You are on page 1of 9

AKTIVITI 1

CARI GETAH DALAM TEPUNG

Objektif :
1. Menyemai semangat berpasukan antara ahli semasa permainan dijalankan.
2. Membentuk pasukan yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi untuk
menentang pasukan lawan.
Penyelaras:
1. Mohd Khairul Nizam Bin Hamat
2. Khairul Anuar Bin Shahidan
3. Suhani Binti Ramli
4. Nor'Mazilla Binti Mohamad Pauzi
5. Noorashimah Binti Tajuddin

Penjaga Masa:
1. Norhafiza Binti Mohd Hasan

Juri:
1. Chieng Lee Ling

Cara Permainan:
1. Semua ahli kumpulan mesti terlibat dalam permainan ini.
2. Setiap/semua peserta mestilah beratur di garisan permulaan dan muka mereka akan
dibasahi dengan air.
3. Selepas wisel ditiupkan, permainan dimulakan dengan peserta pertama dari tapak
permulaan berlari ke garisan permainan bermula.
4. Peserta tersebut mestilah meniup tepung di dalam pinggan dan mengambil hanya
satu getah dengan menggunakan mulut dan diletakkan ke dalam bekas yang
disediakan.
5. Permainan diteruskan dengan peserta kedua dan seterusnya bergilir-gilir mengikut
urutan sehingga wisel penamat dibunyikan iaitu selepas 10 minit.
6. Kumpulan yang berjaya mengumpul paling banyak getah akan dikira sebagai
pemenang.
Arahan:
1. Setiap peserta yang meniup tepung hanya dibenarkan mengambil satu getah sahaja
pada setiap gilirannya. Jika peserta tersebut mengambil lebih daripada satu getah ia
hanya akan dikira sebagai satu.
Langkah Keselamatan:
1. Aktiviti dijalankan di kawasan yang rata dan sesuai.
2. Peserta mesti berhati-hati semasa aktiviti dijalankan.
3. Peserta sentiasa diawasi oleh penyelaras semasa aktiviti dijalankan dan peti
kecemasan juga disediakan.

Permarkahan:
1. Kumpulan yang dapat mengumpul bilangan getah paling banyak akan dikira sebagai
pemenang.
2. Jika terdapat dua kumpulan yang mengumpul getah paling banyak yang sama,
kumpulan yang bermain dengan jujur dan mengikut segala peraturan permainan
dengan betul akan dikira sebagai pemenang.
3. Jumlah markah yang diberikan adalah berdasarkan standard pemarkahan yang telah di
tetapkan.

Peralatan:
1. Stop watch
2. Wisel
3. Pinggan
4. Tepung
5. Gelang getah
6. Air
AKTIVITI 2
STRAW DI MULUT

Objektif :
1. Menyemai semangat berpasukan antara ahli semasa permainan dijalankan.
2. Membentuk pasukan yang mempunyai semangat juang yang tinggi untuk menentang
pasukan lawan.
Penyelaras:
1. Khairul Anuar Bin Shahidan
2. Suhani Binti Ramli
3. Norhafiza Binti Mohd Hasan
4. Noorashimah Binti Tajuddin
5. Chieng Lee Ling

Penjaga Masa:
1. Mohd Khairul Nizam Bin Hamat

Juri:
1. Nor'Mazilla Binti Mohamad Pauzi

Cara Permainan:
1. Setiap ahli kumpulan akan berada dalam satu barisan dan akan dipisahkan dengan
jarak tertentu.
2. Setiap peserta akan diberikan satu straw dan letakkan straw tersebut di mulut masing-
masing.
3. Ahli pertama daripada setiap kumpulan akan memulakan permainan dengan pass
getah yang diberikan oleh penyelaras kepada ahli seterusnya dengan menggunakan
straw di mulut. Kemudian ahli kedua pula pass getah tersebut kepada ahli ketiga
dengan cara yang sama, dan seterusnya sehingga peserta terakhir.
4. Peserta terakhir perlu meletakkan getah tersebut di atas kertas/pinggan yang
disediakan oleh fasilitator dengan menggunakan straw.
5. Permainan ini akan diteruskan sehingga tempoh masa tamat. Masa permainan adalah
10 minit.
6. Kemenangan akan diberikan kepada kumpulan yang berjaya mengumpul bilangan
getah yang paling banyak.

Arahan:
1. Peserta hanya boleh pass getah dengan menggunakan straw yang diberikan di mulut.
2. Tangan mesti diikat di belakang. 5 mata akan dipotong sekiranya mana-mana peserta
melakukan penipuan.
[ Contoh : Gunakan tangan ketika pass getah kepada peserta lain ]
3. Pastikan peserta terakhir meletakkan getah di atas kertas/pinggan yang disediakan, di
mana getah yang berada di luarnya tidak dikira dalam pengiraan.

Langkah Keselamatan:
1. Pastikan berhati-hati ketika pass getah, supaya straw tidak kena pada mata ahli
kumpulannya.
2. Pastikan ada jarak tertentu di antara peserta, bagi mengelakkan sebarang kemalangan.

Permarkahan:
1. Kumpulan yang dapat mengumpul bilangan getah paling banyak akan dikira sebagai
pemenang.
2. Jika terdapat dua kumpulan yang mengumpul getah paling banyak yang sama,
kumpulan yang bermain dengan jujur dan mengikut segala peraturan permainan
dengan betul akan dikira sebagai pemenang.
3. Jumlah markah yang diberikan adalah berdasarkan standard pemarkahan yang telah di
tetapkan.

