You are on page 1of 50

TUGASAN

MINGGU ORIENTASI SEKOLAH (MOS)

SEKOLAH KEBANGSAAN DARAU, MENGGATAL


KOTA KINABALU

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI-SR) j-QAF Mode


Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)

Disediakan oleh:
SURIANTI BINTI IRWAN

Kad Pengenalan:
870618495244

Opsyen:
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

Kumpulan:
2
2

PELAN SEKOLAH

4 SAUJANA & 4 KINABALU 4 4


TNB 1 SAUJANA &1 DIRGAHAYU MAHAMERU
BLOK E KINABALU &1
DIRGAHAYU
&1
MAHAMERU

PINTU BLOK F
PAGAR 2 BILIK 4 SAMUDERA 5 SAMUDERA 2 BILIK
DISIPLIN &2 &1 SAUJA KH
PETANG KINABALU SAMUDERA NA
BLOK D 2 MAHAMERU

MAK-
MAL
5 DIRGAHAYU 4 STOR 5 KINABALU & 3
KOMP &2 MAHAMERU ALAT KINABALU
-UTER SAMUDERA &2 PJK/
DIRGAHAYU AM
BLOK C
BILIK 5 SAUJANA &
BIMBINGAN 3 SAUJANA
DAN
KAUNSELIN BILIK
DEWAN TERBUKA
PONDOK
DISIPLIN
JAGA
G
BILIK PJ PAGI
SEKOLAH DAN 6
GELANGGANG SUKAN MAHAMERU
&3
SEKOLAH DIRGAHAYU

6 DIRGAHAYU
BLOK B
PINTU PAGAR 1 &3
RUANG MENUNGG
IBU BAPA MAHAMERU

6 KINABALU
&3
SAMUDERA

KANTIN

Aktiviti 1
Data
SURAUyang dikumpulkan.
TANGG TAN BILIK-BILIK PANITIA, TANGGA
ALAMAT SEKOLAH
BILIK GURU
A BILIK DAS TANDAS GURU
SUSU

TANGGA KLINIK PUSAT SUMBER PEJABAT AM TANGGA


 Sekolah Kebangsaan Darau Menggatal, peti surat 11881, 88820 Kota Kinabalu, Sabah.
SEKOLAH
GIGI

BLOK A TANGGA BILIK BILIK GERAKAN BILIK BILIK PEMULIHAN TANGGA


SPBT AKSES
 Kod Sekolah: XBA4007

PRA SEKOLAH
3

 Berada di tengah-tengah kampung dan boleh diklasifikasikan sebagai sekolah luar


bandar.

 Alamat sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN DARAU MENGGATAL, PETI SURAT


11881, 88820 KOTA KINABALU SABAH.

Bilangan Murid Keseluruhan bagi tahun 2011

NON- JUMLAH
ISLAM
KELAS MUSLIM KECIL JUMLAH
L P L P L P
TAHUN 1 79 59 34 52 113 93 206
TAHUN 2 75 70 39 41 114 111 225
TAHUN 3 69 63 29 31 98 94 192
TAHUN 4 59 69 51 25 110 94 207
TAHUN 5 58 68 47 34 105 102 207
TAHUN 6 81 79 34 36 115 115 230
JUMLAH
421 408 234 219 655 609 1267
BESAR

Bilangan Bilik Darjah :


30 KELAS
TAHUN 1 ADA 5 KELAS

Saiz / jumlah murid dalam kelas: 


PURATA 40 ORANG UNTUK SETIAP KELAS

Bilangan guru:
67 orang guru terdiri daripada sesi pagi dan sesi petang. 14 orang terdiri guru lelaki dan
53 orang terdiri daripada guru perempuan.

Aktiviti 2
4

Jawapan untuk soalan aktiviti 2

Pelan dua buah bilik darjah:

MEJA GURU
PAPAN PUTIH

1 MAHAMERU

PAPAN PUTIH

MEJA
GURU

Soalan satu : 

1 KINABALU
5

Nyatakan bagaimana alat hasil pengajaran dan pembelajaran di letakkan di kelas dan
bagaimanana ianya digunakan?

Kelas           :   Ianya di letakkan di bahagian dinding dan sudut kelas dan di belakang kelas di
1Mahameru tampal di ruang  sudut ilmu khusus untuk setiap mata pelajaran yang di ajar.

Kelas          :   Ianya di letakkan di bahagian dinding dan sudut kelas dan di belakang kelas di
1Kinabalu tampal di ruang  sudut ilmu khusus untuk setiap mata pelajaran yang di ajar.

Soalan dua :  

Apakah bahan yang boleh digunakan oleh murid apabila di perlukan?

Kelas           : Bahan-bahan yang boleh di gunakan oleh murid-murid ialah bahan
1 Mahameru     bacaan seperti buku Iqra’ yang di simpan di almari khas untuk bahan JQAF di
bilik guru dan terdapat juga bahan bantu mengajar khusus untuk JQAF seperti
kad imbasan di surau sekolah.

Kelas           :   Bahan-bahan yang boleh di gunakan oleh murid-murid ialah bahan
1 Kinabalu       bacaan seperti buku Iqra’ yang di simpan di almari khas untuk bahan JQAF di
bilik guru dan terdapat juga bahan bantu mengajar khusus untuk JQAF seperti kad
imbasan di surau sekolah.

Soalan tiga :  

Sejauh manakah pergerakkan murid di benarkan?


6

Kelas           :   Murid-murid dibenarkan bergerak secara individu untuk keluar kelas sama ada
1 Mahameru untuk ke tandas ataupun untuk lain-lain hal. sekolah  kad keluar masuk kelas
kepada murid. Terdapat dua kad iaitu satu kad untuk lelaki dan satu kad untuk
perempuan dengan adanya kad ini  menyebabkan murid tidak mengambil
kesempatan untuk keluar berdua. Manakala hal hal yang berkaitan dengan
waktu pengajaran dan pembelajaran, mereka di minta untuk bergerak secara
berkumpulan mengikut kumpulan yang telah di susun atur.

Kelas          :   Murid-murid dibenarkan bergerak secara individu untuk keluar kelas sama ada
1 Kinabalu untuk ke tandas ataupun untuk lain-lain hal. sekolah  kad keluar masuk kelas
kepada murid. Terdapat dua kad iaitu satu kad untuk lelaki dan satu kad untuk
perempuan dengan adanya kad ini  menyebabkan murid tidak mengambil
kesempatan untuk keluar berdua. Manakala hal hal yang berkaitan dengan
waktu pengajaran dan pembelajaran, mereka di minta untuk bergerak secara
berkumpulan mengikut kumpulan yang telah di susun atur.

Soalan empat :            

Kenal pasti caramana murid di letakkan di dalam kumpulan.

Kelas         :   Murid-murid di letakkan secara berkembar (berkembar tiga dan dua) mengikut
1 Mahameru susunan guru kelas. Murid yang hyperaktif diletakkan berhampiran dengan
meja guru manakala murid berkelakuan baik diletakkan ditempat yang
difikirkan sesuai oleh guru kelas mereka. Murid  yang kurang cerdik di
letakkan di dalam kumpulan yang berada hadapan papan hitam dan seterusnya
di ikuti oleh kumpulan yang lebih pandai.
Kelas         :    Murid-murid di letakkan secara berkembar (berkembar tiga dan dua) mengikut
1 Kinabalu susunan guru kelas. Murid yang hyperaktif diletakkan berhampiran dengan
meja guru manakala murid berkelakuan baik diletakkan ditempat yang
difikirkan sesuai oleh guru kelas mereka. Murid  yang kurang cerdik di
7

letakkan di dalam kumpulan yang berada hadapan papan hitam dan seterusnya
di ikuti oleh kumpulan yang lebih pandai.

Soalan Kelima :

Apakah perbezaan yang terdapat pada kedua dua kelas tersebut.

Perbezaan yang terdapat untuk dua kelas tersebut boleh di rumuskan kepada beberapa perkara
seperti di bawah ini.

1) Nama kelas  :          

Nama kelas pertama di kenali sebagai kelas 1 Mahameru, manakala kelas kedua di kenali
sebagai kelas 1 Kinabalu.

2) Bilangan murid :       

Bilangan murid di kelas Mahameru seramai 39 orang manakala bilangan murid di kelas Kinabalu
seramai 40 orang.

3) Dekorasi meja

Kelas Mahameru mempunyai lapik meja, manakal kelas Kinabalu tidak mempunyai lapik meja.

4 ) Keaktifan murid

Murid di kelas Mahameru lebih berminat untuk belajar berbanding dengan kelas Kinabalu
walaupun kelas Mahameru terdiri dari murid yang lemah. Manakala Kelas Kinabalu lebih gemar
berinteraksi sesama sendiri dan kurang memberi respon kepada pengajaran guru.
8

Soalan keenam :

Apakah yang membuatkan ianya berbeza.

Faktor-faktor yang membuatkan ianya berbeza mungkin dapat di rumuskan melalui beberapa
aspek. Diantaranya sebagaimana berikut :

1) Faktor perbezaan nama kelas adalah kerana perbezaan kepintaran murid murid di dalam
kelas.Pelajar di kelas Mahameru di dapati lebih pasif berbanding dengan pelajar di kelas
Kinabalu yang lebih ramai murid pintar.

2) kesungguhan untuk belajar. Setiap orang berbeza dari segi kesungguhan untuk belajar.

3) Sikap yang kurang baik menyebabkan cara pengurusan kelas mesti disesuaikan dengan
keadaan mereka begitulah sebaliknya.

Aktiviti 3

Soalan pertama : Apakah peraturan sekolah dan bilik darjah?


9

Sekolah adalah sebuah institusi masyarakat. Di sinilah di semai, dipupuk dan disuburkan ciri-ciri
baik bagi pembentukan sikap dan peribadi juga pertumbuhan fizkal yang sempurna. Peraturan
sekolah adalah undang-undang yang perlu bagi kesejahteraan individu dan masyarakat sekolah.

Peraturan sekolah dapat di katakan juga sebagai disiplin. Peraturan sekolah dapat di lihat dalam
beberapa perkara seperti mana berikut :-

Pakaian seragam sekolah

1. Lencana
a) Semua murid sekolah ini dimestikan memakainya setiap masa bersama pakaian sekolah
yang lengkap.
b) Lencana sekolah mestilah dipakai pada poket baju sebelah kiri.
c) Lencana sekolah mestilah dipakai semasa datang ke sekolah, semasa mengikuti lawatan
anjuran sekolah atau menghadiri majlis atau upacara di mana sekolah ini terlibat.
d) Lencana yang digunakan mestilah lengkap dan tidak rosak.
e) Murid hanya dikecualikan memakai lencana sekiranya memakai uniform unit beruniform
semasa kegiatan kokurikulum.

