You are on page 1of 26

TANGGAPAN

TERHADAP JIHAD

FCH-TITAS
Persepsi Barat
• Barat m’anggap:
– jihad sbg perbuatan pengganas yg cuba m’dapatkan
sesuatu yg bertentangan dengan undang-undang yg
sedia ada melalui cara menimbulkan ketakutan kpd
org ramai yg tidak bersalah
– jihad sbg perbuatan org fanatik. Masyarakat umum
di Barat menolak pemikiran bahawa jihad adalah
satu cara penyelesaian yang bertamadun (civilized).
• Bagi Barat, sistem demokrasi adalah jalan
terbaik menyelesaikan masalah kumpulan
manusia yg berbeza hidup dlm keadaan aman
secara bersama-sama.

FCH-TITAS
Persepsi Jihad
• Punca yang menimbulkan kekeliruan
tentang pengertian jihad yang
sempit adalah berpunca daripada
salah faham masyarakat Islam
dalam memahami pentakrifan jihad.
Sedangkan jika diteliti dengan lebih
mendalam ternyata definisi yang
telah dibuat tentang jihad
merangkumi perkara-perkara yang
lebih umum.
FCH-TITAS
Defenisi Jihad
• Perkataan jihad diambil daripada
perkataaan bahasa Arab ‫( الجهد‬al-jahdu)
yang bermaksud; penat jerih dan juga
daripada ‫( الجهد‬al-juhdu) yang
bermaksud; usaha tenaga. Seorang
mujahid atau orang yang berjihad itu
adalah seseorang yang menghabiskan
usaha tenaganya dengan merasai penat
jerih.

FCH-TITAS
– Ulama mazhab Syafii mentakrifkan jihad pada
istilah syarak bererti; memerangi orang kafir utk
kejayaan Islam. Ia juga digunakan untuk jihad
menentang nafsu dan syaitan.
– Ulama mazhab Hanafi mentakrifkan jihad dari segi
syarak, sbg jihad al-kuffar iaitu menyeru org kafir
kpd agama yg benar & memerangi mereka jika
mereka tidak menerima. Dari segi bahasa ia
b’maksud lebih umum, iaitu mengumpul kekuatan
ke jalan Allah dengan jiwa, harta, lisan dll.
– Al-Bajuri menyebut dalam kitabnya, Hasyiah al-
Bajuri Ali bin Al-Qasim jilid 2 halaman 268; jihad
iaitu peperangan di jalan Allah, berasal daripada
perkataan mujahadah iaitu berperang untuk
menegakkan agama. Ini merupakan jihad yang
kecil. Jihad yang besar adalah jihad melawan
hawa nafsu. Oleh kerana itulah Rasulullah s.a.w.
ketika kembali dari salah satu peperangan baginda
bersabda yang bermaksud; Kita kembali daripada
jihad yang kecil untuk menghadapi jihad yang lebih
besar. FCH-TITAS
– Jihad dilaksanakan oleh Nabi Muhammad adalah
setelah diizinkan oleh Allah kerana orang Islam telah
dizalimi, dan dimusuhi kerana mereka mengesakan
Allah. Mereka dizalimi dengan cara harta benda dan
tanah tumpah darah mereka dirampas. Allah
m’bolehkan jihad utk m’perthnkan diri dan menjaga
maruah agama Islam  
– jihad merupakan penggemblengan tenaga
menggunakan cara-cara yang aman. Jihad
dilakukan bila keadaan memerlukan spt. memelihara
keselamatan pendakwah di jalan Allah. Ia dilakukan
utk mdpt keredhaan Allah tanpa disertai tujuan lain
spt kebendaan,kepentingan diri,utk m’jajah dunia
atau bangsa lain.
– Ia berbeza dengan pengertian peperangan.

