You are on page 1of 11

BAHAGIAN A

SOALAN 1
a. Senaraikan pergerakan yang berlaku di sekitar permukaan sagital.
b. Lukiskan gambar untuk menjelaskan pergerakan anda.

Terdapat tiga pergerakan utama yang berlaku di sekitar permukaan


sagital iaitu flexion, extension dan hyperextension. Flexion merupakan
pergerakan putaran hadapan yang mengarahkan anggota badan bergerak ke
atas sama dengan permukaan sagital. Extension pula merupakan pergerakan
putaran anggota badan ke kedudukan asal selepas melakukan pergerakan
flexion. Manakala hyperextension pula merupakan pergerakan putaran
anggota badan ke belakang melepasi kedudukan asal. Pergerakan
hyperextension dilakukan bertentangan dengan pergerakan flexion.

Selain itu, pergerakan putaran pada bahagian buku lali di mana


kedudukan tapak kaki diangkat ke atas disebut sebagai pergerakan
dorsiflexion dan pergerakan putaran tapak kaki ke bawah selari dengan kaki
disebut sebagai pergerakan plantar flexion. Berikut adalah contoh-contoh
pergerakan yang berlaku di sekitar permukaan sagital:

i) Anggota badan : Leher


Pergerakan Flexion : Mendongak ke atas
Pergerakan Extension : Menunduk ke bawah

FLEXION EXTENSION

Rajah 1: Pergerakan Sagital Pada Bahagian Leher.


ii) Anggota badan : Pinggang
Pergerakan Flexion : Membongkok hadapan
Pergerakan Extension : Meleding belakang

EXTENSION FLEXION

Rajah 2: Pergerakan Sagital Pada Bahagian Pinggang.

iii) Anggota badan : Bahu


Pergerakan Flexion : Mengangkat tangan ke hadapan
Pergerakan Extension : Turun tangan rapat ke sisi
Pergerakan Hyperextension : Hayun tangan ke belakang

FLEXION
HYPEREXTENSION

EXTENSION

Rajah 3: Pergerakan Sagital Pada Bahagian Bahu.


iv) Anggota badan : Kaki
Pergerakan Flexion : Hayunan tendangan ke hadapan
Pergerakan Extension : Tarik kaki ke belakang semula
Pergerakan Hyperextension : Hayun kaki ke belakang

FLEXION
HYPEREXTENSION

EXTENSION

Rajah 4: Pergerakan Sagital Pada Bahagian Kaki.

v) Anggota badan : Pergelangan kaki


Pergerakan Dorsiflexion : Cungkil tapak kaki ke atas
Pergerakan Plantar flexion : Melunjur tapak kaki ke bawah

DORSIFLEXION

PLANTAR FLEXION

Rajah 5: Pergerakan Sagital Pada Bahagian Pergelangan Kaki.


SOALAN 2
Terangkan lima (5) ciri-ciri sesuatu daya.

i) Arah daya.
Daya boleh berlaku dipelbagai arah. Contohnya untuk membawa beban
di dalam sebuah kereta sorong, kita boleh mengenakan daya kepada kereta
sorong secara menolak atau menarik untuk menggerakkan kereta sorung
tersebut.

ii) Magnitud daya.


Setaip daya mempunyai magnitud yang berbeza. Magnitud yang berbeza
ini dapat dilihat melalui perbezaan kelajuan yang dihasilkan oleh objek
apabila daya dikenakan ke atasnya.

iii) Titik di mana daya dikenakan.


Daya bertindak pada titik atau tempat daya dikenakan. Contohnya, untuk
menolak sebuah kotak besar, kita boleh mengenakan daya pada bahagian
atas kotak, tengah kotak atau bawah kotak. Setiap titik di mana daya
dikenakan akan menghasilkan pergerakan kelajuan yang berbeza.

iv) Menghasilkan tekanan.


Apabila daya dikenakan kepada sesuatu objek, objek tersebut akan
menerima tekanan. Tekanan ini boleh menyebabkan perubahan bentuk
sesuatu objek. Contohnya apabila daya dikenakan ke atas dawai besi, dawai
tersebut akan bengkok.

v) Menambah atau mengurangkan kelajuan.


Apabila daya dikenakan ke atas sesuatu objek, kelajuan objek tersebut
boleh bertambah atau berkurangan. Contohnya apabila penyerang bola
sepak menyepak bola sepak, daya tersebut menyebabkan kelajuan bola
bertambah. Tetapi sebaliknya bola akan berhenti jika penjaga gol
mengenakan daya yang sama dengan kelajuan bola untuk menghentikan
kelajuan bola tersebut.
SOALAN 3
Senaraikan lima (5) prinsip kestabilan beserta dengan contoh yang
relevan setiap satu.

i) Menambah berat objek.


