki agak mudah dan simple jika dibandingkan dengan
pakaian kaum wanita. Cukup dengan seluar jeans dan t-shirt sudah memadai untuk seorang
jejaka pergi ke mana sahaja. Tidak perlu risau dengan padanan warna, mahu pun aksesori
tambahan seperti beg tangan atau pun kasut, selipar jepun bagi lelaki, sudah cukup!

Gaya mudah dan santai yang dipamerkan oleh orang lelaki adakalanya perlu juga sesuai dengan
tempatnya. Bukan untuk ‘memaksa’ orang lelaki mengenakan pakaian formal seperti sut dan
tali leher, cuma kadang-kadang jika bertemu dengan orang-orang tertentu buat pertama kali,
tanggapan orang yang memerhati perlu dijaga.

Seperti contoh, sewaktu menghadiri temu duga untuk perkerjaan, orang lelaki biasanya akan
tampil sekemas mungkin. Begitu juga pada hari pernikahan dan perkahwinan. Namun, sewaktu
bertandang ke rumah saudara-mara iaitu beberapa hari selepas majlis perkahwinan, orang yang
sama dilihat begitu bergaya sewaktu majlis ‘Impian’nya, hanya berpakaian seperti mahu ke
pasar raya. Siap dengan topi lagi.

Aduh! Bukan tidak boleh…cuma tidak kena pada tempatnya. Lebih-lebih lagi kalau yang
dikunjungi itu orang-orang tua, atau orang yang pangkatnya setaraf dengan ibu atau bapa
saudara. Bertemu buat kali pertama dengan imej berkonsep ‘pasar raya’ adalah sesuatu yang
perlu diperbetulkan.

Sebenarnya, tujuan pertemuan tersebut boleh diperluaskan. Bukan setakat untuk mengenal
rupa, bahkan untuk membina tali persaudaraan dan mengeratkan ikatan silahturrahim umat
Islam. Inilah peluang untuk saling kenal-mengenal dan bertanya tentang latar belakang, asal-
usul dan sebagainya.

Harus diingat, orang lazimnya akan menilai seseorang itu melalui luarannya. Jadi, untuk tujuan
itu, saya gariskan beberapa panduan untuk bakal pengantin lelaki tampil bergaya dan
berkeyakinan sewaktu bertemu dengan sanak saudara isterimu:

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 25


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

Yang perlu dibuat:

 Pakai wangi-wangian. Ini sunnah Rasulullah.

 Pakai baju kemeja – lengan pendek ke panjang ke, tak kisah. Nak ‘tight-in’ atau tak,
terpulang. Lebih baik tak payah ‘tight-in’, nanti nampak macam nak pergi mintak kerja
pulak. Pastikan bergosok.

 Seluar jeans OK tapi jangan terlalu ketat atau yang berlubang-lubang. Bukannya nak
pergi Konsert pun.

 Rambut pastikan pendek dan kemas. Kalau bela rambut panjang, pastikan dijaga dengan
baik. Pakai syampu dan letak minyak rambut. Sikat dengan kemas.

 Yang ni sensitif sikit. Bersihkan hidung daripada bulu-bulu yang tidak di’tebas’. Sesuai ke
nak gi rumah atuk dia dengan bulu hidung bersepah?? Fikir-fikirkan lah…

Yang perlu ditinggalkan:

 Memakai ‘topi’. Jenis yang macam mana pun tak payahlah. Orang tua-tua tak suka.
Kalau pakai kopiah, ok…hidupkan sunnah walaupun sesetengah orang tak suka.

 Memakai t-shirt berkolar bulat dan tak gosok plak tuh! Nak pakai t-shirt sangat, pakailah
yang berkolar.

 Merokok! Berhenti terus lagi baik.

 Memakai rantai !! hmmm…lu pikir lah sendiri.

…dan banyak lagi perkara-perkara yang perlu dititik beratkan.

Perkahwinan sebenarnya bukanlah setakat hubungan antara suami dan isteri sahaja. Malahan,
sesuatu hubungan pernikahan adalah merupakan ikatan kekeluargaan yang merangkumi
segenap lapisan dan susur galur keluarga. Adakalanya kita terpaksa menjadi orang lain sekejap
demi untuk menjaga suatu perkara yang lebih besar daripada kemahuan dan kehendak diri
sendiri.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 26


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

TIPS UNTUK BAKAL PENGANTIN XXL

Kesukaran untuk memilih busana pengantin yang sesuai untuk yang bersaiz XXL memang
dirasai. Oleh itu, bakal pengantin disarankan untuk membuat sendiri busana persandingan /
pernikahan. Walaupun harga lebih mahal berbanding sewa busana pengantin, namun
perkahwinan adalah yang terpenting dan sekali untuk seumur hidup. Jadi adalah berbaloi untuk
belanja. Pereka fesyen anda akan memberi cadangan mengikut jenis fabrik dan warna yang
sesuai dengan pengalaman yang mereka miliki.

Sekiranya anda ingin menyewa busana perkahwinan di butik-butik perkahwinan, anda boleh
cuba menghubungi beberapa butik untuk memastikan ada saiz yang sesuai terlebih dahulu. Ini
dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga anda.

Kesukaran untuk mencari kasut yang sesuai bagi saiz XXL juga mungkin berlaku. Untuk itu, anda
mungkin boleh membuat servey dibeberapa kedai kasut ataupun mengambil kasut baru sendiri.
Anda boleh meminta pereka busana anda menghais sekali kasut anda supaya secocok dengan
busana anda.

Semasa memilih busana persandingan, anda digalakkan untuk mencari teman yang berfikiran
positif. Teman anda ini dapat memberikan pandangan positif dan galakan kepada anda untuk
meningkatkan semangat anda supaya tidak mudah putus asa mencari busana yang sesuai dan
padan dengan anda.

Anda perlu memberi keyakinan terhadap diri bahawa andalah yang tercantik pada hari
perkahwinan anda. Tanamkan sifat positif dalam diri anda iaitu kecantikan bukan sahaja
kerana anda ramping atau mempunyai bentuk badan yang menarik, sebaliknya kecantikan
berasal dari hati yang suci disertai dengan persiapan yang menarik dalam majlis perkahwinan
khas untuk anda.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 27


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

Jenis potongan baju pengantin juga memainkan peranan penting. Ia boleh memberi
keseimbangan kepada bentuk badan seseorang. Baju dan kain potongan duyung sangat sesuai
untuk pangantin lebih gempal kerana dapat menutupi punggung. Belahan di bahagian depan
badan dapat memberi keseimbangan ilusi panjang kepada pemakai.

