Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
215Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
pengenalan pelancongan

pengenalan pelancongan

Ratings:

4.58

(24)
|Views: 35,393 |Likes:
Published by dyeall

More info:

Published by: dyeall on Aug 28, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/29/2013

pdf

text

original

 
December 2004Perkataan tourism datang daripada perkataan Latin iaitu tornare dan juga Greek iaitutornos yang membawa maksud pergerakan dalam suatu bulatan.Bab 1Pengenalan kepada PelanconganPengenalanBab ini mendedahkan definisi pelancongan daripada pelbagai perspektif. Berdasarkandefinisi-definisi yang diketengahkan, maksud pelancongan dibincangkan secaramenyeluruh serta mendalam supaya pengertiannya dapat difahami dengan jelas. Hasil perbincangan berkenaan definisi pelancongan, bab ini seterusnya membincangkan jenis-jenis pelancong yang wujud dalam industri itu. Jenis-jenis pelancong pentingkerana mereka adalah pihak utama yang berperanan dalam menentukan kejayaansesebuah industri pelancongan.Akhir sekali bab ini membincangkan sektor-sektor serta aktiviti-aktiviti yang terlibatdalam industri pelancongan. Perlu ditekankan industri pelancongan terdiri daripada pelbagai sektor yang mempunyai aktiviti tersendiri. Oleh itu, sebagai satu pengenalankepada pelancongan, adalah perlu sektor-sektor dan aktiviti-aktiviti yang terlibatdidedahkan kepada semua pihak yang ingin memahami maksud pelancongan.Apa Itu Pelancongan?Pelancongan mempunyai pelbagai maksud mengikut perspektif dan pandangan pihak- pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan industri pelancongan. Ini termasuklah pelancong itu sendiri, organisasi penginapan dan pengangkutan, organisasi pendidikan, pihak kerajaan dan sebagainya lagi.Perkataan tourism datang daripada perkataan Latin iaitu tornare dan juga Greek iaitutornos yang membawa maksud pergerakan dalam suatu bulatan. Pada awalnya, Jafari(1977) mendefinisikan pelancongan sebagai, “Suatu kajian manusia yang bertentangan dengan habitat semula jadi mereka serta penglibatan industri yang bertindak balas pada keperluan mereka, dan juga kesan ke atas diri mereka danindustri itu daripada sudut sosiobudaya, ekonomi dan persekitaran.” Pengertian yangmeluas ini sukar difahami kerana ia tidak menjelaskan secara mendalam apa yangdimaksudkan sebagai pelancongan dan apakah faktor-faktor yang terlibat dalammembangunkan industri ini.Oleh itu, wujud definisi lain yang cuba memberi penjelasan secara mendalammengenai pelancongan. Sebagai contoh, Leiper (1981) menjelaskan pelancongansebagai, “Suatu sistem terbuka yang mempunyai hubungan dengan persekitaran yangluas, elemen manusia iaitu pelancong, elemen kawasan iaitu kawasan asal, kawasan persinggahan dan kawasan destinasi yang terpilih, elemen ekonomi iaitu industri pelancongan dan elemen dinamik iaitu terdiri daripada individu yang mengembara bagi tujuan berehat jauh dari tempat asal mereka selama lebih kurang satu hari.”Walaupun definisi ini agak mendalam, sekurang-kurangnya ia memberi pengertianyang jelas berkenaan pelancongan dan elemen-elemen yang terlibat dalam industri pelancongan secara khususnya. Kelima-lima elemen itu adalah persekitaran, manusia,
 
kawasan, ekonomi dan dinamik.Memandangkan pelancongan itu sendiri ditafsirkan berbeza-beza mengikut perspektif atau school of thought masing-masing, sehingga kini masih wujud pelbagai definisi pelancongan. Istilah pelancongan menurut WTO atau World Tourism Organizationmerujuk kepada, “Aktiviti pengembaraan seseorang individu ke suatu tempat keluar daripada persekitaran asalnya dan menetap di situ tidak lebih daripada setahun bagitujuan rehat, perniagaan dan sebagainya.” Definisi WTO ini secara langsungmembawa kepada pengertian apa yang dimaksudkan sebagai pelanconganantarabangsa, pelancongan dalaman, pelancongan domestik dan pelancongankebangsaan (lihat Rajah 1.1). Pelancongan antarabangsa melibatkan dua aspek  pelancongan iaitu:1. Melancong dalam negara: Merujuk kepada lawatan atau pengembaraan ke destinasituan rumah yang dibuat oleh individu yang berasal dari destinasi lain. Sebagai contoh,Malaysia sebagai tuan rumah menerima kunjungan daripada pelancong Eropah.Pelancong Eropah yang datang ke Malaysia dikenali sebagai pelancong dalam negara.2. Melancong luar negara: Merujuk kepada lawatan atau pengembaraan seseorangindividu ke destinasi selain dari tempat asal mereka. Contohnya, pelancong Malaysiayang melancong ke Australia dan New Zealand adalah pelancong luar negara.Pelancongan dalaman pula merujuk kepada lawatan atau pengembaraan seseorangindividu ke destinasi yang sama dalam kawasan destinasi asal mereka. Contohnya,rakyat negeri Kedah yang berasal dari Alor Setar membuat lawatan ke PulauLangkawi, juga terletak dalam negeri Kedah. Pelancongan domestik merujuk kepada pelancongan dalaman dan dalam negara. Contohnya, sebagai rakyat negeri Perak, kitamenerima kunjungan dan lawatan rakyat negeri Melaka. Pelancong Melaka itudikenali sebagai pelancong domestik.Oleh itu, pemasaran pelancongan yang perlu ditekan di sini adalah kemudahan penginapan dan tempat tarikan di negeri Perak. Manakala pelancongan kebangsaan pula merujuk kepada pelancongan dalaman dan luar negara. Sebagai contoh,kunjungan kita sebagai rakyat negeri Perak ke negeri Melaka. Pemasaran pelanconganyang perlu ditekan di sini adalah kemudahan pengangkutan dan agensi pengembaraan.Wujudnya pelbagai pemahaman dan pengertian pelancongan akhirnya membawakepada kekaburan definisi pelancongan itu sendiri. Malah, sehingga kini, masih ramaiyang cuba mengetengahkan definisi mengikut pandangan masing-masing.Suatu definisi lengkap yang sudah dan masih diguna pakai dalam memahami erti pelancongan sebenar dibariskan oleh McIntosh dan rakan-rakan (1995). Menurutmereka, “Pelancongan adalah suatu fenomena dan hubungan yang wujud akibatdaripada interaksi di antara pelancong, ahli perniagaan, kerajaan dan komuniti selakutuan rumah dalam proses menarik pelancong dan pelawat asing.” Secara tidak langsung, definisi ini menjelaskan pelancongan adalah lawatan atau pengembaraan kesuatu tempat lain dalam tempoh semalam, bertujuan berhibur, berehat, berniaga dansebagainya. Malah, definisi ini juga menekankan wujudnya empat elemen utamadalam pengertian pelancongan iaitu:1. Pelancong: Mereka yang keluar ke suatu destinasi lain bagi beberapa tujuan.
 
