Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pemerkasaan Mutu & Kualiti Pendidikan Sekolah-sekolah Luar Bandar, Negeri Sabah

Pemerkasaan Mutu & Kualiti Pendidikan Sekolah-sekolah Luar Bandar, Negeri Sabah

Ratings: (0)|Views: 155 |Likes:
Published by Azizul Julirin

More info:

Published by: Azizul Julirin on Mar 31, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/31/2011

pdf

text

original

 
Pendidikan di Sabah 
Kertas kerja ini di bentangkan oleh Saudara Azrul Ibrahim, Presiden MPP UMS sesi2008/2009 dihadapan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri merangkap menteri pelajaran padaJun 2009. Turut hadir beberapa menteri kabinet, Ketua Pengarah Pelajaran, Ketua PolisNegara, beberapa CEO Syarikat, NGO dan para pimpinan mahasiswa kebangsaan
PEMERKASAAN MUTU DAN KUALITI PENDIDIKAN SEKOLAH-SEKOLAHLUAR BANDAR, NEGERI SABAH
 ABSTRAKKertas kerja ini bertujuan membincangkan cabaran yang dihadapi dan langkah-langkah kearah pemerkasaan mutu dan kualiti pendidikan sekolah-sekolah luar bandar di negeri Sabah.Penentuan kategori luar bandar dibuat berdasarkan kedudukan geografi dan kawasanpembangunan atau perbandaran Negeri Sabah yang mana ia terbahagi kepada empat kategoriiaitu Pulau, Pesisir laut dan sungai, Pergunungan dan Pedalaman Dalam. Dapatan kajianmenunjukkan, sehingga Januari 2008 terdapat 1,271 buah sekolah di negeri Sabah. Daripadajumlah tersebut, sebanyak 1,002 buah daripadanya merupakan sekolah luar bandar masing-masing 882 sekolah rendah dan 120 sekolah menengah. Sejumlah 497 buah sekolahdikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM). Berdasarkan penyelidikan dan tinjauanPusat Kajian Pendidikan Luar Bandar (PKPLB), terdapat beberapa cabaran yang dihadapioleh sekolah-sekolah luar Bandar yang merangkumi aspek profesionalisme guru danpengurusan sekolah, penempatan guru terlatih, infrastruktur dan kemudahan asas sekolah, dantahap literasi dan kemiskinan dalam kalangan murid luar bandar juga dilihat sebagai faktorpenyumbang permasalahan pendidikan di luar bandar. Diharapkan perbincangan yangdijalankan ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak dalam usaha memperkasakanmutu dan kualiti pendidikan sekolah-sekolah luar bandar, Negeri Sabah.1.0 PENDAHULUAN
 
Falsafah Pendidikan Negara telah menggariskan bahawa pendidikan di Malaysia adalah satuusaha berterusan ke arah perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepaduuntuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, dan rohaniberlandaskan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysiayang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab danberkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmoniandan kemakmuran masyarakat dan negara. Sistem pendidikan yang berkualiti dilihat mampumeningkatkan taraf hidup dan kualiti masyarakat serta membentuk modal insan minda kelaspertama yang boleh bersaing di persada antarabangsa.Berdasarkan strategi perlaksanaan yang ke tujuh dalam Dasar Pendidikan Negara, kerajaanberhasrat untuk mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu denganmengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yangkurang bernasib baik, kawasan luar bandar atau pedalaman. Sehubungan dengan itu, kertaskerja ini akan membincangkan tiga kata kunci utama iaitu realiti, cabaran dan langkahpemerkasaan dengan memberi fokus kepada pendidikan sekolah luar bandar di Sabah.Kawasan- kawasan luar Bandar di Sabah dibahagikan kepada empat ketegori iaitu Pulau,Pesisir laut dan sungai, Pergunungan, Pedalaman Dalam. Penentuan kategori luar bandardibuat berdasarkan kedudukan geografi dan kawasan pembangunan atau perbandaran negeriSabah berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (JPNS)bagi tahun 2007.Sehingga Januari 2008 terdapat sebanyak 1,271 buah sekolah di negeri Sabah. Daripadajumlah tersebut, sebanyak 1,002 buah daripadanya merupakan sekolah luar bandar masing-masing 882 sekolah rendah dan 120 sekolah menengah. Sejumlah 497 buah sekolahdikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM). Diperingkat sekolah rendah, terdapat11,274 kelas beroperasi menampung seramai 290,927 orang murid manakala, diperingkatmenengah seramai 193,539 orang pelajar ditempatkan di 5,837 buah kelas. Seramai 21,864orang guru dan 2,970 orang kakitangan sokongan bertugas di sekolah rendah seluruh Sabah.Di peringkat sekolah menengah, operasinya dijayakan oleh seramai 12,869 guru dan 2,190kakitangan bukan akademik. Berdasarkan perangkaan tersebut, dapat disimpulkan bahawanisbah guru kepada murid di Sabah ialah 1:13 diperingkat sekolah rendah dan 1:15 diperingkat sekolah menengah (KPM, 2008).
 
