You are on page 1of 20

DEFINISI 

Definisi (aspek fisiologi)

a. Seseorang yg pekak (deaf) mengalami kehilangan pendengaran sebanyak


90 dB @ lebih
b. Seseorang yg separa pekak (hard of hearing) mengalami kehilangan
pendengaran yg kurang dpd 90 Db

Definisi (Pendidikan)
c. Seseorang yg pekak tidak berupaya memproses maklumat linguistik dgn
@ tanpa bantuan alat pendengaran
b. Seseorang yg separa pekak mempunyai pendengaran sisa yg mencukupi
untuk memproses maklumat linguistik dgn @ tanpa bantuan alat
pendengaran
Osikel Telinga Jendela Bujur

Saraf
auditori

pina

Jendela
bulat

Gegendang Rongga telinga


Salur telinga luar Koklea
telinga tengah
PENGUKURAN KEHILANGAN PENDENGARAN

Decibel (dB) – unit pengukuran kehilangan


pendengaran

0 dB – ‘point at which people with normal hearing can detect the


faintest sound’.

TANDA-TANDA MASALAH PENDENGARAN 

 Kehilangan pendengaran disyaki jika seseorang tidak mendengar bunyi

deringan telefon, tidak menoleh kepada sumber bunyi, seringkali meminta

penutur mengulang apa yang diperkatakan, membuka TV terlalau kuat,

menunjukkan tanda-tanda keliru dan tidak memahami pertuturan. 


PUNCA MASALAH PENDENGARAN 

Antara penyebab masalah pendengaran ialah jangkitan telinga kronik, fakor keturunan,

kecacatan kongenital, sakit kuning yang teruk semasa bayi, penggunaan dadah ototoksik,

kecederaaan kapala, jangkitan virus atau bakteria, pendedahan kapda bunyi bising secara

berpanjangan, proses penuaan dan tumor. 

TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL 

Audiologis merupakan ahli profesional yang terlatih dalam bidang pendengaran normal dan

tidak normal. Seseorang audiologis itu menumpukan perhatiannya terhadap pencegahan dan

pengenalpastian masalah-masalah pendengaran, pemilihan dan pemasangan alat bantu

pendengaran, merekabentuk dan mengimplimentasi strategi dan program rehabilitasi dan

khidmat nasihat berhubung dengan pendedahan terhadap bunyi kuat dan penjagaan dan

pemeliharaan pendengran. 

 
 3 kategori kehilangan pendengaran
 KONDUKTIF, SENSORI NEURAL & CAMPURAN.

MASALAH KEHILANGAN PENDENGARAN KONDUKTIF 


  Bagi kategori kehilangan pendengaran konduktif, getaran dalam bentuk gelombang bunyi
tidak sampai ke telinga dalam.
 Hal ini bermaksud bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisien
kerana sumbatan atau kerosakan pada laluan ini iaitu pada bahagian telinga luar dan telinga
tengah. Ini menyebabkan bunyi yang dihasilkan perlahan dan tidak jelas.
 Namun begitu, bahagian telinga dalam masih dapat berfungsi dengan baik dan dapat
memproses dan menghantar bunyi melalui saraf pendengaran ke otak.
 Walaupun kemudiannya getaran yang diterima terus merangsang cecair yang
terdapat di dalam telinga dalam tanpa melalui telinga luar atau tengah.
  Kehilangan pendengaran konduktif dikategorikan sebagai kehilangan pendengaran
ringan dan sederhana kerana masih boleh mendengar sebahagian bunyi-bunyi
pertuturan dan suara sendiri serta orang lain melalui tulang mastoid.
 Kebiasaannya, kehilangan pendengaran jenis ini boleh dipulihkan secara perubatan
atau pembedahan.

 
MASALAH KEHILANGAN PENDENGARAN SENSORI NEURAL 

 Masalah kehilangan pendengaran sensori neural ini disebabkan oleh kerosakan telinga

dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak.

 Sesetengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah

memahami pertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal.

 Walau bagaimanapun ia dapat dibantu dengan alat batu pendengaran. Kehilangan

pendengaran jenis ini melibatkan kerosakan yang berlaku di telinga dalam dan salur

pendengaran iaitu koklea atau saraf yang menjadi laluan ke otak.

 kehilangan pendengaran jenis ini adalah teruk (severe) dan sangat teruk(profound)

kerana individu yang mengalami masalah kehilangan pendengaran jenis ini hanya

mendengar bunyi-bunyi yang kuat sahaja seperti mercun.


MASALAH KEHILANGAN PENDENGARAN CAMPURAN

 Masalah pendengaran campuran berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah

pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir bersama.

 Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural juga mempunyai

mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran.

  Kehilangan pendengaran yang berlaku akibat masalah di bahagian telinga luar atau telinga

tengah berserta masalah di telinga dalam disebut sebagai masalah kehilangan pendengaran

campuran. Berlaku kehilangan pendengaran dalam kedua-dua ujian (bone and air conduction).

