You are on page 1of 4

Bagi memenuhi tugasan EDU 3101 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI

MALAYSIA, saya telah mengkaji topik-topik dalam kursus ini. Apa yang saya dapati,
subjek ini dipecahkan kepada empat bahagian yang mana bahagian satu :
Perkembangan Sistem Pendidikan Di Malaysia merangkumi bab satu , bab dua dan
bab tiga. Bab Satu adalah mengenai Perkembangan Sistem Pendidikan : Sebelum
Merdeka. Dalam bab ini juga, saya menyedari taktik penjajah yang mengehadkan taraf
pendidikan anak-anak Melayu dengan mewujudkan Dasar Kerajaan British yang tidak
mendirikan sekolah menengah aliran Melayu selaras dengan matlamat mereka agar
anak-anak Melayu menjadi nelayan dan petani sahaja. Hal ini demikian kerana mereka
khuatir pendidikan tinggi dalam kalangan orang Melayu mungkin akan mencetus
perasaan anti-Kerajaan. Justeru, sebaagi bakal guru saya berazam ingin mendidik anak
bangsa dengan seoptimum mungkin bagi meningkatkan taraf pendidikan anak-anak
Melayu agar tidak lagi menjadi mangsa penindasan oleh bangsa lain.

Bab Dua menekankan Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia


Selepas Merdeka. Setelah mengkaji bab ini dengan mendalam, saya dapati terdapat
diskriminasi jantina dalam pendidikan di bawah pentadbiran kerajaan British. Sekolah-
sekolah Melayu pertama di Selangor dan Perak dikhaskan untuk lelaki disebabkan
prasangka yang wujud dalam kalangan ibu bapa Melayu terhadap persekolahan bagi
anak-anak perempuan mereka. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana anak
perempuan juga harus diberikan peluang untuk meningkatkan taraf pendidikan mereka.
Jadi, saya berazam untuk menyamatarafkan tahap pendidikan anak bangsa tanpa
mengira jantina untuk menjamin kecemerlangan berterusan ke arah merealisasikan
wawasan 2020.

Bab Tiga adalah mengenai Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia :


Pendidikan Semasa. Bab ini menekankan teras PIPP. Di sini ingin saya highlightkan
teras PIPP yang pertama iaitu membina Negara bangsa. Jelas sekali teras strategik
PIPP yang pertama adalah usaha menyemai dan memperkukuhkan semangat
patriotisme dan sayangkan tanah air. Fokus kementerian dalam membina negara
bangsa mencakupi usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
perpaduan dan bahasa ilmu, memantapkan perpaduan dan integrasi nasional,
memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsaTernyata semua
tanggungjawab bagi mencapaikejayaan objektif PIPP yang pertama ini tergalas di bahu
seorang guru. Tentunya guru-guru perlu mempunyai semangat yang luar biasa di
samping mempunyai ciri-ciri dalaman keperibadian yang unggul sebelum mendidik
keperibadian anak murid bagi pembinaan sebuah negara bangsa.

Bahagian Dua : Asas Falsafah dan Falsafah Pendidikan merangkumi bab


empat, lima dan enam. Bab empat yang bertajuk Konsep Asas Falsafah dan
Falsafah Pendidikan adalah berkisar tentang konsep asas falsafah dari segi
pengertian istilah falsafah secara etimologi, terminology, dan praktikal. Juga cabang-
cabang falsafah termasuk metafizik, epistemologi, axiologi, dan logik. Menerusi bab ini
juga saya mendapati konsep falsafah pendidikan adalah berfokuskan kepada pemikran
beberapa tokoh falsafah seperti Socrates, Plato, Al-Farabi, Descartes dan Immanuel
Kent. Falsafah pendidikan membantu saya sebagai bakal guru untuk memahami asas
teoretikal pendidikan dan seterusnya mempengaruhi amalan saya sebagai seorang
guru kelak.

