Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
40Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Teori Jean Piaget

Teori Jean Piaget

Ratings: (0)|Views: 1,661 |Likes:
Published by missQueserasera

More info:

Published by: missQueserasera on Apr 01, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/25/2013

pdf

text

original

 
5.0 KETERANGAN TEORI5.1 Teori Perkembangan Jean Piaget
Sebagaimana yang kita tahu, dalam membicarakan ataupun mengkaji tentangproses perkembangan kanak-kanak, pelbagai aspek yang boleh diambil kira dan salahsatunya ialah perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut. Bagi melicinkan sesuatu kajian,kita seharusnya berpegang pada teori yang telah diketengahkan oleh pakar-pakar yangcukup hebat yang dulunya pernah mengkaji tentang perkembangan kanak-kanak danmenterjemahkan kedalam bentuk teori dan dalam perkembangan kognitif kanak-kanak,terdapat dua teori perkembangan iaitu teori perkembangan kognitif Jean Piaget dan teoriperkembangan kognitif Lev Vygotsky. Jadi, bagi mengkaji tahap perkembangan kognitif adikNor Aishah, saya telah mengambil keputusan untuk memilih
teori perkembangan kognitif Jean Piaget.
Teori perkembangan kognitif Jean Piaget menyatakan bahawa proses pemikiranmanusia berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapaikematangan. Dia juga menjelaskan bagaimana minda manusia membina skemata danmelaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu (Haliza Hamzah,2001). Jean Piaget telah mengenalpasti beberapa faktor yang saling berkait yang bolehmempengaruhi proses pemikiran individu iaitu kematangan biologi, interaksi individu denganpersekitaran, pengalaman sosial dan juga keseimbangan.Kematangan biologi merujukkepada proses pemikiran yang depengaruhi oleh faktor baka/genetik dan apabila sayamenjalankan beberapa pemerhatian terhadap adik Nor Aishah, saya mendapati corakpemikiran beliau banyak dipengaruhi oleh faktor baka/genetik kerana memandangkanperkahwinan campur antara ibu dan bapanya. Ibu beliau berketurunan Melayu dan ayahbeliau memiliki darah campur antara Melayu dan India. Jadi, faktor genetik ini juga banyakmempengaruhi cara beliau berfikir.Selain itu, interaksi beliau dengan persekitaran juga sangat baik. Hal ini kerana,beliau gemar meneroka,menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati denganmudah. Beliau senang membuat hipotesis awal terhadap apa yang beliau lihat dan dengar.Pengalaman sosial yang dimiliki oleh beliau juga cukup luas jika dibandingkan dengankanak-kanak yang sebaya dengan beliau. Ini kerana beliau lebih rapat dengan ayahberbanding dengan ibunya dan ayah beliau merupakan seorang kontraktor merangkappengerusi JKKK di kawasan perumahan beliau. Jadi, beliau sering mengikuti ayahnya ketempat JKKK dan perkembangan kognitif beliau juga banyak dipengaruhi oleh pergaulanbeliau dengan orang-orang persekitaran yang lebih tua daripadanya. Beliau juga merupakanseorang yang peramah dan senag bergaul dengan orang yang baru beliau kenal. Mungkin
26
 
disebabkan faktor inilah, beliau mempunyai ramai kawan dari segenap peringkat umur danmasing-masing senang bergaul dengannya.Faktor keempat yang dikenalpasti oleh Piaget ialah faktor keseimbangan.Keseimbangan merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untukmengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami. Dalam mengupas tentang adik Nor Aishah, beliau sememangnya senantiasa cenderung untuk memahami persekitaran beliaudan berusaha untuk mencapai proses keseimbangan. Dalam mencapai proseskeseimbangan, beliau akan melalui beberapa proses seperti skema, organisasi, asimilasidan akomodasi dan apabila beliau berjaya melaluinya, proses keseimbangan akan berlaku.Sebagai contoh, saya telah melakukan satu ujian tentang skemata bagi membantu beliauuntuk faham yang setiap ayat mestilah dimulai dengan huruf besar. Dalam situasi baruataupun dalam skema ini, beliau keliru samada huruf besar sepatutnya diletakkan dihadapan setiap ayat ataupun setiap patah perkataan. Jadi, saya menerangkan kepadabeliau bahawa setiap ayat sepatutnya dimulai dengan huruf besar bukannya setiap patahperkataan dimulai dengan huruf besar dan proses ini dipanggil sebagai proses asimilasi.Proses beliau mengubah pemikiran beliau tentang kedudukan huruf besar untukdisesuaikan dengan pengalaman baru dinamakan akomodasi. Selepas itu, apabila beliautelah berjaya memahami skema lama dan menukar kepada skema baru,barulah proseskeseimbangan berjaya dicapai.Di samping itu, dalam teori perkembangan kognitif Jean Piaget, beliau telahmencadangkan empat peringkat dalam perkembangan kognitif iaitu peringkat sensorimotor (semenjak lahir- 2 tahun), peringkat pra operasi ( 2-7 tahun), peringkat operasi konkrit ( 7-11tahun) dan peringkat operasi formal ( 11 tahun ke atas). Jadi, memandangkan adik Nor Aishah berusia 7 tahun, jadi teori ini sememangnya sesuai untuk diaplikasikan keatasbeliau. Jean Piaget menyatakan bahawa kanak-kanak pada peringkat ini berkebolehanuntuk berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi yangkonkrit dan pada peringkat ini, kanak-kanak sudah boleh menguasai konsep pengekalan(conservation), proses pengelasan, dan proses penyusunan . Bagi konsep pengekalan, iaterbahagi kepada tiga prinsip utama iaitu prinsip identiti, prinsip ganti rugi dan prinsipketerbalikan. Tetapi, setiap kanak-kanak berbeza dari segi perkembangan kognitifnya.Dalam kajian saya tentang adik Nor Aishah tentang penguasaannya terhadap konseppengekalan, pada pandangan saya beliau masih belum menguasai konsep ini dengan baik.Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan ujian dalam mengenalpasti kuantiti air. Beliau telahdiberikan dua biji gelas yang mempunyai kuatiti air yang sama dan selepas itu, air daripadasalah satu gelas di tuangkan ke dalam bekas yang berbeza bentuknya dengan gelastersebut. Beliau ditanya adakah kuantiti air masih sama dan jawapan beliau adalah tidak.
27

Activity (40)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Asmawati Asz liked this
Zaidiman Rusli liked this
Zaidiman Rusli liked this
Yuki Chia liked this
dhea ct liked this
Miloo Panasz liked this
Nur Akma liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->