Pengantin yang bersaiz XXL juga perlu bijak memilih kain yang sesuai untuk mengurangkan ilusi
besar pada badan. Untuk itu, pilihlah fabrik lace yang lembut dapat membuat badan anda
kelihatan kecil. Elakan fabrik yang keras seperti kain songket dan baldu.

Penggunaan ‘vale’ atau layah kepala perlu labuh dari punggung ke bawah. Ini boleh
menunjukkan seseorang lebih tinggi dan bergaya apabila layah melepasi bawah punggung.
Sekiranya potongan layah singkat, ia menjejaskan penampilan pengantin kerana nampak lebih
rendah dari ketinggian asal.

Warna juga memainkan peranan yang penting. Warna yang paling sesuai perlu mempunyai
keseimbangan daripada gabungan warna cerah dan gelap. Pilihan yang sesuai ialah warna yang
lebih gelap seperti ungu tua atau biru tua kerana warna berkenaan memberi ilusi yang lebih
langsing, kecil dan ramping dari saiz sebenar.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 28


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

MANDI LIMAU

Sebelum istiadat mandi limau dijalankan, terdapat satu adat yang amat penting pada zaman
silam tetapi kini telah lapuk. Pada awal pagi selepas malam bersatu, emak pengantin akan
menanyakan bukti yang konkrit daripada pengantin lelaki tentang keperawanan pengantin
perempuannya.

Mengikut adat, pengantin lelaki akan menyerahkan sehelai sapu tangan berwarna putih yang
memberikan bukti yang diperlukan. Emak pengantin kemudian akan menunjukkan sapu tangan
itu mula-mulanya kepada ibu bapa pengantin perempuan dan kemudian yang paling penting
sekali kepada ibu bapa pengantin lelaki. Pada zaman silam, bukti tentang keperawanan
pengantin perempuan adalah amat penting kepada orang Islam umumnya. Penyerahan bukti
sebelum istidat mandi limau adalah wajib dan amat penting sehingga ketiadaan bukti hampir
selalu menimbulkan masalah yang seringnya mengakibatkan perceraian serta-merta.

Selepas kedua-dua pasangan ibu bapa pengantin lelaki dan pengantin perempuan telah
memuaskan diri tentang kesucian pengantin perempuan, istiadat mandi limau akan dijalankan.
Kedua-dua suami isteri sekali lagi berduduk di atas pelamin dalam pakaian yang terbaik di
hadapan sekumpulan tetamu yang terdiri daripada saudara, jiran, dan kawan rapat kedua-dua
keluarga.

Untuk istiadat ini, mereka tidak berpakaian pengantin tetapi memakai pakaian Melayu yang
biasa. Selepas berduduk selama sepuluh hingga lima belas minit, mereka akan di bawa turun
dan didudukkan pada sebuah bangku atau dua buah kerusi di ibu rumah atau bilik yang lain di
rumah. Mandi istiadat dilakukan oleh emak pengantin, dan terdiri daripada memercikkan air
sintuk dan limau purut pada kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan.

Selepas upacara ini disiapkan, pengantin lelaki akan membawa pengantin perempuan balik ke
bilik tidur dengan setiap mereka memegang salah satu hujung sapu tangan. Sarung yang
digunakan oleh kedua-dua suami isteri dalam istiadat mandi diberikan kepada emak pengantin,
bukan sahaja sebagai hadiah tetapi juga sebagai tolak bala dan buang geruh. Kedua-dua
pengantin tidak dibenarkan memerah air dari sarung tersebut, apa lagi dengan menyimpannya.
Seluruh adat ini yang dipegang teguh pada zaman silam kini tidak lagi diamalkan sama sekali
oleh hampir semua (jika bukan semua) orang Melayu.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 29


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

SELEPAS

KAHWIN

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 30


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

MALAM PERTAMA
MALAM PERTAMA adalah malam yang paling dinantikan oleh setiap pasangan pengantin baru.
Satu pengalaman yang selama ini hanya mereka dengar atau baca dari buku atau sumber lain,
kini benar-benar akan mereka alami sendiri.

Pasangan muda khususnya gadis kebanyakkannya belum mengetahui apa yang harus dilakukan
saat menghadapi malam pertama. Mereka biasanya takut dan membayangkan rasa sakit ketika
melayari malam pertama.

Perkara sebaliknya pula dirasakan oleh si teruna, dalam debar mereka biasanya tidak sabar
untuk mengalami sendiri peristiwa yang akan diingati seumur hidup. Sikap terburu-terburu
pada malam pertama tanpa memikirkan perasaan pasangan mampu menghilangkan nikmat
yang sepatutnya dirasai bersama pada malam pertama pengantin baru berlangsung dengan
penuh nikmat, beberapa perkara harus diberi perhatian.

Persiapan Fizikal

Sudah siap sediakah keadaan fizikal anda untuk menghadapi malam pertama. Khususnya kaum
wanita. Pengantin perempuan biasanya lebih penat memandangkan selalunya mereka tidur
lewat sehari sebelum majlis perkhawinan berlangsung dan harus bangun awal untuk persiapan
hari perkahwinan.

Maka ada baiknya jika sang suami melihat dan bertanyakan keadaan fizikal isterinya sebelum
melakukan ’aktiviti’. Malam pertama tidak semestinya harus dijalani pada malam sesudah
majlis perkhawinan, sekiranya pasangan kepenatan, apa salahnya menunggu keesokan harinya,
Setelah keduanya sudah bersedia laluilah malam pertama.

Persiapan Mental

Bagaimana dengan persiapan mental dan psikologi anda? Apakah anda sudah benar-benar siap
sedia untuk malam itu? Hehe Sering kali kenikmatan malam pertama tidak dapat dirasakan
dengan maksimal kerana ketidaksediaan mental dan psikologi dari pasangan pengantin baru.

