You are on page 1of 10

BUKU PANDUAN

KANAK-KANAK
BERKEPERLUAN KHAS

CIRI-CIRI AUTISME
Tingkah Laku
•Sama ada hiperaktif ataupun hipoaktif;
•Melakukan perbuatan ataupun gerakan
yang sama dan berulang-ulang seperti
bergoyang-goyang, mengepak-ngepak
tangan dan menepuk-nepuk tangan,
berputar-putar, medekatkan mata ke
televisyen, berlari atau berjalan mundar-
mandir;
•Tidak suka pada perubahan (daripada apa
yang sedang dilakukannya);
•Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat

Emosi
Emosi kanak-kanak autisme sangat sukar
diramal dan berubah-ubah.
•Sering marah, ketawa, dan menangis
tanpa sebab;
•Mengamuk tanpa terkawal jika tidak
diturutikemahuannya ataupun dilarang
daripada melakukan sesuatu yang
diingininya;
•Merosakkan apa saja yang ada di
sekitarnya jika emosinya terganggu
Emosi kanak-kanak autisme sangat sukar
diramal dan berubah-ubah.
•Menyerang sesiapa sahaja
berhampirannya jika emosinya terganggu;
•Ada kalanya mencederakan diri sendiri;
dan
•Tiada rasa simpati dan tidak memahami
perasaan orang lain

Perkembangan Kognitif
•Mempunyai tumpuan yang singkat atau
terhad tetapi mereka memberi tumpuan
yang berlebihan kepada perkara yang
mereka sukai.
•Mereka mungkin tertarik dan memberi
tumpuan kepada satu aspek daripada satu
perkara yang sepatutnya dilihat secara
menyeluruh. Misalnya warna merah pada
barang permainan tanpa mempedulikan
bentuk dan kegunaannya. Oleh kerana
tumpuan perhatian merupakan peringkat
pertama dalam pemerosesan maklumat,
maka kegagalan mengenal pasti aspek
yang bersesuaian bagi permainan tersebut
menyebabkan keupayaan mereka untuk
bermain ataupun belajar adalah terhad.

Perkembangan Bahasa
•Bahasa individu autistik adalah terhad dan
tidak fleksibel. Bagi yang boleh bertutur
mereka banyak bergantung kepada
ingatan secara hafalan daripada
menggunakan peraturan asas bahasa
secara kreatif. Tajuk perbualan adalah
terhad disamping bermasalah dalam
bahasa badan (gesture) yang bersesuaian.
•Masalah bahasa kanak-kanak autistik
dapat dibahagikan seperti berikut.

Perkembangan Komunikasi
•Di antara ciri utama bagi kanak-kanak
autistik adalah mereka tidak mempunyai
sebarang niat dan keinginan untuk
berkomunikasi dengan orang lain. Mereka
tidak akan memberitahu atau menunjuk
kepada barang yang dikehendaki,
sebaliknya memegang tangan bapa atau
ibu dan membawanya ke tempat barang
itu.

CIRI PELAJAR PINTAR CERDAS


PERSONALITI
 Seorang yang peramah dan suka bertanya
kepada guru mengenai sesuatu perkara yang
tidak difahami

KOGNITIF
 Bijak dalam pelajaran serta mudah menerima
ilmu yang diajar oleh guru dengan mudah.
 peka dan menunjukkan reaksi segera kepada
sesuatu tugasan dan berupaya menyelesaikan
masalah

EMOSI
 penyesuaian sosial dan kawalan emosi yang
baik.
 mampu bersosial dengan cepat.

BAHASA
 mempunyai perbendaharaan kata yang banyak,
tepat dan mengekal/ mengingat apa yang dibaca
dan didengar dengan mudah.

.
Memahami ADHD di 
Kalangan Kanak-kanak 
Kecelaruan hiperaktif kurang upaya tumpuan (ADHD) adalah nama bagi kumpulan 
tingkahlaku yang ditemui di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa.  Mereka yang 
mengalami ADHD mempunyai kesukaran untuk memberikan perhatian pada sesuatu
kerja yang sedang dilakukannya. Mereka mungkin akan lebih agresif mahupun impulsif
  berbanding dengan apa yang biasa dilihat pada usia tersebut. Perlakuan ini 
menyumbang kepada masalah perhubungan, pembelajaran dan tingkah laku. Untuk 
itu, kanak-kanak yang mempunyai ADHD turut dilihat sebagai ‘sukar’ ataupun 
mengalami masalah tingkah laku.

