You are on page 1of 7

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga
saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Dalam penyempurnaan tugasan ini,
pelbagai pihak telah turut membantu. Oleh itu di kesempatan ini saya ingin melahirkan
ucapan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun
tidak langsung. Pertamanya buat kedua-dua ibu bapa saya. Mereka telah banyak
membantu dari segi kewangan dan sokongan moral.

Seterusnya kepada pensyarah HET kumpulan saya iaitu En. Zawawi Bin
Mokhtar yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan,ribuan terima kasih
diucapkan. Selain itu juga buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu
dalam perkongsian maklumat-maklumat untuk menyempurnakan tugasan ini. Dan akhir
sekali kepada pihak-pihak lain yang terlibat secara tidak langsung,terima kasih
diucapkan.

Akhir kata, sekian terima kasih.


HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

Galurkan usaha yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia untuk mewujudkan


keharmonian dan perpaduan kaum melalui pendidikan sebelum dan selepas
merdeka.

Pada pandangan anda sejauh manakah usaha-usaha tersebut tercapai?

Keharmonian dan perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang


menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat
dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan
tanah air. Oleh yang demikian, kerajaan telah mencari formula untuk melahirkan satu
masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai
keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai
serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia.
Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah
menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan
faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari.

Pendidikan telah menjadi alat perpaduan yang berfungsi untuk menyatupadukan


semua rakyat di Negara ini yang berbilang kaum,bangsa dan agama. Sistem
pendidikan penting dalam usaha mewujudkan perpaduan kaum, khususnya di kalangan
generasi muda. Melalui sistem pendidikan yang sama, rakyat dapat disatukan dengan
perasaan taat setia mereka yang tidak berbelah bagi terhadap Negara. Selain itu,
pendidikan dapat memupuk nilai-nilai kewarganegaraan dalam setiap diri pelajar itu
sendiri dan ini akan mewujudkan rakyat yang cintakan Negara dan bangsa.

Usaha-usaha yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mewujudkan perpaduan


kaum melalui bidang pendidikan bermula sejak zaman sebelum merdeka hingga kini.
Corak pemerintahan penjajah telah menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk. Jika
keadaan ini dibiarkan berterusan, jurang akan semakin luas dan akan boleh
menimbulkan timbulnya ketegangan antara kaum. Oleh itu kerajaan telah mengambil
beberapa langkah untuk mewujudkan perpaduan melalui bidang pendidikan.
HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

Usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk mewujudkan keharmonian dan


perpaduan kaum melalui pendidikan sebelum merdeka.

Sistem pendidikan sebelum merdeka belum mampu mewujudkan perpaduan


kaum kerana pada masa itu terhadap lima sistem pendidikan yang berbeza, iaitu:
Sekolah Agama Islam, Sekolah Vernakular, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah
Vernakular Tamil dan Sekolah Vernakular Inggeris. Perbezaan tersebut menyebabkan
perbezaan politik, ekonomi dan sosial semakin buruk sehingga menghalang perpaduan
kaum. Mereka turut terpisah mengikut tempat tinggal dan mengamalkan budaya serta
kepercayaan masing-masing. Malah, tiada satu bahasa kebangsaan yang boleh
memudahkan komunikasi. Kerajaan British menyedari hal ini lebih-lebih lagi apabila
berlaku penyusupan fahaman komunis melalui sekolah-sekolah Cina

Bagi membaiki jurang perbezaan pendidikan dan menjana semangat perpaduan,


beberapa laporan pelajaran telah diadakan. Tujuannya adalah bagi memberi cadangan
untuk melahirkan satu sistem pendidikan kebangsaan supaya pelajar-pelajarnya dapat
belajar dalam sistem pendidikan yang sama dan menumpukan kesetiaan mereka
kepada Tanah Melayu.

Laporan Barnes (1950)

Laporan ini disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes. Tujuan laporan ini
adalah untuk menyiasat kedudukan dan memperbaiki pendidikan orang Melayu.
Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini yang menyarankan
penggunaan Bahasa Melayu di sekolah, iaitu satu jenis sekolah menggunakan bahasa
Melavu sebagai bahasa pengantar, Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan
bahasa lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu dan Pelajaran bahasa Cina dan Tamil
akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa
ibunda mereka.
HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

Laporan Fenn-Wu (1951)

Laporan ini diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China)
dan Dr. Wu (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). Tujuannya adalah untuk mengkaji
semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap
laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina. Terdapat
beberapa syor di dalam Laporan Fenn-Wu. Antaranya ialah Sekolah vernakular
dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil, dan
bahasa kebangsaan juga diadakan. sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris)
dikekalkan dan sekolah-sekolah vokasional teruss dikembangkan untuk menampung
keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara.

