You are on page 1of 4

Matematik selalunya didefinisikan sebagai pembelajaran/kajian mengenai corak struktur,

perubahan dan ruang, atau dengan kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah.
Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak
menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada
bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk
menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.
Matematik juga adalah badan ilmu berpusat pada konsep-konsep ibarat kuantiti, struktur,
ruang, dan perubahan, dan disiplin kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya; Benjamin
Peirce memanggil ia "sains yang melukis kesimpulan-kesimpulan yang perlu". Ia
berkembang, melalui penggunaan pemujaradan dan penaakulan logik, daripada membilang,
pengiraan, pengukuran, dan kajian bentuk-bentuk dan pergerakan objek-objek fizikal. Ahli-
ahli matematik meneroka konsep-konsep tersebut bertujuan untuk merumuskan tekaan-
tekaan(kemungkinan) baru dan mewujudkan kebenaran mereka secara penyuntingan ketat
yang dipilih melalui aksiom dan takrif-takrif yang sesuai.
Pengetahuan dan gunanya matematik asas sentiasa ada sebahagian daripada sedia ada dan
penting bagi individu dan kumpulan tertentu kehidupan. Penghalusan bagi idea-idea asas
adalah dapat dilihat purba di teks-teks matematik berasal dalam Mesir kuno, Mesopotamia,
India Purba, dan China Purba, bertambah dengan kesusahan kemudiannya diperkenalkan oleh
Greek purba. Pada setakat ini, pembangunan diteruskan dalam keadaan tidak sangat
memberangsangkan sehingga Zaman Pembaharuan pada abad ke-16 di mana inovasi-inovasi
matematik berinteraksi dengan penemuan-penemuan saintifik baru yang membawa kepada
satu pemecutan dalam pemahaman yang diteruskan.

Matematik adalah suatu kehidupan, penemuan-penemuan saintifik baru mesti


diteruskan, dan ia mesti bermula daripada awal pendidikan matematik di peringkat sekolah
dan pengerak utamanya ialah para pendidik. Itulah cabaran yang perlu dihadapi oleh para
pendidik, melahirkan generasi yang dapat meneruskan cendiakawan matematik untuk masa
hadapan.

