You are on page 1of 2

“ Wahai anak-anak Adam!

Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan


untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa
itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia)
Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan
bersyukur). (Surah Al-A’raaf : Ayat 26)[2] ”

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang
beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara
yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu
mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah
Al-Ahzab : Ayat 59)[4]

Dalil Hadis
"Jika salah seorang kamu mengahwinkan hamba lelakinya kepada hamba perempuannya
“ atau kepada pekerjanya, maka janganlah hamba perempuan itu memandang kepada
sesuatu dari ‘auratnya (‘aurat tuannya). Maka sesungguhnya apa yang di bawah pusat
sehingga lututnya adalah ‘aurat." (Hadis Riwayat al-Baihaqi) ”
Aisyah meriwayatkan, bahawa saudaranya iaitu Asma' binti Abu Bakar pernah masuk di rumah
“ Rasulullah S.A.W dengan berpakaian jarang sehingga nampak kulitnya. Kemudian beliau berpaling
dan mengatakan: "Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah datang waktu
haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini - sambil ia menunjuk muka dan
dua tapak tangannya." (Hadis Riwayat Abu Daud)

” Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu
dan untuk perhiasan” ( Al-A’raf : 26)
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang
beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada
memandang yang haram) dan memelihara kehormatan
mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan
tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan
Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke
dadanya, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan
perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir melainkan
kepada
 suami mereka atau
 bapa mereka atau

 bapa mertua mereka atau

 anak-anak mereka, atau

 anak-anak tiri mereka atau

 saudara-saudara mereka atau

 anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau

 anak bagi saudara-saudara mereka yang


perempuan, atau

 perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba


mereka atau

 orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua


dan tidak berkeinginan kepada perempuan

 kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang


aurat perempuan

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.


KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk
kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung
rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar
rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah
dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat
sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

You might also like