Bab Lima mengupas mengenai Falsafah Pendidikan Islam Timur dan Barat.
Falsafah Pendidikan Islam berkonsepkan proses memupuk seluruh potensi semulajadi
manusia dari segi intelek, akhlak, rohani, dan jasmani secara bersepadu dan seimbang
ke arah pembentukan insan soleh yang membawa kebaikan di dunia dan di akhirat.
Matlamat Falsafah Pendidikan Islam ini berunsurkan unsur keagamaan dimana
membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi muslim yang berilmu,
beriman, beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri serta
melengkapkan diri sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T. Falsafah Pendidikan Barat
pula dibahagikan kepada dua bahagian iaitu tradisional dan moden. Kedua-dua
bahagian ini mempunyai mahzab-mahzab tertentu. Secara keseluruhannya, tumpuan
diberikan kepada kurikulum, peranan guru, kaedah mengajar dan peranan murid.
Justeru, saya sebagai bakal guru akan berusaha menerapkan semua elemen tersebut
dalam pelaksanaan pengajaran saya kelak bagi menghasilkan modal insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.
Bab Enam adalah mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Guru. ,Anjakan paradigma akan berlaku apabila seseorang guru itu
melakukan perubahan professional dengan mengubah strategi dan teknik
pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan serta berakhlak mulia. Segala teknik dan strategi guru perlu bervariasi
dan sesuai dengan konteks pengajaran. Ini penting bagi menghasilkan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu, saya berazam akan
mengamalkan proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Guru. Saya juga akan berusaha untuk menyemai dan memupuk amalan
nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntutan
Falsafah Pendidikan Guru.

Bahagian Tiga : Kerjaya Guru dan Perjuangan Insan Pendidik merangkumi bab
tujuh dan bab lapan. Bab tujuh bertajuk Modal Insan dan Kerjaya Guru Sebagai
Ibadah. Menerusi bab ini, saya telah mempelajari konsep modal insan dan
kepentingannya untuk memenuhi hasrat Wawasan 2020. Konsep ini sangat penting
bagi saya sebagai bakal guru. Saya akan berikhtiar agar melaksanakan tugas dan
tanggungjawab professional dengan sebaik mungkin. Selain itu, saya juga akan
meningkatkan profesionalisme perguruan denagn mengikuti perkembangan terkini
dalam bidang pendidikan agar menunaikan kewajipan sebagai bakal guru seterusnya
menghasilkan murid-murid yang berkualiti selaras dengan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Hasrat Wawasan 2020.

Bab Lapan berkisarkan Perjuangan Insan Pendidik. Bab ini telah


membincangkan perjuangan beberapa orang tokoh pendidik Barat seperti Dewey,
Montessori, Piaget, Rogers dan Bandura. Jiwa tokoh-tokoh pendidik ini telah
sememangnya sebati dengan alam pendidikan. Mereka menceburi diri dalam bidang
pendidikan sama ada sebagai guru atau pelaksana tugasan yang berkaitan. Oleh yang
demikian, saya sebagai bakal guru akan komited terhadap pelaksanaan sistem
pendidikan seperti yang telah dilakukan oleh tokoh-tokoh terdahulu. Selain itu,saya
akan turut mengamalkan perkongsian ilmiah antara rakan-rakan guru untuk
menambahbaikkan pelaksanaan sistem pendidikan.
Bahagian Empat : Pembentukan dan Pelaksanaan Kurikulum merangkumi bab
Sembilan dan bab sepuluh. Bab Sembilan bertajuk Pembentukan dan Pelaksanaan
Kurikulum. Peranan kurikulum dalam pendidikan di Malaysia adalah untuk
mengembangkan potensi murid-murid dari segi intelek, jasmani, rohani dan sosial
dengan seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang boleh membawa ke arah
perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk
keperluan negara. Oleh itu, saya akan terlebih dahulu memahami dan menghayati
falsafah dan matlamat kurikulum, struktur dan organisasi kurikulum serta sukatan
pelajarannya untuk memastikan suatu kurikulum dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Di samping itu, saya akan mendalami pengetahuan tentang mata pelajaran
pengkhususan saya iaitu Matematik serta mempunyai kemahiran mengajar termasuk
menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan nilai di antara satu sama lain,
mengendalikan pengajaran bagi pelajar-pelajar pelbagai kebolehan, serta mempunyai
ciri-ciri keguruan yang positif dan kreatif untuk melaksanakan dan manjayakan
kurikulum yang terbentuk.

Bab Sepuluh bertajuk Pembentukan dan Pelaksanaan Kurikulum Dalam


Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Apa yang saya
pelajari daripada bab ini ialah guru harus mengetahui peranannya di peringkat sekolah
iaitu meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif kurikulum dan isi kandungannya,
menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran
mengajar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan
pengajaran mengikut saranan kurikulum serta membuat penilaian untuk mengenal pasti
kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum
dengan membuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar. Pada masa yang sama,
guru juga boleh memilih bahan-bahan tambahan seperti buku kerja yang sesuai untuk
murid-muridnya, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum serta
menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai.

You might also like