Persoalan utama dalam pendidikan matematik adakah para pendidik memahami akan
apa yang dimaksudkan dengan matematik.  Kalau ditanya, rata-rata pendidik mengatakan
bahawa matematik adalah satu cabang ilmu yang berkait rapat dengan nombor.  Pemahaman
sedemikian rupa adalah sangat sempit.  Matematik bukanlah sekadar berinteraksi dengan
nombor semata-mata.  Ianya mencakupi skop yang jauh lebih luas daripada itu.  Matematik
sebenarnya adalah bahasa universal yang unik yang menjangkau batasan sosial, budaya dan
bahasa menggunakan simbol dan sintaksis yang diterima secara global.  Descartes
menyatakan bahawa matematik adalah kajian tentang pola.  Science for All American
(AAAS) pula menyatakan bahawa matematik adalah kajian tentang pola dan
perhubungkaitan.  Sebagai kajian pola, matematik adalah satu cara inkuiri yang mendedahkan
kebenaran utama tentang pola yang wujud di sekitar kita.  Matematik adalah juga satu bentuk
komunikasi yang melengkapi perbendaharaan kata bahasa seharian atau sedia ada sebagai
satu alat untuk menerangkan dunia yang kita diami.  Dengan bahasa tersebutlah, maka kita
boleh saling berkomunikasi dengan alam semulajadi, tentang pola pertumbuhan dan
percambahan biji benih, tentang perubahan musim, dan sebagainya.  Selain daripada itu,
matematik adalah bahasa yang jitu dan tepat untuk dunia perdagangan dan perniagaan.  Ahli-
ahli koporat dan ekonomi berkomunikasi sesama sendiri dengan bahasa matematik untuk
menerangkan tentang untung-rugi, turun-naik prestasi syarikat atau negara masing-masing. 
Jelaslah, matematik itu adalah suatu proses yang kreatif dan aktif, bukannya sekadar suatu
proses penguasaan konsep dan prosedur secara pasif.  Ianya adalah satu tabiat minda yang
membantu menjelaskan situasi yang kompleks.  Ianya merupakan satu cabang ilmu yang
dinamik, yang sentiasa mengalami perubahan atau revolusi.
    Matematik sangat mempengaruhi kehidupan kita.  Kita tidak boleh lari daripadanya sama
ada kita suka ataupun tidak.  Semasa membeli-belah, matematik mengekori kita.  Semasa
memasak di dapur, matematik mengintip kita.  Matematik adalah penting untuk kehidupan
seharian.  Itulah hakikatnya.  Selain daripada itu, matematik merupakan satu warisan budaya
di mana hasil-hasil seni dilukis dan dibina.  Lihat sahaja kepada bangunan Twin Tower yang
tersergam indah di ibu kota kita, Kuala Lumpur, tanpa adanya matematik maka, tiadalah
jurutera dan arkiteksnya yang berkaliber.  Memandangkan matematik sangat memainkan
peranan dalam kehidupan kita, ianya merupakan satu fungsi ekonomi bagi menentukan siapa
yang berada di atas dan siapa yang berada di bawah.  Pekerjaan yang menjanjikan pendapatan
yang lumayan, pastinya memerukan penguasaan matematik yang tinggi.  Malah di peringkat
rendah sekalipun, matematik sangat mempengaruhi jenis pekerjaan yang layak dipohon oleh
seseorang individu.  Akhirnya, matematik ini berperanan untuk membentuk satu komuniti
saintifik dan teknikal yang menjadi faktor penentu kerjaya seseorang individu.
    Jadi, apakah sebenarnya matlamat pendidikan matematik?  Daripada huraian di atas,
bolehlah dirumuskan bahawa  matlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan
warga yang bukan sahaja mampu untuk mengaplikasi pengetahuan matematik mereka, tetapi
juga menyelesai masalah baru.  Dalam erti kata lain, individu berliterasi matematik yang
kreatif dan kritis.  Pada akhir persekolahan, adalah diharapkan agar individu yang dihasilkan
boleh menghargai matematik dari segi nilai sejarah, budaya, dan saintifiknya dan yakin
dengan kebolehan kuasa matematik masing-masing.  Pelajar yang sedemikian akan
berkemampuan untuk menyelesai masalah matematikal dan berkebolehan untuk
berkomunikasi dengan menggunakan bahasa matematik serta mampu pula untuk membuat
keputusan secara matematikal.  Matlamat akhirnya adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia
yang boleh berkomunikasi, berfikir, dan membuat justifikasi secara matematikal dan
menggunakan kuasa matematik masing-masing untuk menyelesaikan masalah sama ada
masalah yang sedia ada dalam situasi dunia sebenar mahupun masalah baru yang belum nyata
lagi penyelesaiannya, menjurus kepada pendemokrasian pendidikan matematik, bagi
mewujudkan keseimbangan peluang sosial dan ekonomi sekaligus menyediakan rakyat
Malaysia yang berkeupayaan menghadapi cabaran dalam kehidupan pada alaf baru.
    Justeru itu, matematik perlu diajar sebagai satu seni, atau satu permainan, atau sebagai
sains semulajadi, ataupun berorientasikan teknologi.  Aspek penting dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik adalah menjadikan ianya sebagai satu penaakulan.  Hal ini dicapai
melalui penyelesaian masalah.  Setiap kali pelajar mencuba untuk menyelesaikan masalah,
mereka akan menggunakan akal mereka untuk menaakul.  Selain daripada itu, aspek lain
yang perlu ditekankan dalam pengajaran matematik adalah matematik sebagai komunikasi. 
Pelajar perlu dilatih untuk menyampaikan idea mereka yang diperolehi secara individu
ataupun kumpulan dengan jelas dan tepat agar orang lain boleh memahami dan membuktikan
semula pendapat mereka.  Penyampaian idea sebegini membantu pelajar untuk membina
konsep di samping membina perkaitan idea yang tidak formal, intuitif, bahasa abstrak dengan
simbol.  Ia menggalakkan aktiviti sosial di mana dalam proses penyampaian idea ini, pelajar
akan menerima idea melalui mendengar, membaca, dan visualisasi.
    Aspek yang ketiga dalam pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan
penyelesaian masalah itu sendiri.  Malah tujuan utama proses pengajaran dan pembelajaran
adalah menyelesaikan masalah.  Justeru, wajarlah pengajaran dan pembelajaran di kelas
difokuskan kepada aspek ini.  Penyelesaian masalah yang dimaksudkan di sini adalah
penyelesaian kepada masalah situasa yang tiada penyelesaian yang nyata.  Ini akan
memangkinkan proses penaakulan pelajar yang bersistematik dan mengikut semantik yang
teliti.  Kejayaan dalam menyelesaikan masalah tersebut adalah satu unsur motivasi dalaman
di mana pelajar akan berasa puas kerana telah menemui penyelesaiannya.  Sehubungan
dengan itu juga, fokus pengisian dan kemahiran hendaklah ditumpukan kepada beberapa
perkara seperti yang disenaraikan di bawah.
 Pengetahuan dan kemahiran
 Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
 Berkomunikasi dengan berkesan di mana penyampaian mendatangkan
makna kepada penonton
 Menikmati keindahan ciptaan dan seni yang terangkum dalam
matematik
 Membuat pilihan dan keputusan
 Mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat
 Bergaul dan berkerjasama dengan orang lain
 Kepimpinan dan pengurusan

