You are on page 1of 3

Berdasarkan artikel “Malu” ada mengupas tentang tingkahlaku yang pasif iaitu

pemalu. Hal ini kerana, melalui malu akan menimbulkan banyak kesan kepada diri sendiri
contohnya tidak dapat bersosial dan bergaul dengan kanak-kanak lain serta tiada
keberanian untuk bercakap di hadapan khalayak ramai. Perasaan malu adalah universal
dan hampir dilalui oleh semua orang sama ada ketika kanak-kanak atau setelah dewasa.
Malu bolehlah didefinisikan sebagai satu keadaan yang dating kepada kita apabila bertemu
dengan situasi social yang mana kita tidak mempunyai kemahiran untuk menghadapinya
(Philips, 1981). Mengikut M. Grams (2002) pula, malu merupakan satu reaksi kepada
interaksi sosial di mana seseorang individu itu merasa tidak selesa, asyik memikirkan
sesuatu atau merasa amat malu terhadap tingkahlaku sendiri.

Mereka tidak berdaya untuk mempercayai diri sendiri untuk melakukan atau
mengatakan sesuatu itu betul atau salah. Keseluruhannya, malu adalah gabungan berbagai
perasaan emosi yang tidak tenteram yang dikawal oleh hati meliputi perasaan bimbang,
ketegangan, serba salah, rasa rendah diri dan tidak percaya kepada diri sendiri. Mereka
juga bimbang terhadap penilaian negatif daripada orang lain. Antara tanda-tanda malu yang
biasa ditunjukkan oleh mereka yang pemalu adalah dapat dilihat melalui percakapan yang
sangat perlahan dan teragak-agak. Bagi kanak-kanak mereka akan menggigit jari, mengelak
daripada senyum dan menarik diri mereka (Izard dan Hyson, 1986). Selain itu, menurut J.
Malouff (2002) pula, beliau mengkategorikan kanak-kanak sebagai pemalu sekiranya
mempunyai tingkahlaku seperti tidak bercakap atau sedikit sahaja bercakap secara
sukarela, mengikut arahan tetapi tidak ada tindak balas verbal, hanya melihat tetapi enggan
menyertai aktiviti yang menyeronokkan yang dilakukan kanak-kanak lain serta selalu terakhir
dan masuk ke dalam barisan paling lambat untuk sesuatu aktiviti.

Terdapat pelbagai faktor-faktor yang boleh menyebabkan malu antaranya melalui


faktor genetik dan keturunan iaitu reaksi yang terhasil dalam keadaan semulajadi serta
faktor persekitaran. Melalui faktor genetik dan keturunan berlaku melalui sejarah malu di
dalam keluarganya. Melalui kajian “Heart Rate and Skin Conductance in Behaviorally
Inhibated Mauritian Children” yang telah dijalankan pada tahun 1997 didapati kanak-kanak
yang pemalu memberi tindak balas dengan menunjukkan kelajuan yang lebih tinggi pada
gerakan jantung dan conductance pada kulit (skin conductance) berbanding kanak-kanak
yang tidak pemalu. Selain itu, melalui kajian “Inhibited and Uninhibited Types of Children”
yang dijalankan di Harvard University (1989) berkaitan dengan tanda-tanda malu yang
ditunjukkan oleh bayi yang berumur diantara 14 dan 20 bulan yang mempunyai tanda-tanda
malu yang ekstrim menunjukkan tingkahlaku yang berkekalan/sama ketika kanak-kanak
tersebut berumur empat tahun.

1
Melalui satu lagi kajian yang juga penting mendapati bayi yang dilahirkan pada bulan
September atau Oktober biasanya adalah tergolong dalam kalangan pemalu. Tambahan
pula, melalui faktor persekitaran pula faktor keluarga menjadi alasan kepada mereka yang
paling banyak mengalami masalah malu. Lebih kurang 40 peratus daripada mereka yang
dikaji menyatakan bahawa kurang sokongan keluarga, ibu bapa tidak mengajar kemahiran
sosial, dan isu-isu yang berkaitan dengan keluarga merupakan sebab mereka menjadi
seorang yang pemalu. Ibu bapa adalah penting dalam mempengaruhi kanak-kanak untuk
belajar bercakap. Jadi, ibu bapa perlulah memainkan peranan.

Melalui malu juga akan menimbulkan kesan yang negatif serta kesan yang positif.
Malu akan mengakibatkan kesan yang negatif terhadap perkembangan serta mebawa diri ke
arah kemurungan sekiranya tidak boleh bersosial. Selain itu, kanak-kanak yang malu secara
keterlaluan mungkin akan menghadapi beberapa risiko seperti kurang mempunyai
kemahiran sosial atau imej diri yang tidak baik (Sarafino, 1986). Malahan, kanak-kanak yang
berterusan mempunyai perasaan malu yang berlebihan akan tidak mempunyai rakan karib
dan tidak mempunyai rakan yang berlainan jantina. Menurut Zimbardo (1977), malu boleh
mengakibatkan tingkahlaku seperti sukar untuk bertemu dengan orang baru, berkawan dan
bergembira. Malu juga akan mewujudkan perasaan negatif seperti kemerosotan,
kebimbangan dan keseorangan.

Antara kesan positif perasaan malu ialah malu boleh membantu kita untuk
mengelakkan konflik atau ancaman kepada orang lain, memberi peluang kepada kita untuk
bersedia, bertindak mengikut situasi yang sesuai dan membuat pemerhatian terhadap
tingkahlaku orang lain serta boleh memberi gambaran kecerdikan, rendah hati dan berhati-
hati (Zimbardo,1977). Selain itu, kanak-kanak yang malu juga akan sangat kurang terlibat
dengan tingkah laku sosial yang negatif berbanding kanak-kanak yang lain (Senson et. Al,
1996). Perasaan malu perlulah disingkirkan sedikit demi sedikit bagi memudahkan diri
kanak-kanak untuk bersosial serta tidak malu untuk menyertai aktiviti pembelajaran bersama
rakan-rakan yang lain.

Terdapat pelbagai langkah yang boleh dilakukan untuk menyingkir perasaan malu
antaranya ialah dengan memberitahu kanak-kanak bahawa guru tersebut juga pernah
mengalami perasaan malu dan telah dapat mengatasinya dan telah menjadi seorang yang
boleh bergaul. Kanak-kanak yang merasa rendah diri itu akan dapat memulihkan
semangatnya dan mempunyai model yang boleh diikuti. Selain itu, berikan ganjaran kepada
kanak-kanak kerana menunjukkan tingkahlaku yang membolehkan mereka bergaul. Di
samping itu, pasangkan kanak-kanak yang pemalu dengan yang pemalu dalam satu

2
keadaan yang penting. Ini akan dapat membuat mereka berinteraksi akhirnya apabila
berada dalam situasi yang genting.

Kesimpulannya, sifat pemalu adalah sifat yang sangat universal dan sangat sukar
untuk ditangani. Namun, tidak mustahil sikap ini boleh di atasi dan seterusnya akan
membentuk kanak-kanak yang boleh bergaul serta dapat menyertai aktiviti bersama-sama.
Ibu bapa dan guru perlulah sentiasa memberikan dorongan dan mnyokong kanak-kanak
agar bersemangat untuk menjadi seseorang yang aktif serta tidak malu unntuk bersosial
dengan kanak-kanak lain. Pihak komuniti pula hendaklah memberikan sokongan yang padu
kepada kanak-kanak yang pemalu tersebut serta memberikan persekitaran yang sihat
kepada mereka.

You might also like