2. Pakaian seragam murid lelaki


a) Baju
- Baju berwarna putih dengan lengan pendek tidak menutupi siku.
- Butang baju mestilah lengkap,berwarna putih dan dijahit dengan benang putih.
- Baju yang dipakai mestilah berkolar.
- Murid-murid dibenarkan memakai baju berlengan panjang dengan syarat dikancing
dipergelangan tangan. Baju lengan panjang tidak dibenarkan sama sekali dilipat kecuali
di bengkel.
- Topi tidak dibenarkan dipakai oleh murid.
b) Seluar
- Murid-murid hendaklah memakai seluar berwarna biru tua (navy blue) dan tidak
berfesyen-fesyen.
10

- Seluar yang dipakai tidak nampak terlalu ketat atau terlalu longgar.seluar berambu
dan berjurai-jurai tidak di benarkan.
- Labuh seluar tidak menutupi tumit kasut dan paling singkat setakat menutupi buku
lali.
- Seluar berbentuk `jeans’ tidak dibenarkan.
c) Kasut
- Kasut hanya berwarna putih.
- Kasut kulit putih.kasut berbelang-belang dan `sport shoes’ tidak dibenarkan dipakai
sama sekali.
- Penggunaan selipar juga tidak dibenarkan.
d) Stoking
- Stoking berwarna putih sahaja dan tidak berbeleng.
- Stoking putih yang berbunga atau mempunyai lambang-lambang warna lain tidak
dibenarkan.
e) Tali pinggang
- Lebar tali pinggang tidak melebihi 3cm.tali pinggang yang dibenarkan ialah
berwarna Hitam dan Coklat.
- Hanya tali pinggang jenis biasa dengan kepala tidak berhias dibenarkan untuk
dipakai.

3. Pakaian seragam murid perempuan


a) Baju
- Murid-murid perempuan hendaklah memakai baju yang kainnya tidak jarang atau
nipis.
- Pakaian muris-murid perempuan adalah ‘pinafore tunic’ berwarna biru tua (navy
blue) dan labuhnya hendaklah sampai ke lutut.
- Bagi yang memakai tudung,tudung hendaklah berwarna putih,tidak bersulam dan
berukuran sesuai bagi murid yang memakainya.
b) Kasut dan stoking
- Sama seperti murid lelaki.
11

4. Cermin mata
a) Tidak dibenarkan memakai cermin mata kecuali dengan nasihat doctor.
b) Cermin mata plastik atau kaca yang jernih sahaja digunakan.cermin mata yang berwana
tidak dibenarkan.
c) Cermin mata hendaklah sederhana besar dan tidak terlalu kecil.

5. Perhiasan dan dandanan


a) Murid-murid perempuan dilarang memakai barang kemas seperti gelang, rantai, subang,
cincin dan sebagainya.
b) Murid-murid perempuan dilarang bersolek.
c) Murid-murid lelaki dilarang memakai sebarang perhiasan.
d) Murid-murid juga dilarang berkuku panjang. mengecat kuku juga tidak dibenarkan.

6.Rambut murid-murid
a) Murid-murid lelaki tidak dibenarkan berambut panjang.
b) Istilah rambut panjang bagi murid sk darau ialah:
- Di belakang - rambut jatuh melebihi garisan dibawwah cuping telinga.
- Di depan - rambut menutupi garisan tengah dahi.
- Di sebelah - rambut menutupi kedua-dua belah telinga atau sebahagian daripadanya
dan ‘sideburn’ melebihi garisan tengah hidung.
- Di atas - rambut lebih dari tiga inci panjang.

b) Murid-murid lelaki boleh dikenakan tindakan menggunting rambut sekiranya didapati


mereka berambut panjang.
c) Murid lelaki tidak dibenarkan menyimpan misai.
d) Murid-murid perempuan yang tidak memakai tudung. Hendaklah memastikan rambutnya
kemas atau diikat.

7. Pakaian pendidikan jasmani atau sukan.


a) Baju T berwarna putih atau rumah sukan.
12

b) Murid-murid hendaklah memakai seluar sukan sekolah atau ‘track’ berwarna hitam atau
gelap.
c) Murid-murid yang tidak berpakaian sukan akan diambil tindakan sewajarnya oleh guru
berkenaan.
d) Murid-murid yang sakit atau tidak dapat melakukan aktiviti senaman juga dikehendaki
turun ke padang dan duduk di tempat yang ditentukan oleh guru pendidikan jasmani.

PERATURAN PERSEKOLAHAN

1. Kehadiran masa persekolahan

a) Murid-murid dikehendaki hadir ke sekolah pada setiap hari.


b) Jadual pembelajaran bagi sesi pagi adalah seperti berikut:

HARI KELAS WAKTU KELAS


MULA REHAT TAMAT

ISNIN 7.10 pagi 10.10 pagi 12.30 pagi

SELASA 7.10 pagi 10.10 pagi 12.30 pagi

RABU 7.10 pagi 10.10 pagi 12.30 pagi

KHAMIS 7.10 pagi 10.10 pagi 12.30 pagi

JUMAAT 7.10 pagi 10.10 pagi 11.30 pagi

c) Jadual pembelajaran bagi sesi petang pula adalh seperti berikut:

HARI KELAS KELAS KELAS


MULA REHAT TAMAT

ISNIN 12.40 petang 3.10 petang 6.00 petang

SELASA 12.40 petang 3.10 petang 5.30 petang

RABU 12.40 petang 3.10 petang 5.30 petang


13

KHAMIS 12.40 petang 3.10 petang 5.30 petang

JUMAAT 1.10 petang 3.10 petang 5.30 petang

d) Murid-murid hendaklah berada di sekolah selewat-lewatnya 5 minit selepas loceng pertama


dibunyikan.
e) Murid-murid dilarang duduk di dalam kelas sebelum loceng pertama dibunyikan kecuali
murid yang bertugas.
f) Murid-murid perlu menghadiri perhimpunan sebelum mata pelajaran pertama bermula.
g) Murid-murid dilarang meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran dari pihak sekolah.
h) Murid-murid dilarang masuk atau keluar kawasan sekolah dengan cara tidak melalui pintu
pagar sekolah.
i) Jika murid tidak hadir:
- Dikehendaki menyerahkan surat doctor atau ibu bapa atau penjaga yang menyatakan
sebab-sebab tidak hadir ke sekolah.(contoh surat dari ibu bapa lihat borang
skdm/disiplin3).
- Murid-murid yang tidak hadir tiga hari tanpa sebab akan dihubungi untuk mendapatkan
penjelasan dan surat amaran akan dikeluarkan.
- Murid-murid yang tidak hadir tanpa sebab,ponteng kelas atau sekolah akan dikenakan
tindakan disiplin apabila kembali ke sekolah.
j) Murid-murid diwajibkan hadir untuk menjalankan aktiviti kokurikulum dan sukan.
2. Ujian dan peperiksaan
a) Semua murid wajib mengikuti ujian dan peperiksaan yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah.
b) Murid yang tidak hadir tanpa sebarang surat daripada waris atau doktor tidak akan dibenarka
n menduduki ujian atau peperiksaan yang telah dijalankan .markah ujian atau peperiksaan
bagi kertas tersebut dikira 0 (kosong).
c) Murid yang didapati meniru akan dikenakan tindakan disiplin yang sewajarnya.

3. Disiplin semasa sesi persekolahan


a) Murid-murid dikehendaki pada setiap masa berada dalam kelas kecuali pada waktu rehat,
pendidikan jasmani, music atau bila-bila masa yang diarahkan oleh guru.
14

b) Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kelas tanpa kebenaran dari guru yang mengajar.
c) Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran guru dengan guru yang
lain.
d) Ibu bapa atau penjaga atau sesiapa juga tidak dibenarkan menemui murid tanpa kebenaran
daripada guru besar. Murid juga dilarang berjumpa pelawat tanpa kebenaran guru besar.
e) Murid-murid juga dilarang membawa sesiapa sahaja masuk kedalam kawasan sekolah tapa
kebenaran guru besar.
f) Sebarang bentuk permainan adalah dilarang dibawa ke sekolah.pihak sekolah berhak
merampas alat permainan yang dibawa.

4. Pertukaran kelas
a) Murid dikehendaki berbaris dan berjalan dalam barisan untuk pergi ke kelas, makmal,
bilik muzik dan lain-lain.
b) Jangan membuat bising ketika berjalan.

5. Peraturan semasa rehat


a) Murid-murid hanya dibenarkan rehat mengikut jadual waktu rehat yang ditetapkan kepada
mereka sahaja.
b) Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas kecuali mendapat kebenaran guru
kelas.
c) Murid-murid tidak dibenarkan berkeliaran di koridor atas setiap blok bangunan.
d) Sebelum masuk kela, murid-murid dikehendaki beratur di luar kelas.
e) Murid dilarang sama sekali membawa makanan dan makan di dalam kelas.

6.Perhimpunan
a) Perhimpunan mingguan (rasmi) akan diadakan pada setiap hari isnin.
b) Semua murid diwajibkan menghadiri perhimpunan tersebut.
c) Murid-murid dikehendaki berbaris mengikut kelas secara berasingan antara lelaki dan
perempuan sebaik sahaja loceng dibunyikan.
d) Perhimpunan tidak rasmi akan diadakan pada setiap pagi untuk proses masuk kelas.
e) Murid dikehendaki senyap semasa guru berucap.
15

f) Murid-murid yang datang lewat dikehendaki berdiri di mana-mana sahaja ia berada di


dalam kawasan sekolah semasa lagu kebangsaan negeri dan sekolah dinyanyikan.murid-
murid ini kemudiannya membuat satu barisan khas di tepi kawasan perhimpunan.
g) Selepas perhimpunan tamat .murid-murid hendaklah beratur dan berjalan ke kelas masing-
masing mengikut arahan pengawas.

7. Rawatan pergigian
a) Murid-murid yang dipanggil sahaja dibenarkan ke klinik gigi.
b) Murid yang dipanggil tetapi tidak berada di klinik dan kelas dianggap ponteng kelas.
c) Murid dikehendaki memaklumkan kepada guru mata pelajaran sekiranya dipanggil.