2.0 ISU DAN PERMASALAHAN2.1. PROFESIONALISME GURU DAN PENGURUSAN SEKOLAHBerdasarkan maklumat daripada Pusat Kajian Pendidikan Luar Bandar (PKPLB) terhadap 12sekolah rendah luar bandar (2 buah sekolah di kawasan pulau, sebuah di kawasan pesisir,sebuah di kawasan pergunungan, 7 buah sekolah di kawasan pedalaman dalam dan sebuahsekolah terpinggir) 100% guru besar sekolah terbabit hanya memiliki kelulusan akademik peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan majoritinya dilantik berdasarkan pengalamanmengajar antara 5 hingga 24 tahun dengan pengalaman pentadbiran antara 2 hingga 17 tahun.Bilangan guru yang berkhidmat di sekolah tersebut ialah antara 4 hingga 28 orang guru.Jumlah tersebut dianggap sudah mencukupi bagi menampung beban tugas pengajaran guru disekolah terbabit. Walau bagaimanapun, aspek kompetensi guru di sekolah luar bandar masihmenjadi isu pokok memandangkan daripada seramai 183 orang guru yang bertugas di 12sekolah terabit, hanya 17% guru memiliki ijazah sarjana muda, 30% guru lulusan diploma dan13% orang guru lulusan STPM manakala selebihnya iaitu 40% orang guru hanya memilikikelulusan SPM atau lebih rendah. Selain itu, peratusan guru yang mengajar di luar bidangatau kemampuan juga masih tinggi iaitu antara 32% hingga 91%.Dari segi kakitangan sokongan, 66.6% sekolah memiliki seorang kerani manakala selebihnyamemiliki dua orang kerani. Lokasi sekolah yang jauh, berisiko tinggi, ketiadaan alatperhubungan seperti telefon dan faks serta ketidaksampaian penghantaran surat terus kesekolah menyebabkan sebilangan besar kerani sekolah terpaksa bertugas di pejabat pelajarandaerah atau gabungan terdekat bagi memudahkan pengurusan berkaitan penyampaianmaklumat dan pentadbiran termasuk gaji kakitangan. Kaedah tersebut merupakan langkahpenyelesaian terbaik bagi mengelakkan sekolah di kawasan luar bandar terpinggir darisebarang maklumat seperti pekeliling, aktiviti dan arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan.Pada masa sama, langkah tersebut juga menimbulkan pelbagai masalah termasuk aduanbeberapa guru besar tentang kelewatan maklumat dan kegagalan kerani untuk melaporkan diriapabila diperlukan contohnya semasa mesyuarat dan aktiviti yang dilaksanakan di premissekolah luar bandar.2.2 INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN ASAS SEKOLAHSecara keseluruhan, Sabah masih ketinggalan dalam aspek pendidikan khususnya di kawasan

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->