ADHD pada kebiasannya sering terjadi kepada kanak-kanak lelaki berbanding 


kanak-kanak perempuan. National Institute of Mental Health (NIMH) menjangkakan sebanyak 3%
ke 5% kanak-kanak mengalami ADHD. Sesetengah pakar mengatakan bahawa ADHD tejadi
kepada 8% hingga 10% pada usia kanak-kanak sekolah.

Apakah simptom-simptom ADHD di kalangan kanak-kanak?


Menurut American Academy of Family Physicians, simptom bagi ADHD di kalangan kanak-kanak
adalah terbahagi kepada 3 kategori: kurang tumpuan, hiperaktif dan   impulsiviti (sifat suka
mengikut gerak hati).

Kurang tumpuan – Kanak-kanak ADHD:

 • Senang terganggu 
 • Tidak mengikut arahan atau menyiapkan tugasan 
 • Tidak memberi perhatian ketika seseorang sedang bercakap 
 • Tidak memberi perhatian dan sering melakukan kecuaian
 

Hiperaktif – Kanak-kanak ADHD:

 • Tidak duduk diam seperti yang dijangkakan 


 • Mempunyai kesukaran untuk bermain secara senyap 
 • Selalu bergerak, seperti berlari mahupun memanjat 
 • Bercakap banyak 

Impulsiviti– Kanak-kanak ADHD:

 • Mempunyai masalah untuk menunggu gilirannya 


 • Memberikan jawapan sebelum soalan habis diutarakan 
 • Kerap mengganggu percakapan orang lain 
Ciri-ciri Kanak-kanak Disleksia

a) Fizikal
Secara zahirnya kanak-kanak disleksia adalah sama seperti kanak-kanak
normal yang lain. Mereka mempunyai fizikal yang lengkap dan hanya
mempunyai sedikit masalah di bahagian otak mereka. Kanak-kanak ini
mungkin mempunyai kecacatan di bahagian otak semasa dalam kandungan
ataupun daripada kemalangan yang berlaku terhadap mereka.

b) Kognitif
Kanak-kanak disleksia pada kebiasaannya mempunyai masalah dalam
menguasai kemahiran iaitu membaca, menulis, dan mengira. Hal ini demikian
kerana masalah pada bahagian kognitif mereka yang mengakibatkan
berlakunya masalah dalam membaca, menulis, dan mengira. Antara
kesilapan yang selalu dilakukan oleh mereka ialah kesilapan ketika membaca
huruf, perkataan atau nombor iaitu mereka pada kebiasaannya membacanya
secara terbalik. Sebagai contoh huruf ‘b’ akan menjadi ‘d’, perkataan “saw”
akan menjadi “was”, dan nombor ‘12’ akan bertukar menjadi ‘21’. Selain itu,
mereka juga menghadapi masalah kurang koordinasi seperti sukar untuk
mengikat tali kasut. Kanak-kanak disleksia juga akan keliru dengan konsep
masa seperti “semalam”, “hari ini”, dan “esok” disamping kesukaran dalam
memahami, mengingati dan mengikuti arahan. Mereka juga menghadapi
masalah seperti tersalah letak atau kehilangan barang di sekolah. Selain itu,
kanak-kanak disleksia mempunyai masalah dalam mengenal bentuk dan
warna disamping sukar untuk memberitahu semula cerita yang telah
didengarinya.
c) Emosi
Setiap manusia mempunyai emosi. Kanak-kanak disleksia juga merupakan
manusia yang mempunyai emosi. Antara ciri emosi yang terdapat pada
kanak-kanak tersebut ialah mengalami rasa rendah diri dan kurang keyakinan
diri. Hal ini demikian kerana mereka merasakan diri mereka kurang pandai
berbanding kanak-kanak normal yang tidak mempunyai masalah dari segi
pembelajaran dan beberapa kemahiran kognitif yang lain seperti mengikat tali
kasut dan mengenal warna dan bentuk. Selain itu, pembentukan imej diri
yang sihat akan terjejas. Jika masalah ini tidak dikenal pasti pada peringkat
awal mereka akan mempunyai masalah-masalah seperti gangguan emosi,
iaitu kemurungan, masalah tingkah laku seperti melawan dan kecelaruam
tingkah laku, dan pencapaian akademik yang rendah akibat tercicir dalam
pelajaran di sekolah.

