You are on page 1of 52

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU

Konsep Pengujian, Pengukuran, dan Penilaian

Dalam kehidupan kita, pengujian, pengukuran dan penilaian telah dilakukan dalam
semua situasi yang memerlukan keputusan atau pertimbangan dibuat. Begitu juga dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Tugas dan tanggungjawab seorang guru
bukan hanya setakat mengajar dan melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran , malah dia
perlu mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang
telah berlaku. Lalu dia membuat penilaian untuk mengetahui aspek yang yang telah diajar dan
dikuasai dengan baik oleh pelajarnya, dan aspek-aspek yang yang masih lemah dan memerlukan
tumpuan dalam pengajaran akan datang. Berdasarkan maklum balas daripada penilaian ini, guru
seharusnya dapat membuat keputusan tentang aspek kemahiran yang telah dipelajari, atau yang
perlu diajarkan, diulang semula, atau diberi latihan tambahan.

Walau bagaimanapun, istilah pengujian, pengukuran dan penilaian kadang kala saling ditukar
ganti. Contohnya, apabila seorang guru mengedar ujian pencapaian, dia mungkin menyatakan
yang dia sedang ‘menguji’ pencapaian, ‘mengukur’ pencapaian atau ‘menilai’ pencapaian dengan
tidak mengambil endah maksud khusus sesuatu istilah tersebut. Sebenarnya, istilah-istilah ini ada
kelainannya dan tidak sepatutnya saling ditukar ganti. Dengan itu, semua pengajar yang
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran perlu mengetahui perbezaan antara ketiga-tiga istilah
ini agar tidak tersalah pakai.

Pengujiann

Pengukuran

Penilaian

Rajah 1 : Konsep pengujian, pengukuran, dan penilaian

7.1 .1 Konsep

Berdasarkan rangka konsep di atas, mari kita fahami dan lihat kelainan pengertian antara ketiga-
tiga istilah tersebut.

MSJ 2007 1
i. Apakah maksud pengujian?

Antara ketiga-tiga istilah yang disebut di atas, pengujian selalunya dianggap yang
tersempit maksudnya. Pengujian memberi erti proses penyerahan satu set terpiawai soalan-
soalan yang perlu dijawab, atau satu instrumen atau satu prosedur sistematik bagi mengukur satu
sampel tingkah laku atau perubahan sebahagian daripada semua tingkah laku seseorang individu.
Hasil daripada jawapan tersebut ialah satu ukuran yang diberi dalam bentuk numerik (dipanggil
markat) yang menjadi ciri kepada individu itu. Oleh itu, pengujian menjelaskan tentang berapa
baguskah prestasi individu tertentu.

Maksud terpiawai di sini, adalahlah bahawa semua prosedur telah dinyatakan awal lagi dan
semua pelajar dalam sesuatu kumpulan diuji dengan soalan atau masalah yang sama dan dengan
cara yang sama di samping mendapat arahan yang sama.

Markat atau skor (juga biasa dikenali dengan markah dalam ujian di sekolah) yang
diperolehi hasil daripada jawapan kepada sesuatu ujian ialah sebagai indikator atau penunjuk
numerik tentang prestasi pelajar. Mengapakah kita perlukan markat numerik dan tidak hanya
menggunakan penjelasan adjektif seperti “lemah”, “amat baik” atau “hampir baik” untuk
menjelaskan prestasi pelajar?

Markat dalam bentuk numerik diperlukan kerana ketepatannya. Ketepatan inilah yang
membezakan antara markat-markat, contohnya, dua pelajar yang mencapai tahap “hampir sama
baik” iaitu 79% dan 80%. Walaupun terdapat satu markah perbezaan sahaja tetapi dua pelajar ini
memperoleh gred yang berbeza iaitu B+ untuk 79% dan A untuk 80%. Selain daripada itu, jika
keputusan diberi dalam bentuk markat, analisis selanjutnya boleh dilaksanakan dan ini akan
membantu untuk membuat sesuatu keputusan. Tegasnya, pengujian bertujuan untuk menentukan
pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu pembelajaran dan berguna untuk menempatkan
pelajar dalam kumpulan belajar yang sesuai.

ii. Apakah pula maksud ujian?

Ujian ialah satu alat. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis
atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran
bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak
bagi menguji kefahaman mendengar.
Akan tetapi, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi tidak baik jika pentadbir ujian
menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Dari itu, ujian perlulah digunakan
sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, jika guru menguji tahap kefahaman
pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah
semestinya keputusan pelajar ini adalah tidak menggalakkan.

Fakta Penting

Pengujian Satu alat atau prosedur sistematik bagi mengukur


satu sampel tingkah laku. Ini menjawab soalan
kepada setakat mana prestasi individu jika
dibandingkan dengan prestasi individu yang lain,
atau berbanding dengan tugas yang ditentukan.

MSJ 2007 2
iii. Apakah maksud pengukuran?

Pengujian biasanya melibatkan pengukuran. Akan tetapi, pengukuran menggambarkan


konsep yang lebih luas berbanding dengan pengujian. Pengukuran memberi maksud sebagai
proses memperoleh penjelasan numerik tentang setakat mana individu mempunyai sesuatu ciri
yang disukat dengan menggunakan alat ( alat ujian).

Ini bermakna, pengukuran mengukur secara kuantitatif peringkat pencapaian atau


kedudukan pelajar. Pada lazimnya, guru menggunakan ujian untuk mengukur prestasi pelajarnya.
Hasil nilai kuantitatif pengukuran ini biasanya dibandingkan dengan nilai maksimum yang
diperuntukkan bagi alat, dan perbandingan inilah menggambarkan pencapaian pelajar.

Dengan kata lain, pengukuran biasanya melibatkan pemberian markah kepada maklumat yang
diberi iaitu pemberian angka kepada objek atau peristiwa mengikut kriteria tertentu dengan
menggunakan satu skala yang ditetapkan. Ringkasnya, pengukuran merupakan cara
menggunakan nombor untuk mewakili maklumat yang diperoleh dengan ringkas dan mudah.
Contohnya, Ani mendapat 80 markah dan Arif pula memperoleh 75 markah dalam ujian Bahasa
Melayu.

Pengukuran sesuatu ciri boleh dilaksanakan tanpa pengujian. Penggunaan proses


pencerapan atau penggunaan skala pemeringkatan adalah contoh di mana maklumat boleh
diperoleh dalam bentuk kuantitatif (numerik) tanpa ujian. Pengukuran juga boleh merujuk
kepada banyak mana skor atau markat yang diperolehi dan proses tertentu yang digunakan.

Walau bagaimanapun, pengukuran, sama seperti pengujian iaitu tidak bersifat mutlak.
Kenapa? Cuba kita fikirkan dua perkara ini. Penggunaan alat fizikal seperti kayu meter untuk
mengukur ketinggian sudah tentu dapat dilakukan dengan tepat.

Sebaliknya, bolehkah anda mengukur “ketinggian” tahap mental atau pencapaian


seseorang itu dengan tepat? Contohnya, seorang pelajar yang memperoleh markat 80 tidak boleh
dikatakan mengetahui dua kali ganda lebih banyak daripada pengetahuan yang diperolehi oleh
seorang yang mencapai markat 40 walaupun angka 80 ialah dua kali angka 40. Bagi seorang
pelajar yang mendapat markat sifar pula, ini tidak bermakna yang pelajar itu langsung tidak
mempelajari apa yang telah diajarkan dalam pelajaran yang diuji. Ini berkemungkinan ada
pengetahuan yang diperolehnya akan tetapi pengetahuan ini tidak tercakup dalam pengukuran
yang dilaksanakan.

Tegasnya, adalah penting dalam pengukuran bahawa maklumat yang diperoleh itu mestilah
benar atau sah. Oleh sebab pengukuran hanyalah sebagai satu penunjuk, dari itu, sesiapa yang
hendak mengguna sesuatu pengukuran perlulah ia terlebih dahulu memastikan alat ukur atau
instrumen itu adalah objektif, sah dan boleh dipercayai. Jika alat ukur telah melalui proses-proses
ini, alat ukur tersebut akan dapat mengukur hampir tepat apa yang hendak diukur. Jadi, seorang
guru itu haruslah jelas akan tujuannya menguji di dalam bilik darjah dan cuba mendapatkan
suatu ujian yang tepat yang dapat memenuhi tujuan itu.

Fakta Penting
Pengukuran Proses mendapatkan penjelasan secara
numerik setakat mana individu mempunyai ciri-
ciri tertentu.

MSJ 2007 3
iv. Apakah maksud penilaian?

Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et al. (1971, m.s xxv) menyatakan
bahawa “Penilaian sebagai ‘the process of delineating, obtaining, and providing useful
information for judging decision alternatives.”

Jika digunakan begini, maksud penilaian merangkumi dan menjangkau lebih daripada
‘pengujian’ dan ‘pengukuran’. Definisi lain pula mengklasifikasikan penilaian sebagai
pertimbangan profesional atau sebagai satu proses yang membenarkan seseorang membuat
pertimbangan tentang kebaikan atau nilai sesuatu. Begitu juga, penilaian boleh dijelaskan sebagai
satu proses sistematik yang digunakan untuk mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi
maklumat bagi menentukan setakat mana pelajar mencapai objektif pengajaran.

Dengan demikian, penilaian merujuk proses mentafsir atau memberi nilai yang bercorak
kualitatif tentang sesuatu kemahiran bahasa berdasarkan jumlah markat pencapaian hasil
daripada pengukuran yang telah dilakukan secara kuantitatif. Contohnya, Nazrin yang
mendapat markat sebanyak 90% dalam sesuatu kemahiran bahasa mungkin dinilai sebagai
mencapai tahap cemerlang dan Fiqah pula yang mendapat jumlah markat sebanyak 10% mungkin
dinilai sebagai berada pada tahap yang sangat lemah. Jadi, perkataan cemerlang, baik,
sederhana, lemah atau sangat lemah yang digunakan dalam konteks ini adalah sebenarnya istilah
penilaian yang diberikan secara kualitatif yang berasaskan pengukuran dan markat yang diperoleh
dalam bentuk kuantitatif.

Dari itu penilaian boleh dilakukan dengan menggunakan maklumat atau data yang
berbentuk kualitatif dan / atau kuantitaif. Secara kuantitatif, maklumat yang diperoleh melalui
penilaian dinyatakan dalam bentuk angka dan maklumat ini boleh dikumpul, disusun, diperkemas
dan diringkaskan dalam kaedah atau gambaran yang lebih mudah difahami. Secara kualitatif
pula, maklumat dapat dinyatakan, mungkin tidak mengikut angka yang tepat, tetapi dapat
menjelaskan atau menerangkan perubahan tingkah laku yang dapat dilihat secara nyata. Dalam
contoh di atas, Nazrin telah menunjukkan kemajuan yang amat baik atau cemerlang dalam
kemahiran bahasa.

Sebagai contoh lain, jika dua pelajar mencapai ukuran (skor ujian) yang sama, katakan dalam
ujian kefahaman, kita boleh menilai kedua-dua ukuran itu dengan cara yang berbeza. Katakan,
pada akhir Tahun 5, Syawal dan Saiful didapati membaca di tahap yang sama iaitu tahap Tahun
5. Mengikut pengukuran, pelajar ini dikatakan mencapai tahap yang sama. Akan tetapi, pada
awal tahun, Syawal sebenarnya sedang membaca pada tahap pelajar Tahun 3 sementara Saiful
sedang membaca pada tahap pelajar Tahun 4. Dari itu, dari segi penilaian, kedua-dua pencapaian
ini adalah tidak sama. Situasi menunjukkan bahawa Syawal itu telah berkembang atau maju pada
tahap yang luar biasa pantas sementara Saiful berkembang pada kadar yang biasa. Ini
menunjukkan keadaaan yang lebih komprehensif terdapat pada penilaian berbanding dengan
pengujian dan pengukuran.

Fakta Penting

Penilaian Proses mengumpul, menganalisis dan


menginterpretasi maklumat untuk menentukan
setakat mana pelajar mencapai objektif
pengajaran.

MSJ 2007 4
v. Konsep penaksiran

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman
tentang produk sesuatu proses pendidikan.

 Proses ialah langkah/ tindakan/ operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil
yang dikehendaki.

 Maklumat ialah bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir.

 Penghakiman merupakan proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan


pelajar.

 Produk dalam konteks pendidikan merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai


yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi
maklumat tentang hasil pembelajaran seorang pelajar bagi tujuan tertentu.

Penaksiran haruslah dilihat sebagai:

i. proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran,


ii. aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran,
iii. aktiviti yang dijalankan secara berterusan, dan
iv. aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.