FCH-TITAS
Jihad dalam Konotasi Negatif
• Media Barat sering memutarbelitkan
pengertian jihad dgn menggambarkan imej
buruk Islam apabila mengaitkan perjuangan
suci ini dengan keganasan dan pembunuhan.
Kefahaman ini seolah-olah Islam itu
ditegakkan dgn mata pedang atau perang
• Gambaran ini semakin jelas setelah berlaku
tragedi 911, siri-siri pengeboman berani mati
di Iraq, Palestin, dan keganasan di A.T. Barat
mngenakan tekanan ke atas org Islam spt
sekatan ekonomi, sokongan kepada kerajaan
asing dengan merampas kerajaan/negara
org Islam, percubaan menghapuskan etnik
yg beragama Islam.
FCH-TITAS
• Keadaan ini menimbulkan tindak balas drpd
sebahagian masyarakat Islam dlm bentuk yg
pelbagai; menggunakan kekerasan yang
mensasarkan tindak balas mereka bkn shj
kpd Barat ttp kpd sesama umat Islam yg
mereka labelkan sebagai “tali barut” Barat,
sptmana yg berlaku di beberapa buah
negara di Asia Barat dan di Asia Tenggara
yang mereka namakan sebagai jihad.
• Timbul gerakan-gerakan spt Jemaah Islam,
KMM, Al-Maunah dll yang dikatakan
melakukan beberapa siri keganasan. Alasan
mereka adalah jihad menentang kafir Barat
atau kroni-kroninya telah menindas saudara
umat Islam di Palestin, Afghanistan dan di
beberapa buah negara lain.
FCH-TITAS
• Hasilnya Barat melabelkan Islam sbg agama
yang menganjurkan keganasan. Kesan drpd
Tragedi 911 telah menguatkan hujah Barat utk
memerangi Islam biarpun mereka beralasan utk
melawan keganasan, menurut istilah yg mereka
cipta sendiri.
• Tidak dpt dinafikan bhw tekanan ini berpunca
drpd kelemahan umat Islam juga; kurang
menyedari bahawa Barat sedang berusaha
mengkucar-kacir & melemahkan negara Islam
dgn mekanisme yang mudah, misalnya cuba
menjatuhkan kredibiliti pemimpin dan berusaha
meruntuhkan kestabilan ekonomi dgn pelbagai
syarat perdagangan.
• Barat cuba memecahbelahkan perpaduan antara
negara Islam supaya negara tersebut terjebak
dalam pertelagahan yg mengakibatkan ketidak-
stabilan ekonomi danFCH-TITAS
politik.  
Jihad Masa Kini
• Tetapi sayangnya pengertian jihad yang sering difahami
oleh masyarakat kita, ditambah pula oleh kempen pihak
media Barat yang sengaja ingin mencemarkan nama
baik Islam ialah jihad yang dihadkan kepada perang
salib atau holy war iaitu berperang dengan
menggunakan senjata yang melibatkan pembunuhan
dan kekerasan, sedangkan jihad dalam pengertian lain
tidak lagi dianggap jihad, dan tidak lagi menjadi cara
perjuangan umat Islam.
• Islam sangat menghormati nyawa sehingga dalam jihad
hanya dibenarkan membunuh orang yang terlibat dalam
perang. Haram membunuh orang tua, wanita dan
kanak-kanak. Islam juga menghargai harta benda
sehingga diharamkan memotong pokok, merobohkan
rumah atau merosak tanaman dan sebagainya.

FCH-TITAS
• Syeikh Abdul Halim Mahmud dlm ‘al-Jihad fil Islam’
menyatakan ciri-ciri yg perlu ada pada Jihad dan Mujahid;
– Jihad sebenar ialah atas dorongan prinsip bkn untuk kemegahan,
kemenangan atau penjajahan.
– Komitmen yang berterusan dlm mentaati Allah dan Rasul iaitu dgn yakin bhw
jihad adalah cara utk mendapatkan keredhaan
– Bersatu atas dorongan penyatuan matlamat jihad.”taatlah kpd Allah serta
Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantah kalau tidak nescaya kamu
menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu”. (al anfal:46)
– Sabar dalam bertindak dan menanti kejayaan.
– Selalu mengingati Allah bahawa jihad ini hanya kerana Allah. “Berapa banyak
dari nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang yang
taat kepada Allah maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa
yang menimpa mereka pada jalan Allah dan mereka juga tidak menjadi
lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk dan Allah sentiasa mengasihi
orang yang sabar. Dan tidak ada yang mereka ucapkan selain daripada
berdoa dengan berkata; wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami
dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami dan teguhkanlah
pendirian kami dan tolonglah kami mencapai kemenangan ke atas kaum
yang kafir”. (ali imran:46)

FCH-TITAS
Pelaksanaan Jihad dalam dunia
Global
• Orang Islam wajib menyediakan peralatan perang yg moden yg
boleh menakutkan musuh kerana kesediaan dan kemampuan
berperang. Ini menjadi kewajipan yang sama penting dengan
berperang. Tanpa hal ini, peperangan dijalan Allah tidak
mungkin dapat dilakukan.
• Persediaan ini menjadi sebahagian drpd perjuangan di jalan
Allah & ia juga merupakan jihad. Mengenai hal ini dinyatakan
dalam Al Quran; ”sediakanlah untuk menentang mereka (musuh
yg menceroboh) segala jenis kekuatan yg dpt kamu sediakan &
dari pasukan berkuda yg lengkap sedia utk m’gerunkan dgn
persediaan itu musuh Allah & musuh kamu serta musuh yg lain
daripada mereka yg kamu tidak mengetahuinya sedangkan Allah
mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pd jalan
Allah akan disempurnakan balasannya kpd kamu & kamu tidak
akan dianiaya. (al anfal: 60)

