You are on page 1of 13

EDU 3102

OLEH:
JAMALLUDIN BIN MOHAMAD RASHID
IPG KAMPUS DARULAMAN
TAJUK 2

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
i. Konsep asas perkembangan kanak-kanak
ii. Prinsip-prinsip asas perkembangan
kanak-kanak
KONSEP ASAS PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK
• Setiap kanak-kanak adalah unik dan istimewa
• Zaman kanak-kanak adalah sangat penting
dan bermakna - asas yang kuat untuk alam
dewasa
• Zaman kanak-kanak = masa untuk
pertumbuhan dan perubahan
• Kanak-kanak memperoleh kemahiran baru
dan menghadapi tugasan alam baru
KONSEP PERTUMBUHAN DAN
PERKEMBANGAN
• PERTUMBUHAN
– Perubahan kuantitatif
– Merujuk kepada perubahan fizikal
– Gambaran tentang perubahan fizikal

• PERKEMBANGAN
– Perubahan kualitatif secara berterusan dari janin hingga
mati
– Perubahan berlaku dalam tertib dan kekal untuk jangka
masa yang lama
JENIS PERKEMBANGAN
• PERKEMBANGAN ROHANI
– Berkaitan dengan Tuhan
• PERKEMBANGAN KOGNITIF
– Perubahan pemikiran
• PERKEMBANGAN SOSIAL
– Perubahan dalam berhubung dengan orang lain
• PERKEMBANGAN EMOSI
– Perubahan personaliti individu
Perkembangan fizikal, kognitif dan sosial
berlaku pada kadar yang tidak sama
Oleh itu guru boleh boleh membantu
murid dengan cara berikut:
Meningkatkan keyakinan
Memperkukuhkan kemahiran sosial
Mempertingkatkan kefahaman konsep
melalui penaakulan abstrak atau tugasan
tambahan berbentuk “hand-on”
Banyak perubahan yang berlaku semasa
perkembangan adalah hasil perkembangan dan
kematangan
Kematangan merujuk kepada perubahan yang
berkaitan dengan tingkah laku yang bebas dari
pengaruh persekitaran;
Dikawal oleh baka
Berlaku secara fitrah dan kebetulan
Dipengaruhi oleh genetik
Contoh: masa baligh akan berlaku tidak mengambil
kira persekitaran, kehadirannya mungkin awal atau
lambat mengikut pemakanan, tapi tidak dapat
dielakkan.
PRINSIP PERTUMBUHAN DAN
PERKEMBANGAN
> Pertumbuhan dan perkembangan berlaku dari
umum ke khusus.
• Contoh perkembangan:
– Bila bayi menangis dan kemudiannya berfokus
kepada sebab yang khusus, seperti lapar atau
ketidakselesaan fizikal.
PRINSIP PERTUMBUHAN DAN
PERKEMBANGAN
> Pertumbuhan dan perkembangan yang
menunjukkan peningkatan kerumitan
(complexity). Contohnya, pertumbuhan dari
otot kasar ke otot halus.
• Contoh perkembangan:
– bila kanak-kanak belajar menyelesaikan masalah
harian menggunakan strategi-strategi yang
canggih.
PRINSIP PERTUMBUHAN DAN
PERKEMBANGAN
> Pertumbuhan dan perkembangan berlaku
pada kadar yang berbeza.
• Contoh pertumbuhan:
– pencapaian ketinggian seseorang individu berbeza
pada umur yang sama. Maka adalah menjadi
kebiasaan terdapat kadar pertumbuhan yang
pertumbuhan yang berbeza di dalam bilik darjah.
PRINSIP PERTUMBUHAN DAN
PERKEMBANGAN
> Pertumbuhan dan perkembangan yang
mengikut tertib. Contoh pertumbuhan ialah
kematangan kepala mendahului tangan dan
kaki. Perkembangan pula, bila seseorang
individu membuat sesuatu sebelum
meneruskan yang lain. Contohnya,
– bayi duduk sebelum berjalan
– Mulakan dengan percakapan bayi sebelum
bercakap

You might also like