7.1.2 Tujuan Pengujian dan Penilaian

Guru di sekolah kerap kali mengadakan ujian dari semasa ke semasa. Ini adalah kerana ujian
merupakan cara tunggal guru dan pelajar dapat mengetahui sama ada pembelajaran telah berlaku
dalam bilik darjah atau sebaliknya. Jelas ternyata bahawa ujian sangat penting untuk menilai
kemajuan pelajar dan kejayaan guru, juga mengesan kebolehan dan kelemahan pelajar serta
menilai pembelajaran yang sedang berlaku . Dengan cara ini, pelajar atau guru dapat mengetahui
tindakan susulan yang seharusnya diambil. Pengujian boleh dijalankan sebelum pengajaran,
untuk mengetahui pencapaian asas pelajar, supaya guru dapat memilih aktiviti yang sesuai
dengan pencapaian pelajar tersebut. Pengujian yang dilakukan pada akhir pelajaran pula ialah
untuk menilai kesan pelajaran pada pelajar dan aspek-aspek pelajaran yang perlu dibaiki. Oleh
itu, antara tujuan ujian adalah seperti yang berikut:

MSJ 2007 5
i. Sebagai penggerak

Ujian memainkan peranan sebagai penggerak bagi pelajar. Dengan adanya ujian,
para pelajar cenderung untuk memberi perhatian kepada pelajaran yang
disampaikan oleh guru. Sebahagian besar pelajar akan hanya mula mengulang kaji
bahan-bahan pelajaran lampau apabila diberitahu ujian akan diadakan. Begitu juga
keadaan pelajar di kelas yang akan menempuh peperiksaan. Pelajar-pelajar
Tingkatan 3, 5 dan 6 biasanya lebih tekun membuat persediaaan untuk menghadapi
peperiksaan umum. Dengan itu, nyatalah ujian berperanan sebagai penggerak yang
kuat bagi pelajar-pelajar di sekolah.

ii. Sebagai alat mencari punca kelemahan

Dalam pendidikan pemulihan, ujian diagnostik dijalankan untuk mengesan punca


kelemahan para pelajar. Setelah diberi ujian diagnostik, barulah guru menggunakan
maklumat itu untuk membuat perancangan aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan
pengajaran pemulihan. Kaedah pengajaran alternatif yang akan digunakan adalah
berdasarkan hasil yang diperoleh daripada ujian diagnostik.

iii. Bagi mendapatkan maklum balas

Hasil yang diperoleh daripada satu-satu ujian akan memberikan maklum balas
tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kepada guru dan pelajar. Bagi
guru, hasil ujian dapat memberitahunya sama ada kaedah dan teknik pengajaran
yang digunakan itu sesuai. Sekiranya didapati ramai pelajar gagal dalam satu-satu
ujian walaupun para pelajar telah diberitahu tentang ujian itu terlebih dahulu, maka
guru perlu mengkaji sebab-sebabnya. Pada pengajaran seterusnya guru mungkin
mengubah pendekatan yang digunakan atau mempermudahkan isi penyampaian
untuk menambah kefahaman para pelajar.

Bagi pelajar pula, hasil ujian mungkin merupakan suatu perangsang bagi mereka
sekiranya keputusan yang diterima adalah baik. Prestasi mereka yang baik
seterusnya akan mendorong mereka belajar dengan lebih tekun lagi. Sebaliknya,
keputusan yang kurang baik mungkin akan mencabar pelajar berkenaan untuk
berusaha dengan lebih kuat. Sesetengah ibu bapa, setelah mendapat maklum balas
tentang hasil ujian anak-anak mereka akan berikhtiar untuk mendapatkan
bimbingan tambahan bagi anak-anak mereka.

iv. Penilaian

Guru menggunakan ujian untuk menilai prestasi dan kemajuan para pelajar. Ujian
ini merupakan ujian formatif yang diberikan sepanjang tahun atau ujian sumatif
yang diberikan bagi setiap akhir semester atau akhir tahun. Kedua-dua jenis ujian
itu bertujuan untuk menilai pencapaian pelajar.

Tujuan penilaian adalah untuk mengetahui sejauh mana konsep-konsep yang


disampaikan itu difahami oleh pelajar. Setelah diumumkan gred atau markah yang
diperoleh, tahap pencapaian pelajar dalam satu-satu bidang pelajaran akan
diketahui. Selain guru, ibu bapa juga akan tahu aras pencapaian anak-anak mereka
dalam mata pelajaran yang berkenaan. Ujian juga digunakan untuk menilai

MSJ 2007 6
pembelajaran pelajar. Setelah satu-satu unit pelajaran selesai diajar, guru boleh
menjalankan satu ujian ringkas untuk menilai sama ada objektif pelajaran tercapai
atau tidak. Sekiranya tercapai, maka pembelajaran boleh dikatakan telah berlaku.

v. Pembelajaran lampau

Ujian juga dijalankan oleh seorang guru untuk mengetahui pembelajaran lampau
seseorang pelajar. Hasil daripada ini, guru dapat mengetahui sedikit sebanyak
tentang pengetahuan sedia ada pada pelajar. Seterusnya guru akan merancang isi
pelajaran dan menggunakan pendekatan atau kaedah yang sejajar dengan
pengetahuan sedia ada pelajar. Dengan cara ini, aktiviti dan isi pelajaran yang
disediakan dapat menampung keperluan pelajar berkenaan.

vi. Pensijilan

Pelajar-pelajar di peringkat PMR, SPM dan STPM akan menerima sijil-sijil yang
berkenaan setelah lulus peperiksaan tersebut. Dalam situasi sekolah, jelas satu lagi
peranan pengujian adalah untuk pensijilan. Gred-gred pada sijil-sijil bergantung
pada pencapaian pelajar-pelajar dalam peperiksaan tersebut.

vii. Bagi membuat ramalan

Sesetengah ujian dijalankan dengan tujuan membuat ramalan tentang kemungkinan


seseorang calon itu mencapai kejayaan dalam sesuatu kursus. Ujian seperti ini
biasanya dijalankan oleh pihak berkuasa semasa memilih calon-calon bagi sesuatu
kursus atau latihan. Contoh ujian yang bertujuan membuat ramalan adalah seperi
Ujian Kelayakan Latihan Perguruan.

Di dalam bilik darjah, guru mungkin menjalankan ujian prognostik untuk membuat
ramalan tentang kecenderungan dan kebolehan pelajar. Hasil daripada ujian
prognostik ini akan digunakan oleh guru dalam perancangan kaedah, bahan-bahan
pengajaran dan alat-alat bantu mengajar.

viii. Bagi membuat klasifikasi

Prestasi pelajar dalam satu-satu ujian boleh digunakan untuk tujuan klasifikasi.
Guru sentiasa menggunakan kriteria kebolehan untuk membahagikan pelajar-
pelajar. Para pelajar yang menunjukkan prestasi yang paling baik dikumpulkan
dalam Kumpulan A, prestasi yang sederahana baik dalam Kumpulan B dan
Kumpulan C, manakala yang lemah dalam Kumpulan D. Pengumpulan seperti ini
akan membantu guru menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan dan pemulihan.

ix. Pemilihan

Hasil ujian sentiasa digunakan oleh pihak-pihak berkuasa untuk memilih calon-
calon memasuki satu-satu kursus atau jurusan. Misalnya, pelajar-pelajar yang
ingin masuk ke Maktab Rendah Sains MARA atau sekolah-sekolah berasrama
penuh perlu menduduki ujian-ujian tertentu. Pihak berkuasa akan membuat
pemilihan berdasarkan prestasi pelajar dalam ujian-ujian tersebut. Selain itu,

MSJ 2007 7
keputusan peperiksaan PMR juga digunakan untuk memilih pelajar untuk jurusan
sains dan sastera. Begitu juga keputusan dalam peperiksaan SPM digunakan untuk
melayakkan pelajar memasuki program matrikulasi, maktab dan politeknik;
manakala keputusan dalam peperiksaan STPM digunakan untuk pemilihan ke
universiti.

x. Penyelidikan

Sesuatu penyelidikan memerlukan maklumat daripada berbagai-bagai sumber.


Dalam penyelidikan yang berkaitan dengan pendidikan, maklumat dapat diperoleh
daripada ujian, pemerhatian, penggunaan soal selidik, biografi dan sebagainya.
Keputusan pelbagai jenis ujian tara, ujian kepantasan, ujian daya dan ujian
perlakuan sentiasa digunakan oleh para penyelidik dalam menjalankan kajian
mereka.

Kepentingan Penilaian dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Kepentingan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara dan sangat
penting. Para pelajar sering mengalami trauma bila berhadapan dengan ujian. Apatah tidaknya.
Kejayaan mahupun kegagalan mereka bertitik -tolak daripada ujian yang menilai mereka sebagai
orang yang pandai atau lemah. Begitu juga guru. Mereka selalunya resah apabila menerima
keputusan ujian pelajarnya. Kejayaan dan kegagalan mereka mengajar terletak pada keputusan
pencapaian pelajarnya. Tinggi peratus yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu
mengajar pelajarnya. Sebaliknya, rendah peratus lulus, seseorang guru itu perlu bertindak
membaiki cara pengajarannya. Oleh itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kepentingan
penilaian adalah seperti berikut:

i. Untuk mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada
pada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Ujian seperti ini
biasanya disebut sebagai praujian atau ‘pretest’. Daripada ujian inilah guru-guru
biasanya dapat merancang dan merencanakan pengajaran yang seterusnya. Hasil
ujian tersebut dapat memberikan gambaran kepada guru-guru tentang keupayaan
pelajar mereka yang sebenar sebelum mereka memulakan pengajaran.

ii. Untuk menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka


telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan. Dengan
lain perkataan guru-guru itu dapat melihat sejauh manakah pengajarannya itu
berhasil. Biasanya, ujian-ujian seperti ini disediakan oleh guru sendiri untuk
menguji aspek-aspek pengetahuan dan kemahiran tertentu.

iii. Untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman


sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. Perbandingan
seperti ini penting untuk menilai pencapaian atau prestasi seseorang individu.

iv. Untuk membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang subjek
dengan bidang yang lain. Tujuannya ialah untuk melihat kelemahan atau kelebihan
pelajar dalam sesuatu bidang dan digunakan maklumat ini untuk kerja-kerja
pemulihan dan sebagainya.

MSJ 2007 8
v. Untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam
pencapaian mereka. Tujuannya ialah untuk kerja-kerja pemulihan dan pengayaan.

vi. Untuk membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap
pembelajaran. Ini penting untuk menyelaras dan menentukan arah jenis pendidikan
pelajar. Guru-guru dengan mudah dapat menyalurkan pelajar-pelajar mereka ke
jurusan-jurusan tertentu mengikut kebolehan mereka sepeti jurusan sains, sastera
dan teknikal.

vii. Untuk membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah
pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat
mempertingkatkan pengajaran mereka.

viii. Ujian dan penilaian adalah juga berguna kepada pelajar-pelajar. Melaluinya
mereka berpeluang untuk mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu
kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.

Rumusan

Berdasarkan kenyataan bahawa penilaian itu sangat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, guru hendaklah sering berusaha ke arah menggubal alat-lat penilaian yang praktis
dan realistik. Alat-alat penilaian itu seharusnya dapat mengukur apa yang hendak diukur. Di
samping itu, hasil alat-alat itu juga hendaklah boleh dipercayai.

Laporan kemajuan untuk


kegunaan pelajar, ibu bapa
dan guru.

Pengumpulan mengikut
kebolehan.

Pengesahan paras Kepentingan


pencapaian . penilaian
Bimbingan konsep dan
kemahiran.

Laporan dan rekod untuk


kegunaan kaunselor dan ahli
psikologi.

Rajah 2: Kepentingan penilaian

MSJ 2007 9
7.1. 3 Jadual Penentuan Ujian (JPU)

i. Definisi

Ujian yang baik mestilah mempunyai rancangan yang rapi. Cara yang baik untuk merancang
sesuatu ujian ialah dengan menyediakan Jadual Penentuan Ujian (JPU). JPU yang dikenali
sebagai “Test Blue Print” dan “Test Specification” adalah merupakan satu matriks yang terdiri
daripada dua paksi: paksi “Kandungan” (menegak) dan paksi “Aras Kemahiran” (melintang).

ii. Maklumat Dalam JPU

JPU mempunyai maklumat seperti yang berikut:

 Kandungan Ujian yang berupa topik-topik pelajaran.


 Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.
 Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar
dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.
 Bentuk Ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain.
 Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
 Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%

Sekarang, mari kita bincangkan butiran-butiran di atas. Kita dapat simpulkan bahawa
pengetahuan dan kemahiran yang disenaraikan dalam JPU haruslah berupa pengetahuan dan
kemahiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran serta yang telah diajar di dalam bilik darjah.
Bilangan item ujian bagi setiap topik dan kemahiran itu pula ditentukan oleh jumlah masa yang
diperuntukkan untuk pengajarannya. Contohnya, jika topik 1 memerlukan dua minggu untuk
diajar dan topik 2 cuma memakan masa seminggu, maka bilangan soalan bagi topik 1 seharusnya
lebih banyak daripada soalan topik 2. JPU juga menetapkan bilangan soalan yang dikatakan
senang, sederhana dan susah dari segi aras kesukarannya. Aras kesukaran soalan lebih kurang
memadai aras kemahiran yang diuji, mengikut taksonomi yang digunakan. Ini bererti, soalan aras
pengetahuan biasanya adalah lebih mudah berbanding dengan soalan aras kefahaman, aplikasi
dan analisis yang merupakan soalan sederhana. Manakala soalan yang menguji kemahiran
sintesis dan penilaian pula adalah merupakan soalan yang susah. Namun begitu, aras kesukaran
soalan ini merupakan satu perkara yang relatif. Yakni, satu soalan yang didapati senang bagi
sekumpulan pelajar mungkin susah untuk sekumpulan pelajar lain. Jadi, dalam ujian buatan guru,
guru harus membina soalan mengikut kebolehan pelajarnya.

