You are on page 1of 2

Saya amat berbesar hati kerana mendapat penghormatan dari semua Ahli Jawatankuasa

Pengelola Kejohanan MSSD Larut Matang dan Selama kali ke-55, kerana menjemput saya
untuk menghadiri dan seterusnya merasmikan Majlis Pembukaan Rasmi Kejohanan MSSD Larut
Matang dan Selama kali ke-55 yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward
VII,Taiping.

Saya amat gembira apabila dimaklumkan bahawa konsep pelaksanaan Kejohanan MSSD kali
ini adalah berlandaskan kepada” Satu Murid Satu Sukan” Rancangan transformasi pendidikan
yang meliputi dasar satu murid bergiat dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan akan mula
dilaksanakan tahun depan, dasar itu bertujuan mengembalikan kecemerlangan sukan di sekolah
dalam negara selain dapat meningkatkan semangat persaingan yang sihat. Katanya, aktiviti sukan
juga dapat merapatkan hubungan dan meningkatkan persefahaman selain boleh mewujudkan
semangat "esprit de corp" iaitu saling membantu di antara satu sama lain.. Walau bagaimanapun,
Dasar 1 Murid 1 Sukan akan mendedahkan jurulatih atau pencari bakat untuk mengenal pasti
atlet-atlet muda yang ramai yang berada di sekolah untuk disalurkan kepada Pusat Latihan
Daerah (PLD) yang telah ditubuhkan, Sekolah Sukan Negeri (SSN) ataupun Sekolah Sukan
Malaysia (SSM) atau pusat-pusat latihan anjuran MSN.

Kejohanan olahraga ini tidak semata-mata menentukan juara dan pemenang bagi sesuatu
acara, yang lebih penting adalah kejohanan ini memberikan pendidikan secara tidak langsung
kepada para pelajar dan atlet bahawa kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan,
perancangan dan pengorbanan. Tidak ada kejayaan yang mudah dicapai melainkan melalui
perjuangan yang berterusan. Kejohanan ini juga adalah landasan ke arah perpaduan, menjalin
sifat hormat-menghormati dan semangat kerjasama yang tinggi. Matlamat akhirnya nanti adalah
untuk membentuk sebuah masyarakat dan warganegara yang berjiwa kental, patriotik dan saling
berkasih sayang. Kegiatan olahraga yang berterusan adalah sebagai satu daripada benteng yang
menjadi penghalang kepada para remaja daripada terlibat dalam pelbagai aktiviti yang tidak
sihat.

Bagaimanpun melalui latihan persiapan mental dan spiritual, seseorang atlet itu dilatih agar
mempunyai daya saing dan semangat yang tinggi. Mental yang kuat perlu didorong oleh latihan
fizikal yang teratur di samping pemakanan yang teratur dan seimbang.  Dengan latihan fizikal
dan pemakanan yang teratur menjadikan perjalanan darah yang teratur.  Dengan perjalanan darah
yang teratur, otak akan sentiasa cergas.  Otak yang cergas akan menjadikan seseorang itu lebih
mudah memahami ilmu pengetahuan yang sentiasa berkembang.  Pengetahuan yang sentiasa
berkembang akan meningkatkan daya fikir.  Daya fikir yang sentiasa berkembang akan
menjadikan pengalaman seseorang insan itu bertambah luas.
Kita memang menyedari bahawa melalui kegiatan sukan, kita mampu membangun modal
insan yang berkualiti atau insan yang memiliki minda kelas pertama yang menjadi peneraju
negara pada masa hadapan.akan menjadi faktor penyumbang kepada kecemerlangan sekolah.
Melalui kegiatan sukan bukan sahaja akan melahirkan pelajar yang sihat fizikalnya tetapi pelajar
yang memiliki cergas mindanya.  .

Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada AJK Pengelola kerana
telah dapat menganjurkan Kejohanan Olahraga MSSD LMS dengan amat berjaya dengan konsep
yang jelas.  Kepada para atlet yang mengambil bahagian yang meraih pingat kejohanan selepas
ini saya ucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya jangan putus asa, kerana penyertaan
anda sudahpun menunjukkan bahawa anda telah menunjukkan kejayaan.

Dengan lafaz Bismillahir Rahmannir Rahim, saya dengan ini melancarkan Pembukaan
Kejohanan Olahraga MSSD Larut Matang dan Selama Kali ke-55 dengan rasminya.

Sekian, terima kasih.

You might also like