You are on page 1of 10

Bab 1

Pendahuluan

1.1 PENGENALAN

Institut pengajian tinggi merupakan pusat penjanaan modal insan berpemikiran kelas pertama
dan pembudayaan ilmu bagi masyarakat di sesebuah negara. Penyediaan kursus yang hanya
melibatkan peningkatan taraf akademik belum mencukupi dalam menjana modal insan yang
seimbang seperti yang dihasratkan dalam sistem pendidikan jika tanpa semangat nasionalisme.
Bab 1 ini membincangkan pengenalan kepada kajian penghayatan semangat nasionalisme dalam
kalangan pelajar IPT termasuklah permasalahan, persoalan dan objektif kajian.

Rakyat sebagai anggota masyarakat hidup dalam satu entiti kolektif. Secara amnya, keperluan
individu adalah keperluan rakyat,serta akhlak dan sikap individu adalah akhlak dan sikap rakyat.
Oleh itu kita boleh menyimpulkan bahawa apa sahaja yang ditonjolkan oleh setiap individu
dalam masyarakat adalah mencerminkan apa sahaja yang ada dalam kelompok rakyat yang
berada dalam sesebuah negara. Melalui pengalaman dan pemikiran kita sedar bahawa undang-
undang sahaja tidak mampu mengawal dan mendisiplinkan rakyat dalam sesebuah negara. Faktor
sosiologi dan psikologi adalah merupakan salah satu faktor utama yang dapat membentuk
pemikiran rakyat yang menghayati semangat nasionalisme dalam kehidupan harian mereka
selain daripada pegangan agama dan kepercayaan. Elemen utama yang dimaksudkan dalam
faktor sosiologi dan psikologi adalah sistem pendidikan. Manusia dilahirkan ke dunia dengan
fikrah semulajadi mempunyai sifat ingin tahu atau ingin belajar dan pendidikan formal manusia
bermula seawal pendidikan prasekolah sehinggalah ke peringkat pendidikan pengajian tinggi.

Penghayatan semangat nasionalisme perlu ada dalam setiap sanubari masyarakat kerana dengan
adanya penghayatan ini, masyarakat yang terbentuk akan lebih seimbang dalam menjana arus
kemodenan memajukan negara. Keharmonian dan kesejahteraan yang diidamkan oleh setiap
negara dengan memiliki rakyat yang tidak mementingkan diri serta materialistik semata-mata
dapat dibentuk. Dengan adanya penghayatan semangat nasionalisme juga bermakna rakyat
dalam sesebuah negara akan lebih sayang dan cintakan negara seterusnya dapat membentuk
sebuah masyarakat yang bernilai dengan mempunyai pemikiran kelas pertama, penuh dengan
nilai-nilai etika selain daripada pencapaian akademik yang cemerlang.

1.2 Latar belakang masalah

Asas pembentukan sesuatu masyarakat yang maju bergantung pada modal insan yang berkualiti.
Aspek pendidikan awal merupakan platform utama dalam menyemai benih semangat
nasionalisme ibarat kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Amalan sistem
pendidikan Malaysia di peringkat pendidikan awal sehingga ke peringkat pendidikan sekolah
menengah ternyata dilihat berjaya dalam aspek pemupukan semangat nasionalisme. Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
memberi penekanan asas dalam usaha pembentukan sahsiah, peribadi, emosi dan semangat
tanggungjawab kepada diri, masyarakat dan alam sekitar.

Abd. Rahim (1993) berpendapat pembelajaran afektif adalah satu proses membangunkan
perkembangan personal dan sahsiah, perkembangan emosional, kemahiran interpersonal dan
sosial, kesedaran sosial dan moral, membangun dan mengamalkan nilai-nilai hidup yang baik,
membina prinsip, pegangan dan falsafah hidup yang berlandaskan nilai-nilai murni bagi
membentuk insan yang seimbang, berdedikasi, stabil, rasional, bertimbang rasa, berwibawa, dan
bertanggungjawab serta mempunyai keyakinan dan kekuatan diri bagi menghadapi cabaran.
Seharusnya dalam melaksanakan sistem pendidikan yang berterusan sehingga ke peringkat
pengajian tinggi perlu ada satu aliran yang tidak terhenti bagi memupuk semangat nasionalisme
dalam setiap individu sehingga benar-benar membentuk modal insan seperti yang dihasratkan.
Sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam memupuk semangat nasionalisme sama
ada melalui sistem pendidikan, aktiviti pusat pengajian dan aktiviti luar.