Perbincangan di atas menyentuh tentang jenis maklumat yang terkandung dalam JPU. Ini
menegaskan betapa pentingnya JPU dalam penggubalan item ujian. Ringkasnya, kepentingan
JPU adalah seperti yang berikut.

MSJ 2007 10
iii. Pentingnya Jadual Penentuan Ujian

 Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.


 Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
 Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
 Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras
kemahiran yang diuji.
 Memberi panduan untuk membentuk format ujian.
 Memberi panduan untuk membentuk soalan.
 Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
 Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik.
 Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang
lain.

iv. Contoh JPU

Bil Bentuk Soalan Objektif


Kemahiran Kognitif
Jumlah
Bidang/Topik/Topik Kecil Jam 1 2 3 4 5 6 Item
1.1 Tatabahasa
 Kata ganda 1 2 1 1 1
 Kata majmuk 20 2 2 1 16
 Kata terbitan 2 2 1
1.2 Membaca dan Memaham
 Menjawab 10 soalan kefahaman
berdasarkan petikan yang dibaca.
Panjang petikan ialah lebih kurang 15 2 2 1 1 1 12
150 patah perkataan.
 Memberi erti perkataan berdasarkan
petikan di atas. 2 2 1
1.3 Peribahasa
 Simpulan Bahasa 5 1 1 4
 Perumpamaan 1 1
Jumlah 40 32

Jadual 1: Contoh JPU


Maklumat daripada contoh di atas memberi gambaran kasar tentang perkara yang hendak diuji
yang seterusnya memenuhi empat syarat JPU iaitu:

 ujian tidak dibina sembarangan,


 menimbulkan kepentingan topik dan aras kemahiran yang diuji,
 memberi panduan dan penentu kepada penggubal ujian, dan

MSJ 2007 11
 memastikan kesesuaian taburan soalan mengikut aras dan kemahiran.

v. Langkah-langkah Membina JPU

Langkah 1:

Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji.

Bil Tajuk-tajuk Pengajaran dan Pembelajaran Masa


Belajar
1.1 Tatabahasa
 Kata ganda
 Tanda baca 20
 Membentuk ayat
1.2 Membaca dan Memaham
 Menjawab 10 soalan kefahaman berdasarkan petikan yang
dibaca. Panjang petikan prosa ialah lebih kurang 150
patah perkataan. 15
 Memberi erti perkataan berdasarkan petikan di atas
1.3 Peribahasa
 Simpulan bahasa 5
 Perumpamaan
Jumlah 40

Jadual 2: Tajuk-tajuk Pengajaran dan Pembelajaran Mengikut Masa Belajar

Langkah II

Tentukan soalan yang akan dibina itu. Pemilihan bentuk soalan haruslah berasaskan
pertimbangan yang baik. Perkara-perkara yang menjadi asas pertimbangan itu ialah:

 tujuan ujian itu diadakan


 masa yang diperuntukkan untuk ujian itu
 umur pelajar
 bilangan pelajar yang diuji

MSJ 2007 12
Contoh:
a. soalan objektif (30 soalan)
b. 1 markah bagi 1 item.
c. jumlah soalan bagi setiap topik dikira:

= Jumlah masa X Jumlah soalan


Jum. Masa keseluruhan

Langkah III

Tentukan model aras kesukaran item.


Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom

3 Domain - kognitif - aktiviti mental


- afektif - menitiberatkan sikap, emosi dan perasaan
- psikomotor - aktiviti fizikal

Domain Kognitif kompleks

Taksonomi Bloom 6 Penilaian : memilih, menilai,


mengadili
5 Sintesis : melahirkan pendapat,
kreatif, mengembangkan
4 Analisis : logik, induktif, deduktif,
penaakulan formal
3 Aplikasi : Ada pemindahan kemahiran,
menyelesaikan masalah
2 Kefahaman : menerangkan, membandingkan,
menjelaskan, mengatakan
1 Pengetahuan : mengingat semula fakta, data dan lain-lain

Mudah Rajah 3: Domain Kognitif Taksonomi Bloom

Langkah IV

Apakah jenis ujian yang akan diuji?

 Ujian objektif
 Ujian struktur
 Ujian esei
 Dan lain-lain.

MSJ 2007 13
Contoh Pengiraan Bilangan Soalan Mengikut Topik

Bil. Bidang/Topik/Topik Kecil Masa Anggaran Jumlah Item Jumlah


Belajar Item
1.1 Tatabahasa
 Kata ganda 20 20 x 32 16
 Tanda baca ____
40
 Membentuk ayat
1.2 Membaca dan Memaham
 Menjawab 10 soalan kefahaman
berdasarkan petikan yang dibaca. 15 x 32
Petikan prosa yang penjangnya 15 ____ 12
lebih kurang 150 patah perkataan 40
 Memberi erti perkataan berdasarkan
petikan di atas.
1.3 Peribahasa
 Simpulan bahasa 5 5 x 32 4
 Perumpaan
____
40
Jumlah 40 32

Jadual 3: Pengiraan Soalan Mengikut Topik

Langkah V:

 Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll).
 Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah – soalan sukar).
 Pemarkahan.

Langkah VI:
 Menyatakan mata pelajaran.
 Tingkatan.
 Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

MSJ 2007 14
Rumusan

Dalam penilaian, JPU berperanan penting. Orang-orang yang berkaitan dengan ujian seperti
pelajar, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata sebenarnya menolak sesuatu
ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, data-data yang tercetus daripada ujian yang
sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan pemilihan, pengkelasan atau bimbingan. Oleh itu,
penekanan yang wajar terhadap objektif pembelajaran, dan prosedur penilaian perlu diambil
perhatian.

Latihan 2

Anda dikehendaki menyediakan kertas 1 Peperiksaan Semester yang telah


ditetapkan.
Kertas 1 mengandungi 20 soalan objektif.
Arahan:
 Tetapkan bilangan item, peruntukan masa dan peratusan item mengikut aras
kognitif.
 Sediakan satu JPU berdasarkan contoh format di atas.

Pemarkahan dan Markat

i. Pengenalan

Topik ini akan bermula dengan tujuan memberi markah. Ini akan diikuti dengan isu yang
berkaitan dengan pemarkahan. Seterusnya, topik ini akan memperihalkan tentang sistem
pemarkahan yang boleh digunakan dan apakah pula simbol pemarkahan yang lazim digunakan.
Dengan itu, setelah mengikuti topik ini, anda akan dapat:

i. menyatakan sebab mengadakan pemarkahan,


ii. membincangkan isu-isu berkaitan dengan prosedur pemberian markah,

MSJ 2007 15
iii. menghurai dan membincangkan beberapa sistem pemarkahan yang boleh
digunakan, dan
iv. membandingkan kelebihan dan kelemahan simbol-simbol yang digunakan dalam
pemarkahan.
ii. Tujuan Pemarkahan

Salah satu daripada tugas yang paling tidak seronok bagi guru ialah memberi markah atau gred.
Guru mengambil masa yang lama untuk memprosesnya, yang kadang kala menyebabkan pelajar
risau, dan pada akhirnya ada pihak yang tidak berpuas hati tentang markah atau gred yang
diperoleh. Tegasnya, tidak ramai pelajar gemar diberi gred kepada pencapaian mereka. Begitu
juga, bagi guru. Proses memberi gred bukan sahaja memerlukan banyak masa tetapi juga usaha.

Pelajar dan juga guru mengambil berat tentang markah yang diperoleh dalam ujian. Adalah tidak
mustahil bagi pelajar untuk mengambil lebih berat tentang markah yang mereka dapati dalam
ujian tatabahasa, misalnya, daripada pengetahuan dan kemahiran yang mereka belajar daripada
aspek tersebut. Jika perkara seperti ini berlaku, ini merupakan keutamaan yang salah dan
menimbulkan implikasi yang membahayakan. Ini adalah kerana kadangkala markah tidak diguna
dengan bijak, disalah tafsir ataupun diguna sebagai senjata untuk mendenda pelajar, dan
bukannya sebagai satu sumber untuk mendapatkan maklumat.

Oleh itu, apakah tujuan memberi markah kepada ujian atau tugasan yang telah dibuat oleh
pelajar? Adakah ia diberikan sebagai ganjaran atau dendaan? Jika jawapan anda adalah “ya”
kepada soalan sebelum ini, maka jawapannya adalah salah. Markah bukanlah untuk memberi
ganjaran atau pun mendenda pelajar. Ia bertujuan untuk memberi maklum balas tentang
pencapaian pelajar.

iii. Kepentingan Pemarkahan

Markah adalah sebahagian daripada budaya dalam pendidikan. Ia telah menjadi asas kepada
beberapa tindakan dan keputusan di institusi pendidikan, dan juga antara institusi pendidikan .
Oleh itu, pelajar menyedari dari awal lagi bahawa mereka akan diberi gred atau markah
bergantung kepada prestasi mereka di sekolah.

Ibu bapa juga menyedari bahawa markah yang diperoleh anak mereka akan memberi kesan
kepada anak-anak mereka dalam pelbagai perkara seperti peluang melanjutkan pelajaran,
memohon biasiswa atau mencari pekerjaan nanti. Ibu bapa tahu bahawa pelajar dibanding antara
satu sama lain melalui markah yang mereka perolehi. Oleh itu, markah sangat bermakna kepada
pelajar dan juga ibu bapa mereka.

Pendidik juga dipengaruhi oleh markah, biasanya untuk mengagihkan pelajar kepada kelas yang
leibh pandai atau sebaliknya. Oleh sebab markah sangat penting bagi kebanyakan orang, maka
kita perlu berhati-hati dan bersifat objektif semasa memberi markah. Malangnya, kadang kala
tidak sedemikian. Ada kalanya markah diberi secara terburu-buru dan sistem pemarkahan, jika
ada, tidak begitu difahami. Perlu diingat bahawa sistem yang berlainan mempunyai kebaikan dan
kelemahan yang berbeza juga.

iv. Asas Pemberian Markah.

MSJ 2007 16
Pertimbangan yang paling asas tentang apa yang patut dicerminkan oleh markah merupakan isu
yang paling utama. Adakah gred yang diberikan itu betul-betul mencerminkan penilaian prestasi
yang tepat tentang sesuatu mata pelajaran seperti bahasa, matematik, sains dan sebagainya? Atau
adakah gred tersebut juga merangkumi perkara-perkara lain seperti kerja yang bersih, tulisan
baik, bahasa penyampaian yang menarik, sikap, minat, usaha, motivasi dan personaliti?

Jawapannya ialah apabila markah diberikan berkaitan dengan mata pelajaran akademik,
sebaiknya, markah yang diberikan hendaklah mencerminkan pencapaian akademik semata-mata.
Faktor-faktor lain tidak patut dipertimbangkan kerana perkara-perkara seperti motivasi sikap dan
sebagainya sukar diukur secara objektif. Jika asas pemberian gred masih memasukkan faktor-
faktor lain selain daripada pencapaian, sudah tentu skor ujian sukar untuk ditafsir.

v. Teknik Pemarkahan Ujian Esei

a. Secara Keseluruhan (Holistik)

Pemarkahan secara keseluruhan bererti sesebuah esei itu dinilai berdasarkan kesan
keseluruhannya kepada pemeriksa. Contohnya, sekiranya sesebuah karangan pelajar itu baik
kandungannya, idea-idea yang dikemukakan meyakinkan, tidak terdapat kesalahan-kesalahan
bahasa yang serius, tidak terdapat kesalahan ejaan, menarik gaya penyampaian dan jelas pula

MSJ 2007 17
huraiannya, sudah tentulah karangan itu meninggalkan kesan tanggapan (impression) yang positif
kepada guru atau pemeriksa. Berdasarkan kesan secara keseluruhan, karangan seperti ini
bolehlah diberikan markah ‘cemerlang’.

Pemarkahan esei mengikut teknik ini, iaitu bentuk perincian seperti ejaan, bentuk tulisan,
tatabahasa, perbendaharaan kata dan lain-lain tidak perlu diasing-asingkan kerana yang dinilai
oleh pemeriksa ialah kualiti keseluruhan karangan berkenaan. Ini bermaksud keseluruhan adalah
lebih penting daripada bahagian-bahagian sesuatu jawapan esei. Di bawah pemarkahan secara
holistik ini, terdapat dua jenis skala yang lazimnya digunakan, iaitu skala ordinal dan skala
norminal.

Langkah-langkah pemarkahan cara holistik dengan menggunakan skala ordinal ialah:


 Memeriksa setiap skrip pelajar secara keseluruhan,
 Menyusun skrip-skripm pelajar mengikut prestasi, iaitu dari prestasi baik di atas
dan prestasi terburuk di bawah,
 Menentukan berapa peratus pelajar yang patut diberikan gred A, B, C, D dan
sebagainya,
 Memeberikan gred kepada skrip berdasarkan peratus yang telah dipertimbangkan
untuk setiap kumpulan.

Pemeriksa yang menggunakan skala norminal hendaklah membaca skrip jawapan pelajar sekali,
berdasarkan kriteria kandungan, pengelolaan dan proses, untuk mendapatkan gambaran setinggi
mana tahap jawapan pelajar itu. Kemudian, pemeriksa itu hendaklah membaca skrip pada kali
kedua untuk menetapkan gred yang difikirkan sesuai bagi setiap skrip berdasarkan ciri-ciri esei
yang dikatakan ‘cemerlang’, ‘baik’, ‘sederhana’ dan ‘lemah’ .

