Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
13Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Hutan Paya Bakau (Fauna Dan Kegunaannya

Hutan Paya Bakau (Fauna Dan Kegunaannya

Ratings: (0)|Views: 2,864 |Likes:
Published by Noralia Roslan

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Noralia Roslan on Apr 01, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/01/2013

pdf

text

original

 
LATAR BELAKANG HUTAN PAYA LAUT MATANG (HPLM)
 HPLM merupakan hutan paya laut yang diurus secara terbaik di dunia. Keluasan kawasanhutan ini ialah 40,446 hektar dan terletak dalam daerah Kerian, Larut Matang dan Manjung.Kawasan hutan ini berbentuk bulan sabit mempunyai kelebaran sejauh 13.5 km dan dibahagian tengah panjangnya pula ialah 51.5 km. Ia terdiri daripada 19 hutan simpan yangdiwarta secara berasingan dan mempunyai sebanyak 108 kompartmen.Hutan Paya Laut Matang mempunyai sejarah pengurusan yang panjang apabilarancangan kerja pertama disediakan oleh A.E. Wells dalam tahun 1904. Pada awalnyakegunaan sumber kayu kayu dari hutan paya laut ini adalah untuk untuk kayu api, sebagaibahan mentah dalam pengeluaran arang dan pengeluaran kayu jaras. Dengan meningkatnyakeperihatinan dan kepentingan alam sekitar, pengurusan HPLM telah memberi penekanandalam rancangan kerja dalam beberapa dekad yang lepas. Ini termasuklah penekanan ke ataspemuliharaan dan perlindungan sumber-sumber dan alam sekitar untuk menjamin pengekalanhabitat hidupan liar, pengeluaran perikanan, rekreasi, pelancongan eko, pendidikan,penyelidikan dan pemuliharaan kepelbagaian hayat. Dalam Rancangan Kerja sepuluh tahunyang mula diamalkan sejak tahun 1930, maklumat penting mengenai stok dirian serta potensihasil perlu diketahui dengan tepat beserta lokasinya.Berdasarkan kepada maklumat ini, zon pengurusan akan ditentukan iaitu zonproduktif, zon pengeluaran terhad, zon perlindungan dan zon tak produktif. Pengkelasankepada zon ini adalah berdasarkan kepada kriteria seperti keadaan stoking dan dirian hutan,tanah dan kepentingan sumber hutan lain. Hutan seterusnya akan dikhaskan kepada fungsiyang khusus selaras dengan prinsip pengurusan kepelbagaian gunapakai hutan. Pada dasarnyakelas fungsi hutan ialah dikhaskan untuk pengeluaran kayu, virgin jungle reserve (VJR),hutan usia tua, hutan penyelidikan, hutan pelancongan eko, hutan simpanan penampanarkeologi dan hutan pengeluaran biji benih.Sehubungan dengan itu, peranan HPLM adalah amat penting dalam membekalkanbahan mentah (greenwood) dalam pengeluaran arang secara berterusan. Kawasanpengeluaran kayu adalah diuruskan berasaskan prinsip pengurusan hutan berkekalan(sustained yield management) dengan tempoh pusingan tebangan selama 40 tahun. Bagimenjamin bekalan yang berterusan pada masa akan datang, kriteria utama yang digunakanialah potensi sumber kayu bakau yang ada dan berpotensi untuk pengeluaran arang. Kawalanyang dilaksanakan ialah menerusi kawalan kawasan (area control) dan isipadu (volume
 