FCH-TITAS
• Usaha m’hapuskan kemiskinan juga termasuk dlm jihad Ini bererti
berusaha meningkatkan taraf hidup diiktiraf oleh Rasulullah sbg amal
ke jalan Allah. Katanya: “Jika seseorang keluar berusaha kerana
menahan dirinya daripada meminta-minta maka usahanya itu adalah
pada jalan Allah & kalau keluarnya utk berusaha mencari nafkah bagi
kedua-dua ibu bapanya yg uzur @ bagi anak-anak yg masih kecil
maka usahanya itu juga adalah dikira pd jln Allah.(al-Tabrani).
• Negara-negara Islam sekarang & umatnya secara khusus kurang
bersatu padu. Perpecahan mereka disebabkan oleh pemikiran jumud &
taasub & tidak berasaskan ajaran Islam. Perpecahan berlaku atas
perbezaan mazhab, perbezaan ideologi politik, menjaga kepentingan
peribadi @ kumpulan tertentu dengan mengenepikan kepentingan
majoriti.
• Barat dengan mudah menakluk negara-negara Islam kerana mereka
sedar umat Islam telah hilang kekuatan kerana perpecahan. Oleh yang
demikian penyatuan ummah adalah satu jihad.

FCH-TITAS
• Memajukan ekonomi akan menyumbang
kepada perjuangan di jalan Allah dan
mempertahankan umat Islam dari tertindas.
Dalam ertikata lain tindakan memajukan
ekonomi dengan tujuan memelihara
keamanan, kemajuan dan kesejahteraan
negara Islam adalah tergolong dalam erti jihad
yang dikehendaki oleh Islam.
• jihad dalam menjadikan seluruh ahli
masyarakat berilmu pengetahuan. Ini kerana
negara yang stabil dan kuat perlu menguasai
segala ilmu yang dimiliki oleh bangsa yang
maju.

FCH-TITAS
Kesimpulan
• Jihad hendaklah dilihat dalam konteks yang lebih
pelbagai
• Jihad perlu dilihat sebagai agen positif dalam memangkin
kejayaan umat Islam menghadapi dominasi Barat
• Jihad tidak boleh disamakan dengan keganasan krn cara
& matlamat yg b’beza
• Orang bukan Islam tidak boleh tertipu dengan
propaganda Barat yang cuba memecahkan perpaduan
dan integriti rakyat (Muslim & Non-muslim) dlm ssebuah
negara
• rakyat sesebuah negara perlu bersatu padu dalam
menghadapi apa jua cabaran pemikiran dan ekonomi
Barat

FCH-TITAS
ETIKA DALAM SAINS

FCH-TITAS
Etika dalam Sains
• Berkaitan rapat dgn pemikiran Barat thdp sains &
peranannya utk menolong manusia memahami dunia
di sekeliling mereka; diransang oleh semangat inkuiri
(ingin tahu)
• Sains merupakan ilmu yang sistematik (yg boleh diuji
kebenarannya). Prinsip sains menekankan
objektifikasi, empirikal, sekular, kualitatif.
• Berasaskan falsafah teras, iaitu kaedah kajian
sistematik yg menggunakan sukatan mutlak. Ia
m’anggap bhw semua perkara mampu dikaji oleh
manusia dgn m’gunakan sukatan mutlak.
• Utk membolehkan pengetahuan sains b’kembang,
etika dlm penyelidikan sains tertumpu kpd kaedah-
kaedah dlm sesuatu kajian tersebut.

FCH-TITAS
• Etika dalam penyelidikan sains bertujuan
memastikan kajian2 dilakukan tanpa gangguan yg
boleh mudaratkan kesahihan hasil penyelidikan
itu.
• Masalah penyelidikan sains adalah pulangan
ekonomi hasil drpd penyelidikan tersebut. Cth:
syarikat gergasi Barat yg memiliki hak paten
(patent) ke atas ubat-ubatan mampu menolong
kesihatan manusia, ttp mrk tidak membenarkan
ubat-ubatan ini dibuat dgn harga yg murah tanpa
bayaran royalti.
• Kehidupan moden hari ini banyak dibayangi oleh
prinsip-prinsip keuntungan yang mengatasi rasa
dan semangat kemanusiaan
FCH-TITAS
• Sekularisme
– Berasal drpd kata Latin ‘saeculum’:keduniaan
– Selari dengan kemunculan sains moden/tulen akibat
perkembangan ilmu yang dipindahkan daripada Tamadun Islam
– Tamat era Zaman Gelap di Eropah dan muncul masyarakat
saintifik, rasional dan moden yang berteraskan sains (abad 16)
– Penentangan terhadap kuasa gereja dan monarki
– Muncul gerakan-gerakan pemikiran, spt. Philosophes di Itali,
positivist di Perancis dll.
– Melahirkan idea dan pemikiran baru menggantikan amalan
keagamaan; sains menjadi ‘tuhan’ baru di Eropah
– Kesan sekularisme- memisahkan keadaan hidup sosial manusia
dengan nilai-nilai keagamaan