8. Kenderaan
a) Murid-murid mestilah beratur apabila menaiki bas dan jangan berlumba-lumba atau
berebut-rebut. Semasa di dalam bas hendaklah bertingkah laku yang sopan.
b) Basikal hendaklah disusun dengan teratur di tempat letak basikal.
c) Semua basikal hendaklah dikunci untuk keselamatan.
d) Murid-murid tidak dibenarkan berada di tempat letak basikal, motosikal, dan kereta.

9. Surat-menyurat
a) Murid-murid dilarang mengambil surat di pejabat tanpa kebenaran.
b) Murid dinasihatkan supaya menggunakan alamat persendirian iaitu alamat rumah masing-
masing dalam sebarang urusan surat-menyurat.

10. Kehilangan dan kecurian


a) Sekiranya berlaku kehilangan atau kecurian, sila laporkan segera kepada guru kelas, guru
bertugas atau pihak sekolah.
b) Barang-barang berharga dilarang sama sekali dibawa ke sekolah.
c) Wang hendaklah disimpan dengan teliti atau diserahkan kepada guru untuk disimpan
terutama semasa pendidikan jasmani.
d) Perbuatan mencuri adalah stu kesalahan jenayah dan boleh diambil tindakan buang
sekolah.
16

11. Kawasan larangan


a) Bilik guru besar, bilik guru-guru penolong kanan.
b) Pejabat sekolah.
c) Tandas guru lelaki dan perempuan.
d) Makmal sains, makmal computer, bengkel kemahiranhidup, dan dewan.
e) Bilik guru dan koridor hadapan bilik guru.
f) Surau kecuali pada waktu yang di khaskan.
g) Tempat letak basikal.
h) Tempat letak motosikal dan kerata guru.
i) Kawasan pra sekolah.

12. kantin sekolah


a) Murid-murid mestilah beratur semasa membeli makanan.
b) Murid-murid ditegah meludah di merata-rata tempat terutamanya di sekitar kawasan
kantin.
c) Kertas pembalut makanan hendaklah dibuang ke dalam bakul sampah.
d) Pinggan, sudu, dan gelas yang telah digunakan hendaklah diletak di tempat yang
disediakan.
e) Murid-murid ditegah membeli makanan di luar kawasan sekolah. Pembelian makanan
dikantin hanya sewaktu rehat dan selepas waktu persekolahan sahaja.
f) Murid-murid ditegah makan di merata-rata tempat. Murid dikehendaki menggunakan
kerusi dan meja yang telah disediakan di kantin semasa makan.
g) Murid-murid dikehendaki mengamalkan adab sopan semasa makan.
h) Ibu bapa atau sesiapa yang melawat murid sewaktu rehat tidak dibenarkan duduk di kerusi
kantin. Kemudahan di kantin hanya untuk murid-murid sahaja.

13. Kebersihan sekolah


17

a) Murid-murid bertanggungjawab memelihara kebersihan sekolah.


b) Sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
c) Jangan menconteng dan mengotorkan bangunan sekolah.
d) Murid yang didapati membuang sampah atau mengotorkan bangunan sekolah akan
dikenakan tindakan disiplin.

14. Kelas
a) Kebersihan kelas dan sekelilingnya adalah tanggungjawab murid kelas berkenaan.
b) Setiap kelas hendaklah menyediakan jadual tugas harian dan plan tempat duduk murid-
murid.
c) Ketua kelas bertanggungjawab memastikan murid yang bertugas menjalankan tugas
masing-masing.

15. Pejabat
a) Murid-murid tidak dibenarkan masuk atau berada di kawasn pejabat pada setiap masa
kecuali dengan arahan guru atau urusan rasmi.
b) Jika ada urusan rasmi atau arahan oleh guru, murid dikehendaki terlebih dahulu mengetuk
pintu dan meminta kebenaran daripada pekerja pejabat untuk masuk.
c) Jika murid ingin berjumpa guru besar, semasa berjumpa hendaklah berpakaian kemas dan
lengkap.

16. Tandas
a) Murid dikehendaki menggunakan tandas yang di khaskan dengan baik.
b) Dilarang sama sekali menconteng dinding tandas.
c) Dilarang membuat bising di dalam tandas.
d) Gunakan tandas dengan betul supaya tidak berlaku kerosakan.
e) Paip hendaklah ditutup setelah digunakan.
f) Buang sampah ke dalam bakul sampah bukannya kedalam sinki, lubang tandas atau di
lantai tandas.
g) Murid-murid perlu menarik pam tandas setelah menggunakan tandas supaya tidak berbau.
18

h) Murid-murid hanya dibenarkan menukar pakaian di bilik persalinan yang disediakan sahaja
.
17. Bilik darjah, bengkel, makmal, pusat sumber, dan bilik tayangan

a) Murid-murid mestilah mengikut segala peraturan yang disediakan oleh guru-guru


berkenaan.
b) Murid-murid tidak dibenarkan bermain-main atau bergurau ketika berada di dalam bilik-
bilik diatas.
c) Segala peralatan yang digunakan hendaklah diletakkan di tempat asal atau tempat yang
telah dikhaskan.
d) Murid-murid tidak boleh bertukar tempat sesuka hati tanpa kebenaran guru.
e) Murid-murid dilarang makan dan minum di dalam bilik yang dinyatakan.
f) Jangan menulis, melukis dan menconteng meja, papan putih atau dinding kelas. Murid-
murid digalakkan lagi memperelokkan lagi segala perabot dan peralatan yang dibekalkan.
g) Setiap kelas bertanggungjawab menghias dan mencantikkan kelas masing-masing.
h) Tingkap dan pintu hendaklah sentisa ditutup sewaktu hendak balik.
i) Murid-murid tidak dibenarkan berada didalam kelas sebelum loceng pertama dibunyikan
atau pada masa rehat.
j) Papan putih hendaklah sentiasa bersih sebelum guru masuk kelas.
k) Cermin tingkap hendaklah sentiasa bersih daripada sebarang kekotoran.
l) Pastikan kipas dan lampu dimatikan suisnya apabila meninggalkan kelas. Jangan
membazir elektrik.
m) Keselamatan peralatan dan kebersihan mana-mana bilik yang digunakan adalah menjadi
tanggungjawab murid atau kelas yang menggunakan.
n) Sebelum keluar, bilik-bilik ini hendaklah dibersihkan, semua suis hendaklah dimatikan
dan cermin tingkap hendaklah ditutup.

18. Jadual waktu mata pelajaran

a. Murid hendaklah mematuhi masa atau perkara yang tercatat dalam jadual waktu.
19

b. Meninggalkan kelas tanpa kebenaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang
dijalankan adalah kesalahan yang serius dan boleh dirotan. Kegagalan murid
memaklumkan kepada guru boleh dianggap murid ponteng kelas.

19. Bilik guru

a. Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik guru tanpa keenaran atau
arahan guru.

b. Mengambil barang-barang dari bilik guru tanpa kebenaran adalah satu kesalahan.
c. Sekiranya ada urusan, murid hendaklah mengetuk pintu dahulu dan memberi
salam atau hormat.

20. Waktu kokurikulum

a) Murid-murid hendaklah mengikut jadual waktu yang di sediakan oleh guru-guru


berkenaan.
b) Pakaian semasa aktiviti kokurikulum adalah seperti yang ditetapkan oleh guru unit
uniform, kelab, persatuan, dan rumah sukan yang diangotai.
c) Segala peralatan yang digunakan untuk kegiatan kokurikulum hrndaklah disimpan
semula di tempat yang dikhaskan.
d) Semua murid dimestikan menyertai salah satu unit beruniform yang ditubuhkan di
sekolah ini.

21. Buku teks

a) Murid-murid yang meminjam buku SPBT hendaklah mematuhi arahan guru SPBT.
b) Murid-murid yang tidak mematuhi arahan akan didenda.
c) Murid-murid tidak boleh meninggalkan buku teks di sekolah.
20

d) Buku SPBT hendaklah dibalut dan dijaga dengan rapi. Sebarang kerosakan dan
kehilangan hendaklah dimaklumkan kepada guru SPBT.

22. Hormat-menghormati

a) Murid-murid dikehendaki memberi hormat atau salam kepada guru dan kakitangan
sekolah apabila bertemu.
b) Murid-murid dikehendaki hormat sesama sendiri di samping menghormati tetamu atau
pelawat.
c) Murid-murid hendaklah bertutur dengan bahasa yang baik dan bersopan santun.
d) Murid-murid hendaklah mengucapkan terima kasih apabila menerima pemberian atau
hadah.
e) Murid-murid dilarang mengganggu murid-murid lain yang berada di dalam kelas dengan
cara membuat bising atau mengejek murid dengan kata-kata yang tidak disukainya.
f) Murid-murid ditegah dari menggunakan kata-kata kesat semasa berkomunikasi dengan
rakan dan guru.
g) Murid yang didapati melakukan perbuatan yang kurang sopan atau tidak menghormati
guru dan murid lain boleh dikenakan tindakan disiplin.

23. Penggunaan benda dan harta benda sekolah

a) Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan bangunan, harta benda dan alatan sekolah
tanpa kebeneran daripada guru besar atau guru yang berkenaan.
b) Harta benda sekolah tidak boleh dibawa keluar dari kawasan sekolah.
c) Murid0murid dilarang merosakkan sebarang tanaman yang berada di dalam kawasan
sekolah.
d) Murid-murid dilarang berada dalam bilik darjah selepas waktu persekolahan tamat
kecuali bagi menghadiri kelas tambahan.
e) Pengggunaan telefon awam sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran adalh dilarang.
f) Telefon awam hanya boleh digunakan pada waktu rehat dan diatas hal-hal penting sahaja.
21

g) Kelas yang ingin mengadakan jamuan hendaklah mendapat kebenaran guru besar terlebih
dahulu.

24. Merosakkan harta benda sekolah

a) Sebarang kerosakan harta benda sekolah sama ada di dalam kelas atau di luar kelas,
mestilah dilaporkan dengan segera kepada guru.
b) Murid yang didapati merosakkan harta benda sekolah dikehendaki membayar
sepenuhnya harga barang yang dirosakkan.
c) Murid yang didapati dengan sengaja merosakkan harta benda sekolah secara berulang
akan dirotan dan dikenakan tindakan gantung sekolah.

