Aduhai IsterikuKepada sekalian pembaca, khususnya kaum suami. Bacalah kisahhidup saya untuk dijadikan sebagai peringatan. Sebelum itu biar sayaterangkan background saya sebagai pengenalan. Saya bekerja sebagaiseorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isteri saya bekerjasebagai juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami mempunyaiseorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun, wajahnyasecantik ibunya dan hidungnya matanya dan pipinya mirip saya. Dialahbuah hati saya dunia dan akhirat.Semuanya terjadi pada dua tahun lepas selepas hari raya haji. Sayaperhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Dah lebih 10 tahun kamibersama takkan saya tak dapat kesan perubahan sikapnya. Manatidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkahlakunya. Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenyakemana-mana walau ke bilik air. Saya cuba nak mintak dan nak lihathandphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Dalam fikiransaya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alamitetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu danlayanannya juga tidak seperti dulu.Kalau dulu, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahuluwalau pun cerita yang saya nak ceritakan belum habis lagi, tapi kini,setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya. Itu baru soal sosial, belumlagi soal atas katil. Kalau dalam sebulan tu, dalam 5 kali yang sayaminta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam buat denganpatung. Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggupwalaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyataberbeza.Sampailah satu hari, mungkin tuhan kabulkan setiap doa saya dalamsolat supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi macam ini.Isteri saya pergi mandi dan tertinggal handphonenya dalam laci didalam bilik. Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengarhandphonenya berbunyi mesej diterima. Terus saya buka laci dan capaihandphonenya dan buka peti mesejnya. Tiada nama yang terpapar,cuma nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone yangtertera ke dalam organizer. Kemudian saya baca isi mesejnya.Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya. Ianyaberbunyi begini. “Lepas kerja tunggu kat tempat biasa”. Hati saya mulabergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya tahankan dan cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu ditempatnya. Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.
Add a Comment
Suzana Sueleft a comment
Abdullah Sani Bin Haji Abdul Sallehleft a comment
xerraliciousleft a comment
CMnonileft a comment
barudakgdleft a comment