Dalam pekak bercampur kehilangan pendengaran melalui tulang lebih baik dari ujian melalui

udara tetapi kehilangan pendengaran berlaku kepada kedua-duanya.


 Berhati-hati jika anda mengalami tanda-tanda berikut !
Segeralah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan pendengaran anda.

1) Meminta percakapan diulang berkali-kali


2) Bercakap dengan nada suara yang lebih kuat daripada biasa
3) Tidak memahami arahan yang diberikan atau silap memahami arahan.
4) Sukar memahami perbualan di tempat bising
5) Terpaksa memalingkan kepala ke arah sumber bunyi dalam usaha 
untuk memahami apa yang didengari
6) Sukar memahami perbualan telefon
7) Toleransi terhadap bunyi bising berkurang
8) Suka memencilkan diri dari bergaul dan berbual
9) Terdedah kepada bunyi yang sangat kuat
10) Terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kecederaan di bahagian kepala dan
leher.
11) Terdapat ahli keluarga yang juga mempunyai masalah pendengaran

12) Pengambilan ubat ototoksik (anti-histamin, anti-diuretik dll)

13) Menghidap penyakit sistemik (kencing manis, hiperkolesterol, buah 

pinggang dll)

Perhatikan anak-anak anda. Jika mereka mempunyai salah satu ciri-ciri seperti di bawah, bawalah

mereka menemui doktor untuk pemeriksaan pendengaran!

1) Tidak bertindak balas terhadap bunyi

2) Tidak bertindak balas terhadap panggilan nama sendiri

3) Tidak memahami / silap memahami arahan

4) Kelihatan tidak memberikan tumpuan/ sentiasa mengelamun

5) Kelihatan nakal, tidak mempedulikan orang lain / sangat pasif, 

menyendiri

6) Lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang 

lain dahulu sebelum melakukan sebarang tugas


7) Akan membaca bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak 

tangan daripada mendengar

8) Lewat bertutur

9) Lebih banyak menunjuk dengan jari dari bercakap

10) Menonjolkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi dengan kawan- kawan.

11) Menghidap demam kuning yang teruk sehingga memerlukan 

penukaran darah selepas dilahirkan.

12) Telinga sering berair atau bernanah.

13) Dilahirkan sangat kecil (berat badan kurang 1.5kg).

14) Tidak menangis sebaik sahaja dilahirkan.

15) Ibu mendapat jangkitan seperti rubella, siphlis, herpes, cytomegalo 

virus dll jangkitan kuman semasa mengandung.


16) Ibu terdedah kepada radiasi (X-ray ,MRI dll) semasa mengandung

17) Ibu mengambil ubat ototoksik semasa mengandung (anti-histamin, 

anti-diuretik dll)

18) Ibu mengambil dadah atau menghisap rokok semasa mengandung

Langkah awal perlulah diambil dalam mengatasi masalah pendengaran terutama di

kalangan kanak-kanak. Ia boleh mendatangkan kesan buruk terhadap perkembangan

bahasa dan pertuturan kanak-kanak tersebut. Ini seterusnya akan merencat

perkembangan sosial, komunikasi, psikologi dan vokasional individu berkenaan.

Masalah pendengaran perlu dikesan sejak kecil (umur < 3 bulan) agar pemasangan

alat bantu dengar yang bersesuaian serta program rawatan seterusnya dapat

dilakukan. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesan masalah pendengaran

yang dihadapi oleh kanak-kanak berkenaan.


Ciri-ciri masalah pendengaran
◦ Kanak-kanak kurang memberi perhatian dalam kelas
◦ Kelihatan selalu berkhayal
◦ Butir-butir percakapan yang tidak jelas dan janggal
◦ Kelihatan terkejut apabila dihampiri dari belakang
◦ Kanak-kanak tidak memahami dan mengikut arahan
yang diberi
◦ Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan
kemahiran bertutur
◦ Sering bertanya mengenai tugasan yang perlu
dilakukan.
FAKTOR-FAKTOR MASALAH PENDENGARAN
Kongenital dan pewarisan  

 Kongenital bermakna hadir semasa kelahiran, sementara pewarisan bermaksud sebab yang

diakibatkan oleh kesan atau pengungkapan gen. Masalah pendengaran kongenital mungkin

disebabkan oleh mutasi genetik atau proses patologi yang berlaku semasa mengandung atau

kelahiran. Sementara masalah pendengaran pewarisan terjadi hasil daripada mutasi genetik dan

boleh ditunjukkan semasa kelahiran atau berlaku dikemudian hari dengan peningkatan umur

(Grundfast et al., 2000).