25. Aktiviti-aktiviti luar sekolah.

a) Murid perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga sebelum menyertai aktivivti
yang dianjurkan di luar sekolah seperti :
- lawatan sambil belajar
- kejohanan sukan
- perkhemahan unit beruniform
- karnival bahasa
- pertandingan tilawah
b) Borang yang lengkap hendaklah diserahkan kepada guru berkenaan.
c) Guru besar boleh menggunakan budi bicara untuk tidak membenarkan murid menyertai
mana-mana aktivi luar sekiranya boleh menjejaskan keselamatan atau pengajaran murid
berkenaan.
d) Murid-murid tidak digalakkan menyertai kelab atau persatuan di luar sekolah kecuali
mendapat kebenaran guru besar.
22

e) Setiapa aktiviti yang disertai oleh murid hendaklah tidak menjejaskan kepentingan
sekolah. Aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah hendaklah diutamakan dahulu.
f) Murid yang terlibat hendaklah menjaga nama baik sekolah.
g) Murid yang didapati memburukkan nama sekolah semasa aktiviti di luar sekolah, boleh
dikenakan tindakan disiplin.

26. Keselamatan lalu lintas

a) Semua kenderaan TIDAK DIBENARKAN masuk ke kawasan sekolah kecuali kenderaan


kakitangan sekolah, pelawat rasmi dan pekerja sekolah. Kenderaan ibu bapa atau waris
hanya dibenarkan masuk untuk menghantar atau mengambil murid pada hari hujan
sahaja.
b) Kenderaan ibu bapa TIDAK DIBENARKAN diletak di hadapan pintu masuk sekolah.
c) Ketika menurunkan atau menjemput murid, ibu bapa atau waris diharap tidak meletakkan
kenderaan sehingga boleh mengganggu kelancaran lalu lintas.
d) Murid-murid yang menunggang basikal hendaklah menurun basikal ketika berada di
kawasan sekolah.

27. Keselamatan murid di sekolah

Murid-murid dan ibu bapa atau waris diminta mematuhi langkah-langkah keselamatan
seperti berikut:

a) Jangan terlalu awal hantar murid ke sekolah. Jika perkara ini tidak dapat dielakkan, sila
beritahu murid supaya tunggu di kantin.jangan masuk ke kelas sehingga kelas bermula.
b) Jangan terlau lewat menjemput murid pulang.murid-murid dikehendaki menunggu di
kantin sekiranya ibu bapa atau waris lambat datang.
c) Ibu bapa diminta memesan kepada murid supaya jangan menggunakan tandas sekolah
pada waktu awal pagi atau lewat petang dalam keadaan gelap terutama murid
perempuan.
23

d) Ibu bapa atau waris diminta memastikan murid tidak memakai barang kemas. PIHAK
SEKOLAH TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG
KEHILANGAN.
e) Ibu bapa atau waris diminta memastikan anak mereka tidak membawa wang berlebihan
ke sekolah kecuali untuk sesuatu pembelian atau pembayaran.
f) Ibu bapa atau waris hanya dibenarkan menghantar atau menjemput anak di kawasan
kantin sahaja.
g) Ibu bapa atau waris tidak dibenarkan ke kelas kecuali setelah mendapat kebenaran
daripada pihak pengurusan sekolah.
h) Muarid tidak dibenarkan berbual-bual atau mengikut orang yang tidak dikenali.
i) Murid tidak dibenarkan menerima atau mengambil sebarang pemberian daripada orang
yang tidak dikenali.
j) Ibu bapa dikehendaki merekodkan nama di pondok kawalan dan mendapatkan pas
lawatan untuk memasuki kawasan sekolah.
k) Murid dikehendaki melaporkan kepada guru sekiranya terlihat orang yang
mencurigakan berada di dalam kawasan sekolah.
a) Kesalahan berat (jadual A)
- Merujuk pekeliling kementerian pelajaran bertarikh 4 Nov 1975.
 Menjadi ahli pertubuhan haram.
 Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.
 Memukul guru.
 Mengancam guru besar atau guru.
 Melanggar peraturan atau undang-undang yang digubal oleh phak sekolah atau
pejabat pelajaran.
 Menulis kepada pihak akhbar tanpa memberitahu pihak yang berkuasa di
sekolah.
 Sengaja merosakkan harta benda sekolah.
 Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru atau murid-murid.
 Mencuri.
 Mengancam murid-murid lain (ancaman yang serius dan merbahaya).
24

 Menghisap rokok atau dadah.


 Berjudi.
 Meminum minuman keras atau yang memabukkan dalam kawasan sekolah.
 Masih membantah hukuman guru sekali pun sudah tiga kali amaran diberikan.
 Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru besar atau
guru.
 Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitive dengan tujuan
menimbulkan kacau bilau dan dan perpecahan kaum.
 Melanggar peraturan tatatertib yang menurut budi bicara guru besar sebagai
pelanggaran tatatertib yang berat seperti meencabul kehormatan murid lain.
 Membawa atau menggunakan alat yang mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran atau ujian serta peperiksaan.
 Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari dan
berkala (bukan berturut-turut) selama 60 hari dalam tempoh satu tahun sesi
persekolahan.
 Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.
b) Kesalahan sederhana (Jadual B)
 Memiliki, menyimpan, membawa senjata atau benda yang boleh dianggap
bahaya.
 Bermain permainan berunsur judi.
 Merosakkan harta benda sekolah.
 Menyalahgunakan peralatan elektrik.
 Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah.
 Bercumbu.
 keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
 Mencuri.
 Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika peperiksaan.
 Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
 Ponteng kelas dan sekolah.
 Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamer bahan lucah.
25

 Mengeluarkan kata-kata lucah atau kesat.


 Fesyen rambut yang bercanggah dengan peraturan yang ditetapkan
kementerian pelajaran Malaysia.
 Tidak menghormati lagu dan bendera sekolah, negeri serta kebangsaan.
 Menconteng papan tulis, papan kenyataan dan mana-mana bahagian sekolah.
 Tidak hadir ko sekolah 3 hari berterusan (berturut-turut) atau 30 hari secara
berkala (tidak berturut-turut) tanpa sebarang surat daripada doktir atau ibu
bapa dalam tempoh 1 tahun sesi persekolahan.
 Memburukkan nama sekolah.
 Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh guru besar.
 Melakukan mana-mana kesalahan ringan kali ketiga.

c) Kesalahan ringan (Jadual C)


 Menyimpan misai, janggut atau jambang.
 Berambut panjang.
 Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.
 Mengguna dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah
tanpa kebenaran.
 Keluar dari kelas (termasuk makmal atau bengkel) tanpa kebenaran.
 Berada di kantin pada waktu pengajaran dan pembelajaran tanpa kebenaran.
 Menyimpan atau mengguna alat permainan kepunyaan sekolah tanpa
kebenaran.
 Menggunakan alat hiburan atau elektronik di sekolah.
 Membawa dan menggunakan telefon bimbit ke sekolah.
 Tidak mematuhi peraturan makmal dan pusat sumber.
 Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam tangan.
26

 Memasuki bilik guru dan pejabat tanpa kebenaran.


 Makan atau minum di dalam bilik darjah pada sebarang masa.
 Melakukan pembaziran air dan elektrik.
 Tidak memakai pakaian sekolah dengan lengkap.
 Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran, misalnya tidak
membawa buku teks, tidak membuat kerja sekolah dan lain-lain.
 Datang lewat ke sekolah.
 Lewat ke perhimpunan.
 Bising dalam bilik darjah sehingga menjejaskan ketenteraman dan
mengganggu kelas lain.
 Menunggang atau memandu kenderaan di dalam kawasan sekolah.
 Mengikut kawan ke tandas tanpa kebenaran guru,
 Menggunakan telefon awam pada waktu pengajaran dan pembelajaran.
 Tidak memakai pakaian jasmani.
 Berkeliaran di kawasan yang menjadi kawasan larangan.
 Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh
jawatankuasa disiplin sekolah.
 Melakukan mana-mana kesalahan biasa kali ketiga.

d) Kesalahan biasa (Jadual D).


 Berjalan-jalan tanpa kebenaran.
 Tidak buat kerja yang ditugaskan.
 Mengganggu kawan.
 Berlari di kawasan yang tidak sepatutnya seperti kantin, koridor dan lain-
lain.
 Bising.
 Mengotorkan kelas dan sekolah.
 Tidak duduk di tempat yang diteteapkan oleh guru.
 Tidak beratur pada masa atau tempat yang sepatutnya.
27

 Tidak memberi salam kepada guru.


 Tidak membalut buku teks.
 Berpakaian tidak kemas seperti memakai selipar, baju tidak dimasukkan
ke dalam seluar, rambut tidak disikat, tidak memakai stoking dan lain-lain
yang berkaitan dengan kekemasan diri.
 Tidak memakai lencana.
 tidak beratur.
 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh
guru.

Soalan kedua :   Apakah cara yang digunakan supaya murid tahu akan peraturan-peraturan
tersebut?

Di Sekolah Kebangsaan Darau Menggatal, murid-murid di dedahkan dengan peraturan-peraturan


sekolah pada setiap masa. Antara cara yang dapat dilihat melalui pemerhatian yang di buat
ialah :-

a) Buku peraturan sekolah

Buku ini merakam semua peraturan yang terdapat di sekolah dan ianya di edarkan kepada semua
murid dan mereka wajib memilikinya.

b) Pengumuman di perhimpunan.

Apabila wujud sebarang perkara yang melibatkan peraturan sekolah, ianya akan di umumkan di
perhimpunan mingguan untuk pengetahuan semua pelajar.
28

c) Pemberitahuan kepada mereka yang di hukum.

Sebelum mana-mana pelajar di hukum, akan di beritahu terlebih dahulu tentang kesalahan yang
di lakukan dan ini juga salah satu daripada cara yang digunakan supaya murid tahu tentang
peraturan-peraturan tersebut.

Soalan ketiga               :             Buat pemerhatian bagaimana ianya ditangani di sekolah ?

Masalah disiplin adalah tanggung jawab bersama semua warga sekolah. Guru disiplin hanyalah
orang yang bertanggung jawab menguruskan perkara ini dengan cara yang lebih teratur. Perkara
ini boleh dilihat secara lebih jelas lagi dengan lukisan gambar rajah di bawah.

Kesalahan

Maklumat dari Maklumat dari


ketua Darjah/ Pengawas Guru / Guru bertugas
29

Guru Disiplin

Penyelesaian
(Rujuk jadual 1)

Selesai
(Di rekodkan)

Berdasar kepada gambar rajah di sebelah, dapatlah di rumuskan bahawa setiap kesalahan akan di
laporkan oleh dua pihak iaitu pelajar (Pengawas / Ketua Kelas) dan Guru. Pekara ini akan di
bawa kepada guru disiplin. Di peringkat guru disiplin ini penyelesaian terhadap masalah disiplin
akan di buat. Setiap jenis kesalahan akan dikenakan hukuman seperti dibawah.