2. Perniagaan: Mereka yang terlibat dengan membekalkan barangan ataupun perkhidmatan dalam industri pelancongan di samping memenuhi permintaan pelancong.3. Kerajaan: Mereka yang terlibat dalam memenuhi ekonomi sama ada berbentuk  pendapatan tuan rumah ataupun pendapatan hasil daripada kedatangan pelancong.4. Tuan rumah: Mereka yang terlibat secara langsung dengan destinasi terpilih disamping menjaga budaya masyarakat destinasi itu.Jelas di sini apabila memperkatakan pelancongan, aspek yang perlu diberi penekananadalah kewujudan pelancong, pembekal barangan ataupun perkhidmatan pelancongan, kerajaan dan juga tuan rumah destinasi yang terpilih. Dalam erti katalain, keempat-empat elemen itu perlu terlibat dalam mewujudkan sebuah industri pelancongan. Apabila seseorang individu itu melancong, bermakna mereka adalah pelancong yang memerlukan perkhidmatan seperti penginapan dan pengangkutan.Melancong ke destinasi yang ekonominya dikawal oleh kerajaan secara tidak langsung pelancong juga mewujudkan hubungan dengan tuan rumah selaku komunitidestinasi itu.Jenis-jenis PelancongJenis-jenis pelancong wujud akibat daripada pengertian yang luas mengenai pelancongan itu sendiri. Secara khususnya, jenis-jenis pelancong atau dikenali sebagaitipologi pelancong dibincangkan secara mendalam dalam bab seterusnya. Walau bagaimanapun, bab ini membincangkan tipologi pelancong secara amnya di mana pelancong itu dilihat lebih sebagai pelawat atau pengembara (lihat Rajah 1.2).Dalam pelancongan, individu yang terlibat dikategorikan kepada dua iaitu penduduk setempat dan pelawat. Apabila kedua-duanya mengembara, wujudlah istilah pengembara. Pengembara pula dapat dilihat dalam dua aspek iaitu mereka yangmengembara dalam skop pelancongan dan mereka yang mengembara bertujuanmemenuhi aktiviti lain. Mengikut perspektif pelancongan, mereka yang mengembaradalam skop pelancongan dikenali sebagai pelancong.Dalam masa yang sama sekiranya mereka mengembara dan kembali semula ke tempatasal mereka tanpa menginap atau dengan kata lain pergi-balik pada hari yang sama,mereka ini dikenali sebagai pelawat harian atau excursionists. Biasanya mereka inimelibatkan pelancongan dalaman dan bukannya pelancongan antarabangsa. Bagimereka yang mengembara bertujuan memenuhi aktiviti lain, pelancong-pelancong inimungkin terdiri daripada pelajar, pekerja sementara dan juga pendatang bergantungkepada tujuan lawatan itu.Pelancong biasanya melancong ke suatu destinasi bertujuan memenuhi beberapaaktiviti antaranya tujuan perniagaan, melawat kawan dan keluarga atau serta berhibur.Tujuan mereka melancong ini seterusnya mewujudkan kategori dan jenis pelancongdalam industri pelancongan. WTO dan Travel and Tourism Research Organization juga mempunyai tipologi pelancong masing-masing (lihat Rajah 1.3). Jenis-jenis pelancong lain di mana kategori mereka ditentukan oleh faktor motivasi akan

Activity (215)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Zakiah Zaki liked this
Laowam's Lau liked this
Zubaidah Ibrahim liked this
Ikhwan Adam liked this
atiqahraven liked this
Myfrenz Aku liked this
shanim1 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->