Penyata Razak (1956)

Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan
Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem
pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Tujuan Penyata
Razak adalah menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa
perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah, mengeratkan perpaduan antara kaum
Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu,
mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat
dikurangkan dan menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk
melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.

Laporan pelajaran sebelum merdeka telah menumpukan penggunaan Bahasa


Melayu sebagai bahasa pengantar ataupun bahasa rasmi di semua peringkat sekolah.
Penggunaan Bahasa Melayu sangat penting kerana menjadi bahasa perantaraan pada
ketika itu. Hal ini bertujuan mewujudkan perpaduan melalui penggunaan satu bahasa
iaitu bahasa kebangsaan. Perpaduan dapat wujud sekiranya semua kaum dapat
menggunakan satu bahasa dan menjadi satu identiti kepada masyarakat di Negara
ini.Justeru itu, bahasa dapat merentasi perpaduan kaum yang berbilang bangsa di
Malaysia dan menjadi penanda aras kepada kemakmuran masyarakat yang majmuk.
HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

Usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk mewujudkan keharmonian dan


perpaduan kaum melalui pendidikan selepas merdeka.

Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu


sistem pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal
berdasarkan perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan
menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula
oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi
asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan
kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.

Akta Pendidikan 1961

Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum
yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu
memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di
kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tiggal di kawasan perlombongan dan
kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk
menyatukan mereka.

Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979


Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, dibentuk adalah hasil daripada maklum
balas dan laporan daripada Jawatankuasa Kabinet tahun 1974. Pembentukan
Jawatankuasa Kabinet tahun 1974, adalah kerana berlakunya peristiwa rusuhan kaum
13 Mei 1969, pembentukan Rukunegara, 1970 dan pelancaran Dasar Ekonomi Baru.
Peristiwa-peristiwa tersebut, telah mendorong kerajaan mengkaji semula dasar
pendidikan kebangsaan sebelum ini yang kurang menitikberatkan perpaduan negara
dan memajukan aspek sosial, ekonomi dan politik untuk membangunkan bangsa dan
negara.
HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

Sekolah Wawasan

Konsep Sekolah Wawasan yang diluluskan  oleh kabinet pada tahun1997 adalah
menggabungkan  tiga sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks yang mana
pelajarnya berkongsi menggunakan kemudahan seperti padang dan kantin bagi
membolehkan  mereka berinteraksi serta berkomunikasi di antara satu sama lain.

Matlamat Sekolah Wawasan ini adalah untuk memperkukuhkan hubungan dan


perpaduan pelbagai kaum di kalangan para pelajar aliran Sekolah Rendah Kebangsaan
dengan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil. Penempatan 
ketiga-tiga aliran sekolah ini dapat dijadikan landasan terbaik untuk mewujudkan
integrasi kaum pada peringkat primer lagi.

KESIMPULAN
Perpaduan merupakan perkara yang paling perlu dalam sesebuah Negara yang
mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia. Kemajmukan ini adalah satu ciri
yang unik yang jarang dimiliki oleh Negara-negara lain. Apabila dalam keadaan masing-
masing kaum bebas merencanakan aktiviti mereka masing-masing selagi ia tidak
bercanggah dengan kepentingan nasional dan undang-undang. Kemajmukan ini akan
dapat diolah sebagai suatu nilai tambah yang istimewa jika masyarakat Malaysia
membuktikan semangat perpaduan yang jitu dan utuh.

Proses integrasi dan asimilasi  seharusnya dibiarkan berlaku secara evolusi


serta semulajadi. Sebarang percubaan untuk mewujudkan integrasi dan asimilasi
secara paksaan pasti akan menemui kegagalan. Oleh itu konsep Sekolah wawasan
merupakan suatu kaedah terbaik bagi merealisasikan integrasi nasional  dan
menghapuskan tembok pemisah serta mengurangkan jurang yang wujud di antara
pelbagai kaum di negara kita.

Bak kata pepatah , kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitu
juga dengan integrasi kaum dan asimilasi budaya hanya dapat dicapai seandainya
usaha memupuk hubungan serta perpaduan kaum itu dimulakan di kalangan pelajar-
pelajar sekolah rendah dengan membiarkan mereka bergaul, berinteraksi dan bermain
bersama-sama.
HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

RUJUKAN

Abdullah Sani Yahaya (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong,


Pahang: PTS Pub & Distributor Sdn. Bhd.

Fadzilah bt Abdullah (1996). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur: As


Noordeen.

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1984). Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala


Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sufean Hussin (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Teori dan Analisis.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Sheela Abraham (1993). Sejarah Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Tajul Ariffin Bin Nordin (1993). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

http://ipm.upsi.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=272:penyata-
barnes-1950&catid=19:utasan-pengarah&Itemid=8

http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?
section=sm02&spesifik_id=102&ttl_id=6

You might also like