You are on page 1of 3

LATIHAN DAN RANCANGAN PENGAJARAN UNTUK KEMAHIRAN KEPEKAAN

TERHADAP BUNYI SUARA.

Dalam kaedah ini murid dilatih untuk mendengar bunyi suprasegmental suara seperti
nada tinggi, nada panjang pendek dan nada keras dan lembut. Di dalam kemahiran
ini,murid dilatih menggunakan bunyi-bunyi simbolik seperti bunyi haiwan dan
kenderaan, bagi menggalakkan murid memahami bahawa sesuatu bunyi member
makna. Selain itu, guru juga boleh menggalakkan murid mendengar perkaitan bunyi-
bunyi vokal dan konsonan, mengesan ada atau tidak bunyi dan mendengar lagu
serta cerita kan-kanak-kanak yang berulang kali didengari.

Langkah 1: Respon Kepada Bunyi Ling 6

a) Guru hendaklah berada serta duduk di sisi murid.


b) Dapatkan perhatian murid dan minta pembantu menghasilkan bunyi Ling 6
satu persatu iaitu /a/, /i/, /u/, /m/, /s/ dan /sy/ dibelakang murid.
c) Setiap kali pembantu menghasilkan bunyi, guru hendaklah menunjuk kepada
telinga murid sambil berkata, “Saya dengar” dan tunjuk ke arah pembantu.
d) Kemudian minta pembantu mengulang sekali lagi semua bunyi. Guru
menunggu respon daripada murid tanpa memberi kiu.
e) Jika murid tidak memberi respon, pembantu hendaklah duduk didepan murid
supaya murid boleh melihat mulut pembantu dan menghasilkan semua bunyi
sekali sahaja.
f) Berikan pujian kepada murid jika murid memberi respon. Jika murid berupaya
memberikan respon yang konsisten,pembantu akan menambahkan jarak
dengan murid dan gunakan suara yang lebih perlahan.
Langkah 2 : Respon kepada bunyi /l/,/r/, /j/, /t/ dan /n/

Oleh kerana berdasarkan analisis, responden mempunyai masalah dalam


mendengar serta mengklasifikasi huruf-huruf di atas, guru bolehlah menggunakan
kaedah Ling 6 tetapi menukarkan huruf Ling 6 kepada huruf-huruf ini.

Langkah 3 : Mengenalpasti Bunyi Ling 6

a) Guru hendaklah berda dan duduk di sebelah telinga murid yang lebih baik.
b) Perhatian murid hendaklah diperoleh terlebih dahulu. Guru menghasilkan
salah satu daripada bunyi huruf-huruf Ling 6 di tepi telinga murid,
contohnya /m/. Pastikan murid tidak dapat melihat mulut guru.
c) Minta murid mengulangi bunyi tersebut dan jika murid tidak dapat mengulang
bunyi dengan betul, minta murid memandang mulut guru dan guru ulang
bunyi tersebut.
d) Kemudian ulang bunyi yang sama di tepi telinga murid semula. Jika murid
dapat mengulang bunyi tersebut dengan betu, hasilkan bunyi yang lain pula,
contohnya /u/.
e) Jika murid telah dapat mengulang 2 bunyi tersebut dengan betul, minta murid
kenalpasti bunyi tersebut secara rawak di tepi telinga murid.
f) Jika murid telah dapat mengenalpasti 2 bunyi tersebut,tambahkan bunyi lain,
contohnya /i/.
g) Ulang langkah yang sama sehingga murid dapat menenalpasti semua bunyi
Ling 6.
Langkah 4 : Mengenalpasti bunyi /l/,/r/, /j/, /t/ dan /n/

Ulang semua langkah 3 untuk bunyi-bunyi di atas kerana responden mempunyai


masalah dalam menyebut bunyi di atas.

Langkah 4 : Permainan Bahasa

RODA IMPIAN
a) Berikan perkataan mengenai nama objek dan kata kerja.
b) Kemudian beri klu huruf yang terdapat pada perkataan tersebut.’murid di
minta untuk membuat putaran roda dan dapatkan mata yang tinggi.
c) Selepas itu, murid menyebut huruf yang mereka rasa terdapat di dalam
ruangan kosong di hadapan. Jika murid tersalah sebut bunyi huruf,maka guru
terus memperbetulkan sebutan murid itu tadi.
d) Tujuan permainan ini adalah melatih murid menyebut bunyi huruf dan
perkataan dengan betul.

You might also like