Peraturan memberi markah esei secara holistik:

1. Pembahagian markah : Keseluruhan 35 markah ( untuk bahasa, gaya, isi dan susunan)
2. Panduan am : Pemeriksa hendaklah membaca esei ini sekali lalu untuk mendapatkan
gambaran mengenai mutu esei mengikut perkara-perkara berikut:

 Isi ( 25 markah)
Isi yang sesuai, sekurang-kurangnya lima isi yang membayangkan
kematangan fikiran dan baik susunannya.
 Bahasa (15 markah)
Menggunakan bahasa yang betul, lancar dan jelas.
 Gaya ( 10 markah)

Setelah membaca esei sekali lalu, tetapkan mutu esei itu mengikut pangkat yang ditentukan.

Contoh Penentuan Ciri-ciri Esei

Bil. Esei Cemerlang

1 Isinya tepat dan jumlahnya mencukupi. Huraiannya terperinci dan jelas.

2 Dapat meyakinkan pembaca. Tidak memuatkan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan calon
untuk memperlihatkan kematangan.
3 Idea-idea dijalin dengan kemas dalam perenggan-perenggan yang bersesuaian panjangnya.

MSJ 2007 18
4 Memperlihatkan penggunaan bahasa baku yang baik iaitu dari segi struktur dan perbendaharaan
kata.
5 Memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik; pembaca tidak merasakan sebarang
kejanggalan.
6 Memperlihatkan penguasaan ejaan yang memuaskan.

Bil. Esei baik

1 Isinya tepat dan jumlahnya mencukupi tetapi kurang terperinci huraiannya.

2 Dapat meyakinkan pembaca. Calon memperlihatkan kematangan tetapi tidaklah sebaik atau
setinggi peringkat ‘cemerlang’.
3 Idea dijalin dengan baik walaupun mungkin terdapat sedikit kelonggaran (jalinan agak kurang
mantap)
4 Menunjukkan penguasaan bahasa yanga baik. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit-sedikit
kesilapan yang tidak begitu serius.
5 Memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik. Mungkin terdapat sedikit kejanggalan
tetapi tidaklah mencacatkan esei secara keseluruhan.
6 Menunjukkan penguasaan ejaan yang memuaskan.

Bil. Esei sederhana

1 Isinya ada tetapi kurang tepat. Jumlahnya mencukupi tetapi huraiannya kurang terperinci.

2 Terdapat idea yang kurang meyakinkan dan memperlihatkan kematangan yang amat sederhana.
3 Idea-idea dijalin dengan tidak begitu kemas dan tidak diperkembangkan dengan baik.

4 Terdapat kelemahan dalam penggunaan bahasa, misalnya terdapat struktur dan penggunaan
perkataan yang salah.
5 Tidak memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik; pemeriksa mendapati kejanggalan
dan mungkin terdapat bahagian-bahagian yang kurang jelas.
6 Terdapat kesilapan-kesilapan ejaan walaupun tidak begitu teruk.

Bil. Esei lemah

1 Isi dangkal dan tidak tepat.

2 Idea-idea tidak meyakinkan dan tidak memperlihatkan kematangan.

3 Jalinan idea tidak kemas, tidak ada huraian dan perkembangan idea.

4 Penguasaan bahasa lemah. Terdapat banyak kesalahan yang dilakukan.

5 Tidak menguasai teknik penulisan. Pemeriksa dapat merasakan kelonggaran dan kejanggalan
penyampaian isi.

MSJ 2007 19
6 Menunjukkan kelemahan yang serius dalam aspek ejaan.

Peringatan: Esei dibaca sekali lagi dengan lebih teliti. Kesalahan isi, bahasa dan ejaan
dibulatkan. Setengah markah dipotong bagi setiap ejaan yang salah sehingga
maksimum sebanyak tiga markah.

Proses pemarkahan dengan cara holistik merupakan cara pemarkahan yang subjektif. Mutu
pemarkahan banyak bergantung kepada pemeriksa yang berpengalaman serta mahir dalam bidang
yang berkenaan. Bagaimanapun, ciri keobjektifan dalam pemarkahan cara holistik boleh
dipertingkatkan dengan mengadakan penyelarasan antara pemeriksa-pemeriksa yang memeriksa
skrip pelajar- pelajar tersebut.

b. Secara Perincian (Analitikal)

Cara pemarkahan ini sering digunakan dalam peperiksaan. Dengan cara ini, unsur-unsur
terpenting yang merangkumi kriteria kandungan, pengelolaan dan proses adalah diperiksa secara
berasingan. Semasa pemarkahan, unit-unit kecil jawapan pelajar akan dicari dan markah diberi
mengikut peruntukan yang diberi dalam skim pemarkahan. Dengan cara ini kebolehpercayaan
dan ketekalan dapat dikekalkan sekiranya pemeriksa mematuhi skim pemarkahan itu dengan
teliti.

Contoh perincian (A) :

MSJ 2007 20
Isi 40 (5 markah bagi setiap isi yang diulas dan diperkembangkan
dengan baik)
Bahasa 40 (aspek yang dinilai ialah tatabahasa dan penggunaan perkataan.

Setiap tiga kesalahan ditolak satu markah).


Gaya 20 (aspek yang dinilai kelicinan pengolahan dan kesesuaian
pemerengganan.
Jumlah 100

Contoh (B):
Soalan : Huraikan (a) dua kelebihan, dan
(b) dua kelemahan yang terdapat dalam pendekatan induktif untuk
pengajaran tatabahasa.
( 10 markah )
Skim pemarkahan:
(a) dua kelebihan------------2 x 2 ½ = 5 markah
(b) dua kelemahan----------2 x 2 ½ = 5 markah
________
Jumlah 10 markah
________

c. Kebaikan dan Kelemahan Kedua-dua Teknik Pemarkahan


Bil. Teknik Kebaikan Kelemahan

1 Keseluruhan / 1. Semua aspek penulisan diberikan 1. Guru mungkin bersifat bias


Holistik pertimbangan yang sama rata. semasa memeriksa.
2. Dapat menilai kebolehan am 2. Tiada maklumat diagnostik yang
dalam bidang penulisan. khusus; oleh itu pelajar tidak
3. Pemeriksaan boleh dibuat dengan dapat melihat di mana kekuatan
lebih tepat; latihan yang banyak dan kelemahan karangan
boleh dijalankan. mereka.
4. Pelajar bebas menulis Menulis 3. Sekiranya pemeriksaan
esei merupakan suatu kemahiran memerlukan ramai guru,
yang memerlukan gabungan kordinasi sukar dilaksanakan.
beberapa proses.

2 Perincian / 1. Kesalahan pelajar dapat 1. Dengan mengasingkan aspek-


Analitikal diperlihatkan dengan jelas. aspek yang dinilai, kemahiran
2. Esei boleh diperiksa hanya penulisan seolah-olah terasing.
dengan sekali baca. Penulisan bukan lagi
3. Orang yang kurang mahir dalam merupakan paduan beberapa
bidang penulisan boleh proses secara natural.
menjalankan tugas pemeriksaan. 2. Pemeriksaan memerlukan masa
4. Pelajar-pelajar dapat melihat di yang panjang.
mana dan apa kelemahan mereka. 3. Kebolehan penulisan secara
keseluruhan sukar dilihat.
4. Mungkin menekankan kepada
‘mencari kesalahan’ drp
‘mencari kekuatan’ esei.

MSJ 2007 21
7.1.4 Item Ujian

Biasanya kita menganggap pembinaan item dalam ujian Bahasa Melayu sebagai perkara
mudah. Hanya apabila item-item ujian ini ditadbirkan kepada pelajar-pelajar barulah timbul
pelbagai masalah umpamanya dari segi konsep, tiada jawapan yang tidak digunakan langsung,
item yang terlalu mudah dan sukar, item yang bertindan, arahan yang tidak jelas, rangsangan
yang kabur, tidak ada pengkhususan dalam bidang yang disoal dan item yang tidak seimbang
dengan pemarkahan serta pelbagai kesalahan lain. Kesalahan-kesalahan ini akan menjejaskan
kesahan dan kebolehpercayaan bahan ujian kita itu. Oleh yang demikian kita perlu sedar tentang
beberapa aspek pembinaan item-item ujian bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah.

Sebelum membina sesuatu item ujian kemahiran bahasa, kita perlu menentukan tujuan ujian itu
dibuat, apa yang hendak diuji, jenis dan bentuk item ujian, bagaimana item ujian itu ditadbirkan
dan bila serta masa ujian itu dijalankan. Item-item yang dibina dan dipilih juga hendaklah
berasaskan kepada kemahiran-kemahiran bahasa, objektif dan isi kandungan pelajaran.

Selaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan ujian dalam
penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pembelajaran
pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajar-pelajar dalam pembelajarannya. Ini berguna bagi
guru dalam memperbaiki dan mempertingkatkan sesuatu pengajaran dan pembelajaran.

Jenis-jenis Ujian

Berbagai-bagai jenis ujian dapat digunakan dengan berkesan sekiranya ia dirancang dan sesuai
pula dengan kemahiran yang hendak diuji. Dalam pengajaran pembelajaran bahasa KBSR dan
KBSM, penguasaan pelajar-pelajar terhadap kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis perlu diuji dengan menggunakan pelbagai jenis ujian dan teknik pembinaan item ujian
yang sesuai. Di bawah ini diperturunkan beberapa jenis ujian iaitu:

i. objektif dan
ii. subjektif

Objektif

Sesuatu ujian itu dikatakan ujian objektif kerana pemeriksa yang berlainan akan memberi markah
yang sama apabila memeriksa kertas yang sama. Ujian objektif dibentuk daripada beberapa item
objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa-pemeriksa berlainan memperoleh
skor yang sama ketika memeriksa tindakan balas yang serupa ( Gronland, 1977). Kenyataan ini
menunjukkan objektiviti sesuatu ujian itu merujuk kepada bagaimana skor diperoleh. Item ujian
jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling
baik. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis
aneka pilihan dan kloz.

Item objektif boleh dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan cara tindakbalas yang diberikan
kepada pelajar iaitu:

MSJ 2007 22
a. item respons bebas ( jenis sumbangan)
b. item respons tetap ( item objektif pilihan)

Item Respon Bebas

Soalan jenis ini memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan jawapan sendiri pada ruang
yang disediakan. Biasanya jawapan ditulis di hujung soalan atau dalam kotak yang disediakan.
Di bawah ini ditunjukkan beberapa contoh jenis item respon bebas.

i. Jenis soalan:

contoh:
a) Imbuhan apakah yang terdapat dalam perkataan kemahiran?
(ke - an)
b) Apakah lawan bagi perkataan untung?
( rugi)

ii. Item Melengkapkan Penyataan

Contoh:
a) Kita mesti naik bas ke rumah Nasharudin kerana rumahnya _____(jauh)
dari tempat ini.
b) Ariff pernah _________(tinggal) di Kuala Lumpur.

Item Respon Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)

Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atu paling tepat. Jawapan
mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah format Salah-Betul, Padanan,
dan aneka pilihan.

i. Item Salah-Betul

Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi penyataan yang perlu
ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S). Ada ketika guru
menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada
soalan.

Format-format ini dikira sebagai item-item dua pilihan oleh kerana kesemuanya melibatkan
penerimaan atau penafian.

Contoh bagi Item Dua Pilihan:


a) Nyatakan sama ada pernyataan berikut Betul atau Salah.
i) Simpulan bahasa kaki bangku bermaksud orang yang berjalan tanpa
kasut. B /S

MSJ 2007 23
b) Nyatakan Ya atau Tidak pada pernyataan berikut:
i) Bahasa adalah sesuatu yang diwarisi. Ya/Tidak

ii. Item Padanan

Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua ruangan senarai yang mengandungi
perkataan atau frasa.perkara . Ruangan A dipanggil pokok soalan (premise) dan ruangan B
dipanggil jawapan (response). Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan
objek/ perkara yang berkaitan di ruang A dengan objek/ perkara diruang B.

Contoh :
Padankan kata bilangan dengan contoh yang diberi dengan menggunakan garisan lurus
untuk menghubungkan kotak-kotak yang diberi.

Ruangan A Ruangan B
(Kata Bilangan) (Contoh)
1. Kata Bilangan Tentu A. Separuh bahagian hartanya akan diserahkan kepada rumah anak
yatim.
2. Kata Bilangan Himpunan B. Aminah mempunyai dua ekor arnab
3. Kata Bilangan Pecahan C. Pelajar kelas itu mengeluarkan buku masing-masing apabila guru
masuk ke kelas.
4. Kata Bilangan Pisahan D. Kelima-lima pelajar diarahkan supaya berjumpa dengan Pengetua.

iii. Item Aneka Pilihan

Item aneka pilihan merupakan jenis ujian objektif yang paling popular sekali di kalangan
pembina item ujian. Item aneka pilihan adalah dari golongan item jawapan tetap kerana diberikan
tindakbalas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut.

a. Item aneka pilihan berbentuk soalan

Contoh:

MSJ 2007 24
1. Di antara ayat-ayat berikut yang manakah ayat suruhan?