Jika ada salah seorang daripada anda belum sedia secara mental dan psikologi maka seeloknya
berterus terang supaya keduanya bahagia dengan malam pertama yang bakal dilalui.

Cukupkah Ilmu Di Dada?

Hubungan suami isteri bagi pengantin baru adalah bidang baru yang perlu dipelajari lebih
lanjut. Ibarat anda akan ke satu destinasi. Kalau sebelum sampai, anda hanya mendengar, kali
ini anda akan melihat sendiri tempat tersebut.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 31


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

Jadi sebaiknya bekalkan diri anda dengan pengetahuan yang memandai tentang hal ini.
Pengetahuan ini akan memberi panduan untuk melakukannya dengan betul dan seterusnya
mencapai kepuasan. Suami harus tahu bahawa isterinya memiliki respons yang berbeza. Lelaki
jauh lebih mudah terangsang, sedangkan wanita memerlukan waktu yang lebih lama. Sekiranya
suami mengetahui hal ini nescaya mereka tidak akan terburu-buru.

Tahu Bahagian Tubuh Yang Sensitif

Apakah anda telah tahu tentang ‘errogenous zone’ (bahagian tubuh yang sensitive terhadap
rangsangan) pada diri anda dan pasangan? Pengetahuan tentang hal ini akan memudahkan
suami memahami sama ada isterinya sudah bersedia atau tidak. Namun bagi isteri untuk
mengetahui apakah suaminya telah bersedia atau belum tantu jauh lebih mudah, bukan?

Jangan Makan Berlebihan

Saranan ini lebih ditujukan kepada pengantin lelaki. Sebelum menikmati malam pertama
sebaiknya anda jangan makan terlalu banyak (terlalu kenyang). Jika anda makan terlalu banyak
maka akan terjadi adalah sebahagian besar darah akan berkumpul dibahagian perut anda untuk
membantu proses percernaan makanan. Akibatnya anda tidak akan mencapai ‘ketegangan’
yang dikehendaki dan seterusnya yang membuatkan anda dan pasangan tidak mencapai
kepuasan dalam hubungan seksual.

Tinggalkan Kenangan Yang Indah

Peristiwa di malam pertama akan meninggalkan kesan yg mendalam.Ia akan menjadi kenangan
indah buat pasangan suami isteri. Untuk itu, pastikan anda melakukannya dengan penuh
kelembutan dan tatatertib supaya yang ditinggalkan adalah kenangan indah semuanya .

klik di gambar
untuk panduan
terperinci berkaitan
MALAM PERTAMA

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 32


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

CARA SUAMI MENDEKATI ISTERI PADA MALAM PERTAMA

Suami yang mendekati isteri di malam pertama dengan pujian-pujian verbal mahupun tidak,
sepatutnya menjadikan anda rasa gembira dan senang. Tapi samada itu adalah tanda cinta yang
tulen, satu pujukan untuk melakukan hubungan seks, atau hanya tinggal pujian adalah
bergantung kepada apa yang menyusuli perlakuan itu:

1. Tanda Pada Matanya

Jika matanya merenung, itu menunjukkan dia berminat tetapi dia


mendapati anda sedikit menekan perasaannya. Jika keningnya
terangkat itu tandanya dia lebih berani. Jika renungan matanya
tepat, itu adalah tanda dia berani menawan anda.

2. Tanda Senyumannya

Sekiranya suami memberikan senyuman yang hangat dan kelihatan terbuka, ia tanda bahawa
dia secara tulen berminat kepada anda. Jika dia senyum tetapi kelihatan tegang dan tertutup itu
menunjukkan dia kurang yakin atau mungkin dia tidak percaya pada isteri.

3. Menjilat Bibirnya

Walaupun wanita tidak begitu menyukai kelakuan seperti ini, ia adalah tanda bahawa lelaki itu
berani syahwatnya bangkit, dan dia akan melakukan cumbuan-cumbuan dengan bernafsu.

4. Berjenaka

Jika dia banyak berjenaka pada ketika itu, dia adalah suami yang merasa tidak selesa apabila
mahu menjadi agresif. Hubungan seks memerlukan lelaki menjadi agresif, bukan seperti tunggul
kayu. Anda perlulah memberikan keyakinan kepadanya agar dia berani meneruskan niatnya
untuk mencumbui anda.

5. Menyentuh Dan Membelai

Dia adalah lelaki yang berani dan yakin. Dia dikawal oleh rasa keberahian dan menggunakan
sentuhan dan belaian untuk mengawal hubungannya dengan anda.

6. Memuji

Ini perlulah diperhatikan. Ada suami yang memang ikhlas dengan pujian, sedangkan ada pula
yang mempunyai tujuan lain. Apa yang harus anda lakukan ialah menumpukan perhatian
kepada apa yg dia katakan. Sekiranya dia memuji secara patut, anda telah menemui suami yang
tidak takut untuk menyuarakan apa yang dirasakan di dalam hatinya.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 33


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

7 TIPS KEHAMILAN UNTUK LELAKI


Tahukah anda ada beberapa perkara yang harus lelaki hindari jika mereka ingin mempunyai
anak. Berikut ini disenaraikan 7 perkara yang harus dihindari oleh kaum lelaki agar masalah
sukar mendapat anak tidak terjadi :

1. Jangan selalu mandi air panas atau sauna

Kesuburan lelaki berada dalam keadaan baik bila dijaga dalam suhu yang tidak terlalu tinggi,
iaitu beberapa darjah lebih rendah daripada suhu normal tubuh. Mandi air yang terlalu panas
dan memakai seluar yang terlalu ketat atau sintetik akan membuat testis menjadi panas dan
mempengaruhi produksi sperma. Keadaan panas pada bahagian testis menyebabkan tahap
kecergasan/keaktifan sperma menurun, lantas menyukarkan proses persenyawaan.

2. Jangan Terlalu Kerap Berbasikal

Kajian yang dilakukan oleh University Of Southern California membuktikan bahawa tekanan
terus menerus padel basikal boleh merosakkan arteri dan saraf yang terdapat pada penis. Pilih
padel basikal yang ergonomis untuk menghindari tekanan seperti ini.