Sindromik dan kecacatan genetik  

 Sindromik digunakan untuk menerangkan variasi yang diperhatikan pada anatomi manusia dan

fungsi biologi. Masalah pendengaran bersindromik merujuk kepada masalah pendengaran atau

kepekakan yang hadir bersama dengan satu atau lebih ciri klinikal lain dan boleh diperturunkan

atau diwarisi oleh ahli keluarga yang lain (Grundfast et al., 2000). Contoh penyakit yang

berkaitan ialah seperti sindrom Waardenburg, sindrom Usher, sindrom Pendred, sindrom

Down’s, sindrom Alport dan sebagainya.


Faktor risiko tinggi masalah pendengaran
 
 1. Sejarah ahli keluarga yang mempunyai masalah pendengaran
 2. Jangkitan kongenital semasa mengandung (seperti TORCHES; singkatan kepada
Toxoplasmosis, Rubella, Cytomegallovirus, Herpes dan Syphilis)
 3. Keabnormalan anatomi di kepala dan leher (seperti keabnormalan yang
berkaitan dengan sindrom kraniofasial, rekahan bibir dan kecacatan pada pinna)
 4. Berat badan semasa lahir kurang daripada 1.5 kilogram
 5. Hiperbilirubinaemia pada tahap yang memerlukan transfusi darah
 6. Pengambilan ubatan ototoksik melebihi 5 hari
 7. Jangkitan bakterial meningitis terutamanya yang disebabkan oleh Haemophilus
influenza
 8. Mengalami asphyxia yang teruk dengan pH arteri kurang daripada 7.5 yang
mungkin membawa kepada koma.
 9. Ventilasi oksigen lebih 10 hari
 10. Lain-lain sindrom yang berkaitan dengan kepekakan
Jenis-jenis Masalah Pendengaran

a. Prelingual Deafness
- Masalah pendengaran yg wujud semasa bayi dilahirkan @ wujud sebelum
kanak2 itu belajar bercakap.
b. Postlingual deafness
- Masalah pendengaran wujud selepas belajar bercakap/menguasai bahasa
c. Sensorineural deafness
- Disebabkan kecederaan pada bahagian dalam telinga atau pada saraf ke otak
d. Conductive deafness
- Disebabakan kecederaan pada bahagian luar atau tengah telinga
e. Congenitally deaf
- hilang pendengaran sejak lahir
f. Adventitiously deaf
- hilang pendengaran selepas dilahir
HALANGAN MASALAH
PENDENGARAN
a. Sukar menumpu perhatian
b. Lebih sedar tentang pergerakan daripada bunyi
c. Perhatian yang keterlaluan pada guru (membaca bibir)
d. Menghalakan kepala ke sebelah dalam usaha cuba mendengar
e. Sering meminta untuk soalan diulangi
f. Sering mengelirukan perkataan2 yang hampir sama bunyi
g. Sering memasuki perbualan tanpa sedar
h. Sukar mengikuti arahan lisan
i. Tidak dapat mengecam arah/punca bunyi semasa dalam kelas
j. Sukar membunyi/menyebut perkataan
k. Suara yang monotonous
l. Sering pasangkan volume TV/radio terlalu kuat
m. Tidak memberi tumpuan/respons apabila orang lain bercakap dengan suara biasa
n. Enggan melibatkan diri dalam aktiviti lisan
Tahap kehilangan pendengaran :
Kurang pendengaran
◦ A) Ringan (mild)
 Tahap kehilangan pendengaran antara 27-40 dB.
 Memahami perbualan.
 Mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi yang
perlahan dan jauh.
 Memerlukan terapi pertuturan.
B) Sederhana (moderate)
 Tahap kehilangan pendengaran antara 41-55dB.
 Dapat mendengar bunyi setakat 1-1.5 m daripadanya.
 Memerlukan alat bantu dengar.
 Memerlukan terapi pertuturan.
C) Sederhana teruk (moderate-severe)
◦ Tahap kehilangan pendengaran antara 56-
70dB.
◦ Memerlukan alat bantu dengar, latihan
pendengaran.
◦ Memerlukan latihan pertuturan dan
komunikasi.
◦ Orang yang ingin berhubung dengan mereka
perlu bercakap dengan kuat.
◦ Pertuturan kanak-kanak kategori ini mungkin
tidak sempurna kerana pengalaman
pendengarannya terhad.
Pekak
◦ A) Teruk (severe)
◦ Tahap kehilangan pendengaran antara 71-90dB.
◦ Dapat mendengar bunyi yang kuat pada jarak antara
0-30.5 cm daripadanya.
◦ Mungkin dapat membezakan sesetengah bunyi sahaja.
◦ Menghadapi masalah dalam pertuturan dan
komunikasi.
• Sangat Teruk (profound)
◦ Tahap kehilangan pendengaran lebih daripada 90dB.
◦ Sukar untuk mendengar walaupun bunyi yang kuat.
◦ Memerlukan alat bantu pendengaran dan tereapi
pertuturan.

You might also like