You are on page 1of 12

DEFINISI

KERTAS KERJA
Menurut Buku Pengendalian Seminar dan
Penulisan Kertas Kerja, Maimunah Haji
Omar, Institut Teknologi Mara.

 Kertas kerja merupakan sebahagian


daripada bentuk penulisan ilmiah.

 Kertas kerja biasanya ditulis untuk


dibentangkan sama ada dalam persidangan,
seminar atau bengkel.
Menurut Buku Bahasa Kebangsaan,
Longman, Abd Rahman Abd Rasyid dan
Yap Kim Fatt

 Kertas kerja merupakan hasil usaha tentang sesuatu


yang dicatat atau dituliskan untuk dikemukakan
kepada sesebuah kumpulan atau orang ramai dalam
sesuatu bengkel atau seminar.

 Kertas kerja juga dibentangkan untuk urusan lain


seperti perancangan sesuatu projek, kajian dan
penyelidikan sesebuah jabatan, syarikat atau institusi
tertentu.
Menurut Kamus Dewan
Edisi ke 4
 Kertas kerja ialah markalah
bertulis yang mengandungi
perbincangan mengenai
sesuatu persoalan dan
cadangan tertentu.
CIRI-CIRI
KERTAS
KERJA
 Kertas kerja hendaklah memenuhi tema dan objektif
program.

 Kertas kerja tersebut belum pernah dibentangkan


atau diterbitkan.

 Panjang setiap kertas kerja tidak melebihi 4000


patah perkataan.

 Setiap muka surat kertas kerja hendaklah diberi


nombor.
 Muka surat pertama kertas kerja hendaklah
mengandungi nama penulis dan keterangan-keterangan
lain mengenai penulis.

 Setiap akronim hendaklah ditulis sepenuhnya pada


pengenalan pertama.

 Jangan menggunakan singkatan dalam penulisan.

 Setiap jadual atau rajah hendaklah diberi tajuk.


 Jadual atau rajah yang dimasukkan dalam teks
hendaklah dimanfaatkan dalam penerangan.

 Elakkan menggabungkan dua rajah yang memberi


penerangan yang berlainan.

 Gunakan komputer untuk menaip kertas kerja


menggunakan langkau yang sesuai.
APLIKASI
KERTAS
KERJA
 PERANCANGAN SESUATU PROJEK

•Jika kita mempunyai sesuatu projek yang ingin dijalankan,


kertas kerja merupakan perkara pertama yang harus disiapkan
sebagai langkah untuk mendapat persetujuan daripada pihak
atasan untuk membenarkan kita menjalankan aktiviti yang
dirancang itu.

•Tajuk, rasional, objektif/matlamat, jangka masa diperlukan,


kumpulan sasaran, andaian-andaian halangan yang mungkin
timbul semasa membuat kajian/projek, sumber kewangan atau
perbelanjaan yang diperlukan, penubuhan jawatankuasa,
menentukan jadual tugas, haruslah dirancang dengan teliti.
PERANCANGAN SESUATU PERNIAGAAN

•Rancangan perniagaan adalah merupakan dokumen bertulis


yang memberikan keterangan berkenaan perniagaan atau
projek yang perlu dijalankan secara menyeluruh dan terperinci.
 
•Selalunya, draf kertas kerja perlulah terlebih dahulu diserahkan
kepada pihak tertentu untuk disemak dengan teliti bagi
memastikan cadangan-cadangan yang dikemukakan boleh
diluluskan atau sebaliknya.
•Ini bermakna kertas kerja hendaklah disediakan dengan baik dan
teliti khususnya untuk projek-projek yang memerlukan
perbelanjaan yang besar seperti urusan yang melibatkan wang
iaitu perniagaan.

•Tujuan:
Memberi peluang kepada usahawan melihat dan menilai idea
atau projek perniagaan dengan teliti, dan terperinci.

Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang dan


dicadangkan berdaya maju atau tidak.

Meyakinkan pihak-pihak lain bahawa projek yang hendak


dijalankan berdaya maju dan sesuai untuk pelaburan atau
pembiayaan.

You might also like