    Pendidikan matematik sebenarnya adalah pendidikan yang banyak menekankan


kepada pembinaan konsep oleh pelajar sendiri dan pengaplikasian konsep yang dibina bagi
menyelesaikan masalah.  Cara pemikiran yang tertentu hendaklah dibudayakan di kalangan
pelajar.  Pelajar hendaklah dibiasakan dengan amalan untuk mengenalpasti pola atau binaan
kepada sesuatu situasi kerana itulah hakikat kehidupan kita di dunia.  Pola berada di mana-
mana.  Pola itulah bahasa yang digunakan untuk komunikasi di antara yang manusia dengan
alam semulajadi, baik ia pokok, mahupun kejadian alam semulajadi seperti pasang-surut dan
siang dan malam.  Di samping mengenalpasti pola dan binaan, cara pemikiran yang kedua
yang perlu ditanam di hati pelajar adalah membuat generalisasi.  Daripada pemerhatian
tentang alam semulajadi dengan tumpuan kepada pola, pelajar akan membuat generalisasi. 
Dalam proses membuat generalisasi, pelajar hendaklah dibiasakan dengan amalan membuat
penafian (refutation).  Cara pemikiran ketiga adalah membuat analogi.  Sesuatu hubungan
boleh dianalogi kepada sesuatu yang lain.  Penggunaan analogi ini tidak jauh dengan S-R
dalam psikologi tingkahlaku.  Cara pemikiran seterusnya adalah pemikiran intuitif di mana
penyelesaian dibuat berdasarkan kepada pengalaman yang lalu.  Selain daripada itu, pelajar
juga harus didedahkan dengan cara pemikiran induktif yang banyak meminta pelajar
membuat konjektur dan hipothesis.  Konjektur dan hipothesis ini kemudiannya akan diuji
untuk menentukan keesahannya melalui proses penafian tadi.  Akhir sekali, pelajar juga perlu
didedahkan dengan pemikiran berdasarkan pembuktian.

Kesimpulan yang dapat diambil ialah matematik satu bidang ilmu yang sangat luas.
Matematik merangkumi semua tingkah laku dan kehendak manusia. Seperti kata pepatah,
Ibarat aur dengan tebing, begitulah matematik dengan kehidupan manusia tidak.

You might also like