(A) Jangan lari.


(B) Padamkan lampu itu.
(C) Sila duduk sekarang.
(D) Harap anda dapat datang esok.

b. Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap

Contoh:

1. Ayat yang tergolong dalam ayat selapis ialah

(A) Jika dia rajin dia lulus.


(B) Mereka membaca buku di perpustakaan.
(C) Guru yang gemuk itu ditimpa kemalangan.
(D) Sungguh mustahil untuknya melarikan diri.

c. Mengisi Tempat Kosong

Contoh:

1. Air di dalam kolam itu _______ kerana hujan sudah lama tidak turun.

(A) keringan
(B) mengeringkan
(C) kekeringan
(D) berkeringan

d. Jenis Jawapan Terbaik

Contoh:

1. Definisi terbaik bagi kata adjektif ialah kata yang

(A) menunjukkan sifat sesuatu.


(B) menerangkan keadaan bagi sesuatu kata nama.
(C) menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.
(D) mempunyai satu kata adjektif dan unsur-unsur keterangan
lain seperti kata bantu atau kata penguat.

e. Analogi

Contoh:

MSJ 2007 25
Arahan: Tiap-tiap pasangan perkataan di bawah diikuti empat pasang perkataan.
Pilih pasangan yang mempunyai perkaitan dengan pasangan awal.

hitam : putih

(E) kain : merah


(F) merah : tua
(C) merah : hijau
(D) merah : jambu

f. Antonim

Contoh:

Arahan: Tiap-tiap soalan dimulakan dengan perkataan berhuruf besar dan


diikuti oleh lima perkataan. Pilih perkataan yang berlawanan dengan perkataan
berhuruf besar.

PEMARAH
I. Penyabar
II. Pengampun
III. Pendamai
IV. Peramah

(A) I dan II sahaja


(B) I dan IV sahaja
(C) II dan III sahaja
(D) III dan IV sahaja

g. Jenis Negatif

Tumpuan pelajar dipusatkan kepada mencari fakta yang salah. Pokok soalan
sering mengandungi perkataan kecuali, bukan, tidak, dan lain-lain.

Contoh:
Semua kata ganda di bawah mempunyai aspek makna yang sama kecuali

(A) labi-labi.
(B) rama-rama.
(C) kuda-kuda.
(D) kura-kura.
h. Item Jenis Cantuman.

Contoh (a) : Cantuman jenis sesuai/ tidak sesuai

1. Pilih ayat atau ayat-ayat yang menggunakan kata yang berhuruf condong dengan
betul dan tentukan bahawa anda memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

I. Mereka menyokong dan memapah lelaki yang hampir pitam itu


agar tidak rebah.

MSJ 2007 26
II. Orang ramai menyokong langkah langkah pihak berkuasa
membenteras kegiatan cetak rompak.
III. Setiap bulan abanglah yang menyokong persekolahan kami
bertiga.
IV. Para pelajar sekolah itu diminta menyokong pasukan bola baling
sekolah mereka yang akan bertanding esok.

(A) I dan III sahaja


(B) II dan IV sahaja .
(C) I, II dan IV sahaja
(D) I,II, III dan IV

Contoh (b): Jenis cantuman aneka pelengkap yang mempunyai urutan/ sekuen.

1. Di bawah ialah senarai rujukan hormat tetamu yang hadir dalam satu
majlis. Susun senarai di bawah mengikut urutan keutamaan.

i.Yang Berusaha
ii.Yang Amat Berhormat
iii.Yang Berhormat
iv. Yang Berbahagia

(A) I, II, III dan IV


(B) II, III, IV dan I
(C) III, II, I dan IV
(D) IV, III, II dan I
2.
I. Yang dimuliakan Saudara Pengerusi Majlis
II. Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah
III. Guru-guru dan ibu bapa
IV. Tuan-tuan dan puan-puan
V. Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah

Susunan pembuka kata ucapan di atas mengikut urutan yang betul ialah

(A) I, II, III, IV, V


(B) I, III, II, V, IV
(C) I, IV, III, II, V
(D) I, V, II, III, IV

Aras kemahiran item objektif aneka pilihan

Item objektif aneka pilihan boleh dibina untuk semua aras kemahiran bidang kognitif di bawah
kategori Taksonomi Bloom.

Aras kemahiran dalam bidang kognitif Kata-kata kerja


1. Pengetahuan Manakah, Apakah, Siapakah,
Aras ini menguji kebolehan pelajar mengingat kembali fakta, erti, istilah, Bilakah, Berikan, Senaraikan,
prinsip, hukum, definisi yang dipelajari Nyatakan
2. Kefahaman
Aras ini menguji kebolehan kebolehan pelajar memahami, menterjemah, meninterpretasi, Huraikan, Benarkan, Jelaskan,

MSJ 2007 27
menukar dan menjelaskan fakta, konsep, hokum, teori yang telah dipelajari. Terangkan, Tukarkan,
Mengapa.
3. Aplikasi Tunjukkan, Kirakan,
Aras ini menguji kebolehan pelajar menggunakan fakta, konsep, hukum, teori, prinsip, Selesaikan, Demonstrasikan,
pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan. Susunkan, Uruskan, Gunakan
4. Analisis Bezakan, Bandingkan,
Aras ini menguji kebolehan pelajar membanding dan menghuraikan factor- Asingkan, Tafsirkan,
faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain. Bahagikan, Klasifikasikan
5. Sintesis Gabungkan, merekabentuk,
Aras ini menguji kebolehan pelajar mencantumkan, menggabungkan dan Bentukkan, Kumpulkan,
mengintegrasikan fakta-fakta atau idea-idea yang berkaitan. susunkan, Gubahkan,
Karangkan.
6. Penilaian Nilaikan, Rumuskan, Tafsirkan,
Aras ini menguji kebolehan pelajar membuktikan, menilaikan, mengesahkan, Kritikan, Bandingkan, Ulaskan,
mengkritik, merumuskan, atau memberi pendapat sesuatu penyataan, ciptaan, Bezakan, Huraikan, Buktikan.
karya, prinsip, teori dan sebagainya.

Teknik Kloz

Teknik menggunakan ujian kloz sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan
untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Sungguhpun teknik kloz memerlukan
prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar
dilakukan, dan sepatutunya boleh diuruskan oleh guru-guru bahasa Melayu. Dalam ujian kloz
pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam
sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara
keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya,

MSJ 2007 28
mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai
menurut makna keseluruhan teks.

Contoh:
Isikan tempat-tempat kosong dalam petikan berikut dengan perkataan-perkataan yang
sesuai, berdasarkan senarai.

Kerajaan negeri Johor bersedia ______ sedikit bantuan yang diperlukan _____ pihak
persendirian dalam usaha ______ bangunan tambahan di kawasan rumah _______ yatim
di situ untuk menampung _______ mereka. Sumbangan yang sentiasa ______ masuk
dari penderma-penderma atau _______ hartawan secara tidak langsung ______
membantu mereka dalam menjalankan ______ untuk memberi didikan serta ______ yang
sempurna kepada kanak-kanak berkenan.

Jawapan

Menguntukkan, kepada, para, menghadiahkan, kemunduran, percubaan,


oleh, membuat, penjagaan, anak-anak, ahli-ahli, menubuhkan, ketiadaan,
aktiviti, bertambah, budak-budak, telah, mengalir, kekurangan ganjaran.

Soalan Subjektif

Ujian subjektif ialah ujian yang terdiri daripada soalan yang memerlukan pelajar memberi tindak
balas secara lisan atau bertulis. Tindak balas pelajar mungkin bebas atau terhad. Sekiranya
bebas, tindak balas itu adalah karangan dan sekiranya terhad, ia mungkin merupakan satu ayat
sahaja. Tindak balas yang dikehendaki ditentukan oleh penggubal soalan ujian itu. Soalan ujian

MSJ 2007 29
subjektif boleh dibahagikan kepada item jenis struktur dan esei. Soalan esei pula terbahagi
kepada dua jenis iaitu tindak balas terhad dan jenis tindak balas lanjutan.

i. Item Jenis Struktur

Item jenis struktur merupakan item-item yang disusun dan diatur secara sistematik dan
berkembang untuk menjadi rangka kepada satu persoalan yang lebih besar atau berkaitan dengan
satu-satu tema. Ini terbentuk daripada satu atau dua bahagian iaitu jawapan yang mengandungi
beberapa patah perkataan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan.

Item-item struktur ini memberi pelajar panduan/ bimbingan/ rangka serta memberi rangsangan /
bahan asas untuk memulakan jawapan. Ia juga memberi tanda isyarat yang tetap bagi bertindak
balas terhadap soalan berdasarkan petunjuk markah dan ruang jawapan yang disediakan. Dalam
pembinaan item ini, beberapa item pendek boleh dihubungkan menjadi set item-item yang
dibentuk dengan menggunakan rangsangan yang sama. Sebagai satu ujian ringkas mengenai
sesuatu tajuk/ perkara , item struktur sebenarnya mengandungi elemen item objektif dan item
esei.

Jenis soalan struktur ini mengehadkan isi dan bentuk jawapan seseorang calon. Jawapan yang
diperlukan adalah pendek, iaitu satu atau dua ayat sahaja.

Contoh:

1.Bina ayat yang mengandungi:


(i) Kata kerja aktif tak transitif
____________________________________________________
(ii) Kata kerja aktif transitif
____________________________________________________
( 2 markah )

2. Beri dua contoh perkataan bahasa Melayu yang terkecuali daripada hukum
keselarasan vokal.
(ii) ____________________________________________________
(iii) ____________________________________________________
( 2 markah)

ii. Item Jenis Esei

Item jenis esei merupakan item yang memberi peluang kepada pelajar melakukan gerak balas
dalam tulisan dan lisan dengan perkataan sendiri. Gerak balas tersebut memerlukan jawapan
yang meluas dan bebas dari segi mengumpulkan fakta, menilai fakta, mengatur idea dan
mengembeling idea-idea secara logic hingga menghasilkan jawapan yang asli.

Item jenis esei boleh mengukur peringkat kognitif yang tinggi. Ia memberi peluang kepada calon
membuktikan tindak balas yang lebih kompleks. Tindak balas yang diberikan itu adalah subjektif

MSJ 2007 30
dan hanya berbeza dari segi mutu atau merit. Oleh itu, kebolehpercayaan pemarkahannya adalah
rendah.

Contoh pembinaan item esei.

a. Tindak balas terbatas (TBT)

1. Pantun merupakan pusaka bangsa Melayu.

(a) Nyatakan tiga bentuk pantun dan berikan contoh bagi tiap-tiap bentuk.
( 9 markah )

(b) Tuliskan sebuah pantun berkait yang mengandungi dua rangkap.


( 6 markah)

Item jenis TBT ini membataskan isi dan bentuk tindak balas. Ini dihadkan kepada skop atau
topik tertentu. Batasan dan bentuk ini dinyatakan dalam soalan. Item ini berupaya mengukur
aras kognitif isi yang terbatas. Batasan ini dapat mengurangkan masalah kebolepercayaan
pemarkahan.

1. Tindak balas lanjutan (TBL)

“ Membaca Kunci Kejayaan “. Cogan kata ini menunjukkan betapa pentingnya


membaca. Bincangkan cara-cara untuk menanam sikap suka membaca di kalangan
pelajar hari ini.
( 25 markah )

Pembinaan Ujian

Membina soalan-soalan ujian yang relevan dan boleh dipertahankan memerlukan kemahiran
teknikal dan kreatif. Banyak keputusan yang berkaitan dengan pelajar adalah dilakukan
bedasarkan keputusan ujian atau peperiksaan. Dari itu, guru adalah bertanggung jawab untuk
menyediakan ujian dengan teliti dan sistemastik agar kualiti ujian dapat dikawal rapi.

Pembinaan soalan adalah mudah sekiranya objektif pelajaran, dan hasil pengajaran yang ingin
diuji adalah jelas, dan pelan tindakan atau jadual penentuan ujian telah disediakan. Soalan-soalan
yang digubal seharusnya mematuhi pelan tindakan atau jadual penentuan dari aspek-aspek yang
berikut:
 topik yang akan diuji dan pemberatannya,
 kemahiran yang akan diuji dan pemberatannya,
 aras kesukaran soalan mengikut taksonomi Bloom, dan
 jenis soalan.

Dalam menentukan jenis soalan bagi sesuatu ujian, guru mempunyai pilihan untuk
mengemukakan antara soalan objektif dengan soalan subjektif. Sepertimana yang telah
dihuraikan di atas tadi, soalan objektif adalah jenis soalan yang memerlukan pelajar memberi
jawapan yang tepat dan ringkas supaya ia dapat diperiksa dengan mudah dan cepat. Justeru itu,
ujian objektif dikatakan mempunyai keobjektifan yang paling tinggi kerana semua pemeriksa
akan memberi markah yang sama kepada setiap soalan yang dikemukakan. Soalan jenis objektif
memerlukan sumbangan pelajar dan soalan yang cuma memerlukan pilihan. Soalan subjektif

MSJ 2007 31
pula terdiri daripada soalan tindak balas terhad (jawapan agak pendek) dan soalan tindak balas
lanjutan (jawapan panjang yang tidak terhad).

