kemahuan, dan suata peristiwa yang diharapkan. Dengan demikian, kita dapatmembayangkan betapa rumitnya maksud bagi perkataan ‘makna’.Sepintas lalu, terdapat banyak faktor yang boleh mendorong kearah perubahan maknadalam bahasa. Ullman (1957), telah menyenaraikan enam sebab bagi perubahan maknaantaranya termasuk sebab-sebab linguistik (bahasa), sejarah, sosial, psikologi, pengaruh luar dan keperluan untuk kata baharu. Manakala Bloomfield (1992), pula telah menyenaraikansembilan jenis perubahan yang berlaku dalam bahasa. Menurut beliau, perubahan maknadalam bahasa berlaku akibat daripada perluasan makna, penyempitan makna, metafora,metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi dan ameliorasi.Sehubungan dengan itu menurut S. Nathesan lagi, didapati sejak zaman dahulu lagibahasa Melayu sebagai bahasa dinamik telah mengalami perubahan dari segi struktur dankosa katanya. Dalam kajian semantik leksikal ini, kosa kata bahasa melayu ini ditinjau darisegi diakronik, iaitu perkembangan leksikal dan makna kata tersebut dalam Bahasa melayu.Untuk tujuan tersebut, dua buah kamus dikenalpasti iaitu pertama,
Kamus Swettenham
(KS)yang mewakili zaman dahulu dan keduanya ialah
kamus Inggeris-Melayu Dewan EdisiRingkas
(KD) yang mewakili zaman sekarang. Selain itu, kajian semantik leksikal menurutUllman (1957:34), merupakan domain kajian makna perkataan akan meneliti maknaperkataan, kesignifikan imbuhan, perbezaan antara makna kata majmuk dengankomponennya dan lain-lain. Kajian ini berusaha untuk meneliti perubahan dalam semantik yang dialami oleh Bahasa Melayu. Justeru, untuk tujuan ini, kosa kata Bahasa Melayu danBahasa Inggeris disusun oleh Frank Swettenham pada tahun 1881 dijadikan asas kosa kataBahasa Melayu untuk melihat perubahan makna pada kosa kata tersebut, diteliti pula
KamusInggeris-Melayu Dewan Edisi Ringkas
yang diterbitkan pada tahun 1995.
Definisi dan konteks
Terdapat beberapa takrif konsep asas dalam analisis yang dilakukan ini. Antaranya adalahdefinisi perubahan makna, perluasan makna dan penyempitan makna. Menurut Stern(1965:163), perubahan makna bagi sesuatu kata ialah “apabila sesuatu kata digunakan untuk menyatakan suatu makna yang belum pernah dinyatakan lagi”. Seterusnya, definisi perluasanmakna menurut Mohd Ra’in Shaari dan Abdullah Yusof (2008:240), diertikan sebagai prosesmeluaskan atau memperbesar komponen makna suatu perkataan, manakala prosespenyempitan pula adalah proses mengecilkan atau mengurangkan komponen makna suatuperkataan. Misalnya, contoh bagi perluasan makna kata taman, pada suatu masa dahulu hanya