Professional Documents
Culture Documents
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) wajib
melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan
dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
2. Hasil Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan dalam tahun semasa
peperiksaan.
3. Calon dikehendaki melaksanakan kerja kursus ini secara individu dari bulan Februari
hingga bulan Julai.
4. Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan
cetakan komputer.
5. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli dan tidak ditiru
daripada mana-mana pihak.
6. Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuran
lebih kurang 28 cm × 38 cm.
7. Calon hendaklah mendapat bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasan
dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.
9. Calon mestilah memenuhi kesemua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapat
gred Cemerlang dan Baik. Gred cemerlang dan baik (pencapaian minimum 60 %
setiap aspek) sahaja akan dicatatkan dalam sijil pencapaian calon yang akan dikeluarkan
oleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai
Tahap Minimum tidak akan dicatatkan di dalam sijil.
11. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.
12. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan
menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.
13. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul folio. Calon
digalakkan menjilid hasil kajian.
14. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang
masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.
TUGASAN 1
SITUASI
Sebuah Taman Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak memerlukan reka bentuk hiasan dalaman
untuk ruang bacaan.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah model ruang bacaan untuk
kanak-kanak dengan hiasan yang sesuai.
5. Lakaran susun atur reka letak perabot dan kelengkapan pada pelan lantai yang dipilih.
11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
Berdasarkan kajian tersebut, hasil model reka bentuk ruang bacaan anda hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:
Bahan : Bebas
Ukuran minimum : Panjang - 40 cm
Lebar - 30 cm
Tinggi - 20 cm
Contoh:
20 cm
30 cm
40 cm
Nota:
1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.
2. Hiasan dan perabot hendaklah dihasilkan sendiri oleh calon.
TUGASAN 2
SITUASI
Sebuah syarikat perkapalan antarabangsa akan mengadakan pameran kapal layar di tempat
anda. Sebuah arca asemblaj akan diletakkan di pintu masuk bilik pameran.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah arca asemblaj.
8. Lukisan perspektif hasil arca sebenar dari tiga sudut pandangan berbeza.
11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
Berdasarkan kajian tersebut, hasil reka bentuk arca asemblaj anda hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:
Bahan : Bebas
Ukuran minimum : Panjang - mengikut kesesuaian
Lebar - mengikut kesesuaian
Tinggi - 40 cm
Warna : Bebas
Tema : Perkapalan
Teknik : Arca Asemblaj
Contoh:
40 cm
Nota:
1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.
TUGASAN 3
SITUASI
Sebuah syarikat pengeluar topi keledar akan menganjurkan satu pertandingan ilustrasi hiasan
topi keledar terbaru keluaran syarikat itu.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan ilustrasi hiasan topi keledar yang
bermotifkan fauna di Malaysia.
5. Lukisan hamparan reka bentuk topi keledar yang dipilih mengikut skala.
12. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
Bahan : Bebas
Bilangan warna : Bebas
Motif : Fauna di Malaysia
Teknik : Bebas kecuali kolaj
Contoh:
Nota:
1. Anda boleh membuat ilustrasi di atas topi keledar sebenar.
TUGASAN 4
BIDANG : KRAF
TAJUK : TEMBIKAR
PRODUK : LAMPU HIASAN
SITUASI
Seorang pengusaha kilang tembikar ingin mengeluarkan produk lampu hiasan yang boleh
diletakkan di ruang tamu rumah. Lampu hiasan ini mestilah mempunyai reka bentuk moden
dan futuristik namun masih lagi mengekalkan ciri-ciri tradisional.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu model reka bentuk lampu hiasan.
2. Koleksi pelbagai reka corak yang bercirikan tradisional sebagai sumber motif.
8. Lukisan sebenar reka bentuk yang dipilih dari tiga sudut pandangan berbeza.
11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
Berdasarkan kajian tersebut, hasil rekaan model lampu hiasan anda hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:
Contoh:
minimum 10 cm
30 cm
Nota:
1. Hasil kerja hendaklah dibakar.
2. Hasil kerja boleh disepuh atau diwarna dengan menggunakan warna yang sesuai.
TUGASAN 5
SITUASI
Sebuah Persatuan Alam Sekitar ingin menghasilkan kad ucapan tiga dimensi bagi jualan
amal sempena Hari Alam Sekitar Sedunia.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu kad ucapan tiga dimensi yang
bertemakan alam sekitar dan bermotifkan flora dan fauna.
8. Lakaran reka letak muka taip dan ilustrasi yang akan dihasilkan.
11. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.
13. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
Berdasarkan kajian tersebut, kad ucapan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Kertas
Ukuran minimum : Panjang - 30 cm
Lebar - 22 cm
Bilangan warna : Bebas
Media : Bebas
Teknik : Catan
Kapsyen : Sesuai dengan situasi
Contoh:
30 cm
22 cm
Nota:
1. Hasil kerja hendaklah dikemaskan.
TUGASAN 6
SITUASI
Syarikat Delima Sendirian Berhad adalah sebuah syarikat pengeluar kerepek ubi kayu.
Syarikat ini ingin memasarkan kerepek keluarannya ke pasaran antarabangsa.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk pembungkusan
kerepek ubi kayu tersebut.
9. Lakaran reka letak muka taip dan ilustrasi yang akan dihasilkan.
12. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.
14. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
Bahan : Bebas
Ukuran minimum : Panjang - mengikut kesesuaian
Lebar - mengikut kesesuaian
Tinggi - 30 cm
Bilangan warna : Bebas
Teknik : Catan
Kapsyen : Suci
Contoh:
30 cm
Mengikut kesesuaian
Mengikut kesesuaian
Nota:
1. Hasil kerja hendaklah dikemaskan.
TUGASAN 7
SITUASI
Sebuah syarikat kosmetik ingin menerbitkan iklan bagi mempromosikan produk terbaru
kecantikan wanita.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan papan cerita sebanyak lapan bingkai
untuk mengiklankan produk kecantikan tersebut.
6. Lakaran tiga set cadangan papan cerita berdasarkan sumber idea yang dipilih
dan catatan.
7. Lukisan sebenar papan cerita yang dipilih mengikut urutan dan jalan cerita sebenar.
Berdasarkan kajian tersebut, papan cerita anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Kertas
Ukuran : 30 cm × 20 cm setiap bingkai
Bilangan warna : Bebas
Teknik : Catan
Contoh:
20 cm
30 cm
Nota:
1. Hasil kerja hendaklah dikemas dan dibingkaikan.
TUGASAN 8
SITUASI
Sebuah syarikat pinggan mangkuk memerlukan reka corak cawan dan piring keluarannya.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka corak yang menggambarkan
keindahan flora dan fauna pada produk tersebut.
11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
Berdasarkan kajian tersebut, reka corak cawan dan piring tersebut hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:
Bahan : Bebas
Ukuran minimum : Piring - diameter antara 13 cm – 15 cm
Cawan - tinggi : antara 6 cm – 8 cm
- lebar : antara 6 cm – 8 cm
Bilangan warna : Bebas
Teknik : Catan
Contoh:
13 cm – 15 cm
6 cm – 8 cm
6 cm – 8 cm
Nota:
1. Anda boleh menggunakan cawan dan piring sebenar bagi membuat reka corak.
TUGASAN 9
SITUASI
Sebuah hotel ingin menghias lobi menunggunya dengan satu cetakan.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu karya cetakan yang
menggambarkan keindahan alat muzik tradisonal.
7. Kajian warna.
11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
Contoh:
30 cm
30 cm
Nota:
1. Hasil kerja hendaklah dibingkaikan.
TUGASAN TAMAT