Sistem pendidikan juga sebagai wadah menambah nilai erti semangat cintakan negara.
Pembentukan rakyat berpatriotisme dengan menghayati semangat nasionalisme amat penting
bagi sesebuah negara yang berdaulat. Generasi pewaris bangsa dan nusa harus ditanam semangat
cintakan, berkhidmat dan berkorban kepada negara.
Rakyat sebagai aset terpenting yang juga merupakan modal insan sesebuah negara. Nikmat
kemerdekaan begitu besar, justeru adalah menjadi tanggungjawab bersama bagi mengekalkan
kemerdekaan dan kedaulatan. Wawasan 2020 yang dicetuskan pada tahun 1991 adalah untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju mengikut acuannya sendiri. Kemajuan yang
dicita-citakan ialah untuk mencapai kemajuan yang sempurna dari segi nilai moral dan etika
yang kukuh, demokrasi, liberal, bertolak ansur, penyayang, adil serta dinamik dan tidak semata-
mata diukur dari segi pencapaian lahiriah dan fizikal. Antara sembilan cabaran yang terdapat
dalam wawasan 2020, cabaran yang pertama yang merupakan cabaran yang paling utama dan
paling asas iaitu membentuk negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung masa depan
yang dikongsi bersama; bangsa Malaysia mestilah sejahtera, menikmati kehidupan bersama
sepenuhnya berasaskan “Bangsa Malaysia” dengan rasa taat serta dan pengabdian yang tidak
berbelah bagi terhadap bangsa (Yusof, 2001).

Dalam mengahadapi cabaran-cabaran yang di atas, pembangunan sumber manusia dari segenap
aspek perlu diadun dan dicanai agar mampu melahirkan tenaga manusia yang berdaya maju dan
berjiwa murni termasuklah dari aspek penghayatan semangat nasionalisme

1.3 Pernyataan masalah

Menurut Wyne Wong (2005) isu kelunturan semangat nasionalisme dalam kalangan generasi
muda hari ini disebabkan oleh kurangnya kesedaran dalam kalangan mereka mengenai cabaran-
cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka bagi menjalankan tanggung jawab sebagai
warganegara. Hal ini adalah kerana mereka lahir selepas merdeka dan menikmarti segala peluang
yang tersedia tanpa menyedari pahit jerih yang terpaksa diharungi oleh generasi terdahulu dalam
perjuangan mereka bagi memastikan kesenangan ini dapat dinikmati oleh anak cucu mereka. Hal
ini turut dikaitkan dengan “budaya selesa” (complecent culture) dalam kalangan generasi muda
hari ini.

Kelompok pelajar IPT dipilih kerana mereka secara logiknya merupakan tonggak utama dalam
pembentukan asas kepimpinan negara serta akan berada di lapisan teratas masyarakat di masa
hadapan. Permasalahannya sekarang, adakah wujud garis dasar yang jelas sebagai panduan
amalan kehidupan serta penghayatan semangat nasionalisme dalam kalangan pelajar IPT. Kajian
Integrasi Etnik di Institut Pengajian Tinggi Awam oleh Institut Pengajian Pendidikan Tinggi
Negara (IPPTN), 2004, menjelaskan terdapat perbezaan perihal identiti nasional dan etos bangsa
di kalangan pelajar IPTA yang disebabkan oleh beberapa cabaran dan perbezaan pertentangan
kepentingan dan nilai di antara etnik. Oleh itu perlu ada langkah penyelesaian bagi mengatasi
kerenggangan dalam intergrasi etnik supaya penghayatan semangat nasionalisme di kalangan
penuntut di IPTA adalah lebih jelas dan berterusan. Selain daripada itu, kajian ini melihat
fenomena menjadikan IPTA sebagai salah satu kilang melahirkan tenaga mahir dalam bidang
teknikal tanpa diberikan penekanan kepada usaha melahirkan graduan yang mempunyai sikap
dan semangat kecintaan terhadap negara.