KATEGORI JENIS KESALAHAN TINDAKAN / PENENTU DAN


KESALAHAN HUKUMAN PELAKSANA
HUKUMAN /
TINDAKAN
Jenayah 1. jenayah takrifan 1. Siasatan polis. 1.Mahkamah
polis di luar kawasan 2. Gantung sekolah Lembaga Disiplin
sekolah atau buang sekolah Sekolah
2. Kawasan sekolah
dan dimaklumkan
kepada pihak sekolah.
3. Jenayah dalam
kawasan sekolah.
30

Berat 1.Salah laku seperti Sebatan dengan rotan Lembaga Disiplin


yang dinyatakan tidak kurang 3 kali Sekolah.
dalam jadual A. dan tidak melebihi 7
2. salah laku kali.
sederhana kali ketiga.
Sederhana 1. Salah laku seperti Sebatan dengan rotan Jawatankuasa Disiplin
yang dinyatakan tidak melebihi 2 kali Sekolah.
dalam jadual B
2. Salah laku
sederhana kali ketiga.
Ringan 1. Salah laku seperti 1. Amaran. Jawatankuasa Disiplin
yang dinyatakan 2. Denda. Sekolah.
jadual C.
2. Salah laku biasa
kali ketiga.
Biasa Salah laku semasa Hukuman / Tindakan Guru-guru.
proses di sekolah yang bersifat
sama ada di dalam mendidik seperti
atau di luar bilik nasihat dan bersih
darjah seperti yang kelas.
dinyatakn jadual D.
Aktiviti 4 ( Berkaitan dengan aktiviti 5):

a) Pengurusan Bilik Darjah


Pengajaran yang dibuat pemerhatian: 1 Mahameru ( Jawi ) dan 1 Kinabalu (Bahasa Arab)
Umur murid: 7 tahun

1)      Bagaimanakah  murid memberi tumpuan?


        Murid pintar memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang di ajar.
        Murid memfokuskan perhatian kepada alat bantuan mengajar.
        Murid yang nakal atau hyperaktif kurang memberi perhatian.

2)      Bagaimanakah penglibatan murid dalam perbincangan?


        Setiap soalan yang ditanya guru dijawab dengan baik.
        Murid-murid aktif menjawab soalan.
        Murid bertanya guru perkara yang tidak difahami.
31

3)      Bagaimanakah guru memberikan penekanan dalam pengajaran?


        Guru meminta murid memberi tumpuan kepada apa yang diajar.
        Penerangan berkaitan topik dijelaskan sehingga pelajar faham.
        Guru mengulang-mengulang apa yang di rasakan penting.

4)      Adakah sesuatu arahan itu diberi dengan jelas? Terangkan.


        Bentuk arahan yang diberi adalah jelas kerana menggunakan bahasa yang mudah dan ringkas
        Arahan yang diberi oleh guru jelas, ini kerana murid-murid dapat memahami arahan dan
melaksanakannya dengan baik.
        Arahan yang di berikan adalah jelas dan tidak bertindih. Ini untuk memudahkan murid-murid
menyelesaikan gerak kerja yang diberikan.

5)      Bagaimanakah arahan diberikan kepada murid supaya menjalankan tugas dengan efektif?
        Arahan yang diberikan oleh guru ringkas tetapi disertai dengan kata-kata motivasi.
        Guru menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid
        Guru mengulangi arahan yang diberi sehingga pelajar faham.

6)      Bagaimanakah cara guru mengendalikan masalah disiplin dan keadaan semasa murid telah
siap tugasan / tidak ada tugasan?
        Sentiasa beri nasihat atau teguran yang berguna dan bertegas apabila perlu.
        Meminta murid jangan bercakap dan menumpukan perhatian semasa sesi pembelajaran
berlangsung.
        Meminta murid mengangkat tangan dan berdiri apabila hendak menjawab soalan yang diberi
oleh guru.
        Memberikan motivasi kepada murid supaya belajar bersungguh-sungguh.

7)      Bagaimanakah guru menguruskan murid dari satu aktiviti kepada aktiviti yang lain?
        Sebelum berpindah ke aktiviti lain, guru pastikan murid betul-betul faham apa yang diajar
        Guru menegaskan bahawa dia akan beralih kepada aktiviti lain.
32

        Guru memberi ruang kepada murid untuk menyedari perubahan dari satu aktiviti kepada aktiviti
lain.

8)      Bagaimanakah guru menyediakan murid supaya menyiapkan tugasan yang diberi?
        Sebelum memberi tugasan, guru pastikan murid benar-benar faham apa yang dipelajari.
        Guru membekalkan lembaran kerja kepada murid bersama contoh jawapan.
        Guru memberikan galakan dan motivasi supaya murid menyiapkan tugasan yang diberi.

9)      Bagaimanakah guru menamatkan pengajarannya?


        Guru mengulangi apa yang di ajar dalam bentuk rumusan.
        Guru memberikan sedikit komentar atau refleksi tentang apa yang telah dipelajari supaya dapat
di gunakan di dalam kehidupan seharian
        Murid bangun dan mengucapkan terima kasih.

b) Kemahiran Mengajar dan Strategi Pengajaran


Aktiviti 5:
Kemahiran Profesional dan Kemahiran Mengajar

1)            Penggunaan soalan


 Soalan yang digunakan adalah jelas dan ringkas. Murid dapat memahami apa yang di
kehendaki oleh guru.
 Terdapat juga soalan yang di berikan oleh guru memerlukan sedikit kreativiti murid
untuk berfikir. Sebagai contoh, apabila guru menggunakan perkataan baru yang tidak
biasa digunakan didalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2)            Memberi penerangan

 Penggunaan  ayat yang mudah dan ringkas semasa memberi penerangan.


 Guru mengulangi bahagian yang tidak difahami oleh murid.

 Guru memberi penekanan yang lebih kepada bahagian yang penting.


33

3)            Pergerakan penyampaian dalam pengajaran

 Di mulakan dengan latar belakang tajuk yang ingin di sampaikan.


 Pengajaran di mulakan dengan proses mendengar perkataan. Perkataan yang di
maksudkan ialah perkataan yang ada di dalam tajuk yang akan di perbincangkan.

 Pergerakkan seterusnya ialah bertutur. Murid dikehendaki menyebut apa yang di sebut
oleh guru.

 Seterusnya murid di kehendaki membaca perkataan yang telah di dengar dan dituturkan.
yang tertera di papan putih.

 Seterusnya, murid di kehendaki menulis apa yang telah didengar, dituturkan dan dibaca.

4)            Penggunaan alatan


 Guru Bahasa Arab dan Jawi menggunakan papan putih, kad bantuan mengajar, buku teks
tahun 1 dan buku panduan guru sebagai rujukan ketika mengajar dalam kelas.

5)            Respons kepada kerja murid


 Guru memperbetulkan kesalahan kerja yang di buat oleh murid.
 Memberi komen yang membina terhadap hasil kerja yang tidak sempurna.

 Murid yang dapat menyelesaikan kerja dengan baik di beri pujian sebagai galakan dan
seterusnya menjadi motivasi untuk murid tersebut meneruskan usahanya.

6)            Penggunaan suara dan “eye contact”


 Nada suara guru berbeza-beza mengikut keadaan. Menjadi tegas apabila ingin
menyatakan perkara penting seperti tajuk dan isi penting. Manakala menjadi lembut
apabila memberi penerangan kepada murid secara individu.
 Wujud “eye contact” antara guru dan murid. Perkara ini adalah untuk memastikan murid
menumpukan perhatian kepada apa yang di ajar.
34

7)            Pergerakan badan


 Guru banyak berdiri dan berjalan ke setiap meja murid untuk memudahkan proses
mengajar
 Guru menggunakan lenggok badan yang sesuai apabila menceritakan ataupun
menegaskan sesuatu.

Aktiviti 6

Hasil daripada pemerhatian anda, terangkan dengan ringkas apakah kekuatan dan kelemahan,
persamaan dan kelainan yang terdapat dalam dua situasi tersebut. Nyatakan apa yang anda
pelajari daripadanya.

Jawapan

        Kekuatan pengajaran dan pembelajaran kelas Jawi 1 Mahameru.


1.     Murid menumpukan kepada topik pengajaran. Terdapat suasana yang hidup walaupun
kemudahan BBM terhad. Ini kerana murid- murid terdiri daripada murid yang pintar dan
mendapat suntikan motivasi dan cara psikologi yang berkesan daripada guru yang mengajar.

        Kekuatan pengajaran dan pembelajaran kelas Bahasa Arab 1 Kinabalu.


1.     Penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dapat mengajak murid-murid supaya memberi
penumpuan kepada topik pelajaran.
2.     Keadaan ini menjadikan suasana P & P ceria dan menyeronokkan. Bagi murid-murid yang
lemah, penggunaan BBM ini amat diperlukan dalam proses pengajaran.
35

        Kelemahan pengajaran dan pembelajaran kelas Jawi 1 Mahameru.


1.      Tiada penggunaan alat bantu mengajar yang bersesuaian dengan topik pelajaran.
2. Kawalan dari guru yang tidak cekap menyebabkan pelajar suka untuk keluar kelas.

        Kelemahan pengajaran dan pembelajaran kelas Bahasa Melayu 1 Maju


1.     Cara penyampaian guru kurang cekap. Menggunakan bahasa yang tinggi dan sukar difahami oleh
murid darjah satu.
2.     Kawalan kelas lemah. Murid cuba mengambil kesempatan daripada kelemahan ini dengan
berjalan dan membuat bising. Ini kerana kelas ini terdiri daripada murid yang hyperaktif dalam
kelas.
Saya dapat mempelajari bahawa proses P & P yang baik ialah berpunca daripada guru itu sendiri.
Guru mesti bijak menguasai psikolgi murid-murid. Cara penyampaian P & P kepada tahap
kepandaian murid juga mesti berbeza. Murid yang lemah amat lembab lambat penerimaannya.
Berbeza dengan murid yang pintar, penerimaannya cepat sekali. Walaubagaimanapun, BBM
adalah suatu unsur yang amat dalam P & P. Ia dapat membantu murid-murid menguasai topik
pengajaran dengan cepat dan mendalam. BBM mesti disediakan sesuai dengan tahap kepandaian
murid masing-masing. Gabungan kedua-dua unsur ini, akan menjadikan P & P berkesan dan
mencapai objektif yang telah ditetapkan.