Peralatan:
1. Stop watch
2. Wisel
3. Straw
4. Pinggan/ kertas
5. Gelang getah
6. Tali ikat tangan
AKTIVITI 3
KEMBAR KU

Objektif :
1. Menyemai semangat berpasukan antara ahli semasa permainan dijalankan.
2. Membentuk pasukan yang mempunyai semangat juang yang tinggi untuk menentang
pasukan lawan.
Penyelaras:
1. Suhani Binti Ramli
2. Nor'Mazilla Binti Mohamad Pauzi
3. Noorashimah Binti Tajuddin
4. Chieng Lee Ling
5. Mohd Khairul Nizam Bin Hamat
6. Norhafiza Binti Mohd Hasan

Penjaga Masa: -

Juri:
1. Khairul Anuar Bin Shahidan

Cara Permainan:
1. Setiap kumpulan terdiri daripada 7 ahli.
2. Kain diagihkan untuk mengikat kaki setiap ahli supaya menjadi kembar.
3. Setiap kembar akan berlari menuju ke garisan penamat.
4. Kembar yang mencatat masa terpantas dikira sebagai pemenang.
5. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati

Arahan:
1. Sekiranya ikatan kaki terurai, kembar akan tersingkir dari permainan dan di kira
kalah.
Langkah Keselamatan:
1. Peserta dikehendaki memakai pakaian sukan dan kasut sukan.
2. Permainan akan dijalankan secara regu agar tidak terlalu sesak dan untuk
mengelakkan kemalangan.
Permarkahan:
1. Kumpulan yang mencatat masa terpantas adalah pemenang.
2. Kembar – kembar yang kalah dalam pusingan pertama akan bertanding semula untuk
merebut tempat ketiga.
3. Jumlah markah yang diberikan adalah berdasarkan standard pemarkahan yang telah di
tetapkan.
Peralatan:
1. Stop watch
2. Wisel
3. Kain ikat kaki

AKTIVITI 4
BELON OH BELON
Objektif :
1. Menyemai semangat berpasukan antara ahli semasa permainan dijalankan.
2. Membentuk pasukan yang mempunyai semangat juang yang tinggi untuk menentang
pasukan lawan.

Penyelaras:
1. Norhafiza Binti Mohd Hasan
2. Noorashimah Binti Tajuddin
3. Chieng Lee Ling
4. Mohd Khairul Nizam Bin Hamat
5. Nor'Mazilla Binti Mohamad Pauzi
6. Khairul Anuar Bin Shahidan

Penjaga Masa: -

Juri:
1. Suhani Binti Ramli

Cara Permainan:
1. Setiap kumpulan terdiri daripada tujuh orang.
2. Mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan kecil iaitu 4 daripadanya berada di
tapak satu dan 3 peserta lagi di tapak dua.
3. Selepas wisel dibunyikan, permainan dimulakan dengan peserta pertama dari tapak
satu membawa belon air kepada peserta di tapak dua.
(Cara membawa belon air ialah dengan belon air dikepit dengan kedua-dua kaki dan
peserta tidak dibenarkan memegang belon air dengan tangan.)
4. Peserta di tapak dua akan menyambut belon air itu dan membawa belon air kepada
peserta di tapak satu. Permainan dikira tamat jika peserta-peserta yang pada awalnya
berada di tapak satu kesemuanya telah berada di tapak dua dan peserta-peserta yang
pada awalnya berada di tapak dua pula telah berada di tapak satu.

Arahan:
1. Jika belon air yang dibawa terjatuh ataupun pecah, peserta dikehendaki lari semula ke
tempat asal dan mula semula.
Langkah Keselamatan:
1. Peserta dikehendaki memakai pakaian sukan dan kasut sukan.
2. Pemainan dijalankan di kawasan lapang.

Permarkahan:
1. Kumpulan pertama berjaya menamatkan acara ini dikira sebagai pemenang.
2. Markah diberikan berdasarkan standard pemarkahan yang telah disediakan.

Peralatan:
1. Wisel
2. Belon berisi air

AKTIVITI 5
TARIK TALI

Objektif :
1. Menguji daya ingatan.
2. Menyemai semangat berpasukan antara ahli semasa permainan dijalankan.

Penyelaras:
1. Nor'Mazilla Binti Mohamad Pauzi
2. Noorashimah Binti Tajuddin
3. Chieng Lee Ling
4. Norhafiza Binti Mohd Hasan
5. Khairul Anuar Bin Shahidan
6. Suhani Binti Ramli

Penjaga Masa: -
Juri:
1. Mohd Khairul Nizam Bin Hamat

Cara Permainan:
1. Setiap kumpulan akan terdiri daripada 7 orang.
2. Ketua kumpulan akan mencabut undi untuk menentukan lawan mereka.
3. Perlawanan adalah secara kalah mati. Kumpulan yang menang akan meneruskan
perlawanan untuk merebut gelaran juara. Manakala kumpulan yang kalah akan
berlawan untuk menentukan kedudukan ketiga dan keempat.

Langkah Keselamatan:
1. Peserta dikehendaki memakai pakaian sukan dan kasut sukan.
2. Pemainan dijalankan di kawasan lapang.

Permarkahan:
1. Markah diberikan berdasarkan standard pemarkahan yang telah disediakan.
Peralatan:
1. Wisel
2. Tali
3. Kain

You might also like