Seterusnya untuk menyelidik dengan lebih terperinci lagi, penyelidik akan membuat kajian untuk
menjelaskan sejauh mana penghayatan semangat nasionalisme oleh pelajar IPTA melalui
kefahaman, kesedaran dan amalan serta perbandingannya berdasarkan kaum

1.4 Objektif Kajian

1. Menentukan tahap kefahaman semangat nasionalisme dalam kalangan pelajar IPTA.


2 Menentukan tahap kesedaran semangat nasionalisme dalam kalangan pelajar
IPTA.
3 Menentukan tahap amalan semangat nasionalisme dalam kalangan pelajar IPTA.
4 Menentukan hubungan antara kefahaman, kesedaran dengan amalan terhadap semangat
nasionalisme dalam kalangan pelajar IPTA.
5 Menentukan perbezaan kefahaman, kesedaran dan amalan semangat nasionalisme
berdasarkan kaum.
6 Mengenalpasti sejauh manakah masalah dan halangan yang dihadapi oleh pelajar IPTA
dalam penghayatan semangat nasionalisme.

1.5 Persoalan kajian

1. Apakah tahap kefahaman semangat nasionalisme dalam kalangan pelajar IPTA ?


2. Apakah tahap kesedaran semangat nasionalisme dalam kalangan pelajar IPTA ?
3. Apakah tahap amalan semangat nasionalisme dalam kalangan pelajar IPTA ?
4. Apakah hubungan antara kefahaman, kesedaran dengan amalan terhadap semangat
nasionalisme?
5. Adakah terdapat perbezaan kefahaman, kesedaran dan amalan semangat nasionalisme
berdasarkan kaum ?
6. Apakah masalah dan halangan yang dihadapi oleh pelajar IPTA dalam penghayatan
semangat nasionalisme.

1.6 Hipotesis Kajian

1. Hipotesis nul 1 adalah berdasarkan persoalan 4:


Hipotesis nul 1: Ho Tidak terdapat hubungan antara kefahaman, kesedaran, dengan
amalan dalam penguasaan semangat nasionalisme

2. Hipotesis nul 2, 3 dan 4 berdasarkan persoalan 5:


Hipotesis nul 2: Ho Tidak terdapat perbezaan kefahaman dalam semangat nasionalisme
berdasarkan kaum.
Hipotesis nul 3: Ho Tidak terdapat perbezaan kesedaran dalam semangat nasionalisme
berdasarkan kaum.
Hipotesis nul 4: Ho Tidak terdapat perbezaan amalan dalam semangat nasionalisme
berdasarkan kaum.

1.7 Rasional Kajian

Kajian-kajian yang lepas tidak banyak menyoal tentang proses kehidupan seharian seperti
aktiviti harian pelajar IPTA sama ada secara rasmi atau tidak. Pelajar IPTA sebagai salah satu
anggota masyarakat yang bakal menjadi tunggak utama negara maka pembentukan modal insan
mereka amat mempengaruhi arah tujuan negara. IPTA sebagai salah satu agen yang sangat
penting dalam mensosialisasikan remaja yang bakal menjadi pemimpin negara.

Oleh itu kajian melihat sejauhmana kefahaman dan kesedaran terhadap penghayatan semangat
nasionalisme dalam kalangan pelajar IPTA ini dijalankan bagi melihat kesinambungan matlamat
FPK di peringkat pendidikan menengah ke peringkat pendidikan tinggi. Kepincangan dalam
penghayatan semangat nasionalisme dalam kalangan mereka juga dikaji bagi mencari jalan
penyelesaian seterusnya mudah-mudahan pembentukan semangat nasionalisme yang utuh dalam
masyarakat Malaysia dapat dibentuk bagi menjana sebuah masyarakat yang sayang dan cintakan
negara.

1.8 Skop dan batasan Kajian

Kajian ini mempunyai skop tertentu yang mempengaruhi dapatan dan interpretasi kajian.
Responden yang terpilih terdiri daripada 20 orang penuntut sarjana muda tahun 2 atau 3 di lima
buah fakulti iaitu Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti
Sains Komputer dan Fakulti Geoinformasi dan Maklumat, Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai.