KEMUDAHAN FIZIKAL DAN PERALATAN

 Kemudahan yang disediakan:


1. Pusat sumber

2. Bilik bimbingan dan kaunseling

3. Bilik rawatan

4. Pejabat sekolah

5. Stor

6. Bilik Disiplin
36

7. Bilik muzik

8. Kelas pemulihan

9. Surau

10. Kantin

11. Makmal komputer

12. Bilik bahan bantuan mengajar

13. Bilik buku teks sekolah

14. Bilik alatan ko-kurikulum

15. Bengkel kemahiran hidup

16. Kelas pra sekolah

17. Bilik mesyuarat atau bilik gerakan

18. Bilik guru

19. Bilik disiplin pagi dan petang

20. Bilik ketua panitia

21. Dewan terbuka.

22. Padang

 Peralatan yang disediakan:


1. PA sistem

2. Komputer

3. Printer hitam putih

4. Projektor overhead
37

5. Papan tayang putih (setiap bilik darjah dipasang di bahagian atas papan hitam) dan
peralatan multimedia (setiap bilik darjah dibekalkan satu unit)

 Sepanjang pelatih berada di sini, tidak ada seorang pun guru yang menggunakan
kemudahan ini. Alasannya peralatan tersebut cerewet dan merugikan masa.
Hakikatnya, kerajaan telah banyak berbelanja menyediakan kelengkapan
peralatan multimedia ini untuk setiap bilik darjah. Alangkah ruginya jika tidak
dimanfaat sebaiknya oleh para guru.

 Kemudahan yang masih diperlukan:


1. Padang yang luas

 Kawasan sekolah terhad. Semua kawasan telah digunakan semaksima mungkin.


Padang sekolah tidal luas dan tidak mampu menampung bilangan murid yang
ramai.

2. Dewan tertutup

 Majlis rasmi dibuat di dewan terbuka. Dewan terbuka adalah gelanggang psukan
dan permainan seperti badminton, bola jaring dan lain-lain. Antara masalah yang
dihadapi ialah perubahan cuaca yang tidak menentu akan mengganggu perjalanan
sesuatu majlis.

3. Pencetak warna

 guru yang memerlukan pencetak warna terpaksa mengeluarkan perbelanjaan


sendiri. Ilustrasi bewarna perlu untuk menceriakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Seeloknya disediakan sekurang-kurangnya seunit untuk kegunaan
para guru.

4. Mesin penyalin khusus untuk guru.

 Mesin penyalin hanya untuk kegunaan pejabat. Guru yang hendak membuat
salinan fotokopi boleh mendapatkannya di luar sekolah dengan perbelanjaan
sendiri.
38

5. Bilik JQAF

 Bilik JQAF sekarang hanya menggunakan surau. Dan bahan bantu mengajar
untuk JQAF juga diletakkan di surau.

SOALAN:
Apakah faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada pengajaran berkesan dan seterusnya
mendorong murid untuk belajar dengan baik?

PENDAHULUAN

Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Di samping itu dia dilatih untuk menguasai
kemahiran mengajar, dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada pelajarnya. Oleh itu guru
sebagai pengamal ilmu perlu memainkan peranan untuk menyampaikan ilmu yang berguna
dalam bidangnya. J. M Coopes (1988) berpendapat guru yang berkesan ialah guru yang
memperolehi ilmu pengetahuan khususnya kemahiran mengajar seperti:
39

 Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia


 Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta mewujudkan
interaksi yang positif dalam pelbagai hala.

 Memperolehi ilmu pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran yang diajar

 Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang mewujudkan murid menjalankan aktiviti
pembelajaran mereka

Sebagai seorang pendidik yang bertanggunjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan
amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa kelak.
Perubahan perancangan hari ini adalah perlu diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan
strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, guru hari ini hendaklah sentiasa
berusaha melengkapkan diri dari masa ke semasa.
Sekolah sebagai satu institusi masyarakat perlu mementingkan perkembangan dan perubahan
tingkahlaku pelajar dan kehendak masyarakat. Justeru itu, persekolahan yang berorganisasi itu
perlu memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap
baik, misalnya perkara-perkara yang berkaitan dengan moral. Oleh itu guru di sekolah perlu
memainkan peranan sebagai agen memodenkan masyarakat dalam semua bidang perkembangan
semasa dan kemajuan. Ini bermakna pendidikan di sekolah perlu mementingkan nilai
kemasyarakatan dan perkembangan sifat perseorangan pelajar serta membawa perubahan
semasa.
Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam perlaksanaan
kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru
dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat
sekolah. Menurut Mok Soon Sang (1988), antara peranan guru yang penting ialah:
 Sebagai tenaga pengajar dengan merancang aktiviti pelajar berdasarkan sukatan pelajaran
dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai.
 Sebagai pengarah pembelajaran dengan membimbing pelajar supaya mereka berusaha
belajar secara individu atau berkumpulan.
40

 Sebagai pengurus bilik darjah seperti menyusun rutin bilik darjah, menentu corak
penyusunan meja dan sebagainya.

 Sebagai ibu bapa kepada pelajar, demi menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar.
Peranan ini akan membantu pelajar menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian
keluarga mereka.

 Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar serta membantu


mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma
masyarakat.

 Sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada
pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalam
jiwa pelajar.

PROSES PENGAJARAN BERKESAN

Dalam pendidikan formal, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) haruslah diberi penekanan yang
sewajarnya. Proses yang disinonimkan dengan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah melibatkan guru
dan murid ini sememangnya memerlukan suatu usaha berterusan ke arah menyediakan pendidikan
komprehensif dan efektif terhadap segala isi pelajaran yang disampaikan. Proses pengajaran juga dikenali
sebagai pedagogi dalam istilah pendidikan, iaitu merujuk kepada kajian tentang kaedah dan prinsip
pengajaran. Oleh itu, proses P&P perlu diberi ‘sentuhan’ yang dapat menarik minat para pelajar agar
setiap isi pelajaran yang disampaikan memberi input maksimum terhadap kefahaman mereka. Koh Boh
Boon (1992) menyatakan bahawa proses pengajaran-pembelajaran di sekolah melibatkan dua pihak iaitu
guru dan murid. Justeru, pengajaran yang ideal haruslah membawa kesan penuh ke atas pembelajaran
yang berlaku. Keadaan di mana para pelajar tidak memberi tumpuan dalam peroses P&P adalah
wujudnya pertentangan minat mereka disebabkan kebergantungan guru sepenuhnya terhadap kurikulum
yang telah ditentukan untuk diajar kepada para pelajar diperingkat-peringkat tertentu sehingga
usaha para guru tertumpu kepada menghabiskan sukatan pelajaran dan mengabaikan proses
pengajaran yang sepatutnya (Atan Long, 1982). Justeru, proses pengajaran memerlukan
persediaan yang mantap oleh seorang pendidik sebelum terlibat secara langsung dalam proses
P&P di sekolah. Menurut Zawawi Hj. Ahmad (1992) pengajaran seorang guru bukanlah semata-
mata dengan hanya menyampaikan kandungan pelajaran yang dikuasainya itu kepada muridnya.
41

Hal ini kerana, sekiranya seorang guru hanya berbuat demikian maka langkah tersebut belum
lagi menjamin prestasi pengajaran yang tinggi. Dalam pada itu, konsep ‘pengajaran guru dan
pembelajaran murid’ menurut beliau lagi merupakan konsep menggunakan pendekatan yang
positif bagi menggerakkan motivasi dalaman murid disamping menyampaikan isi pelajaran yang
dikuasai oleh seorang guru. Konsep ini juga sebagai suatu usaha bagi menimbulkan rasa perlu
murid untuk mengikuti pelajaran dan mereka akan berasa rugi sekiranya tidak dapat mengikuti
pelajaran yang disampaikan.

Sementara itu, Abd.Ghafar Md.Din (2003) mengemukakan proses pengajaran mempunyai ciri-
ciri-ciri sains kerana ia melibatkan penyelidikan, pemerhatian dan mempunyai rumusan-rumusan
sebagaimana bidang sains. Tambah beliau lagi, proses ini juga dianggap sebagai suatu seni
kerana seorang guru perlu kreatif agar menjadikan pengajaran lebih menarik dan berkesan.
Kemahiran juga amat diperlukan dalam proses pengajaran selain penguasaan ilmu pengetahuan.
Oleh itu, proses ini melibatkan latihan sempurna bagi menghasilkan pengajaran yang menarik
sekaligus menambah keyakinan seseorang guru.

Dalam pendidikan formal, proses pengajaran menjadi elemen terpenting bagi mencapai
keberkesanan isi pelajaran yang disampaikan. Proses pengajaran berkesan akan hanya dicapai
menerusi pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian oleh seorang guru untuk mencapai
objektif pengajarannya terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Hal ini melibatkan kemahiran
serta penguasaan penuh guru terhadap pelajaran yang disampaikan. Persediaan mantap berkaitan
kemahiran dalam proses pengajaran oleh seorang guru membolehkannya menjalankan proses
P&P dengan penuh keyakinan dan semangat tinggi. Dengan demikian, guru akan dapat
memberikan sepenuh komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menyampaikan ilmu
pengetahuan kepada para pelajar. Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) menyatakan bahawa
pengajaran yang berkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar kepada
hasil pembelajaran terakhir yang diinginkannya. Hal ini melibatkan corak pengajaran bersturktur
dari segi organisasi bilik darjah serta mementingkan isi pelajaran. Selain itu, ia juga merujuk
kepada perihal pengajaran guru yang lebih memusatkan kepada para pelajarnya sehingga mereka
tertarik mengikuti aktiviti pembelajaran. Oleh itu, pembentukan proses pengajaran berkesan
mempunyai nilai yang berbeza-beza namun ia masih bermatlamat untuk melihat hasil daripada
isi pelajaran yang disampaikan. Mewujudkan proses pengajaran yang berkesan memerlukan
42

