You are on page 1of 17

TAJUK KAJIAN:

Meningkatkan Kebolehan Menghafal


Bacaan Tahiyatul awal dan akhir Dalam
Solat Melalui Teknik “Chunking dan Kait”
NAMA SEKOLAH:

Sekolah Kebangsaan Jalan Batu Tiga


Kelang, Selangor Darul Ehsan.
NAMA DAN AHLI JAWATANKUASA
PENGKAJI

MOHD MUSTAKIM MUSTAFA


SITI ZANARIAH MD. NOR
JULIA MAT ZIN
NOR ASHIKIN MOHD SAAD
LATAR BELAKANG KAJIAN
Pendidikan Islam sekolah rendah merupakan mata
pelajaran asas yang wajib kepada semua pelajar Muslim
Sukatan mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah
rendah merangkumi asas-asas fardhu ain, menekankan
kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh
individu Muslim dan selaras dengan perkembangan
intelek, rohani, emosi dan jasmani
Para pelajar wajib mempelajari asuhan tilawah Al-
Quran, ulum as-syariah, akhlak Islamiyah dan mata
pelajaran jawi
 Keempat-empat bidang berkenaan perlu disampaikan
dengan berkesan oleh guru agar pelajar dapat
mempraktikan bidang-bidang tersebut dalam kehidupan
mereka seharian
 Dalam kajian yang akan dijalankan, tumpuan diberikan
kepada bidang asas ulum as-syariah Islam yang merujuk
kepada ibadat solat
 Melalui topik ibadat terdapat tajuk berkaitan solat di mana
para pelajar akan diajar tentang pengertian solat, jenis-jenis
solat fardhu, bacaan-bacaan dalam solat serta
terjemahannya, cara melakukan solat melalui amali dan
hikmah bersolat
 Pelajar perlu menghafal bacaan-bacaan tersebut bagi
membolehkan pelajar melakukan dengan sempurna
 Untuk mencapai matlamat ini, kemahiran menghafal dan
mengingat perlu dipraktikan dengan berkesan
PENYATAAN MASALAH
Skop ibadat dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam
memerlukan pelajar menghafal dan mendalami makna
bacaan ayat-ayat dalam solat
Amali dijanlankan di samping memperdengarkan
bacaan-bacaan yang terdapat dalam setiap rukun solat
berkenaan
Salah satu bacaan ayat wajib dalam rukun solat
berkenaan ialah bacaan Tahiyatul awal dan akhir
Semasa amali solat dilakukan di surau, terdapat lapan
orang pelajar dalam kalangan tahun 4 Dahlia tidak
dapat membaca tahiyatul awal dan akhir dengan betul.
Apabila ditanya, mereka menyatakan tidak tahu
membaca dan susah menghafal ayat tersebut
 Keadaan ini, amat membimbangkan kerana ayat tersebut
merupakan bacaan wajib dalam solat lima waktu. Jika
masalah ini tidak dibendung, maka murid tidak akan
dapat menjalankan solat lima waktu dengan sempurna
Kaedah pembelajaran ini memerlukan kemahiran
mengingat dan menghafal, sedangkan amalan ini amat
membosankan terutamanya bagi pelajar yang lemah
 jawatankuasa pengkaji cuba mengetengahkan kajian
tindakan yang akan menggunakan kaedah “chunking dan
kait”bagi membolehkan mereka mengingati dan
menghafal dengan cara mudah bacaan ayat “Tahiyatul
awal dan akhir” secara lebih berkesan.
FOKUS KAJIAN
Kajian tindakan yang akan dijalankan ini difokuskan
kepada cara untuk meningkatkan kemahiran mengingat
dan menghafal bacaan ayat “Tahiyatul awal dan akhir”
kerana pengkaji mendapati:-
a)Pelajar kurang mahir dalam pembacaan Al-Quran
b) Pelajar hanya membaca secara berulang-ulang
untuk menghafal tanpa memahami maksud ayat
tersebut.
c)Pelajar tidak mengerjakan solat di rumah
menyebabkan mereka kurang mengambil berat untuk
menghafal ayat tersebut
OBJEKTIF KAJIAN
 Objektif umum:- Meningkatkan kemahiran mengingat dan
menghafal bacaan ayat “Tahiyatul awal dan akhir dalam solat”

 Objektif khusus :-

 Membantu pelajar mempelajari teknik yang berkesan untuk


mengingat dan menghafal bacaan ayat “Tahiyatul awal dan akhir”.
 Memberi pengukuhan kepada pelajar untuk menghafal melalui
pemahaman terhadap makna ayat tersebut.
 Meningkatkan penguasaan pelajar menghafal ayat tersebut secara
sedikit-sedikit seterusnya menghafal sepenuhnya dengan lancar.
PERSOALAN KAJIAN
Bagaimanakah cara yang mudah untuk pelajar
menghafal serta mengingat bacaan ayat “Tahiyatul awal
dan akhir” dengan berkesan?

Mengapakah pelajar perlukan pengukuhan dari segi


memahami makna ayat tersebut untuk menghafal?