1.9 Kerangka Konseptual

A B
Pelajar IPTA Elemen penghayatan

C
Melayu Kefahaman
Semangat
Mela Cina Kesedaran Nasionalisme
yu
India Amalan

Rajah 1: Penghayatan Semangat Nasionalisme dalam kalangan pelajar IPTA

Rajah 1 menunjukkan kerangka konsep penghayatan semangat nasionalisme yang hendak dikaji.
Kotak A mewakili 3 jenis kaum yang terlibat dalam skop kajian iaitu kaum Melayu, Cina dan
India. Tiga jenis kaum ini dipilih kerana kaum tersebut adalah tiga kaum terbesar yang terdapat
dalam negara Malaysia. Seterusnya, kotak B mewakili elemen-elemen penghayatan yang telah
dipilih oleh pengkaji iaitu kefahaman, kesedaran dan amalan untuk membentuk semangat
nasionalisme yang terdapat di dalam kotak C.

1.10 Definisi Istilah

1. Semangat Nasionalisme
Rasa dan perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yang mendalam
2. Kefahaman
Keupayaan dan kemampuan memahami tentang sesuatu
3. Kesedaran
Keadaan tahu akan sesuatu, mengetahui kepentingannya serta bimbang akan perkara
tersebut
4. Pelajar IPTA
Penuntut lepasan pendidikan menengah yang belajar di pusat pengajian tinggi awam
(pusat pengajian yang tertakluk di bawah pimpinan kerajaan)

1.11 Penutup

Secara keseluruhannya bab ini memperjelaskan tentang latar belakang permasalahan kajian,
rasional dan kepentingan serta skop –skop yang terlibat dalam kajian. Bab ini juga
membincangkan tentang persoalan dan objektif kajian.
Bab 2

2.1 Pendahuluan

Bab ini menerangkan beberapa maklumat daripada pelbagai sumber dalam dan luar negeri yang
difahami berkaitan dengan kajian.

2.2 Definisi konsep

Nasionalisme adalah satu paham yang menciptakan dan

mempertahankan kedaulatan sebuah negara (dalam bahasa Inggris "nation") dengan mewujudkan satu konsep

identitas bersama untuk sekelompok manusia.

Para nasionalis menganggap negara adalah berdasarkan beberapa "kebenaran politik" (political legitimacy).

Bersumber dari teori romantisme yaitu "identitas budaya", debat liberalisme yang menganggap kebenaran politik

adalah bersumber dari kehendak rakyat, atau gabungan kedua teori itu.

Ikatan nasionalisme tumbuh di tengah masyarakat saat pola pikirnya mulai merosot. Ikatan ini terjadi saat manusia

mulai hidup bersama dalam suatu wilayah tertentu dan tak beranjak dari situ. Saat itu, naluri mempertahankan diri

sangat berperan dan mendorong mereka untuk mempertahankan negerinya, tempatnya hidup dan menggantungkan

diri. Dari sinilah cikal bakal tubuhnya ikatan ini, yang notabene lemah dan bermutu rendah. Ikatan inipun tampak pula

dalam dunia hewan saat ada ancaman pihak asing yang hendak menyerang atau menaklukkan suatu negeri.

Namun, bila suasanya aman dari serangan musuh dan musuh itu terusir dari negeri itu, sirnalah kekuatan ini.

Dalam zaman modern ini, nasionalisme merujuk kepada amalan politik dan ketentaraan yang berlandaskan


nasionalisme secara etnik serta keagamaan, seperti yang dinyatakan di bawah. Para ilmuwan politik biasanya

menumpukan penyelidikan mereka kepada nasionalisme yang ekstrem seperti nasional sosialisme, pengasingan dan

sebagainya.

Nasionalisme dapat menonjolkan dirinya sebagai sebagian paham negara atau gerakan (bukan negara) yang

populer berdasarkan pendapatwarganegara, etnis, budaya, keagamaan dan ideologi. Kategori tersebut lazimnya

berkaitan dan kebanyakan teori nasionalisme mencampuradukkan sebahagian atau semua elemen tersebut.

Nasionalisme kewarganegaraan (atau nasionalisme sipil) adalah sejenis nasionalisme dimana negara memperoleh

kebenaran politik dari penyertaan aktif rakyatnya, "kehendak rakyat"; "perwakilan politik". Teori ini mula-mula

dibangun oleh Jean-Jacques Rousseau dan menjadi bahan-bahan tulisan. Antara tulisan yang terkenal adalah buku

berjudul Du Contract Sociale (atau dalam Bahasa Indonesia "Mengenai Kontrak Sosial").