kepada komitmen guru sepenuhnya. Ia melibatkan perancangan dan strategi serta kemahiran
guru yang padu dalam mengorganisasi proses P&P bilik darjah. Langkah awal dalam
membentuk satu proses pengajaran yang berkesan adalah dengan menilai pertindanan domain
kognitif, afektif dan psikomotor yang menjadi dasar objektif proses P&P. Guru seharusnya
memerlukan segala persediaan yang rapi meliputi pengetahuan dan kemahiran penyampaian isi
pelajaran agar membuka minda dan minat pelajar. Dengan itu, terbentuklah suasana
pembelajaran yang melibatkan tindak balas positif dan tingkah laku aktif para pelajar. Selain itu,
interaksi sosial guru dan pelajar merupakan sebahagian daripada beberapa faktor ke arah
keberkesanan pengajaran. Hubungan dua hala (guru-pelajar) yang baik perlu diwujudkan oleh
setiap guru agar masalah berkaitan pelajar dapat diselesaikan seterusnya para pelajar dapat
menumpukan sepenuh perhatian terhadap proses P&P. Adalah menjadi keutamaan dalam proses
pengajaran untuk mengelakkan daripada berlakunya penyertaan pasif dikalangan pelajar
disebabkan kurangnya perhatian dan fokus serta ketidakselesaan mereka semasa mengikuti
proses P&P. justeru, guru berperanan memberikan motivasi agar para pelajar dapat mengikuti
segala maklumat pengetahuan yang disampaikan sepenuhnya. Penggunaan bahan-bahan
pengajaran yang bersesuaian dengan kandungan pelajaran turut menyumbang kepada
keberkesanan proses pengajaran. Menurut Atan Long (1982) bahawa sesuatu alat penyampaian
terutama alat yang baru bagi pengalaman pelajar akan dapat menimbulkan minat dan seterusnya
menggerakkan pelajar-pelajar untuk belajar. Sehubungan itu, penyediaan bahan pengajaran yang
bertepatan dengan isi pelajaran akan membawa dimensi baru dalam pembelajaran para pelajar
bagi meningkatkan lagi kefahaman mereka. Seiring perkembangan semasa, proses pengajaran
memerlukan satu usaha yang dapat menjana perkembangan proses pembelajaran pelajar.
Kedinamikan proses pengajaran melalui daya kreativiti mahupun penggunaan teknologi
masakini menjadi asas ke arah melahirkan amalan proses pengajaran berkesan. Seterusnya hal ini
akan menjadikan proses P&P di sekolah dapat memberi sumbangan sepenuhnya kepada
pencapaian kecemerlangan para pelajar serta memperkasakan lagi sistem pendidikan sedia ada.

PENGURUSAN BILIK DARJAH

Sekolah merupakan wacana untuk setiap insan membina diri mereka dengan pengisian dari
pelbagai sumber ilmu agar dapat memudahkan individu menghadapi arus kehidupan di alam ini.
43

Pembelajaran ini bermula dengan penyediaan diri pelajar dengan pelbagai perkara bermula dari
segi mental hinggalah kepada fizikal. Dalam sebuah sekolah, bilik darjah merupakan tempat
yang terpenting dalam membentuk sahsiah dan pengetahuan pelajar. Bilik darjah merupakan
tempat yang paling sesuai untuk penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah yang
mempunyai suasana yang tenteram dan selesa serta ditambah dengan pelbagai bahan pengajaran
atau bahan bantu mengajar akan memberi kesan yang mendalam kepada penerimaan pelajar
terhadap pengajaran guru.

Konsep bilik darjah pada hari ini biasanya ditafsirkan mengikut fungsi pendidikan atau ciri
penyusunan fizikal. Oleh itu, tempat seperti sebuah bilik atau ruang yang mengandungi
sekumpluan pelajar di bawah pengawasan seorang guru, sebuah padang yang digunakan untuk
pendidikan jasmani, sekumpulan pelajar yang sedang menjalankan uji kaji dalam sebuah makmal
sains serta pendidikan yang diadakan di pusat sumber boleh digolongkan di bawah konsep bilik
darjah.

Secara asasnya dalam konteks hari ini, bilik darjah akan dilengkapi dengan kemudahan seperti
kerusi dan meja pelajar yang disusun mengikut aktiviti pengajaran dan pembelajaran, papan tulis
dan alat bantu mengajar serta yang paling utama ialah sejumlah pelajar yang berada dalam
lingkungan umur yang sama di bawah jagaan seorang guru. Bilik darjah merupakan satu
organisasi yang sangat mudah yang terdiri daripada guru dan sekumpulan pelajar yang
mempunyai matlamat dan harapan yang sama.

Persekitaran bilik darjah penting dalam situasi pembelajaran pelajar. Hal ini boleh mengalakkan
atau menghalang sesuatu aktiviti pembelajaran. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1986:44),
persekitaran fizikal bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan kuasa serta sumber
pengajaran guru. Beliau juga menekankan tentang pengurusan dan penyusunan bilik darjah yang
menyentuh cara guru menyusun, mengorganisasi dan menggunakan perkara-perkara yang
berkaitan, menyusun tempat duduk pelajar serta penyusunan perabot dan alat bantu mengajar.
Secara keseluruhannya, semua perkara tersebut perlu diatur dengan sempurna untuk
mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.
44

Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat
yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya
seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus
kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan,
kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan,
kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran,
kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu
mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi untuk ruang pembelajaran. Susunan meja
dan kerusi dalam bilik darjah sebaik- baiknya di atur untuk kemudahan para pelajar bagi
mengadakan aktiviti pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan aktiviti berkumpulan. Pelajar
mudah berinteraksi sesama mereka dan mudah berinteraksi dengan guru. Bilik darjah yang
berukuran 7 meter x 9 meter boleh memuatkan seramai 40 orang pelajar. Sistem pencahayaan
yang baik serta pintu dan tingkap yang terbuka membolehkan peredaran udara yang secukupnya
diperolehi.

Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu pembelajaran, jadual bertugas, carta
organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran dan sudut bacaan boleh melahirkan suasana
bilik darjah yang kondusif. Hasilnya persekitaran pembelajaran yang harmonis boleh
menceriakan dan meningkatkan semangat para pelajar dan guru untuk berada lebih lama di bilik
darjah kerana proses pengajaran dan pembelajaran seolah-olah berada di dalam sebuah rumah
sendiri. Selain itu, wujudnya perasaan saling bekerjasama dan semangat kekitaan disamping
berdikari untuk bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.

Pelajar sebagai sumber manusia yang akan dijelmakan menjadi pelajar yang berpengetahuan dan
berketrampilan memerlukan pengurusan dan perancangan strategik yang berkesan. Guru
berperanan sebagai pencetus idea atau fasilitator bagi melahirkan suasana pembelajaran yang
mencakupi semua bidang kemahiran sebagai sumber kepada pembinaan modal insan. Suasana
pembelajaran yang kondusif dan kreatif akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
lebih berfokus. Kejayaan guru menguruskan fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang
kondusif memberi gambaran bahawa guru telah berjaya membentuk budaya yang positif
dikalangan pelajar yang melambangkan sebahagian daripada rukun negara yang diterapkan.
45

PERSEKITARAN DAN APLIKASI BILIK DARJAH

Suasana bilik darjah yang harmoni dapat membantu meningkatkan kualiti proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih bermakna. Guru memainkan peranan penting dalam membentuk
suasana dan budaya bilik darjah yang baik. Gaya kepimpinan yang berwibawa seperti
mengurangkan arahan untuk pelaksanaan tugas kepada pelajar dalam bilik darjah boleh dianggap
sebagai kepimpinan berasaskan demokratik. Selain dapat merapatkan jurang komunikasi antara
guru dan pelajar, hubungan mesra dan semangat bekerjasma di kalangan pelajar boleh
diwujudkan. Berbeza dengan kepimpinan berasaskanLa iisse z-faire yang memberi arahan-
arahan yang tidak jelas dan jawapan-jawapan yang ringkas tentang sesuatu persoalan yang
ditimbulkan atau yang telah sedia ada.

Pendekatan yang hendak digunakan bagi mengawal suasana dalam bilik darjah perlu
berlandaskan tahap perkembangan pelajar. Suasana bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan
dengan penglibatan dan penghayatan pelajar bersama guru dalam bilik darjah tersebut. Guru
yang memiliki gaya kepimpinan yang matang akan lebih bersedia menerima dan menghormati
setiap pelajar dalam pengawasannya di samping menekankan terhadap perubahan ke arah yang
lebih baik. Apabila keadaan ini berlaku guru sebagai pendidik dapat menyesuaikan diri dengan
pelbagai situasi dan pertumbuhan kendiri para pelajar serta bersikap keterbukaan dalam perkara-
perkara yang boleh membawa ke arah kebaikan.

Pengurusan bilik darjah akan menjadi bertambah baik jika sistem penyeliaan diuruskan dengan
berkesan. Segala tugasan yang diberikan kepada setiap pelajar sedikit sebanyak dapat membantu
perkembangan budaya bertanggungjawab dan bekerjasama di kalangan mereka. Guru hanya
berperanan sebagai pembantu dalam menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi oleh
para pelajar dalam merealisasikan suasana bilik darjah yang baik.

Secara umumnya pengurusan bilik darjah sebaik-baiknya merangkumi ciri-ciri yang bersesuaian
dengan proses pembelajaran pelajar seperti persediaan suasana pembelajaran yang berkesan atau
penubuhan organisasi pengajaran yang dapat membantu meningkatkan aktiviti-aktiviti
perkembangan pembelajaran secara lebih aktif dan produktif. Penggunaan teknik motivasi dan
46

penyelesaian konflik juga boleh menampakkan keberkesanannya. Oleh itu, peranan dan
pengorbanan guru mengubah suasana bilik darjah yang kurang menyerlah kepada suasana yang
lebih kondusif dapat dilihat sebagai jambatan utama proses pembelajaran yang
memberangsangkan ke arah pembentukan modal insan di kalangan pelajar.

PENGURUSAN MURID

Pelajar adalah aset utama yang boleh dikategorikan sebagai pelanggan bagi setiap guru dalam
bilik darjah. Golongan ini akan sentiasa bersama setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung dalam bilik darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk melalui pendidikan dan asuhan
yang terbaik. Terdapat perbezaan antara individu pelajar atau kumpulan pelajar dengan yang lain
yang mendesak guru untuk menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik
darjah. Malah adalah penting bagi guru memahami tingkah-laku dan budaya pelajar terlebih
dahulu supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.

