You are on page 1of 4

http://twitter.

com/tuanasmawi2u
KANDUNGAN (POINT) UCAPAN MENTERI DI JABATAN
PERDANA MENTERI DAN PENGARAH JAWI

MAJLIS MERAIKAN PASANGAN PENGANTIN MALAYSIA


SECARA BERAMAI-RAMAI 2010 WILAYAH PERSEKUTUAN
_______________________________________________________

LATARBELAKANG PROGRAM

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menganjurkan program


ini pada tahun 2005 yang dikenali dengan nama Majlis Meraikan Pasangan
Pengantin Secara Berkelompok 2005.

Pada tahun 2006 program ini diteruskan lagi tetapi diubah nama kepada
Program Akad Nikah dan Majlis Meraikan Pasangan Pengantin Secara Beramai-
Ramai 2006.

Program yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan


(MAIWP) telah dimeriahkan dengan kesudian Seri paduka baginda Yang di-
Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong untuk
mencemar duli ke majlis tersebut.

Mengikut perancangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)


program ini akan dijalankan secara dwi-tahunan. Mengikut jadual program
seterusnya akan berlangsung pada tahun 2008 tetapi tidak dapat dilaksana
sehingga ke hari ini.

1
http://facebook.com/tuanasmawi
http://twitter.com/tuanasmawi2u
OBJEKTIF

Memberi sokongan dan motivasi kepada warga Kuala Lumpur supaya


meninggalkan gaya hidup yang tidak sihat dan memilih untuk mendirikan rumah
tangga melalui ikatan perkahwinan yang sah di sisi hukum syara’. Secara tidak
langsung dapat mengurangkan masalah gejala sosial dan maksiat dalam
masyarakat.

Menggalakkan hidup berkeluarga agar dapat menikmati fitrah sebenar manusia


yang memerlukan kasih sayang, bantu-membantu.

Sebagai salah satu tanggungjawab sosial pihak kerajaan untuk membantu


golongan yang berpendapatan rendah.

Mengembangkan zuriat yang sah dan memelihara daripada kerosakan


keturunan serta menjaga keharmonian rumahtangga.

ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

Gejala sosial dan pergaulan bebas dalam masyarakat pada masa kini sangat
membimbangkan seperti perlakuan tidak sopan di khalayak ramai,
bersekedudukan tanpa nikah dan zina di kalangan masyarakat islam merupakan
masalah sosial yang perlu ditangani secara berkesan kolektif. Jabatan Agama
Islam Wilayah Persekutuan satu daripada agensi yang bertanggungjawab dalam
mengurus hal ehwal perkahwinan umat Islam di Wilayah Persekutuan ini perlu
memainkan peranan bagi membantu mengurangkan beban kewangan untuk
mendirikan rumahtangga.

2
http://facebook.com/tuanasmawi
http://twitter.com/tuanasmawi2u
Majlis Meraikan Pasangan Pengantin Secara Beramai-Ramai yang diadakan
pada tahun 2005 dan 2006 telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan
di kalangan remaja Muslim untuk mendirikan rumahtangga dan menyertai
program tersebut.

Terdapat di kalangan warga Kuala Lumpur yang datang berurusan ke Bahagian


Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI untuk mendaftarkan
perkahwinannya bertanya tentang majlis akad nikah beramai-ramai kerana
mereka ingin menyertai program tersebut..
Program yang dijalankan ini merupakan satu publisiti dan dorongan bagi
menambahkan lagi keinginan belia Islam untuk mendirikan rumahtannga dan
menjalani hidup berkeluarga yang sejajar dengan kehendak islam.

PASANGAN YANG DIPILIH

Syarat-syarat
- Salah seorang pasangan tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
atau Putrajaya.
- Warganegara Malaysia
- Perkahwinan kali pertama kecuali Saudara Baru
- Pendapatan isi rumah suami isteri RM2400 dan ke bawah
- Pasangan yang berkahwin pada bulan April dan ke atas
- Saudara Baru
- Tergolong dalam asnaf faqir atau miskin

Pasangan adalah terdiri daripada


- permohonan dengan di Baitulmal, MAIWP
- Permohonan dengan JAWI

3
http://facebook.com/tuanasmawi
http://twitter.com/tuanasmawi2u
BANTUAN DIBERI KEPADA PASANGAN

Saguhati berbentuk wang sebanyak RM1000 kepada setiap pasangan dan diberi
pada hari majlis berlangsung.

Sepasang pakaian kepada suami dan isteri untuk dipakai pada majlis
berlangsung.

JUMLAH PASANGAN

250 pasangan
228 pasangan suami isteri berbangsa melayu Islam.
18 Pasangan Saudara Baru dengan bangsa Melayu
4 pasangan kedua-duanya Saudara Baru

4
http://facebook.com/tuanasmawi

You might also like