You are on page 1of 2

PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN AMALI

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (AKADEMIK)


KURSUS PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
(SEKOLAH RENDAH) AMBILAN JULAI 2010

1.0 PENDAHULUAN

Matlamat Kursus Persediaan bagi Program Sarjana Muda Pendidikan Sekolah


Rendah ini adalah untuk melahirkan pelajar lepasan SPM yang kukuh asas pengetahuan
akedamik dan kemahiran dalam bidang pengajian sebagai persedian untuk pengajian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah. Bagi mata pelajaran Pendidikan
Jasmani, kurikulum yang dibina adalah menekankan kepentingan pengekalan penjagaan
kesihatan diri yang berterusan dan penguasaan kemahiran dalam bidang sukan dan
permainan. Komponen amali bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani adalah bertujuan
mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi dari segi teori untuk meningkatkan tahap
profesionalisme agar lebih mantap dan mampan.

2.0 RASIONAL

Ujian Amali adalah sebahagaian daripada kerja kursus. Panduan dan spesifikasi
ujian amali ini digubal adalah bertujuan untuk menyelaraskan pelaksanaan ujian amali bagi
semua mata pelajaran akedamik yang meempunyai komponen amali. Dengan panduan dan
spesifikasi ini diharapkan proses pentaksiran pencapaian pelajar dalam aspek amali dapat
diselaraskan dan dilaksanakan secara sistematik bagi mencapai standard prestasi yang
ditetapkan dan menjamin kesahan dan kebolehpercaayaan ujian yang dilaksanakan.

3.0 OBJEKTIF PANDUAN PELAKSANAAN DAN SPESIFIKASI UJIAN AMALI

Penggubalan Buku Panduan dan Spesifikasi Ujian Amali ini adalah bertujuan
mencapai objektif berikut:

3.1 Menjadi rujukan kepada penilai-penilai Ujian Amali dalam melaksanakan


pentaksiran prestasi pelajar dalam kemahiran amali yang ditetapkan dalam
Sukatan Pelajaran.

3.2 Mendapatkan maklumat dan bukti-bukti yang jelas dan autenik mengenai
penguasaan kemahiran amali dalam sesuatu mata pelajaran

3.3 Menggunakan instrumen pentaksiran yang sesuai dan sah dalam membuat
pemerhatian dan pemarkahan ujian amali yang dilaksanakan.

3.4 Mengekalkan kesetaraan ujian amali bagi sesuatu mata pelajaran antara
maktab.
3.5 Menjamin ujian amali yang dilaksanakan mempunyai ciri kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi.

4.0 OBJEKTIF PENILAIAN AMALI KURSUS PPISMP

Objektif Penilaian Amali Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

4.1 Menguji sejauh mana tahap pencapaian pelajar menguasai kemahiran yang
telah dipelajari selaras dengan matlamat kurikulum

4.2 Menggalakkan pelajar berusaha untuk memperbaiki pencapaian dan


memantapkan kemahiran dalam bidang Pendidikan Jasmani selepas melalui
ujian ini.

4.3 Menjadi kayu pengukur untuk menilai pencapaian dalam bidang Pendidikan
Jasmani sebagai persediaan untuk melanjutkan pengajian pada peringkat
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

Dapatkan Norma Ujian di


http://www.ziddu.com/download/14407262/PANDUANPELAKSANAANDANPENILAIANAMALI-
UNITK.doc.html

You might also like