You are on page 1of 5

Soalan 28 hingga 30

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan peribahasa di
bawah ini.

28.

Peribahasa “sediakan payung sebelum hujan” bermaksud

A beringat sebelum terkena.

B berhati-hati sentiasa.

C sebelum bertindak perlu berfikir baik-baik.

D masalah yang kecil jangan di abaikan.

29. Walaupun Puan Farah dan suaminya bergaji besar, namum hidup mereka susah kerana hutang
mereka keliling pinggang. Hal ini diibaratkan

A kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

B mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta.

C lepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau.

D itik di air mati kehausan, ayam di kepuk mati kelaparan.

30. Jika Kerja ini tidak disiapkan dengan segera, hendaklah menyediakan wang mencukupi kerana

A ada gula, ada semut.

B ada ubi ada atas, ada budi boleh balas.

C ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.

D kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.


Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawap soalan-soalan yang berikutnya.

Pantun Dua Kerat (Nasihat)

Gaharu, cengal, giam, Dengar cakap enggang makan buah belolok,

Tak Tahu, tak kenal, diam. Dengar cakap orang terjun masuk lubok.

Jika ada padi berhampalah, Ada beras taruh dalam padi,

Jika ada hati berasalah. Ada ingat taruh dalam hati.

Sakit pandan tak tahukan duri, Mahal imam, murahlah khatib,

Sakitkan badan tak tahukan diri. Mahal demam, murahlah sakit.

(Dipetik daripada antologi Gema Sepi Gadis Genius, Dewan Bahasa dan Pustaka)

31. Pemantun melalui rangkap pertama pantun menasihati kita agar…

A mendiamkan diri jika ditanya tentang sesuatu perkara.

B berdiam diri jika ditanya tentang perkara yang telah diketahui oleh semua orang.

C lebih baik tidak berkata apa-apa jika tidak pasti atau tahu tentang sesuatu perkara.

D seelok-eloknya mendiamkan diri apabila tidak mengetahui secara lanjut tentang sesuatu perkara.

32. Maksud rangkap ketiga pantun ialah…

A kita perlu tahu bila kita akan jatuh sakit.

B kita mestilah ingat akan orang lain apabila jatuh sakit.

C apabila sakit hendaklah sentiasa ingat dan sedarkan diri.

D apabila sihat janganlah lupa ketika kita ditimpa sakit.


33.
Jika ada padi berhampalah,

Jika ada hati berasalah.

Pengulangan kata jika dalam baris di atas ialah gaya bahasa…

A response.

B aliterasi

C anafora.

D sinkope.

34. Yang berikut merupakan cirri-ciri dalam pantun ini, kecuali…

A terdiri daripada enam rangkap.

B rima akhir baris ialah aa.

C terdiri daripada dua baris dalam satu rangkap.

D setiap baris pantun merupakan maksud.

35. Yang manakah antara yang berikut bukan pengajaran yang terkandung dalam Pantun Dua Kerat
(Nasihat)?

A Kita tidak boleh terlalu mendengar kata-kata orang.

B Kita tidak boleh mengambil tahu tentang hal orang lain.

C Kita mestilah sentiasa mendengar nasihat yang diberikan kepada kita.

D Kita mesti sentiasa peka dan sedar tentang permasalahan yang berlaku di sekeliling kita.
Soalan 36 hingga 40.

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawap soalan-soalan yang berikutnya.

Sajak Persahabatan

I III

Seseorang kanak-kanak Seorang kanak-kanak

Berbaju kurung nampak cantik Bersari bergelang kaki

Berlesung pipit beralis lentik Bertindik hidung menguntum seri

Bermain-main riang, bermain keseorangan Melihat saja telatah manja

Pada wajahnya meriak gembira Si comel berdua, bermain, dan tertawa

Pada bibirnya menguntum ceria Dirinya bagai digamit bermain bersama

Berderai ketawa mengocak suasana. Mengongsi kemesraan

II Menterjemahkan makna kejiranan.

Seorang kanak-kanak IV

Berpakaian ceongsam bertocang dua Ah, kanak-kanak

Bergincu pipi tampak ceria Biar berlainan agama

Tiba-tiba datang menerpa bertegur sapa Biar berlainan bangsa

Menghulurkan senyum dan ketawa manja Mereka saling bersalaman

Pada wajahnya menyerlahkan keriangan Dan berpeluk mesra

Mereka bermain alang-kepalang Tanpa menghiraukan adat dan budaya;

Berkajar-kejaran tanpa halangan. Membina keakraban tanpa curiga

Membentuk perpaduan tanpa prasangka

Bersatu hati membentuk jati diri

Ke arah wawasan lebih bererti

MOHD. AMRAN DAUD

(Dipetik daripada antologi Gema Sepi Gadis Genius, Dewan Bahasa dan Pustaka)
36. Yang berikut ialah gambaran kanak-kanak berbaju kurung yang sedang bermain, kecuali…

A Sentiasa tersenyum. B berlari-larian.

C ketawa riang. D ada riak gembira pada wajahnya.

37. Maksud frasa menterjemahkan makna kejiranan ialah…

A mengetahui siapa jiran mereka. B memahami siapa kawan mereka.

C mengamalkan semangat kejiranan D Mengingati jasa jiran mereka.

38.
Bertindik hidung menguntum seri

Pengulangan vocal i dalam baris sajak di atas merupakan unsur gaya bahasa…

A response B inverse

C asonansi D aliterasi

39. Apakah pengajaran yang dapat diambil daripada sikap kanak-kanak dalam sajak Persahabatan ?

A Kita hendaklah sentiasa bersikap gembira

B Kita hendaklah berkawan dengan semua orang .

C Kita perlulah berbaik-baik dengan jiran.

D Kita perlu berbuat baik dengan orang yang berbuat baik dengan kita.

40. Tema sajak Persahabatan karya Mohd. Amran Daud ialah…

A perbezaan kaum

B perpaduan kaum

C hubungan kekeluargaan

D keindahan zaman kanak-kanak

-Soalan Tamat-

You might also like