3. Elakkan Stress atau Tekanan

Kajian oleh Jabatan Fisiologi, Medical College of Ohio menunjukkan bahawa stres kecil dapat
membuat kadar testosteron lelaki dan sperma yang dihasilkan menurun.

4. Elakkan daripada terdedah kepada bahan radiasi/bahan kimia

Terkena radiasi dan bahan kimia dapat merosakkan dan menurunkan produksi sperma serta
menyebabkan kerosakan genetik pada anak-anak. Demikian hasil kajian McGill dari Universiti di
Montreal, Kanada.

5. Jangan ambil ubat sembarangan

Tanyakan pada doktor anda, apakah kesan sampingan ubat-ubatan yang sedang dijalani pada
fungsi seksual. Banyak ubat-ubatan termasuk ubat untuk penyakit tekanan darah tinggi, kanser
bahkan infeksi bakteria dapat menyebabkan masalah kesuburan dan penurunan produksi
sperma.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 34


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

6. Jangan Merokok / Kurangkan Merokok

Penelitian - penelitian yang dijalankan akhir-akhir ini menunjukkan bahawa lelaki yang merokok
menghasilkan sperma lebih sedikit berbanding lelaki yang tidak merokok. Lebih baik hentikan
kebiasaan ini kerana isteri dan anak yang dikandung akan menjadi perokok pasif.

7. Elakkan Makanan Ringan

Hindari makanan yang tidak sihat dengan menggantikannya dengan sayur-sayuran, buah-
buahan, biji-bijian, susu dan daging tanpa lemak. Dengan demikian anda akan cukup sihat untuk
menjadi seorang ayah.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 35


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

PETUA-PETUA KAHWIN

Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia? Apakah petuanya bagi suami untuk


menambat hati isteri?

 Sentiasa berdoa agar disayangi.

 Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja
lain.

 Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri


sepanjang hari.

 Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri. Jangan tergesa-gesa untuk
menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.

 Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.

 Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk
ketika isteri sedang marah.

 Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.

 Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan


sebagainya).

 Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.

 Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

 Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau
bertindak.

 Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.

 Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit
atau banyak komen.

 Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 36


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

 Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan
menyalahkan isteri.

 Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.

 Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.

 Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.

 Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.

 Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu
"AKU CINTA PADAMU ".

 Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

 Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.

 Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

 Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.

 Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

 Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.

 Sentiasa lakukan ibadah bersama.

 Jika keluar daerah, telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat


penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.

 Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.

 Urut belakang isteri sekali sekala.

 Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.

 Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.

 Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh
ketika berjalan.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 37


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

 Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan


kemesraan.

 Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.

 Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan


setiap masa.

 Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.

 Lebihkan isteri daripada anak-anak.

 Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia
memanjakan anda.

 Seeloknya masuk tidur serentak.

 Belai isteri sebelum pergi kerja.

 Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.

 Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

 Lakukan riadah bersama isteri.

 Pergi berkelah sekali sekala.

 Tolong cuci, jemur atau gosok pakaian sekali sekala.

 Jangan terlalu memberi perhatian kepada perempuan lain di depan isteri.

 Jangan curang kerana sekali anda tertangkap, sukar untuk pasangan anda
memaafkan dan melupakannya.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 38


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

8P TIP KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA


1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama
lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi
pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu
peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari
kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh


menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian
boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan


pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga
pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas,
menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu


merancang percutian berdua- duaan dengan pasangannya di tempat
yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah


supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan
kemewahan dan keseronokan dunia.

Tahukah anda bahawa kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri
dengan Allah.

Apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan
rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri
dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 39


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

KESILAPAN SELALU DILAKUKAN DI AWAL PERKAHWINAN

Ikatan perkahwinan merupakan kemuncak perhubungan bagi sepasang kekasih. Namun,


melayari bahtera rumah tangga banyak cabaran dan cubaan terutama ketika proses mencari
kesesuaian bagi dua individu berbeza untuk hidup di bawah satu bumbung yang sama. Justeru
tidak hairanlah apabila pasangan baru berumahtangga cenderung melakukan kesilapan yang
kadang kala boleh merosakkan kemanisan hidup bersama.

Berikut beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin.

Kesilapan 1: Tidak menguruskan hutang

Memang bunyinya tidak romantik, tetapi hakikat ini tidak boleh ditolak. Banyak perkara
membabitkan kewangan perlu ditangani pada tahun pertama perkahwinan terutama jika
berhajat untuk membeli rumah dalam tempoh beberapa tahun lagi. Wang antara yang kerap
menjadi punca pergaduhan dalam rumahtangga (sehingga membawa perceraian). Jadi
mengurus kewangan dengan cara bijak adalah antara perkara utama.

Apa yang perlu dilakukan: Berterus-terang antara satu sama lain mengenai hutang-hutang
peribadi yang ada, kerana baik atau buruk anda sudah berkahwin. Langkah bijak jika anda mula
membentuk pelan kewangan keluarga untuk masa depan

Kesilapan 2: Menyingkirkan kawan

Kawan adalah asas kepada kejayaan kepada sebuah perkahwinan, jadi anda masih memerlukan
mereka.

Apa yang perlu dilakukan: Jelaskan pada kawan-kawan anda bahawa mereka juga penting
dalam hidup anda. Undang mereka ke rumah atau sesekali keluar bersama mereka (tanpa
pasangan anda) dan jadikan ia satu kelaziman walaupun jadual harian anda ketat.

Kesilapan 3: Tiada kepuasan seks

Seks juga amat penting dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang


bahagia. Bagaimanapun melalui kajian lebih 60% pasangan yang baru kahwin
sudah menghadapi masalah ini.

Apa yang perlu dilakukan: Berusaha mencetuskan keghairahan walaupun


anda berasa tidak berminat. Cuba pelbagaikan cara approach anda terhadap
pasangan dan mulakan dengan berbual-bual mesra dan sentuhan yang bisa
menaikkan keghairahan pasangan andan. Jadikan seks satu kelaziman dan lebih kerap anda
melakukannya, anda mungkin akan lebih menyukainya.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 40


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

Berbincang tentang perkara ini dengan pasangan anda. Hadapi isu ini sekarang dan berasa
selesa bercakap mengenainya dengan suami atau isteri. Jangan memandang remeh tentang
soal keintiman.