Kemahiran berkomunikasi juga memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya


penyayang. Komunikasi yang baik dapat dijelmakan dalam cara bertutur, penggunaan bahasa
badan, penulisan juga melalui penggunaan alat- alat tertentu seperti komputer, telefon dan
sebagainya. Apabila seorang guru menggunakan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan
terhadap pelajarnya, secara tidak langsung dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih
dinamik dan pembentukan akhlak yang mulia serta peningkatan kemahiran tertentu dapat diterap
dengan lebih mudah. Komunikasi boleh menghasilkan motivasi yang berkesan kepada pelajar.
Pengurusan hal ehwal pelajar melalui pendekatan “Guru Penyayang” yang ditunjukkan oleh guru
dalam bilik darjah juga dapat dipraktikkan dengan adanya sifat mahmudah yang wujud dalam
diri guru itu sendiri yang akan mempercepatkan proses pemindahan maklumat daripada guru
kepada pelajarnya terlaksana.

Guru yang berwibawa sentiasa melihat pembelajaran sosial sebagai satu aspek penting dalam
bilik darjah. Setiap golongan yang dipimpin memerlukan penghargaan dan pengiktirafan dari
golongan pendidik ini. Guru seharusnnya menggunakan kebijaksanaan berkomunikasi dan
pendekatan penyayang dengan menghadiahkan senyuman di samping memberikan penghargaan
47

apabila mereka mempamerkan sesuatu yang baik meski pun objektif atau matlamat proses
pengajaran dan pembelajaran kurang menyerlah.

Kemahiran mengawal disiplin pelajar sangat penting kerana seorang guru tidak boleh
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sekiranya para pelajar tidak
dapat memberikan tumpuan atau fokus dalam bilik darjah. Guru mungkin berhadapan dengan
beberapa pelajar yang nakal tetapi seharusnya diingatkan bahawa bukan semua pelajar menjadi
punca segala permasalahan yang timbul kerana jika tiada pengawalan yang baik, jumlah pelajar
yang akan menimbulkan ketidakselesaan guru akan bertambah dan akhirnya menjejaskan
penumpuan guru terhadap penyampaian pengajaran dalam bilik darjah.

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah merupakan tugas utama yang perlu
diberi perhatian yang serius. Pembaziran waktu akan berlaku dalam satu masa pengajaran dan
pembelajaran sekiranya objektif pembelajaran tidak tercapai. Pelan Tindakan Strategik bagi mata
pelajaran yang diajar perlu disediakan terlebih dahulu oleh guru sebagai panduan. Kajian dari
aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan yang disertai dengan perancangan untuk lima
tahun dan perancangan untuk tahun semasa perlu selaras dengan perancangan strategi sekolah.

Peningkatan profesionalisme guru dalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan mencorak
kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak suasana
persekitaran dalam bilik darjah, kebolehan mencorak perkembangan pelajar termasuk
perkembangan akademik, sosial, emosi, rohani, intelek dan jasmani.

Pembelajaran yang bermakna melibatkan proses memahami, berfikir, berbincang, membuat


pertimbangan, menganalisis bagi mengembangkan minda pelajar. Selain itu, kemahiran
komunikasi, menyesuaikan diri, kemahiran sosial dan perkembangan tingkahlaku dapat
diperluaskan di kalangan mereka. Prinsip umum pembelajaran ialah meningkatkan dan
mengekalkan tahap kejayaan di samping memberi ruang dan peluang untuk pelajar mengatasi
kelemahan mereka tanpa membiarkan kegagalan berterusan. Pembelajaran perlu lebih realistik
dan mampu mencabar kebolehan pelajar bagi mengembangkan potensi mereka pada masa akan datang.
48

Guru perlu memiliki beberapa kemahiran penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
kerana kemahiran boleh menjadi instrumen untuk kejayaan dalam menguruskan bilik darjah.
Antara kemahiran yang boleh dipraktikkan ialah kemahiran interpersonal, kemahiran dalam
bimbingan dan kaunseling, kemahiran dalam mengawal emosi pelajar boleh menjadi pemangkin
dalam mencapai objektif pembelajaran yang berkesan.

Komunikasi adalah medan pemindahan pengetahuan dan proses mendapatkan maklumat.


Melalui komunikasi juga, pelajar mampu melahirkan pandangan dan menyuarakan pendapat
dalam meningkatkan kecekapan dan pengetahuan bagi maklumat yang diperolehi. Justeru itu
guru seharusnya mengelakkan masalah yang boleh menjejaskan keberkesanan proses komunikasi
seperti penggunaan bahasa yang kasar, suara yang tidak jelas, bahasa badan yang tidak sesuai
serta tidak mampu memberi perhatian dan tumpuan tentang pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran pelajar terhasil melalui proses pendengaran dan pemerhatian selain latihan dan
percubaan dalam aktiviti pembelajaran.

PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN

Pendidikan masa kini berkembang seiring dengan kepesatan sains dan teknologi. Kelahiran
bidang teknologi maklumat (ICT) melalui sistem pengkomputeran sebagai wadah baru era
globalisasi telah mempertingkat usaha penyebaran ilmu kepada generasi baru dan masyarakat
umum di seantero dunia. Melalui kepesatan dan perkembangan bidang pengkomputeran, aliran
akademik semasa juga turut melebarkan lagi gerbang ilmiahnya menerusi capaian kepantasan
kuasa teknologi ini . Khususnya dalam bidang pendidikan, penggunaan teknologi
pengkomputeraan dalam proses pengajaran sememangnya member implikasi baru yang lebih
efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekaligus menyumbang kepada
kelancaran dan kedinamikan dalam lapangan pendidikan. Ledakan teknologi pengkomputeran
dalam dunia pendidikan tidak dinafikan merupakan sebahagian daripada faktor yang turut
menyumbang ke arah kemajuan dan prestasi di kalangan guru dan pelajar. Penggunaan teknologi
komputer dalam bidang pendidikan dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu sebagai
alat pentadbiran, alat penyelidikan dan media pengajaran-pembelajaran (V. Pang, Y.K Yap dan
Y.M. Tam, 1992). Jelas bahawa penggunaan komputer secara meluas telah memudahkan kerja-
49

kerja mentadbir dan mengurus bahkan sebagai instrumen yang dapat membantu ke arah
mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan.

Proses pengajaran dengan mengaplikasikan teknologi komputer seperti power point, internet,
online, website dan sebagainya dapat membantu para guru untuk mempelbagaikan kaedah
pengajaran disamping dapat membantu mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran sekiranya
ia dilaksanakan dengan teliti dan terancang . justeru, kebolehan guru dalam mengaplikasikan
teknologi ini akan memberi nafas baru terhadap proses pembelajaran pelajar yang akan
meningkatkan dan meluaskan pemerolehan ilmu pengetahauan dikalangan mereka.
Kecenderungan penggunaan teknologi penkomputeran dalam pendidikan telah mewujudakan
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK). Ia juga dikenali sebagai Computer Aided
Instruction (CAI). Sistem ini telah mewujudkan inovasi dalam proses P&P dikalangan guru dan
pelajar. Pengajaran berasaskan sistem ini adalah dalam bentuk tutorial elektronik, latih tubi,
simulasi dan penilaian pengetahuan pelajar seperti kuiz dan sebagainya. Pembentukan sistem
pembelajaran seperti ini melibatkan perkakasan-perkakasan teknologi komputer seperti bahan
kursus dan perisian. Bahan kursus adalah hasil dariapada perancangan isi dan strategi PBK
berdasarkan objektif pengajaran dan kumpulan sasaran yang telah dipindahkan (diprogramkan)
dalam bentuk yang dapat difahami komputer. Manakala perisian pula adalah sesuatu aturcara
yang mengandungi arahan-arahan untuk melaksanakan sesuatu tugasan pada komputer
berdasarkan permintaan pengguna. Hal ini menunjukkan peggunaan komputer bukan sahaja
berdasarkan kelebihan internet, malahan dalam proses pengajaran yang menggunakan aplikasi
teknologi komputer dapat menggabungkan elemen-elemen teks, grafik/visual, audio, video dan
animasi untuk membolehkan proses pengajaran menjadi lebih kreatif dan hidup. Di samping itu,
terdapat juga sistem yang melibatkan penggunaan teknologi computer dalam proses pengajaran.
Pembelajaran Diuruskan Komputer (PDK) atau Computer Managed Instruction (CMI)
berperanan dalam menguruskan hal-hal pengajaran. Ini merujuk kepada penggunaan komputer
yang membantu guru memainkan peranan sebagai pengurus pengajaran dan pembelajaran.
Dengan kata lain, komputer bertindak dalam mengawal (monitors) pembelajaran dan kemajuan
pelajar dengan mentadbirkan pelajaran serta ujian berasaskan komputer, menyimpan rekod
pencapaian dan menjanakan laporan prestasi mereka untuk rujukan guru dan pelajar itu sendiri.
Oleh itu, sistem ini telah member kemudahan dalam mengorganisasi pengurusan pelajar
50

seterusnya menjadikan proses P&P lebih sistematik dan efisien. Kepesatan dan perkembangan
teknologi komputer menerusi jaringan tanpa sempadan (internet) juga memberi manfaat bagi
menambahkan lagi sumber-sumber maklumat pengetahuan. Menerusi teknologi jalur lebar ini
pelbagai disiplin ilmu telah dimuatkan untuk memudahkan pengaksesaan di merata tempat.
Secara langsung, para guru yang dapat mengaplikasikan kemudahan ini akan dapat
memperkenalkan pelajar-pelajarnya menerokai maklumat-maklumat terkini yand dapat
diterapkan dalam isi pelajaran yang ingin disampaikan. Kemajuan teknologi komputer pada era
kini sebagai wahana proses P&P dapat mempertingkatkan dan memperkembang proses
pengajaran yang berkesan ke arah membentuk generasi celik minda dan penguasaan terhadap
kandungan pelajaran.

KESIMPULAN
Keberkesanan proses pengajaran dalam proses P&P merupakan aspek yang sangat penting dalam
sistem pendidikan. Justeru, bagi meningkatkan dan memperhebat usahausaha ke arah amalan
pengajaran berkesan memerlukan kepada daya kreativiti guru yang dapat menggunakan segala
kebolehan dan kemahiran dalam menyampaikan isi pelajaran. Ini dapat dilakukan berdasarkan
ketajaman idea-idea baru bagi menjana penguasan maksimum para pelajar terhadap ilmu
pengetahuan yang disampaikan. Sungguhpun kemudahan teknologi pengkomputeran menjadi
arus perdana masakini menjadi dasar kemajuan pembangunan baru, namun keberkesanannya
dalam proses pengajaran hanya dillihat sebagai suatu sumber kemudahan yang tidak bersifat
sepenuhnya. Oleh itu, adalah menjadi keutamaan bagi para guru menggunakan daya kreativiti
mereka bagi mewujudkan kedinamikan proses P&P.

You might also like