MSJ 2007 32
MSJ 2007 33
Prinsip-Prinsip Asas Dalam Pengujian dan Penilaian

Sesuatu penilaian dan pengujian yang baik dan bermutu ialah penilaian dan pengujian yang
hasilnya dapat dimanfaatkan untuk memperbaiki keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ini
bermakna, penilaian dan pengujian itu mestilah dapat memberikan maklumat setiap mungkin
tentang pencapaian atau prestasi pelajar kesan daripada proses pembelajaran yang mereka lalui.
Tentunya, untuk mendapatkan hasil yang sedemikian, penilaian dan pengujian itu mestilah
dirancang, digubal, ditadbirkan dan diinterpretasikan dengan sebaik-baiknya, iaitu berasaskan
prinsip-prinsip yang tertentu. Di antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam
pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah:

i. Penilaian dan Pengujian Itu Mestilah Mempunyai Sifat “Kesahan”


(validity).

Konsep kesahan dalam bidang penilaian dan pengujian dimaksudkan kepada ketepatan sesuatu
instrumen penilaian atau pengujian itu dalam mengukur, menilai atau menguji sesuatu yang
hendak dinilai, diuji dan diukur. Semakan tepat atau semakin hampir maklumat yang diperolehi
daripada penilaian dan pengujian tentang keadaan atau kedudukan sesuatu itu dengan keadaan
atau kedudukan yang sebenarnya, maka semakin tinggi nilai kesahan sesuatu instrumen pengujian
itu. Sebagai contoh, kalau tahap penguasaan bahasa yang sebenarnya, yang dimiliki seseorang
pelajar itu adalah sempurna, maka penilaian dan pengujian yang dapat dianggap mempunyai sifat
kesahan yang tinggi ialah apabila keputusan yang ditunjukkan oleh hasil ujian terhadap pelajar
tadi dapat menunjukkan bahawa tahap penguasaan bahasa pelajar itu adalah sempurna. Tetapi
kalau hasil penilaian dan pengujian memperlihatkan bahawa penguasaan pelajar itu hanya pada
tahap sederhana, maka pada dasarnya penilaian dan pengujian itu tidak berjaya mencungkil
maklumat sebenar tentang penguasaan bahasa pelajar tersebut. Maka dengan itu, instrumen
penilaian dan pengujian itu dianggap tidak mempunyai nilai kesahan yang tinggi.

Begitu juga halnya, kalau objektif penggubalan sesuatu instrumen ujian itu bertujuan untuk
menilai atau menguji sesuatu yang telah ditentukan secara khusus, katakanlah untuk menguji
keluasan dan keberkesanan pengunaan perbendaharaan kata, tetapi kandungan atau butiran-
butiran dalam instrumen ujian itu tidak dapat mengukur objektif tersebut dengan tepat, misalnya
butiran-butiran ujian hanya menyentuh tentang penggunaan kata-kata.

ii. Kebolehpercayaan Ujian.


Kesahan ujian merujuk kepada soalan adakah sesuatu ujian itu mengukur apa
yang hendak diukur. Kebolehpercayaan ujian pula merujuk kapada soalan adakah sesuatu ujian
itu mengukur apa yang diukur dengan tepat. Memang semua ujian yang dihasilkan akan memberi
maklumat yang tepat. Ketepatan ujian yang dimaksudkan di sini adalah lebih kepada ketekalan
atau konsistensi sesuatu ujian.

Sesuatu penimbang atau neraca sebagai alat untuk menimbang berat adalah dikatakan penimbang
yang boleh dipercayai jika penimbang itu dapat memberi bacaan yang sama atau tekal
(konsisten) bagi berat bahan yang sama di ketika-ketika yang berlainan. Ujian juga boleh
berfungsi sama dengan penimbang tadi. Sekiranya pelajar mengambil ujian yang mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi, ini bermakna bahawa markat atau skor yang diperolehi pelajar
akan sentiasa diperoleh tidak kira bila ketikanya pelajar ini mengambil ujian yang sama tersebut.

Walau bagaimanapun, secara realiti, tidak mungkin pelajar akan mencapai skor atau markat yang
sama jika pelajar tersebut mengambil ujian yang sama berulang kali. Pelajar yang menduduki
sesuatu ujian berulang kali mungkin akan mencapai skor yang lebih baik kerana telah

MSJ 2007 34
mempelajari daripada kesalahan yang telah dilakukan hasil daripada ujian kali pertama. Ataupun,
pelajar berkenaan akan mencapai keputusan yang semakin menurun hanya disebabkan oleh
penurunan motivasi, atau disebabkan keletihan mengambil ujian. Secara lazimnya, bagi
menentukan kebolehpercayaan ujian, pengujian dilakukan sebanyak dua kali, bukannya dengann
ujian yang sama, bahkan dengan ujian yang mengandungi item atau soalan yang setara.

Bagi menjamin kebolehpercayaan ujian yang tingi, keadaan ujian perlu dikawal agar tidak timbul
selisihan antara pelajar yang mengambil ujian. Jika ujian memberi maklumat yang tepat dan
konsisten, maka ukuran ini mempunyai selisihan yang sedikit atau tiada langsung. Keselarasan
keadaan bagi setiap pelajar perlu dipastikan supaya semua pelajar yang mengambil ujian adalah
sama. Kawalan punca-punca atau faktor-faktor yang menghasilkan selisihan adalah amat penting
dalam pembentukan dan pentadbiran ujian. Punca-punca seperti kesihatan dan emosi calon,
keadaan persekitaran, cara memeriksa, dan bilangan soalan yang terlalu banyak boleh
menyebabkan pengurangan kebolehpercayaan ujian. Walau bagaimanapun, secara am, semakin
bilangan soalan berrtambah, semakin tepat pencapaian sesuatu pelajar.

Kebolehpercayaan sesuatu ujian boleh dipertingkat jika prinsip-prinsip berikut diikuti:

 Banyakkan soalan agar tidak menggalakkan pelajar meneka (asalkan tidak


terlampau banyak);
 Arahan serta soalan adalah terang, senang difahami dan tidak mengelirukan;
 Ujian sepatutnya dalam bentuk yang sanggup ditadbir oleh guru seperti ujian
bertulis;
 Masa yang cukup perlu diberikan kepada pelajar dan guru untuk membuat
persediaan;
 Semua pelajar yang mengambil ujian perlulah disediakan dengan keadaan yang
sama dan selesa supaya mereka dapat menjawab soalan dengan sebaik-baiknya
dengan tidak berlaku keadaan tidak adil; dan
 Semakin objektif permarkahan maka semakin tinggi kebolehpercayaan. Dari itu,
jika ujian yang diberikan adalah dalam bentuk subjektif seperti ujian esei, dari itu
skema permarkahan yang jelas perlulah disediakan dan diikuti dengan
sepenuhnya oleh semua pemeriksa.

Rumusan

Dalam proses pembinaan item ujian beberapa perkara yang berhubungan dengan pembinaan item
ujian tersebut harus dipertimbangkan. Di antaranya ialah objektif ujian, kandungannya,
kemahiran-kemahiran yang akan diuji dan seterusnya aras ujian itu sendiri. Dengan kata lain,
pembina item ujian harus memahami terlebih dahulu akan objektif yang perlu dicapai oleh
pelajar-pelajar berdasarkan bahan-bahan dalam sukatan pelajaran bagi satu-satu program
pengajaran dan pembelajaran itu.

MSJ 2007 35
7.1.5 Jenis Ujian

Terdapat dua jenis ujian, iaitu ujian formatif dan ujian sumatif. Perbezaan antara kedua-dua jenis
ujian tersebut pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa pengajaran dan
pembelajaran atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji.

i. Ujian Formatif

Ujian formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu unit
kemahiran atau subkemahiran bahasa yang telah diajar. Baisanya, skop pengajaran dan
pembelajaran ujian tersebut dibina agak terhad dan tidak luas. Ia berbentuk khusus dan terhad
hanya kepada unit tertentu dalam pendidikan bahasa. Biasanya, ujian tersebut berasaskan sesuatu
kemahiran, subkemahiran atau sesuatu aspek bahasa yang telah diajar dalam jangka masa yang
pendek seperti mingguan atau bulanan. Tujuan utama Ujian Formatif ini dibina dan dijalankan
oleh guru ialah untuk menguji kemajuan murid dalam mencapai atau menguasai subkemahiran
bahasa dalam membentuk sesuatu kemahiran bagi bacaan dan kefahaman, aspek tertentu dalam
tatabahasa seperti dalam penggunaan imbuhan awalan atau/dan akhiran, atau ujian
pembendaharaan kata tentang beberapa sinonim atau antonim yang boleh digolongkan dalam
ujian jenis ini. Contohnya dalam bulan Januari, guru telah mengajar muridnya 10 simpulan
bahasa, dan pada akhir bulan itu dia ingin menguji pemahaman muridnya tentang simpulan
bahasa yang telah diajar dalam bulan itu. Oleh kerana skop pengajaran dan pembelajaran
berbentuk Ujian Formatif itu diasaskan dan dibina secara terhad maka ujian tersebut sudah
semestinya tidak menyeluruh dalam semua kemahiran atau aspek bahasa.

ii. Ujian Sumatif

Ujian Sumatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji pencapaian
murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar secara jangka masa yang panjang,
seperti selepas satu semester atau satu tahun persekolahan. Skop pengajaran dan pembelajaran
yang berbentuk Ujian Sumatif itu diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua
kemahiran dan aspek bahasa. Misalnya ujian bahasa yang dibina oleh guru untuk ujian akhir
semester dan tahun, atau oleh Lembaga Peperiksaan bagi tahap penting persekolahan seperti
Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi penghujung persekolahan menengah rendah dan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi penghujung
persekolahan menengah dan menengah atas adalah merupakan ujian bahasa yang bercorak
sumatif. Biasanya, kemahiran-kemahiran bahasa yang diuji adalah banyak dan menyeluruh
seperti lisan, bacaan dan penulisan. Aspek-aspek bahasa yang lain seperti tatabahasa,
perbendaharaan kata, semantik dan peribahasa (simpulan bahasa atau/dan perumpamaan), dan
seumpamanya kerap juga menjadi bahan ujian dalam ujian bahasa yang bercorak sumatif.

MSJ 2007 36
iii. Perbezaan ujian formatif dan sumatif

Ujian formatif Perbezaan Ujian sumatif

1. Maklum balas kepada pelajar dan guru: Fungsi 1. Pensijilan atau


kemajuan dan kelemahan. penggredan

2. Sepanjang pengajaran Masa 2. Pada akhir unit/kursus

2. Kognitif, psikomotor dan afektif Penekanan 3. Kognitif

4. Terhad kepada tugasan Sifat 4. Beraneka jenis

5. Berubah-ubah Kesukaran 5. Senang - sukar

6. Dibentuk khas Alat 6. Peperiksaan akhir


tahun

7. Rujukan kriteria Jenis ujian 7.Rujukan norma

8. Gagal/lulus Pelaporan 8. Jumlah skor

9. Ujian bulanan/lembaran kerja Contoh 9. UPSR, PMR, SPM

7.1.6 Kaedah Penilaian

Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel,
bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira
keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan
pelajar diambil kira. Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu
ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan. Untuk itu, pelajar yang menunjukkan
prestasi cemerlang akan dibimbing dan diberi peluang untuk integrasi menegak supaya
potensinya dapat dimaksimumkan. Pelajar yang lemah pula akan dibimbing dalam program
pemulihan supaya dia dapat memperbaiki prestasinya. Dengan demikian, guru perlu didedahkan
kepada pelbagai cara untuk menjalankan penilaian di dalam bilik darjah dengan lebih berkesan.
Seterusnya, langkah-langkah untuk memastikan penilaian itu adalah sah dan mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi hendaklah ditekankan.

I. Portfolio
i. Apakah Porfolio?
Koleksi ini meliputi:
Portfolio ialah satu cara mengumpul koleksi
 memilih kandungan
pelajar yang menunjukkan usaha pelajar,
 menentukan kriteria pemilihan
kemajuan dan prestasi dalam satu/ beberapa
 menentukan penilaian bidang.

MSJ 2007 37
 refleksi kendiri pelajar

Portfolio juga terdiri daripada bahan-bahan yang menunjukkan kemajuan pelajar terhadap
pencapaian matlamat pembelajaran untuk satu jangka masa (Ryan & Kuhs, 1993). Juga,
merupakan satu sistem pelbagai dimensi yang memberi gambaran lengkap tentang kebolehan dan
perkembangan pelajar ( Harlin, 1992).

Kesimpulannya, portfolio merupakan satu bentuk sejarah pembelajaran pelajar yang


didokumentasi dan diperkukuhkan dengan bukti-bukti hasil kerjanya dan kesedaran baru melalui
penulisan reflektif ( Shulman, 1992).

Tujuan Portfolio

Tujuan portfolio ialah untuk:

 memberi peluang pelajar mendokumentasikan kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh


melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan.

 Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara


sistematik.

 Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi.

Kegunaan Portfolio

Portfolio digunakan untuk:

 menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment).

 menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan (performance assessment).

 Digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred.

 menilai secara sumatif pembelajaran pelajar.

 menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar.