FCH-TITAS
• Darwinisme
– Bermula dengan teori evolusi; menggunakan istilah ‘species’,
konsep ‘natural selection’, ‘survival of the fittest’
– Evolusi bererti perubahan akan berlaku menurut tahap t’tentu
dr bentuk mudah kpd lebih kompleks
– Menyatakan pembentukan makhluk akan berkembang
dipengaruhi oleh persekitaran (natural selection)
– Menolak kewujudan tuhan (creator) berasaskan teori evolusi;
kehidupan bergerak sendiri secara natural
– Tiada etika; melahirkan sifat-sifat kebuasan (survival of the
fittest)
– Prinsip Darwin memberi sumbangan pd peringkat awal dalam
teori sains dan sosiologi; tetapi kini telah tertolak

FCH-TITAS
• Empirisisme
– Bererti bahawa ilmu yang didapati
daripada pengamalan (praktik) menjadi
punca pengetahuan
– Ukuran setiap kemajuan manusia hanya
dari sudut kebendaan (fizikal)
– Kerohanian diketepikan sebab ia tidak
dapat dijelaskan oleh bukti empirikal

FCH-TITAS
• Saintisme (scientism)
– Ideologi yang menekankan bahawa sains lebih penting drpd
perkara lain
– Di Barat, sains menjadi falsafah kehidupan; muncul
saintologi (scientology) atau positivism menjadi satu
agama;(religious system based on study of knowledge)
untuk mencari kebenaran
– Berpengaruh dalam penetapan metod. sains; sebahagian
mereka tidak menganggap sains sosial sebagai suatu ‘sains’
– Abad ke 19; muncul aliran ‘agama’ positivsm di Perancis
oleh Auguste Comte
– Sains untuk sains; sains adalah ‘nature’ (nilai-nilai sekular)
– Setiap tujuan akan mengharuskan semua cara/tindakan
(matlamat menghalalkan cara); berlainan dengan prinsip
yang dicadangkan Islam

FCH-TITAS
Penyalahgunaan Sains
Teknologi
• Pengklonan; umumnya digunakan dalam
bidang pertanian, penternakan, kesihatan
untuk melahirkan baka baik. Cth: kambing biri-
biri (Dolly) diklon pd 1997 oleh Dr. Ian Wilmut.
– penyelewengan wujud apabila ada usaha hendak
mengklon manusia
– Britain memperkenalkan Human Embryology Act
(2001) yg menjadi perdebatan kalangan saintis
• IT; berlaku pemalsuan maklumat, menggodam
sistem komputer, penyebaran fitnah, virus
internet, penularan pornografi, cetak rompak
dll.

FCH-TITAS
• Perlumbaan senjata; negara-negara Barat berlumba
mendapatkan teknologi senjata moden sebagai alat
persaingan menguasai sumber dunia
– Bom atom diguna semasa Perang Dunia II
– Penggunaan teknologi nuklear, senjata biologi (cth:
anthrax), senjata kimia, spt: chlorine, mustard gas
(1900’s), novichok nerve agents (1990’s)
– Pembaharuan dan penyelidikan dalam
persenjataan dan ketenteraan
– Radar satelit untuk mengesan maklumat risikan
berkenaan kekuatan ketenteraan negara-negara
lain

FCH-TITAS
• Kerosakan alam persekitaran;
menimbulkan krisis dalam kehidupan
manusia pada era global
– Kemerosotan sumber air dan tenaga
– Bencana alam
– Sisa-sisa kimia buangan
– Kepupusan habitat flora dan fauna

FCH-TITAS
Cabaran dan Penyelesaian
• Perlu mengembalikan peranan dan fungsi
sebenar dalam kemajuan sains dan
teknologi
• Sebagai alat yang memberi manfaat
kepada manusia
• Konflik idea antara Barat-Islam; dalam
Islam sains memenuhi tanggungjawab
sebagai hamba Allah, barat-pemuasan diri
dan intelektual semata-mata
• Sains diperalat oleh sebilangan kelompok
tertentu bukan untuk kepentingan sejagat

FCH-TITAS

You might also like