Kesilapan 4: Tidak lagi menjaga soal penampilan diri kerana sudah selesa

Ini termasuk membiarkan berat badan terus meningkat. Pasangan baru kahwin cenderung
untuk naik berat badan bermula dari tempoh bulan madu lagi dan tidak berusaha untuk
memberi perhatian terhadapnya. Bagi mereka, mengapa perlu risau kerana sudah menemui
pasangan hidup.

Apa perlu dilakukan : Buat rancangan bersama-sama pasangan anda untuk kembali cergas.
Saling memberi motivasi, memuji dan bukan mengkritik. Selalu kita perhati, orang lelaki suka
mengkritik susuk badan pasangan mereka sehingga ianya menjadi satu tekanan kepada
pasangan seperti tiada keyakinan diri. Selalu juga kita perhatikan sorang akan jalan jauh
didepan (maksud saya orang lelaki yer) dan sorang lagi akan dibiarkan jauh dibelakang. Alasan
yang diberikan pastinya “Awak ni jalan lambat sangat lah!”. Padahal jika masa bercinta, kalau
boleh tak boleh berenggang langsung. Betul tak?

Kesilapan 5: Bergaduh secara tidak adil

Apabila sudah berkahwin tidak bermakna anda boleh bertindak


melulu. Perselisihan faham mudah berlaku, tetapi tidak harus
menyimpan dendam. Percaya atau tidak bahawa peraturan untuk
'bergaduh' dengan adil memang ada.

Apa yang perlu dibuat : Jika berasa marah, lebih elok keluar rumah seketika untuk meredakan
perasaan. Dalam keadaan marah, seseorang mungkin tidak boleh berfikir dengan betul dan
cenderung mengeluarkan kata-kata atau melakukan perubatan yang akan dikesali kemudian
hari. Bila dah cool tu, cubalah berbaik-baik ya. Jangan biarkan ianya berlarutan demi menjaga
keharmonian rumahtangga anda juga.

Kesilapan 6: Menjadi terlalu obses dengan langkah seterusnya – anak

Pasangan baru kahwin boleh menjadi terlalu obses tentang soal anak sehingga mereka terlupa
untuk menikmati apa yang mereka ada sekarang.

Apa yang perlu dilakukan: Fokus terhadap hubungan yang sedia ada. Nikmati kebahagiaan yang
sedia ada bersama-sama. Nikmati saat-saat indah sebelum anda perlu bangun 4 pagi untuk
menyusukan anak.

Buat perancangan supaya anda lebih bersedia terutama dari segi masa yang sesuai untuk
menimang cahaya mata. Ini dapat mengelak anda daripada terlalu obses.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 41


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

CARA MENANGANI SUAMI YANG EGO

1. Yang paling penting, teruskan berdoa pada ALLAH minta supaya diberikan taufik hidayah
kepada suami yang tinggi egonya. Setiap kali lepas solat, berdoalah sungguh-sungguh dan
sepenuh hati, mengharapkan rahmat dan hidayah daripada Allah. Dalam doa tu, sebutkan
secara khusus nama suami anda, minta Allah ampunkan dosanya dan diberikan petunjuk ke
jalan yang diredhai Allah.

2. Jangan tegur secara direct kesilapan suami. Sebaliknya cuba cari jalan yang lebih ‘halus’ /
berlapik dalam membuat teguran. Contohnya kalau suami liat bangun solat subuh, anda tak
perlu kejutkan suami (sebab kalau kejut nanti suami mengamuk pula). Sebaliknya anda dirikan
solat di sebelah katil. Kemudian lepas solat, anda baca quran dengan suara yang ‘agak kuat’.
Mungkin sehari dua, tak nampak kesannya. Tapi kalau hari-hari anda buat macam tu, harap-
harap dia akan ‘malu’ sendiri nanti. Tak pun, kalau ada anak, suruh anak ingatkan atau tegur.
Sebab kadang-kadang, suami lebih boleh mendengar teguran anaknya. Memang di akui bukan
mudah untuk kita mengubah sesuatu yang sudah jadi kebiasaan pada orang lain tetapi jika kita
tak mencuba manakan dapat hasilnya rite?

3. Anda kena jaga akhlak dan adab dengan suami. Layan dia sebaik mungkin. Kalau berbicara
dengan suami, gunakan perkataan yang lembut, sentiasa senyum dan bermanis muka dengan
dia, dan sentiasa minta maaf pada dia (walaupun mungkin puan tak buat salah). Pendek kata,
puan kena berusaha jadi isteri yang solehah dan cuba ‘tawan’ hati suami.

Teknik ini mungkin boleh dianggap sebagai teknik ‘reverse psychology’, dimana tujuannya
untuk suami puan berasa segan dan ‘malu kucing’ dengan kebaikan yang puan berikan padanya.
Melalui cara ini juga sebenarnya, boleh menarik rahmat dan keberkatan daripada Allah.
Disebabkan pengorbanan dan susah payah puan melayan suami (*melayan suami adalah satu
ibadah yang utama bagi seorang isteri), maka Allah akan beri kebaikan dan curahkan kasih
sayang dalam keluarga puan.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 42


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

SIKAP YANG DIBENCI SUAMI

Berikut adalah beberapa nasihat-nasihat yang diberikan oleh Dr Fadillah Kamsah kepada isteri-
isteri untuk memenangi hati suami agar rumah tangga sentiasa bahagia dan penuh dengan
perasaan kasih dan sayang. Pada kebiasaannya menempuh alam perkahwinan tidaklah seindah
semasa berada di alam percintaan. Masa bercinta, apa yang dilakukan oleh pasangan semuanya
kelihatan baik-baik belaka. Bak kata pepatah ‘pijak semut pun tak mati’. Apabila masuk gerbang
perkahwinan, barulah tahu perangai atau tingkahlaku pasangan masing-masing.

1. CEREWET

‘Kerana mulut, hati binasa’. Wanita atau isteri perlu bijak mengawal perasaan dalam
percakapannya. Suami tidak suka apabila isteri cerewet tidak kena pada tempatnya. Contohnya,
apabila keluar makan bersama suami, isteri mahukan tempat yang menarik dan makanan yang
mahal. Mungkin tidak perlu semua itu, asalkan anda berdua menghabiskan suasana yang
romantik dan menyelami perasaan masing-masing.