Ciri-Ciri Portfolio

 Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat, halatuju, prosedur


kerja, pengalaman dan harapan.
 Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara autentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk
pelajar menghasilkan kerja yang original melalui pengalaman sendiri ketika melakukan
kerja-kerja amali atau kerja lapangan (field work). Hasil kerja didokumentasikan dalam
pelbagai bentuk yang boleh menunjukkan keasliaannya.
 Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen dan
cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran.
 Memuatkan catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi
tentang kerja yang sudah dibuat untuk menentukan tindakan susulan.

MSJ 2007 38
 Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar
sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.

Kandungan Portfolio

 Sampel tulisan pelajar


 Laporan tinjauan buku
 Rakaman video
 Sampel aktiviti komputer Cadangan Bahan-
 Senarai buku rujukan bahan Bukti
 Projek atau kerja kursus Portfolio
 Markat-markat ujian

Jenis Contoh Jenis Bahan

A. Bahan Bukti Perlakuan i. senarai semak


ii. borang prestasi, laporan kemajuan
Bahan bukti perlakuan (performance)  P&P di bilik darjah
pelajar yang menunjukkan prestasinya  Di padang ( mata pelajaran PJK)
dalam bidang yang berkenaan dengan  Di makmal ( Sains)
tugasnya.  Di bengkel KH/ ERT
iii. rakaman audio-video
iv. surat/ sijil pengiktirafan
B. Bahan Bukti Bertulis i. kertas kerja
ii. artikel/ esei
Bahan tulisan hasil usaha pelajar secara iii. catatan nota
individu atau secara kolaboratif. Bahan iv. perancangan/ jadual kerja
yang dimuatkan mestilah menunjukkan v. skrip jawapan ujian
proses dalam penghasilannya. vi. surat yang ditulis oleh pelajar
vii. pengurusan grafik
viii. petikan jurnal
ix. penulisan/ komen refleksi

c. Bahan Sokongan i. bahan fotostat yang berkaitan


ii. gambar foto
Bahan sokongan sebagai lampiran atau iii. nota kuliah
ilustrasi untuk mengukuh dan iv. carta/ graf/ jadual
memantapkan hasil tulisan. v. bibliografi

MSJ 2007 39
Jenis-jenis Portfolio

a. Portfolio Kerja
 Koleksi hasil kerja harian pelajar.
 Mengandungi catatan, lakaran, deraf awal, hasil akhir.
 Kebanyakan bahan dipilih oleh pelajar.
 Menggalakkan perkembangan diri melalui proses refleksi.
 Memberi peluang kepada guru untuk melihat dan membuat refleksi
mengenai keberkesanan proses pengajaran.

b. Portfolio Dokumentari
 Koleksi kerja pelajar yang dikumpulkan khusus untuk penilaian.
 Kandungan bukan sahaja hasil akhir tetapi termasuk juga bukti proses yang
dilalui untuk menghasilkannya.
 Bahan dalam portfolio menggambarkan pencapaian pelajar mengenai hasil
pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran.

c. Portfolio Hasil
 Menggambarkan pencapaian objektif pembelajaran dalam satu-satu bidang
pembelajaran.
 Bahan bukti mencerminkan pencapaian pelajar.
 Koleksi bahan yang dipilih khas untuk menggambarkan hasil terbaik seseorang
atau kumpulan pelajar
 Hanya mengandungi hasil akhir.

Perbezaan Antara Penialain Tradisional Dengan Penilaian Portfolio


Dimensi Penilaian Tradisional Penilaian Portfolio

Tujuan Sumatif: rumusan apa yang telah Formatif: menjana input


Ujian berlaku. Developmental: diagnostik
Judgmental: paksa pelajar untuk
belajar.
Fokus Produk Pengajaran: Proses Pengajaran:
 Aktiviti rekabentuk guru  Aktiviti rekabentuk pelajar
 hafazan  Pemikiran dan bersepadu

Maklum Satu skor sahaja; muktamad; tidak Komen dari rakan sebaya, guru:
balas boleh ubah. Sepanjang proses dan ada masa untuk
mengubah

Tujuan  Kertas dan pensel  Pelbagai tugasan


Ujian  Skop sempit  multimedia
 formal  multidimensi
 autentik
 informal

Pengurusan Ambil masa untuk tentukan keputusan  Bersepadu dalam rutin kelas
Bilik Darjah  Maklum balas semerta

MSJ 2007 40
Garis Rujukan Norma Rujukan Kriteria
Panduan
II. Pemerhatian
Pemerhatian ialah:
 dilakukan secara berterusan tentang keberkesanan pengajaran dan
pembelajran;

 Diperhatikan secara menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif, psikomotor,


faktor bahan dan persekitaran;
 Boleh dilaksanakan dengan instrumen seperti senarai semak, skala kadar, rekod
anekdot dan rekod profil;
 Boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi masing-
masing.

ii. Jenis Pemerhatian

Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai/ diperhati iaitu:
 Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran (interpretasi) dan tanggapan
(judgment).
 Memerhati apa yang telah dirancang secara ‘open ended’.
 Memerhati untuk jangka pencdek dan jangka panjang.

iii. Strategi Pemerhatian

Strategi pemerhatian dilakukan secara:


 berterusan mengikut keperluan yang dirancang.
 gobal atau analitik mengikut objektif pemerhatian.
 menyesuaikan jangka masa pemerhatian dengan keadaan dan keperluan.
 menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang
merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran
 mengambil tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang dijalankan.

iv. Fungsi Pemerhatian

a. Penilaian melalui pemerhatian boleh:


 digunakan oleh guru untuk melihat perkembangan individu/
kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran.
 dibuat oleh pelajar ( individu/ kumpulan) untuk melihat tahap
pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran.
 dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti
projek.

b. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/ pelajar merancang


tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seperti:
 menjalankan aktiviti pemulihan/ pengukuhan.
 meningkatkan motivasi pelajar.

MSJ 2007 41
 mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri yang sesuai dengan
minat dan keupayaan serta prestasi pelajar.

c. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru membuat refleksi


terhadap keberkesanan peranan sendiri sebagai penyampai maklumat,
pemudahcara, pendidik dan mentor.

d. Pemerhatian yang terancang membantu guru:


 mengetahui sejauh manakah minat pelajar terhadap pelajaran dan
apakah yang mendorong/ menolak minat tersebut.
 mengesan sama ada strategi pengajaran guru memberi kesan yang
positif.
 mengesan kemampuan / tahap pemikiran pelajar.
 mengesan tahap penguasaan bahasa pelajar.
 menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan perancangan.
 mendapatkan petunjuk untuk mengesan sikap pelajar terhadap
pelajaran, rakan sebaya, dan diri sendiri.

III. Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

Pengenalan
Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi
hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan
dilaksana dan dihasilkan dalam jangka waktu dan juga

corak penilaian tugasan yang ditetapkan sendiri oleh individu berkenaan. Antara kaedah yang
paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran. Kontrak Pembelajaran
atau dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak
yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu
tugasan, secara bertulis.

Persetujuan ini biasanya meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan penghasilan tugasan
yang berkenaan, iaitu:

 Bentuk akhir tugasan yang dihasilkan - Tahap manakah tugasan itu perlu disiapkan?
 Bagaimana tugasan itu akan dilaksanakan - Adakah secara individu atau berkumpulan?
Jika berkumpulan, bagaimanakah input yang diharapkan daripada setiap individu yang
terlibat?
 Berapa lama, dan bila tugasan itu perlu disiapkan - perlukah tugasan itu dinilai secara
berproses, atau pada hasil akhirnya sahaja?
Jika berproses, bagaimanakah pula penilaian dibuat pada setiap proses?
 Konsekuen yang akan diterima oleh pihak yang gagal memenuhi/mematuhi kontrak
tersebut. Misalnya, penolakan jumlah markah tertentu akan dibuat sekiranya didapati ada
individu di dalam sesuatu kumpulan enggan memberi kerjasama kepada kumpulannya.

Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak telah bersetuju dengan syarat-syarat
atau kriteria-kriteria yang disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi dalam kriteria di atas.
Kriteria ini ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.

MSJ 2007 42
ii. Fungsi Kontrak Pembelajaran

Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap keupayaan
kendiri untuk membolehkan pelajar:

a. mengenal pasti dan merekod,


b. menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri,
c. mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai
matlamat tersebut,
d. menetapkan jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya,
e. mempamerkan bukti yang menunjukkan bahawa objektif telah tercapai,
f. menentukan bagaimana dan pada tahap mana pencapaian matlamat
pembelajaran/tugasan akan dinilai.
g. menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan
keupayaan sendiri,
h. menghasilkan kerja yang terancang,
i. membuat refleksi bukan sahaja pada akhir tugasan tetapi juga pada
sepanjang proses kerjanya iaitu dari awal hingga ke hasil terakhir.

iv. Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan?

Kontrak ini boleh digunakan dalam pelbagai cara mengiut tahap penglibatan pelajar dalam
menentukan objektif, kaedah, dan penilaian tugasan yang berkenaan.
Antara cara-caranya ialah:

a. Penilaian objektif tugasan


 objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan
strategi perlaksanaannya, atau
 beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar kemudian
memilih mana-mana yang difikirnya paling sesuai, atau
 pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudiannya mana-
mana yang paling sesuai dan dipersetujui oleh guru.

b. Hasil Pembelajaran
 pelajar yang berkenaan bertanggungjawab terhadap strategi
pembelajaran bentuk tugasannya sama ada dalam bentuk
portfolio, laporan kajian, rencana dsb.
 jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan terlebih
dahulu oleh guru.

c. Penilaian
 dalam kontraknya, pelajar menyatakan gred akademik yang
diharapkan, dan sistem penggredan untuk keseluruhan proses
pelaksanaan tugasan yang berkenaan; atau
 sistem penggredan dan kaedah penilaian keseluruhan proses dan
hasilan tugasan ditentukan oleh guru; atau

MSJ 2007 43
 gred terakhir boleh dibincangkan, dan kompromi di antara guru
dan pelajar tersebut; berdasarkan syarat-syarat atau kriteria
tertentu,
 Penilaian dibuat oleh individu berkenaan dan rakan sebaya.
Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin
kesahan dan kebolehpercayaannya. Guru juga memberi kata
putus terhadap gred akhirnya mendapat persetujuan ketiga-tiga
pihak yang terbabit, atau ditetapkan oleh guru sahaja.

d. Format / Bentuk

Keperluan tugasan/kontrak pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk


tertentu mengikut keperluan kursus/tugasan dan pihak yang terlibat.
Sesetengah kursus/tugasan/projek memerlukan kontrak yang amat
formal, yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi (selepas
dipersetujui bersama oleh semua pihak yang terlibat dalam penghasilan
dan penilaiannya). Sebaliknya, kontrak pembelajaran juga boleh dibuat
secara tidak formal tetapi terancang dan jelas.

Seperkara lagi, anda perlu ingat bahawa:

 Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan


pelajar, sementara penggredan perlu dikawal oleh guru agar
kesahannya tidak terjejas.

 Bagi setiap kontrak pembelajaran, senarai semak bagi butiran yang


hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu juga
dilampirkan. Senarai semak ini mesti disusun bersama penghasilan
dan penilaian tugasan, ataupun ditetapkan oleh guru dan
dibentangkan kepada pelajar semasa membuat ‘negotiation’ sebelum
mematrikan kontrak tersebut. Format senarai semak boleh dibuat
mengikut keperluan kursus, tugasan dan persetujuan bersama oleh
kesemua pihak yang terlibat.
 Untuk membuat kontrak pembelajaran, terlebih dahulu peserta akan
menentukan matlamat yang akan dicapainya pada akhir kerja atau
tugasan yang berkenaan. Kemudian dia akan memastikan pula
kaedah dan prosedur serta jangka waktu yang akan diambil olehnya
pada tahap tertentu dalam proses menyempurnakan
tugasan/projek/kerja tersebut. Kesemua rancangan ini akan
dirakamkan di dalam bentuk kontrak pembelajaran yang
ditandatangani sendiri. Kontrak ini kemudian akan menjadi
dokumen yang akan mengingatkannya tentang objektif/tujuan
kerjanya, tahap kerja yang telah disempurnakan di samping memberi
maklumat tentang apa yang perlu dibuatnya.

MSJ 2007 44
Contoh Format Kontrak Pembelajaran Individu

KONTRAK PEMBELAJARAN

Mata Pelajaran : ...................................................


Nama : ...................................................
Tahun / Tingkatan : ...................................................
Tugasan : ...................................................

Objektif :

1.--------------------------------------------------------------
2.-------------------------------------------------------------
3.-------------------------------------------------------------

Perkembangan Apa yang saya Bagaimana saya Jangka waktu Bagaimana


Peringkat mahu capai pada akan laksanakan pelaksanaan penilaian bagi catatan
peringkat ini peringkat ini. peringkat ini peringkat ini
dibuat

Tandatangan kendiri Tandatangan rakan sebaya Tandatangan guru

................................. ................................. ....... ................................


Nama: Nama: Nama:

IV. Penilaian Melalui Projek


i. Pengenalan

Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau
membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar( Wiggins,
1989).
ii. Ciri-Ciri Penilaian Projek

 Projek / tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik)


 Menggunakan jangka panjang.
 Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.

