You are on page 1of 4

Minit Mesyuarat Program Pembangunan Inovasi dan Kreativiti Sekolah 2011

Kali Pertama

Tarikh : 11 Januari 2011 (Selasa)


Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Tayang

Kehadiran :

Tn. Hj. Zolkaply binYunus ( Pengetua/Pengerusi )


Pn. Hjh. Kamariah binti Othman ( GPK 1)
En. Ghafar bin Yahya ( GPK HEM )
En Muhammad Radhi B Masah ( GPK Kokurikulum )
Tn. Hj. Sajat bin Ahmad ( GPK Khas )
Pn. Manja binti Md Doli ( GPK Petang)
Pn. Latifah binti Hassan ( GKMP Bahasa /Penyelaras Pembangunan Inovasi )
Tn. Hj. Ismail bin Abdullah ( GKMP Teknik dan Vokasional )
Pn. Lim Lay Neo ( GKMP Kemanusiaan )
Pn. Mariah binti Abd Rahman ( GKMP Sains dan Matematik /Penyelaras Pembangunan ICT & PSS )
Pn Nor Azlina Sidek ( Guru Cemerlang )
Pn Norazmah Ashari ( Guru Cemerlang )
Pn Fazilah Husin ( Guru Cemerlang )
Pn Noraini Mohammad ( Guru Media )
Pn Zurinawati Mustafa ( Guru Bimbingan & Kaunseling )
Pn Yong Siok Fang ( Guru Penyelaras R & D )
Pn. Chin Kan Thai ( Guru Penyelaras ICT )
Pn Zawiah Mohd ( AJK)
Cik Tan Jee Ngoh ( AJK )
Pn Roshaya Mohammed Sohor ( JU Kajian Tindakan /AJK )
En Saleh Wahid ( AJK )
Pn Jamaliah Daud ( AJK )

Urus Setia : Pn.Khuzaimah Zakaria

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Tn. Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang menghadiri mesyuarat Program
Pembangunan Inovasi dan Kreativiti Sekolah kali pertama. Beliau mengingatkan serta mengalu-alukan penggunaan
e-mails di sekolah seperti penghantaran panggilan dan minit mesyuarat. Tn Pengetua juga menerangkan konsep
inovasi dan apa yang perlu kita jalankan.

1.2 Tambahnya, penekanan terhadap program inovasi yang sedang dilaksanakan bertujuan untuk menambah usaha
bagi melonjakkan prestasi sekolah dengan memberikan idea-idea baharu dalam tugas untuk memberikan
perkhidmatan yang berkualiti di samping dapat menjimatkan masa dan kos.

1.3 Tn. Pengetua juga memaklumkan yang guru-guru dan staf sokongan sekolah ini mengenai sistem pemberiaan
Anugerah Inovasi 2011 bagi yang telah berjaya memperkenalkan sesuatu inovasi dalam tugas mereka.

Tindakan : Makluman

1.4 Setiap guru dan staf sokongan adalah perlu memperkenalkan inovasi atau idea-idea baru dalam semua aspek
kerja untuk menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti. Perubahan-perubahan ini boleh berlaku dalam pelbagai
bentuk seperti aplikasi penggunaan teknologi canggih terkini, perubahan-perubahan prosedur yang boleh
menjimatkan tenaga, masa dan kos, kajian tindakan dan lain-lain cara yang sesuai.

Tindakan : Makluman
2.0 Pembentangan Kertas Kerja : PERANCANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN
INOVASI DAN KREATIVITI GURU oleh Pn Latifah Hasan,GKMP Bahasa SMKTM

Beliau memulakan dengan penerangan tentang inovasi selaras dengan keperluan proses pendidikan pada era yang
kian mencabar inidan menjadikan proses pendidikan itu tidak layu dan kaku, maka guru sebagai antara agen
pembaharuan perlu menghasilkan idea yamg kreatif dan membuat beberapa inovasi yang sesuai mengikut keperluan
semasa murid. Demi merealisasikan hasrat ini, beberapa program dan aktiviti pembangunan inovasi dan kreativiti
guru perlu dirancang dan dijalankan di peringkat sekolah.

2.1 Tema

‘ Inovasi dan Kreativiti Guru Pencetus Modal Insan Berkualiti ‘.

2.2 Matlamat Am Program


Program pembangunan inovasi dan kreativiti guru ini diharap dapat menggerakkan tenaga guru-guru teristimewanya
tenaga guru-guru cemerlang yang menjadi input kepada sekolah supaya segala idea yang diilhamkan oleh mereka
dapat diguna pakai oleh seluruh warga pendidik di SMK Tun Mutahir.

2.3 Objektif
5.1 Melahirkan guru-guru yang berketrampilan, berinovasi dan kreatif.
5.2 Menggalakkan peningkatan kualiti proses Pengajaran dan Pembelajaran.
5.3 Melahirkan guru-guru yang berdaya saing dan berbudaya cemerlang.
5.4 Menjadikan guru sebagai ikon positif kepada murid untuk berubah menjadi lebih baik.
5.5 Meningkatkan prestasi dan pencapaian sekolah dalam segenap aspek.

2.4 Kumpulan Sasaran


Semua guru SMK Tun Mutahir terutamanya Guru-guru Cemerlang (meliputi Panitia mata pelajaran, PSS, Unit
Bimbingan dan Kaunseling, Unit ICT, Unit Pendidikan Khas, Unit HEM, Unit Kokurikulum dan sebagainya.