2. CEMBURU

Sifat ini perlu ada dalam sesuatu hubungan. Tetapi, wanita atau isteri yang
terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan
membawa padah kepada perhubungan mereka. Jangan biarkan suami anda
merasa mereka tidak dipercayai.

3. CABAR

Lelaki mempunyai ego tersendiri. Mereka pantang dicabar terutamanya oleh wanita, apatah
lagi oleh isterinya. Sebagai wanita dan isteri, anda perlu membataskan tindak tanduk agar
suami tidak merasa tercabar. Sesetengah isteri apabila bergaduh dengan suami, kata-kata
seperti ‘kalau awak berani, cubalah cari perempuan lain’. Ingat, kadang-kadang ayat ini boleh
membuatkan suami tercabar. Jika suami anda betul-betul melakukan, siapa yang akan putih
mata.

4. CABUL

Ini bermaksud keji dari segi perangai isteri yang langsung tiada perasaan malu. Contohnya,
bergaul bebas dengan lelaki yang bukan muhrim tanpa menghiraukan batas-batas pergaulan.
Apatah lagi, jika anda mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan dan tidak baik kepada suami
sendiri mahupun mertua.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 43


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

5. CELUPAR

Cantik hanya di luaran sahaja. Wanita atau isteri yang cantik akan kelihatan hodoh, jika
mulutnya celupar. Adalah tidak patut dengan mengeluarkan kata-kata yang kurang manis atau
terlepas cakap kepada suami. Jangan membuatkan suami berjauh hati dengan anda.

6. CINCAI

Suami paling tidak suka apabila isteri membuat kerja rumah sambil lewa ataupun ‘cincai’. Jaga
makan, minum adalah satu keutamaan untuk suami. Menurut Dr Fadillah Kamsah, suami paling
benci apabila isteri sambil cincai menjaga anak. ‘Anak dah masuk longkang tapi isteri masih
melepak di depan televisyen’.

7. CUAI

Kebiasaan, lelaki atau suami tidak suka jika pasangannya cuai terutamanya ia melibatkan masa.
Contohnya, apabila ingin keluar bersama-sama, suami terpaksa menunggu masa yang lama
kerana isteri masih lagi bersiap, bersolek dan mengemas. Situasi ini akan menimbulkan
kemarahan dan kebencian kepada suami.

8. COMOT

Ada wanita atau isteri cantik tetapi sebenarnya comot. Comot bukan hanya melibatkan wajah
seseorang itu tetapi juga dilihat dari segi penampilan yang selekeh, kerja yang telah dilakukan
dan tindak tanduknya. Contohnya, hanya bersolek ketika hendak keluar rumah tetapi apabila
berada di rumah, langsung tiada persiapan diri. Ingat, ada isteri beranggapan bersolek untuk
suami tetapi di rumah tidak dipraktikkan.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 44


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

TIPS MERTUA – MENANTU

Tips hubungan dengan mentua-menantu seperti berikut:

1. Cuba bermesra

Kuncinya adalah usaha. Anda bertanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian bersama.


Pokok pangkalnya, mentua anda adalah orang yang selama ini membesarkan pasangan anda
dan bagi mentua yang ditakuti menantu, terimalah kenyataan yang anak anda sudah memilih
menantu anda itu untuk menjadi pasangan hidup mereka. Kalaupun anda tidak dapat menyukai
mereka, tunjukkanlah rasa hormat dan kewarasan anda. Jika kedua-dua pihak bercanggah
pendapat, tunjukkan persetujuan atau bangkangan anda dengan cara yang betul dan jangan
pula mengkritik atau memberi komen negatif di belakang mereka.

2. Dahulukan keluarga anda

Memandangkan anda sudah berumahtangga dan mempunyai anak,keutamaan seharusnya


diberikan kepada keluarga anda kini. Mungkin kedengarannya tidak patut, namun jika anda
terus meletakkan ibu bapa lebih dulu daripada pasangan anda serta anak-anak, mereka akan
mula berasa 'jauh' dengan anda.

Ini bermakna, jangan biarkan ibu atau bapa anda campur tangan dalam membuat keputusan
untuk keluarga anda. Apabila timbul apa-apa masalah, anda haruslah tampil untuk
mempertahankannya. Rungutan yang selalu didengari mengenai mertua selalunya
membabitkan campur tangan yang keterlaluan mereka dalam kehidupan anak mereka yang
sudah berkahwin.

Mereka seharusnya sedar bahawa anak mereka kini sudah mempunyai kehidupan sendiri dan
cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri. Bagi anda yang merasakan mertua terlalu
masuk campur dalam urusan rumah tangga anda, cuba beritahu mereka secara baik dan pada
masa sama melayan mereka dengan baik.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 45


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

3. Usah babitkan anak-anak dalam masalah

Andainya hubungan anda dengan mentua tidak begitu baik, jangan babitkan anak-anak di
dalamnya. Anak-anak tidak seharusnya didedahkan dengan hal negatif yang berlaku antara
anda dengan datuk, nenek atau bapa saudara dan ibu saudara mereka. Lebih-lebih lagi jika
anak-anak anda rapat dengan mereka. Pada ibu bapa pula, jangan sesekali menggunakan cucu
anda sebagai umpan.

4. Dapatkan nasihat

Sesekali, mintalah pendapat atau nasihat daripada mentua anda. Dengan cara itu, mereka akan
merasakan masih mempunyai impak dalam kehidupan anak mereka selain merasa dihargai
sebagai seorang yang berpengalaman. Jika anda lakukannya sebelum perkahwinan, anda
berpeluang mendapat sedikit sebanyak gambaran mengenai keluarga yang bakal anda sertai
itu.