MSJ 2007 45
 Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian alternatif. Tiada didapati
satu jawapan yang benar.
 Pelajar dikehendaki melibatkan diri secara aktif:
- membuat / menyediakan projek
- kumpulan koperatif
 Pelajar boleh menjalankan tugasan secara individu atau berpasukan.
 Sintesis pengetahuan yang dikumpul dan menilai pembelajaran.
 Peluang menilai pelajar dalam:
- kreativiti
- kemahiran merancang
- integrasi pengetahuan
- kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.
 Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji / membentukkan sesuatu
 Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu
 Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah
 Aktiviti yang bermakna

Dengan itu penilaian projek ini dapat :


 mengulkur proses meta-kognitif dan sikap pelajar.
 Memperoleh skor yang diberi berdasarkan kriteria spesifik.
 Membantu pelajar mengesan bidang-bidang kelebihannya dan
menggunakan kelebihan ini sebaik mungkin.

iii. Jenis-jenis Penilaian Projek

 Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan atau
bertulis ( main peranan).
 Extended tasks assignment – menulis puisi, melaksana dan menerangkan
keputusan ujikaji, membina model.
 Portfolio – koleksi tugasan berdasarkan prestasi.
 Tugasan prestasi – drama, lakonan, persembahan, poster atau model.

V. Penilaian Melalui Ujian.

i. Pengenalan
Penilaian memerlukan bukti dan maklumat secara kuantitatif dan kualitatif sebelum satu
pertimbangan mengenai perkembangan dan prestasi pelajar dapat dibuat. Maklumat
yang bersifat kuantitatif tentang pelajar lebih mudah diperoleh melalui pelbagai ujian
manakala maklumat kualitatif seperti sikap, perlakuan, minat dan nilai diperoleh melalui
kaedah bukan ujian ( pemerhatian, portfolio, projek, dll).

Penilaian di sekolah perlu memberi peluang pelajar mengembangkan potensinya secara bebas.
Untuk mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan
tidak menakutkan pelajar, penilai perlu mengambil kira keperluan dan kemampuan individu, serta
kepelbagaian cara supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Pelajar yang berlainan gred
misalnya, boleh mengambil ujian yang sama. Dengan cara multiple dilevery, ini akan menjadi
motivasi kepada seseorang pelajar untuk meningkatkan pencapaian supaya selaras dengan
pencapaian pelajar lain.

MSJ 2007 46
Penilaian formatif dapat mengesan kejayaan dan kegagalan pembelajaran pelajar serta dapat
mengukur kemajuan pelajar setelah mereka melalaui satu-satu unit pelajaran. Pencapaian pelajar
direkod dalam Laporan Prestasi dan Rekod Profil untuk memudahkan guru mengikuti
perkembangan pembelajaran setiap pelajar. Tindakan susulan juga dapat dibuat serta merta. Ini
bermakna pelajar yang berprestasi cemerlang diberi peluang diintegrasikan pembelajarannya
secara menegak (vertical integration) mengikut tahun / tahap yang lebih tinggi dan diintegrasikan
secara mendatar (horizonatal integration) mengikut unit-unit pembelajaran yang lebih tinggi
dalam tahun/tahap yang sama. Manakala pelajar yang berprestasi rendah, tindakan susulan serta
merta akan diambil bagi memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki kemahiran dan
pengetahuan yang belum dikuasai mengikut kemampuan (patching) sehingga membolehkannya
mengikuti unit pembelajaran seterusnya. Dengan alat perkakas dan sumber yang sesuai serta
perisian dan bank item yang besar, kaedah Computer Adadtive Testing (CAT) dapat
melaksanakan tugas pengujian ini dengan berkesan.

Pada akhir sesuatu tempoh semester atau tahun, guru juga boleh mendapatkan gambaran prestasi
keseluruhan pelajar bagi menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penilaian
sumatif. Penilaian seumpamana ini sedang dilakukan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian
Pelajaran Malaysia. Kedua-dua penilaian formatif dan sumatif saling membantu untuk
membentuk satu program penilaian yang berkesan.

Ujian yang baik perlu ada item yang bermutu. Analisis item yang dijalankan selepas sesuatu ujian
atau praujian membantu dalam hal pemilihan item. Satu kumpulan item
( item pool) yang besar akan memastikan guru memperoleh item yang diperlukan dari semasa ke
semasa. Untuk memastikan item pool atau bank item yang mengandungi item pelbagai strand
atau kemahiran yang bermutu dari semasa ke semasa, perkara berikut perlu dilaksanakan.

 Pelbagai jenis ujian dan item yang bermutu dibina


 Analisis item dijalankan untuk memastikan item bermutu dipilih

ii. Perancangan Ujian

Aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan ujian termasuk unsur-unsur


motivasi, refleksi, mencabar minda, menimbulkan celik akal, mengurangkan tekanan,
menimbulkan kesediaan, dan sentiasa bersedia untuk mengambil peperiksaan seterusnya.

Sebelum mentadbirkan ujian, sudah pasti perlu merancang beberapa strategi supaya ujian itu
dapat mengukur perkara yang hendak diukur. Strategi berikut boleh dijadikan panduan semasa
merancang ujian jenis objektif.

Langkah 1 : Tahukah tujuan ujian?


i. Mendiagnos kekuatan dan kelemahan seseorang pelajar.
ii. Menilai kemahiran prasyarat.
iii. Menilai tahap penguasaan ilmu.
iv. Merancang program pemulihan dan pengayaan.

MSJ 2007 47
Langkah 2 : Tahukah bidang yang akan dinilai?
i. Aspek kognitif.
ii. Aspek afektif- nilai/sikap
iii. Aspek kemahiran:
 pedagogi
 pemudahcaraan
 berfikir
 belajar
 teknologi maklumat (IT)
iv. Aspek personaliti
 tingkah laku
 gaya kognitif
 pelbagai kecerdasan ( mutiple intelligences)
 kecerdasan emosi ( emotional intelligence)

MSJ 2007 48
7.1.7 Instrumen Penilaian

Terdapat beberapa alat atau instrumen untuk menilai kemahiran bahasa . Ada antaranya telahpun
dihuraikan dalam tajuk pembinaan item dan kaedah menilai bahasa seperti kloz, penyoalan, dan
senarai semak. Contoh instrumen pengujian yang lain ialah rubrik, skala Linkert, dan
pengurusan grafik. Adalah perlu diingat bahawa kesesuaian alat dan kaedah serta tujuan
penilaian adalah penting untuk memperoleh kesahan dan kebolehpercayaan pengujian. Ini adalah
kerana setiap alat atau instrumen mempunyai keberkesanan masing-masing untuk mengukur
kemahiran bahasa yang berbeza juga.

Jenis-jenis Alat/ Instrumen Penilaian Bahasa

i. Rubrik

Soalan 1: (30 markah)

ISI (20%) : (6 markah) PMT (50%) : (15 markah)

Tugasan 1 (4 markah)
(5 markah)
A. Sebutan
 Penutur bahasa kedua
1. Dialek  Pengaruh dialek
- pikiak  Pengaruh bahasa pasar
- bah......tu  Guru yang tidak menggunakan bahasa baku
- cigu  Murid yang mempunyai pelbagai latar belakang
- baghu bahasa/dialek
 Mana-mana yang sesuai.
2. Bukan penutur jati.

B. Struktur Ayat

- lama-lama pandailah kau orang


- jawab sajalah itu latihan
- ini cakap banyak pulak
- bolehlah bah.....

MSJ 2007 49
Tugasan 2 ( 2 markah) (10 markah)
latih tubi pasangan minimal
1. Latih tubi  Menyatakan perkataan yang hampir sama bunyi
dengan perkataan dalam petikan.
 Latih tubi pasangan minimal Contoh: orang-orang
 Latih tubi pemintal lidah  Contoh aktiviti: ulangan sebutan secara individu,
 Latih tubi tukar ganti kumpulan dan kelas

Latih tubi pasangan pemintal lidah


 Dapat menyenaraikan perkataan yang bermasalah:
[r]
 Proses pengulangan: dari perlahan – semakin
cepat.
 Aktiviti berpasangan, kumpulan dan kelas.

Ayat
 Latih tubi tukar ganti
 Menyediakan rajah tukar ganti : subjek, predikat.

KEFAHAMAN KONSEP (20%) : (6 Markah)

 Menyatakan punca berlakunya kesilapan.


 Dapat menjelaskan teknik yang dipilih.
 Mematuhi prinsip teknik latih tubi.

KOMINIKASI (10%) : ( 3 markah)

 Penggunaan ayat yang gramatis.


 Pemilihan perkataan yang sesuai.
 Kesilapan ejaan yang minimum.

RUBRIK

Soalan 1

Markah / Gred 90-100 80-89 75- 70-74 65-69 60-64 55-59 50-54 40-49 30-39 0-29
A A- 79 B B- C+ C C- D+ D E
Kriteria B+
 Menyatakan 4  Dapat  Dapat  Dapat  -0-1 perkataan
kesilapan menyatakan 3 menyatakan 4 menyatakan 2  2 ayat
perkataan kesilapan perkataan perkataan  kurang tepat dan
Penguasaan Isi  Dapat perkataan.  Dapat  Dapat kurang jelas.
Kandungan menyenarikan  Dapat menyatakan 4 menyatakan 2
(20%) 4 kesilapan menyenaraikan 3 perkataan struktur ayat
struktur ayat kesilapan ayat  Kurang jelas  Dengan jelas dan
dengan jelas dengan jelas dan dan tepat. tepat.
tepat.

MSJ 2007 50
 dapat  . dapat  Dapat  Dapat  Dapat
menyatakan menyatakan punca menyatakan menyatakan menyatakan
Kefahaman punca berlakunya punca punca berlakunya punca
Konsep (20%) berlakunya kesilapan berlakunya kesilapan berlakunya
kesilapan  dapata kesilapan  Dapat kesilapan
 dapat menyatakan teknik  Dapat menyatakan  Dapat
menjelaskan yang dipilih menyatakan teknik yang menyatakan
teknik yang  mematuhi teknik yang dipilih teknik yang
dipilih prinsip penggunaan dipilih  Mematuhi prinsip dipilih
 mematuhi teknik  Mematuhi penggunaan  Mematuhi
prinsip penerangan prinsip teknik prinsip
penggunaan masih jelas. penggunaan Kurang tepat penggunaan
teknik teknik dan kurang jelas. teknik
penerangan Tepat tetapi Tidak
jelas kurang jelas menjawab
/menjawab
kurang jelas.

Markah /Gred 90-100 80-89 75- 70-74 65-69 60-64 55-59 50-54 40-49 30-39 0-29
A A- 79 B B- C+ C C- D+ D E
Kriteria B+
 dapat  Dapat  Dapat  Dapat  Dapat
menyatakan 5 menyatakan 4 menyatakan 3 menyatakan 2 menyatakan 1
Penguasaan punca punca berlakunya punca punca berlakunya punca
Kemahiran berlakunya kesilapan berlakunya kesilapan. berlakunya
Proses Berfikir kesilapan  Dapat kesilapan  Dapat memberi 2 kesilapan
(50%)  dapat memberi memberi 2 contoh  Dapat contoh aktiviti  Dapat memberi
3 contoh aktiviti latih tubi memberi 2 latih tubi 1 contoh aktiviti
aktiviti latih pasangan minimal contoh pasangan latih tubi
tubi pasangan  Dapat aktiviti latih minimal. pasangan
minimal memberi 2 contoh tubi pasangan  Dapat memberi minimal
 dapat memberi latih tubi tukar minimal contoh latih tubi  Tidak dapat
2 contoh latih ganti  Dapat tukar ganti memberi contoh
tubi tukar ganti  Penerangan memberi 2  Penerangan tepat  Penerangan
 penerangan tepat dan jelas. contoh latih jelas. kurang tepat dan
jelas dan tepat tubi tukar kurang jelas.
ganti
 Penerangan
tepat jelas
 Persembahan  Persembahan  Persembahan  Persembahan  .persembahan
Kemahiran sangat tersusun baik dan menarik kurang yang memuaskan yang tidak
Komunikasi dan menarik  Penguasaan tersususn dan  Penguasaan tersusun
(20%)  Penguasaan bahasa baik dan menarik bahasa dan  penguasaan
bahasa sangat pengelolaan hujah  Penguasaan pengelolaan hujah bahasa dan
baik mantap. bahasa dan memuaskan. pengelolaan
 Pengelolaan pengelolaan hujah lemah.
hujah sangat hujah kurang
mantap mantap

MSJ 2007 51
Rumusan
Penaksiran dan penilaian kemahiran bahasa dan aspek bahasa wajar dijalankan secara berterusan,
iaitu secara formal atau tidak formal dengan pelbagai bentuk pentaksiran dan pelbagai jenis
instrumen yang sesuai dengan kemahiran berbahasa. Penilaian berterusan perlu dijalankan secara
sistematik dan bijak kerana penguasaan kemahiran berbahasa dan aspek bahasa tidak berlaku
dengan serta merta tetapi merupakan proses developmental.

Tegasnya, sepertimana yang telah dihurai dan perbincangkan terdahulu, jelaslah bahawa dalam
pengajaran bahasa, penilaian adalah sama pentingnya dengan sukatan pelajaran, bahan pengajaran
dan pembelajaran serta pendekatan pengajaran yang digunakan. Penilaian sangat penting untuk
memastikan bahawa objektif pengajaran tercapai.

MSJ 2007 52

You might also like