Apakah kesan daripada menggunakan teknik


chuncking dan kait ini?
PELAKSANAAN KAJIAN
Reka bentuk kajian

Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian


tindakan seperti model berikut:
Langkah 1 – Pengenalpastian isu dan masalah
Langkah 2 – Penetapan objektif dan fokus kajian
Langkah3 – Penentapan cadangan dan tindakan
Langkah 4 – Perlaksanaan dan tindakan
Langkah 5 – Refleksi semasa kajian dilaksanakan
Kumpulan Sasaran

8 orang pelajar tahun 4 Dahlia Sekolah Kebangsaan Jalan Batu


Tiga, Kelang. Pelajar tersebut terdiri daripada 5 orang lelaki dan 3
orang perempuan
Instumen kajian
Dalam kajian yang akan dijalankan, 2 kaedah pengumpulan data
akan dilakukan

Soal selidik ujian pra – set soal selidik ujian pra akan diberikan
kepada kumpulan sasaran bagi meninjau tentang amalan
melakukan solat di rumah. Item-itam soal selidik tersebut akan
menrangkumi kekerapan melakukan solat dalam sehari, bacaan
ayat-ayat yang kerap dalam solat dan amalan ibadat harian lain
 Ujian pembacaan (tasmiq) – sebelum melakukan teknik
“chunking dan kait”, guru akan menjalankan ujian pembacaan
iaitu dengan mentasmiq kumpulan pelajar sasaran sewaktu
sesi amali dijalankan. Guru akan menyediakan satu borang
penilaian kebolehan kognitif aras aktiviti mental, Taksonomi
Bloom. Kebolehan kognitif yang diuji adalah dari segi:

I. Daya ingatan –pengertian/tahu/ingat : pelajar akan diminta


untuk membaca Tahiyatul awal dan akhir berserta maknanya
sekali. Kemudian pada sesi seterusnya, pelajar diminta untuk
mengingati ayat tersebut
II. Kefahaman – menguji dari segi makna bacaan Tahiyatul awal dan
akhir
III. Penggunaan (Aplikasi) – pelajar akan dapat mengaplikasikan
bacaan ayat tersebut dalam amali solat yang akan dijalankan.
Seterusnya dapat memparktikan di rumah. Ianya melibatkan
aplikasi pengetahuan dan kefahaman
CADANGAN DAN TINDAKAN
Tinjauan Masalah

 Tinjauan awal terhadap masalah ini perlu dilakukan untuk memahami


dan mengetahui masalah tersebut dengan lebih jelas dan terperinci.
 Satu ujian pra dijalankan kepada pelajar tahun 4 Dahlia meliputi ujian
pembacaan ayat tersebut (mentasmiq ayat), dan soal selidik tentang
cara menghafal serta amalan solat di rumah
 Ujian pra ini bertujuan bagi mengetahui tahap kelemahan pelajar dalam
pembacaan ayat tersebut serta punca kelemahan tersebut sama ada
disebabkan kurang kemahiran membaca al Quran, tiada teknik
mengingat yang berkesan atau tidak mempraktikannya dalam solat.
CADANGAN DAN TINDAKAN
Teknik “chunking dan kait”

Chunking merupakan satu teknik memisahkan dan memecahkan


maklumat yang banyak dalam satu bahagian yang lebih kecil dan mudah
untuk diingati (Miller 1956)

Sepotong ayat yang panjang dipisahkan kepada beberapa bahagian yang


sesuai dan mudah untuk diingati. Teknik ini akan dilakukan semasa sesi
amali Pendidikan Islam dijalankan oleh guru-guru yang terlibat
TINDAKAN YANG AKAN DIJALANKAN
1) Ujian Pra:
 
Melakukan ujian bacaan ayat Tahiyatul awal dan akhir selama 20
minit setiap seorang pelajar
Melakukan tasmiq’ dalam kelas sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung
Dilakukan dalam kelas 4 Dahlia
Dalam masa yang sama borang soal selidik diedarkan bagi
meninjau amalan melakukan solat di rumah dan membuat
penilaian dari segi kekerapan melakukan solat dalam sehari,
ayat-ayat terpilih untuk bacaan solat dan ibadat harian
Amali ini akan dilakukan sekali dalam seminggu.
TINDAKAN YANG AKAN DIJALANKAN
2) Teknik Chunking dan Kait
Dari segi perlaksanaanya ialah: (sewaktu sesi amali dijalankan)

 Pelajar akan diminta oleh guru untuk memisahkan Ayat Tahiyatul awal
dan akhir kepada 2 hingga 3 bahagian daripada ayat tersebut.
 Setiap bahagian tersebut perlu diketahui dari segi maknanya satu
persatu
 Pelajar diminta untuk mengingati 2 hingga 3 bahagian dalam satu sesi
dan kaitkan bahagian-bahagian tersebut antara satu sama lain sehingga
kumpulan pelajar tersebut berjaya mengingati keseluruhan ayat dan
maknanya sekali.
 Pelajar akan diberi masa untuk melakukan chunking mengikut
kemampuan mereka.

You might also like