5. Terima seadanya

Jika hubungan anda dengan mentua tidak dapat dibantu lagi, terimalah ia seadanya. Lama-
kelamaan, hubungan ini akan beransur baik. Apapun, pastikan mereka tahu bahawa anda
sayangkan anak mereka dan sanggup berkorban apa saja untuk keluarga.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 46


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

MENANGANI SUAMI YANG PANAS BARAN

1. Wujudkan Empati dalam Diri

Sudah menjadi lumrah manusia mudah selesa dan tenang apabila mengetahui ada individu lain
yang memahaminya. Lantaran itu, cubalah letakkan diri anda dalam situasi suami. Empati yang
wujud dalam diri anda sebenarnya secara tidak langsung boleh meredakan kemarahannya.
Apabila berpeluang, tanyalah suami dengan soalan terbuka (open ended question). Namun,
pada masa yang sama anda perlu ingat. Cara dan nada anda bertanya penting dalam
mempengaruhi emosi suami. Setelah selesai bertanya, diamlah seketika untuk memberi laluan
kepada suami meluahkan rasa marahnya. Kemarahannya akan beransur-ansur reda.

2. Alihkan Perhatian

Perasaan marah jika dibiar dan dilayan tentu menjadi bertambah


parah. Apabila menyedari ada tanda-tanda baran suami akan
muncul, berusahalah untuk mengalihkan perhatiannya. Sebagai
isteri, anda tentu maklum tentang perkara-perkara yang mampu
menarik perhatian suami anda. Jadi, anda boleh memancingnya
dengan berbicara tentang hal-hal tersebut. Kebijaksanaan anda
melakukannya mampu membuatkan dia terlupa sebentar tentang
kemarahan yang sudah berputik tadi.

3. Usah Simbah Minyak ke Api

Umumnya, kemarahan boleh menjadi bertambah hebat jika ada yang merangsangnya. Oleh itu,
usah cuba-cuba membakarkan lagi amarahnya. Ini boleh memburukkan keadaan. Dan tidak
mustahil juga nanti, tangannya akan singgah ke muka anda.
Oleh itu, hadapilah suami anda dengan tenang. Apabila anda ingin bersuara, ucapkanlah
dengan nada yang rendah dan perlahan. Tindakan ini boleh menjadikan dia lebih relaks
sekaligus membuatkan dia tidak jadi untuk terus marah. Cara ini mungkin kurang efektif jika
baran suami anda memuncak kerana pengaruh dadah ataupun alkohol. Walau bagaimanapun,
setidak-tidaknya ia dapat mengelakkan situasi daripada bertambah teruk.

4. Buatkan Dia Tersenyum

Ketawa bukan sekadar pengubat duka. Namun, kalau kena pada gayanya ia mampu menjadi
penawar kemarahan suami. Apatah lagi jika sememangnya suami anda mempunyai unsur
humor dalam dirinya. Apabila anda lihat ada riak wajah marah ataupun terdapat tanda-tanda
dia akan baran, cubalah bergurau dan berbuat jenaka dengannya. Cara anda yang spontan
sedikit sebanyak boleh memadamkan api kemarahannya. Namun jika suami anda seorang yang
serius, cara ini mungkin tidak sesuai.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 47


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

5. Bernafaslah dengan Relaks

Tidak dapat tidak, hati anda akan mula berdebar apabila melihat tingkah laku suami yang baran.
Perasaan anda juga tentu bercampur baur. Sebaik-baiknya anda cuba relaks. Kemudian tarik
nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan. Selepas itu, lepaskan nafas dengan cara yang sama.
Sedikit sebanyak cara ini mampu membuatkan anda lebih bertenang. Kandungan oksigen yang
mencukupi di samping perjalanan darah yang lancar membolehkan ‘cerebral cortex’ anda
dirangsang. Ini membolehkan anda berfikir lebih rasional selain memberikan anda keupayaan
untuk menguruskan tekanan akibat baran suami anda.

6. Kenal Pasti Punca

Akur ataupun tidak, setiap kemarahan pasti ada puncanya. Lantaran itu, cubalah anda selami
sebab baran suami anda terutamanya jika selalu benar dia begitu. Mungkin anda boleh kenal
pasti dengan cara berbual dan berbincang sewaktu dia berada dalam keadaan tenang.
Kemudian, anda boleh cuba memperbaiki keadaan. Kejayaan anda menyelesaikan punca
sebenar tentu boleh mengelakkan suami anda menjadi baran sebagai suatu tabiat.

7. Berjumpa Orang Ketiga

Berhadapan dengan suami yang panas baran memang memeningkan kepala. Apatah lagi jika
tabiat tersebut seolah-olah sudah sebati dengannya. Pelbagai cara telah diambil, namun suami
masih begitu. Cubalah minta bantuan orang ketiga yang rapat dengannya sekaligus turut
dihormati oleh suami. Mintalah orang tersebut menasihati suami anda. Jika tiada pilihan lain,
anda dan suami juga boleh pergi bertemu dengan kaunselor bagi mendapatkan bantuan dan
khidmat kaunseling.

8. Berdoa pada Allah

Bukan mudah mengubah sikap seseorang terutamanya kalau sudah sebati dengan dirinya. Oleh
itu, berdoa dan berserahlah diri kepada Allah SWT. Minta petunjuk daripada-Nya agar suami
anda tergerak hati untuk berubah.

Memahami perbezaan sikap pasangan bukanlah satu formula terunggul untuk mencapai
kebahagian dalam sesebuah rumahtangga. Namun ia boleh berfungsi untuk mengurangkan
stress dan tekanan kepada pasangan.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 48


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

ADUAN – ADUAN PENTING UNTUK DISELAMI


Bagi mencapai target rumahtangga yang disebut oleh Allah ta’ala, bibit masalah yang kerap
menjadi punca awal membawa penceraian, hilang cinta dan kasih perlu ditangani. Antara punca
awalnya boleh dilihat dalam beberpa aduan pilihan di bawah. Ia dikutip hasil dari beberapa
aduan yang saya terima dan juga pembacaan. Saya gariskan cadangan dan apa yang perlu
difahami oleh suami dan isteri dalam menghadapi aduan dan pertikaian mulut pasangan..

RUNGUTAN 1

ISTERI : Dia duduk di depan TV sedangkan aku buat segalanya, aku bukan maid. Dia hanya bantu
bila aku minta, tak bolehkah proaktif seperti aku?

SUAMI : Dia ingin semuanya dibuat serentak sekarang. Rehatlah dulu. Dia
mengharapkan aku menjadi pembaca mindanya selalu.