d) Sosial
Dari aspek sosial pula kanak-kanak disleksia pada kebiasaannya disalah
sangka sebagai seorang yang malas, bodoh, atau lembab. Hal ini demikian
kecacatan pada bahagian otak mereka yang telah menghalang mereka
daripada menguasai beberapa kemahiran seperti membaca, menulis, dan
mengira. Justeru itu, mereka akan disishkan daripada masyarakat kerana
dianggap kurang berguna. Mereka juga akan kurang bergaul dengan
masyarakat dan rakan-rakan yang sebaya dengan mereka kerana merasa
rendah diri dengan tahap kebolehan yang mereka miliki berbeza dengan
kanak-kanak normal yang lain.
e) Tingkah laku
Kanak-kanak disleksia mempunyai sedikit masalah daripada segi tingkah laku
ekoran daripada masalah pembelajaran yang merekan hadapi. Antara
masalah tingkah laku yang mereka hadapi ialah seperti sifat melawan atau
memberontak. Hal ini demikian kerana mereka merasakan diri mereka kurang
diberikan perhatian dan kasih sayang daripada masyarakat yang berada di
sekelilingnya. Selain itu, mereka juaga akan mempunyai masalah kecelaruan
tingkah laku kerana tidak tahu masalah yang dihadapi oleh diri mereka
sendiri. Kanak-kanak disleksia juga kebanyakkannya mempunyai sifat yang
pendiam atau murung akibat masalah yang dihadapi oleh mereka.
Sindrom Down  
Ciri-ciri fizikal
Ciri-ciri fizikal termasuklah:

• Tubuh yang pendek

• Kepala bersaiz kecil

• Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas

• Lidah terjelir

• Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan

jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.

• Pertumbuhan yang lambat. • Kecacatan mental yang ringan atau sederhana

Gambar seorang kanak-kanak Sindrom Down

Masalah-Masalah Kesihatan yang Berkaitan Sindrom

Down dan Rawatan

1. Pertumbuhan yang lambat, kesukaran untuk belajar dan bertutur

o Kanak-kanak berkeadaan lembik semasa lahir, tumbesaran terbantut di

peringkat bayi dan kanak-kanak.

o Lambat atau sukar dalam pembelajaran

o Lambat dalam pertuturan

Kanak-kanak ini akan mendapat faedah yang besar dari program pengesanan

awal, pendidikan khas dan rawatan pertuturan. Dapatkan maklumat dari

doktor atau jururawat anda tentang kemudahan perkhidmatan pemulihan

kanak-kanak berkeperluan khas yang paling hampir dengan tempat tinggal.

2. Penyakit jantung kongenital

o Kanak-kanak Sindrom Down biasanya lebih berisiko tinggi untuk dilahirkan

dengan penyakit jantung berbanding dengan kanak-kanak biasa


Doktor akan membuat saringan terhadap kanak-kanak Sindrom Down untuk

mengesan sebarang penyakit jantung kongenital dan merujuk untuk penilaian

lanjut jika perlu. Penyakit ini mungkin memerlukan rawatan perubatan atau

pembedahan.

3. Kecacatan pertumbuhan perut

o Intestinal atresia

o Tiada dubur

Biasanya kecacatan ini dapat dikesan selepas lahir dan perlu di bedah.

Walaupun jarang berlaku, tetapi kadar kejadian ini tinggi berbanding dengan

kanak-kanak biasa. 4. Mudah mendapat jangkitan

o Pemberian imunisasi boleh diberi mengikut jadual. Bawalah berjumpa dengan

doktor segera bila demam atau nampak kurang sihat.

5. Masalah pendengaran dan penglihatan

o Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada masalah yang dikesan.

6. Gangguan fungsi Tiroid

o Pengeluaran hormon yang rendah, hipotiroid. Perlu rawatan penambahan

hormon, contohnya tiroxin

o Pengeluaran hormon yang berlebihan, hipertiroid. Perlu rawatan untuk

mengawal pengeluaran hormon.

7. Barah (kanser)

o Leukemia akut lebih mudah berlaku kepada Sindrom Down berbanding

kanak-kanak biasa

o Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada keadaan.

Pencegahan

• Kaunseling keturunan: Risiko untuk mendapat anak berikutnya yang juga Sindrom

Down bergantung kepada jenis kecacatan kromosom anak dan umur ibu bapanya.

You might also like