You are on page 1of 2

Sabda Rasulullah s.a.

w “Barangsiapa menuju suatu jalan untuk mencari ilmu,


nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga”
(Riwayat Muslim).

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)


 “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insane yang harmoni dan seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan Negara.”
 Dahulunya disebut falsafah pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar
kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna semua aktiviti pendidikan
dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru
setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan
mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses
pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada di landasan yang betul.
 Intipati utama dalam FPK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek yang sering disebut oleh guru-guru
sebagai JERI. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara
keempat-empat unsur tersebut, iaitu tidak boleh dikatakan jasmani lebih
penting daripada intelek atau sebaliknya.

1
Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
 “Kami guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah
berusaha menuju kepada arah pembentukan warganegara yang berilmu,
yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yamg
menyedari betapa penting usaha menuju kepada arah kebenaran dan
kearah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada
demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan
kebudayaan Negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara
suatu masyarakat yang bersatu-padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin.”
 Peranan guru dalam merealisasikan FPG
1. Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan
pengetahuan dalam mata pelajaran khasnya pengetahuan ikhtisas
keguruan
2. Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat
FPG, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu
masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
3. Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan
kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntutan FPG.
4. Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insan guru
yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi
tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan.
5. Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan
merangsang perkembangan pelajar.

You might also like