Nasionalisme etnis adalah sejenis nasionalisme di mana negara memperoleh kebenaran politik dari budaya asal

atau etnis sebuah masyarakat. Dibangun oleh Johann Gottfried von Herder, yang memperkenalkan

konsep Volk (bahasa Jerman untuk "rakyat").

Nasionalisme romantik (juga disebut nasionalisme organik, nasionalisme identitas) adalah lanjutan dari

nasionalisme etnis dimana negara memperoleh kebenaran politik secara semulajadi ("organik") hasil dari bangsa

atau ras; menurut semangat romantisme. Nasionalisme romantik adalah bergantung kepada perwujudan budaya

etnis yang menepati idealisme romantik; kisah tradisi yang telah direka untuk konsep nasionalisme romantik.

Misalnya "Grimm Bersaudara" yang dinukilkan oleh Herder merupakan koleksi kisah-kisah yang berkaitan

dengan etnis Jerman.

Nasionalisme Budaya adalah sejenis nasionalisme dimana negara memperoleh kebenaran politik dari budaya

bersama dan bukannya "sifat keturunan" seperti warna kulit, ras dan sebagainya. Contoh yang terbaik ialah

rakyat Tionghoa yang menganggap negara adalah berdasarkan kepada budaya. Unsur ras telah dibelakangkan di

mana golongan Manchu serta ras-ras minoritas lain masih dianggap sebagai rakyat negaraTiongkok.

Kesediaan dinasti Qing untuk menggunakan adat istiadat Tionghoa membuktikan keutuhan budaya Tionghoa. Malah

banyak rakyat Taiwan menganggap diri mereka nasionalis Tiongkok sebab persamaan budaya mereka tetapi

menolak RRC karena pemerintahan RRT berpaham komunisme.

Nasionalisme kenegaraan ialah variasi nasionalisme kewarganegaraan, selalu digabungkan dengan nasionalisme

etnis. Perasaan nasionalistik adalah kuat sehingga diberi lebih keutamaan mengatasi hak universal dan kebebasan.

Kejayaan suatu negeri itu selalu kontras dan berkonflik dengan prinsip masyarakat demokrasi. Penyelenggaraan

sebuah 'national state' adalah suatu argumen yang ulung, seolah-olah membentuk kerajaan yang lebih baik dengan

tersendiri. Contoh biasa ialah Nazisme, serta nasionalisme Turki kontemporer, dan dalam bentuk yang lebih

kecil, Franquisme sayap-kanan di Spanyol, serta sikap 'Jacobin' terhadap unitaris dan golongan pemusat

negeri Perancis, seperti juga nasionalisme masyarakat Belgia, yang secara ganas menentang demi mewujudkan hak

kesetaraan (equal rights) dan lebih otonomi untuk golongan Fleming, dan nasionalis Basque atau Korsika. Secara

sistematis, bila mana nasionalisme kenegaraan itu kuat, akan wujud tarikan yang berkonflik kepada kesetiaan

masyarakat, dan terhadap wilayah, seperti nasionalisme Turki dan penindasan kejamnya terhadap

nasionalisme Kurdi, pembangkangan di antara pemerintahan pusat yang kuat di Spanyol dan Perancis dengan

nasionalisme Basque, Catalan, dan Corsica.

Nasionalisme agama ialah sejenis nasionalisme dimana negara memperoleh legitimasi politik dari persamaan

agama. Walaupun begitu, lazimnya nasionalisme etnis adalah dicampuradukkan dengan nasionalisme keagamaan.

Misalnya, di Irlandia semangat nasionalisme bersumber dari persamaan agama mereka yaitu Katolik; nasionalisme

di India seperti yang diamalkan oleh pengikut partai BJP bersumber dari agama Hindu.

Namun demikian, bagi kebanyakan kelompok nasionalis agama hanya merupakan simbol dan bukannya motivasi

utama kelompok tersebut. Misalnya pada abad ke-18, nasionalisme Irlandia dipimpin oleh mereka yang menganut
agama Protestan. Gerakan nasionalis di Irlandia bukannya berjuang untuk memartabatkan teologi semata-mata.

Mereka berjuang untuk menegakkan paham yang bersangkut paut dengan Irlandia sebagai sebuah negara merdeka

terutamanya budaya Irlandia. Justru itu, nasionalisme kerap dikaitkan dengan kebebasan.

Parkinson Parkinson

I have been waited for so long.

You might also like