You are on page 1of 4

PEMBAKARAN TERBUKA

Disediakan oleh : LISA A/P ALANG TUMPAT ( 205952 )

Pembakaran Terbuka

Pengenalan

Pada masa ini, di mana-mana negara


sekalipun, baik di negara membangun mahupun di negara sedang membangun
,masalah pencemaran udara sering berlaku. Negara kita turut mengalami masalah
tersebut. Namun begitu,hutan menjadi habitat bagi flora dan fauna, kedua – duanya
memainkan peranan dalam mengekalkan rantaian yang mengikut antara satu sama
lain.Flora dan fauna mewujudkan ekosistem yang sejahtera.Hutan yang tidak diusik
atau tidak pernah diterokai menyumbang kepada kestabilan iklim setempat.Iklim
tidak berubah secara drastik kerana kitaran alam semulajadi di persekitarannya tidak
diubah.Begitu juga ,iklim boleh mempengaruhi kemandirian flora dan
fauna.Pembakaran hutan akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering serta
menjejaskan kesihatan kita.Manakala flora dan fauna pula kehilangan habitat.
Fenomena jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini berpunca daripada
pembakaran hutan secara terbuka bagi tujuan pembersihan tanah pertanian
disekitar Riau,Sumatera ,Kalimatan dan Indonesia.Fenomena tersebut kian
mengancam tahap kualiti udara negara sehingga paras berbahaya sekaligus
menyulitkan jarak penglihatan .Akibat bencana jerebu ,kerajaan telah mengisythirkan
darurat jerebu bermula 11 ogos 2005.Memandangkan masalah ini membawa kesan
buruk kepada penduduk,puncanya perlu perlu dikenal pasti.

Punca-punca pembakaran terbuka


Punca utama masalah jerebu ialah pembakaran
hutan,ladang,dan bahan sisa pertanian secara terbuka untuk membersihkan
kawasan pertanian dan menyuburkan tanah selepas selesai kerja penuaian
,sesetengah petani mengambil jalan mudah dengan membakar sisa tanaman secara
terbuka .Selain itu, hutan juga boleh terbakar akibat cuaca yang terlalu panas.
Sesetengah pemaju perumahan juga melakukan pembakaran bahan sisa
pembinaan secara terbuka .Semua tindakan ini merupakan punca masalah
jerebu.Pembakaran hutan sering kerap berlaku kerana sikap manusia yang tidak
bertanggungjawab terhadap alam sekitar.Mereka hanya mementingkan keuntungan
semata-mata sehingga sanggup memusnahkan alam sekitar.Malahan itu,akibat
daripada perbuatan mereka tersebut telah memberi pelbagai impak yang negatif
dalam kehidupan seharian.Pakar sains dan teknologi memberikan sumbangan
penting dalam penemuan teknologi kitar semula.Banyak bahan buangan dapat
diproses semula untuk dijadikan tisu.Bahan sisa buangan juga dapat diproses untuk
dijadikan sumber tenaga pada kos yang lebih murah. Kini, alat pembakar atau
incinerator telah dicipta untuk proses pembakaran bahan sisa bagi menghasilkan
sumber tenaga. Pembebasan asap daripada kilang perindustrian juga menyebabkan
masalah jerebu. Di bandar-bandar besar,kebanyakan kilang menggunakan bahan
api fosil sebagai sumber tenaga.Pertambahan kenderaan yang menggunakan petrol
dan diesel di jalan raya turut menyebabkan peningkatan asap di udara. Akibatnya
partikel terampai di udara bertambah dan seterusnya menurunkan kualiti udara.
Seterusnya, masalah pencemaran udara dapat di kurangkan melalui penemuan
sumber tenaga yang bersifat mesra alam. Petrol tanpa plumbum berjaya dihasilkan
melalui proses kimia daripada bahan mentah petroleum.Petrol tanpa plumbum lebih
bersih kerana pembakarannya sempurna,dan dengan ini pencemaran udara dapat
dikurangkan. Sumber tenaga yang turut ditemui, misalnya sumber tenaga solar dan
tenaga hidro.

Kesan-kesan pembakaran terbuka


Kesan jerebu yang paling
membimbangkan ialah masalah pencemaran udara.Keadaan ini disebabkan banyak
partikel terampai yang terapung dan terperangkap di udara sehingga menyebabkan
indeks udara mencapai tahap tidak sihat. Keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan
orang ramai,terutama mereka yang alahan. Partikel terampai yang kotor boleh
menyebabkan penyakit yang berkaitan dengan pernafasan.Mereka yang menghidap
penyakit asma berisiko tinggi untuk menghadapi masalah sesak nafas,manakala
mereka yang sihat juga mudah mendapat jangkitan batuk,mata gatal dan sakit
tekak.Pencemaran boleh menyebabkan batuk, selesema,mata berair dan
asma.Penyakit ini disebabkan pencemaran udara seperti peningkatan jerebu dan
habuk di udara .Udara yang tercemar mengandungi partikel terampai yang boleh
menjejaskan pernafasan, terutamanya kepada mereka yang alahan. Lazimnya,
apabila berlaku jerebu atau wujud masalah debu dan habuk yang keterlaluan di
sesuatu kawasan , jumlah penduduknya yang diserang penyakit pernafasan akan
bertambah ,malah bagi kes yang serius, terdapat pesakit asma yang meninggal
dunia.

Masalah jerebu juga boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas dengan


teruk.Tanaman tidak dapat tumbuh dengan subur kerana cuaca terjejas.Pokok tidak
dapat menjalani proses fotosintesis seperti biasa kerana pancaran cahaya matahari
tidak sampai ke permukaan bumi, dan dengan itu tumbuhan kekurangan cahaya.
Jerebu diburukkan lagi oleh ketiadaan hujan.dan cuaca yang lembap membantutkan
pertumbuhan tanaman dan seterusnya menurunkan kualiti pengeluaran. Dari segi
pertanian pula, hutan ditebang dan dibersihkan untuk membuka ladang. Tindakan ini
boleh menyebabkan pencemaran alam dan seterusnya membawa kesan buruk
kepada manusia dan persekitaran.

Langkah-langkah untuk Mengatasinya

Langkah yang paling berkesan ialah penguatkuasaan undang-undang


pembakaran terbuka.pengharaman pembakaran terbuka didalam negeri boleh
memberhentikan kegiatan membakar bagi menambah kepada masalah pencemaran
udara teruamanya bagi kawasan- kawasan setempat berlakunya kebakaran.
Penguatkuasaan undang-undang tersebut akan menunjukan bahawa kerajaan
mengambil berat terhadap masalah pencemaran yang dihadapi. Langkah
seterusnya ialah mengurangkan penggunaan sumber tenaga daripada bahan api
fosil, misalnya petroleum dan arang batu. Penggunaan bahan api fosil, terutamanya
minyak diesel sebagai sumber tenaga boleh menyebabkan pencemaran udara yang
teruk. Keadaan ini disebabkan pembakarannya yang sempurna semasa proses
penjanaan tenaga.
Kesimpulan

Sebahagian besar masalah jerebu di negara kita berpunca daripada kegiatan penduduk negara
jiran.Kerjasama erat antara negara yang terlibat mesti diwujudkan untuk mengatasi masalah
ini. Sebagai masyarakat yang penyayang, kita perlu berkerjasama untuk menjaga kebersihan
kawasan persekitaran.Kebersihan amat tinggi nilainya dalam kehidupan kita. Aktivit yang
boleh menyebabkan pencemaran udara haus dielakkan. Selain kerajaan setiap individu perlu
mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka.

You might also like