2.5 Cadangan tarikh

Sepanjang sesi persekolahan 2011

2.6 Tempat

SMK Tun Mutahir

2.7 Penutup dan Penyampaian Hadiah

Dicadangkan beberapa inovasi dan kreativiti yang dihasilkan oleh guru disokong melalui acara penyampaian
hadiah atau anugerah sempena Hari Inovasi 2011.

Sebelum mengakhiri ucapan, beliau juga berharap guru-guru yang baru mengajar di sekolah ini, dapat memberi
kerjasama dari segi idea dan tenaga agar program ini dapat dijayakan dengan cemerlang.

Tindakan : Makluman

3.0 Pembentangan Kertas Kerja Pembangunan ICT


oleh Pn Mariah Bt Abd Rahman Penyelaras Pembangunan ICT , SMKTM

Pn Mariah memulakan dengan kesedaran tentang pentingnya ICT dalam dunia pendidikan, pihak sekolah
bercadang untuk mengambil langkah signifikan bagi meluaskan penggunaan ICT antara warga SMK Tun
Mutahir dengan mengadakan Pembangunan ICT Sekolah. Diharap perancangan ini merupakan jambatan
atau perantaraan untuk merapatkan hubungan antara pelajar, guru dan masyarakat luar.
3.1 Tema : “Jom ICT”

3.2 Aktiviti
- Membangunkan portal/laman web sekolah (Februari)
- Sumbangan oleh Guru Cemerlang
- Aktiviti sekolah
- Facebook guru
- Maklumat untuk ibubapa: keputusan peperiksaan dan kehadiran pelajar.
- Kursus LDP (Mac)
- Penggunaan Window 2007 dan membina soalan atau modul mata pelajaran
- Minggu ICT (Jun)
- Pertandingan dan pameran
- Latih tubi Skor A

3.3 Matlamat
Mengoptimumkan penggunaan dan kemahiran ICT dalam kalangan warga SMK Tun Mutahir.

3.4 Objektif
• Memperolehi dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran ICT secara kreatif untuk membantu pelajar
dalam pembelajaran dan kehidupan harian.
• Berkongsi idea dan maklumat antara warga SMK Tun Mutahir, dalam dan luar persekitaran sekolah.
• Bertanggung jawab dan akauntibiliti terhadap pembangunan dan keperluan ICT masakini.

3.4 Kumpulan Sasaran


Semua warga SMK Tun Mutahir

3.5 Tarikh
Ditentukan oleh Jawatankuasa ICT mengikut kesesuaian program.

3.6 Tempat
SMK Tun Mutahir

Beliau mengakiri pembentangan dengan harapan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dapat membantu
meningkatkan inovasi guru dan pelajar sejajar dengan visi sekolah “SMK Tun Mutahir sekolah berdaya
saing negeri Melaka menjelang 2015” tercapai melalui pengunaan ICT.

Tindakan : Makluman

4.0 Cadangan Pn Roshaya (JU Kajian Tindakan)

Pn Roshaya memaklumkan kejayaan inovasi yang telah di jalankan di sekolah lama beliau iaitu menyusun kembali
susunatur bilik guru mengikut GKMP. Rasionalnya perjumpaan intelektual, diskusi ringkas di kalangan rakan guru
sesubjek dapat di buat dengan lebih efisyen. Susunan di buat berdasarkan sistem 5S.
Tindakan : Makluman
Respon Tn Pengetua

Menganjurkan Pengerusi Bilik Guru agar dapat berusaha membuat inovasi di bilik guru SMKTM berasaskan
kriteria yang telah di buat oleh Pn Roshaya.
Tindakan : Pengerusi Bilik

5.0 Hal-hal Lain

5.1 Pn Khuzaimah mencadangkan agar jadual penggunaan makmal komputer di masukkan


Ke dalam jadual guru khasnya guru-guru PPSMI : Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.
Dengan ini penggunaan software yang di bekalkan JPN dapat di gunakan sepenuhnya di samping pembelajaran
melalui internet juga dapat di pertingkatkan.
Tindakan : Pentadbir

Respon Tn Pengetua: Beliau akan berusaha memikirkan cara untuk upgrade kan kemudahan WIFI sekolah atau
memperbanyakan pembelian broadband dan cuba untuk mendapatkan sumber dari PIBG.

5.2 Tn Pengetua mahukan agar Blog Sekolah perlu sentiasa di kemas-kinikan.

Tindakan : AJK Blog Sekolah

5.3 Pn Khuzaimah mencadangkan agar pertandingan membina blog di adakan di kalangan pelajar agar dapat kita
cungkil bakat bakat mereka disamping membuat persediaan ke penyertaan pertandingan atau menjadikan hasil
pemenang sebagai layout blog sekolah.

Pn Mariah memberi respon yang pertandingan itu akan di kendalikan semasa Minggu ICT nanti.

Tindakan : Penyelaras Pembangunan ICT

“Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan Oleh; Disahkan Oleh;

…………………… …………………
(PN KHUZAIMAH ZAKARIA) (TN HJ ZOLKAPLY YUNUS)
Urus setia Program Pembangunan Inovasi dan Kreativiti Sekolah Pengetua
SMKTMu. SMKTMu.

You might also like