control). Oleh sebab itulah kajian inventori hutan bagi menentukan dirian stok amat pentingdilaksanakan. Buat masa ini, sumbangan hasil dari usahasil kayu bakau termasuk pengeluarankayu jaras dan pengeluaran arang berjumlah lebih kurang RM30 setahun dengan memberikanpekerjaan langsung kepada seramai lebih kurang 1,260 orang.Terdapat seramai 71 kontraktor yang terlibat secara langsung dalam pengeluaran kayujaras dan 86 kontraktor yang mengusahakan sebanyak 348 dapur arang.Sumbangan terbesar HPLM adalah kepada industri perikanan di mana hasil tangkapanperikanan adalah berjumlah lebih kurang RM251 juta setahun. Ini termasuklah hasiltangkapan udang dan ikan, ternakan ikan dalam sangkar dan ternakan kerang. Inimenunjukkan bahawa pengurusan HPLM secara berkekalan amatlah penting supaya hasiltangkapan ikan dan udang serta hasil laut lain akan diperoleh secara berterusan dalam masaakan datang.Di samping itu, nelayan yang dianggarkan seramai 4,909 orang dan bergantung hidupkepada industri perikanan dapat meneruskan hidup mereka pada masa akan datang. Ini secaratidak langsung boleh menjamin pendapatan yang berkekalan. Ekosistem HPLM merupakanhabitat penting kepada kehidupan laut dan kemusnahan serta pengurusan secara tidak lestariboleh memberi kesan negatif kepada sumber pendapatan penduduk dalam jangka panjang.Di peringkat global, beberapa cadangan telah banyak dikemukakan oleh banyak agensi hasilbeberapa kajian yang melibatkan komuniti hutan paya laut di seluruh dunia untuk menggunadan mengurus sumber bakau, persisiran dan perikanan secara optimum dan berkesan.
 
JENIS HAIWAN YANG HIDUP DI PAYA BAKAU
Kuala Gula merupakan sebuah perkampungan nelayan, terletak kira-kira 50 kilometer antaraTaiping dan Kuala Kurau. Ia adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Matang yangmeliputi kawasan beting berlumpur (mud flat) dan hutan paya bakau. Kawasan yangberkeluasan 40,000 hektar ini turut mengandungi tiga buah pulau hutan bakau kecil termasuk Pulau Kelumpang yang dikelilingi oleh beting berlumpur yang subur dengan pokok api-api(Avicennia spp).Pulau ini penting sebagai tempat rehat burung-burung air dan tempat bertelur burungresiden. Di sebelah utara, pulau itu dipenuhi pokok bakau (rhizophura spp) dan rumpai pakupakis bakau (acrostichum spp). Kawasan beting berlumpur Santuari Burung Kuala Gulaterbentang dari Tanjung Belanak ke Tanjung Burung, pedalaman Teluk Rubiah, sebahagianSungai Kurau dan Sungai Burung juga penting kepada burung-burung air mencari makan,bersarang dan berehat. Di Kuala Gula terdapat dua kategori burung, iaitu residen dan hijrah(migratory birds). Kedua-dua jenis burung itu menjadi tarikan utama peminat burung keKuala Gula ini. Kerana burung-burung tersebut Kuala Gula muncul di atas peta dunia,khususnya di kalangan pencinta dan penyelidik burung, sebagai salah satu tempatpersinggahan burung-burung iklim sejuk yang paling popular.Secara amnya, terdapat 48 spesies burung hijrah yang singgah di Santuari BurungKuala Gula dua kali setiap tahun, iaitu antara bulan September hingga Mac. Burung-burungtersebut berasal dari negara Hemisfera Utara, termasuk Rusia, Kazakhstan, Mongolia, China,Jepun dan Siberia singgah dalam perjalanan ke Australia antara September hingga Disember bagi mengelakkan musim sejuk di negara berkenaan. Manakala, laluan persinggahan merekakali kedua di pusat itu ialah dari bulan Januari hingga Mac iaitu ketika penerbangan untuk kembali dari Australia ke negara asal berkenaan untuk sama-sama menikmati musim panas.Pada musim itu, mereka akan mengawan, bertelur, menetaskan baka masing-masingsehingga awal musim gugur yang mana mereka akan kembali terbang ke negara HemisferaSelatan dan singgah semula di pesisir pantai dari Haadyai ke Johor, termasuk Kuala Gula.Begitulah kitaran hidup burung-burung hijrah tersebut yang akan berterusan selama-lamanya,dengan syarat beting berlumpur di pantai persinggahan mereka, termasuk Kuala Gula, tidak dicemari oleh kegiatan manusia.

Activity (13)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nikilah Bluekey liked this
Naim Lynx Leroux added this note
bagus
DrQadeer Jaafar liked this
Nikilah Bluekey liked this
Ziella Baharom liked this
Wan Nor Baini liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->