Yang Sepatutnya

Lelaki Faham
Wanita sekadar meluah kepanikannya terhadap sekeliling, dia sebenarnya perlukan teman
ketika mengemas agar hati gembira, badan sihat.

Bantulah sekadarnya atau yakinkan isteri untuk berehat terlebih dahulu, namun perlu ajaknya
sekali dan jangan terus berehat sendirian & membiarkannya bekerja.

Sekali sekala, buat kejutan dengan mengemas seluruh rumah bersih secara mengejut (i.e basuh
baju, sidai, basuh pinggan dan sebagainya).

Wanita Faham
Lelaki akan memberi seribu satu macam justifikasi untuk berehat. Fahamilah kerehatan mampu
memberi kestabilan minda dan tubuh kepada diri suami, mengurangkan risiko marah tidak
bertempat. Bukankah ia baik untuk isteri dan anak-anak?

Justeru, buatlah apa yang disukai dahulu & itulah tanda lelaki ingin merasakan rumah sebagai
tempat berehat & bertenang.

Adakalanya dia juga tidak ingin menganggu kepakaranmu, dibimbangi menjadi beban kerana
ketidaksempurnaan kerjanya. Itu boleh jua menjadi tanda kasihnya kepadamu.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 49


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

RUNGUTAN 2

ISTERI : Bila aku bercakap kepadanya, dia sering menganggu atau


memberi penyelesaian
SUAMI : Setiap tungkus lumus idea aku tidak dihargainya malah ditambah
komplennya.

Yang Sepatutnya

Lelaki Faham
Fahamilah, bahawa wanita dalam banyak kebarangkalian dan keadaan, mereka bercerita
masalahnya sekadar untuk melepas bebanan dan bukan mencari penyelesaian segera. Justeru,
jadilah pendengar yang baik.

Dia juga suka bercakap masalahnya bagi meraih simpati dan kasih suami terhadapnya.
Tunjukkan simpati. Namun cuba elak buat sementara sebarang penyelesaian melalui lafaz, dan
banyakkan response melalui sentuhan.

Wanita Faham
Lelaki kerap ingin menjadi hero dan juara dalam bidangnya, khususnya di hadapan wanita.
Kerana itu dia sering menyampuk sebagai tanda ambil seriusnya dia terhadap masalahmu dan
ingin segera menyelesaikannya.

Respons dan berterusan dengan wajah kurang senang selepas cadangannya dibuat akan boleh
disalah tanggap sebagai merendahkan kewibawaannya.

RUNGUTAN 3

ISTERI : Bila dia bercakap, terus menerus dan langsung tidak berminat
untuk mendengarku bercakap.” Tak pandang kita pun.”

SUAMI : Aku memang mendengar, walau mata melihat kepada perkara


lain. Aku sudah bantu dengan pelbagai cadangan penyelesaian namun
dia masih tidak puas hati.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 50


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

Yang Sepatutnya

Lelaki Faham
Wanita lebih rasa dihargai apabila kita melihat dengan tepat ke matanya dan menunjukkan
reaksi wajah.

Justeru, walau rasa kurang selesa dengan cara itu, ambillah hatinya.

Wanita Faham
Sebahagian lelaki tidak suka memandang tepat di wajah isteri khususnya apabila isteri
membangkitkan masalah dalam rumahtangga mereka.

Kerana setiap ungkitan itu dianggap mencabar wibawa dan egonya. Justeru fahamilah jika dia
senyap semasa anda bercakap dan memberikan luahan, itu sudah memadai sebagai tanda dia
mendengar dan berfikir walau dia tidak memandang mata dan wajahmu.

Lelaki juga adakalanya tidak suka berada dalam suasana perbincangan terlalu serius di rumah
yang dianggapnya tempat untuk rehat dan bertenang. Dia tidak mahu jadi seperti di pejabat.
Dia akan mendengar cuma tidak mahu dianggap seperti meeting rasmi di pejabat.

RUNGUTAN 4

ISTERI : Dia langsung tidak lagi sedar penampilanku, adakah melampau untuk aku harapkan
penghargaan sekali sekala terutama di hari istimewa.

SUAMI : Berapa banyak kali penghargaan yang diperlukan, setiap hari 5 kali
kah? Mengapa dia tersangat emosi dalam hal ini?.

Yang Sepatutnya

Lelaki Faham
Wanita tidak seperti lelaki yang cukup dengan hanya sekali pujian, khususnya berkaitan
penampilan dirinya. Lebih kerap mereka dipuji, lebih terasa mereka berharga di mata suami.

Sentiasa ringankan mulut memuji. Adalah difahami salah satu tabiat lelaki bosan mengulangi
pujian kepada perkara yang telah diperolehinya (namun sebelum memperolehinya, dia
memang pemurah dengan puji-pujian).

Justeru bagi mengelakkan kebosanan menjengah, pelbagaikan cara, sama ada pujian &
penghargaan melalui tulisan, rakaman, sentuhan dan hadiah.

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 51


TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN

Isteri memang emosi bab ini, kerana sifat wanita akan merasa terancam dan bimbang apabila si
suami sering didedahkan dengan wanita di luar rumah dan di TV yang dirasakan melebihi
penampilan dirinya. Justeru, penghargaan lelaki adalah perlu baginya untuk meningkatkan
keyakinan diri mereka.

Wanita Faham
Suami biasanya memang kerap memuji isteri tetapi pujiannya kerap di dalam hati tanpa suara
dan lafaz. Namun jangan dianggap tiada lafaz itu bermakna tiada penghargaan.

Tanda penghargaan suami adalah tungkus lumusnya bekerja mencari nafkah dan menyediakan
keperluan zahir dan batin isteri.

Sebahagian dari tabiat suami adalah menganggap nafkah pujian, penghargaan sebagai
sampingan. Fahami sikap mereka itu nescaya stress boleh dikurangkan.

Jangan bimbang, tidak semua suami melihat penampilan dan tubuh sebagai aset penting isteri.
Justeru, jika merasakan diri ‘kurang perform’ di bahagian itu, tingkatkan prestasi di bidang lain
yang boleh dihargai oleh suami.

Penulis : Ustaz Zaharuddin Abd Rahman


Sumber Artikel : www.zaharuddin.net

Bloghuza.com@copyright 2011 Page 52

You might also like