Contohnya di dalam sukan ragbi, pemain yang mempunyai berat badan
yang berat boleh menahan rempuhan daripada pihak lawan dengan lebih baik
berbanding pemain yang berbadan kecil. Pemain yang berbadan kecik akan
mudah jatuh apabila dirempuh oleh pihak lawan.

ii) Meninggikan tahap geseran di antara permukaan dengan objek.


Contohnya, jika seseorang memakai kasut yang mempunyai bunga
banyak pada tapak tidak akan mudah tergelincir apabila berjalan pada
permukaan yang berair. Bunga pada tapak kasut menghasilkan geseran yang
tinggi untuk mewujudkan cengkaman yang lebih baik semasa berjalan.

iii) Meluaskan tapak sokongan.


Contohnya, pesilat membuka kekuda kaki bagi meluaskan tapak
sokongan untuk bersedia menahan serangan pihak lawan.

iv) Merendahkan pusat graviti dengan tapak sokongan.


Merendahkan pusat graviti akan menjadikan sesuatu objek lebih stabil.
Contohnya, ahli sumo merendahkan badan dengan merendahkan kekuda
kaki untuk menahan tolakan pihak lawan. Kekuda kaki yang rendah
membolehkan ahli sumo tersebut lebih stabil dan mudah untuk mengawal
pergerakan badannya.

v) Menghampirkan pusat graviti dengan tapak sokongan.


Sebelum permulaan acara lari pecut, peserta akan berada pada garisan
permulaan dalam keadaan mendekam. Pada kedudukan ini pelari perlu
menghampirkan pusat graviti dengan tapak sokongan untuk menstabilkan
kedudukannya agar berada dalam keadan selesa untuk memulakan larian.
SOALAN 4
Bezakan serta bincangkan pergerakan bola tennis untuk:
a. ‘Top spin’ (Putaran Atas)

UDARA

Rajah 6: Pergerakan Bola Top Spin

Hasil pergerakan bola tennis secara top spin ialah bola berputar dari
atas ke bawah. Putaran dari atas ke bawah menyebabkan udara ditarik ke
bawah bola dan dibawa ke atas bola. Perkara ini menyebabkan halaju udara
di bawah bola menjadi semakin laju dan halaju udara pada bahagian atas
bola semakin berkurang. Halaju yang tinggi pada bahagian bawah bola
menyebabkan tekanan menjadi rendah manakala halaju yang rendah pada
bahagian atas bola menyebabkan tekanan semakin tinggi. Oleh itu,
pergerakan bola yang bergerak lurus akan menjunam ke bawah dengan
pantas..
b. ‘Under spin’ ( Putaran Bawah)

UDARA

Rajah 7: Pergerakan Bola Under Spin

Hasil pergerakan bola tennis secara top spin ialah bola berputar dari
bawah ke atas. Putaran dari bawah ke atas menyebabkan udara ditarik ke
atas bola dan dibawa ke bawah bola. Perkara ini menyebabkan halaju udara
di bawah bola menjadi berkurangan dan halaju udara pada bahagian atas
bola semakin bertambah. Halaju yang tinggi pada bahagian atas bola
menyebabkan tekanan menjadi rendah manakala halaju yang rendah pada
bahagian bawah bola menyebabkan tekanan semakin tinggi. Oleh itu,
pergerakan bola terapung lebih lama di udara kerana tekanan yang tinggi
pada bawah bola.
BAHAGIAN B
SOALAN 1
a. Huraikan pergerakan berdasarkan kepada aksi kuak rangkak
dalam renangan.
b. Jawapan anda hendaklah berdasarkan kepada segmen penting
anggota badan yang terlibat.

1)

i) Kaki kiri tendang ke bawah.


ii) Tangan kanan ditarik ke bawah.
iii) Tangan kiri berada lurus sama dengan permukaan air.

2)

i) Kedua kaki sentisa digerakkan ke bawah berselang seli.


ii) Tangan kanan di tarik sehingga ke belakang.
iii) Bahu kanan pusing ke sebelah kanan.
iv) Kepala pusing ke kanan.

3)

i) Kaki kanan tendang ke bawah.


ii) Bahu dibawa keluar ke permukaan air.
iii) Kepala diangkat keluar dai permukaan air.
iv) Tarik nafas dalam-dalam.
v) Tangan kiri mula ditarik ke bawah.

4)
i) Tangan kiri tarik ke bawah.
ii) Tangan kanan dibawa masuk ke permukaan air.
iii) Kepala dan bahu kanan dipusing masuk ke dalam air semula.
iv) Lepas nafas dengan selesa.

SOALAN 2
a. Senaraikan tiga (3) Hukum Newton
b. Bincangkan ketiga-tiga Hukum Newton dan bagaimana ia
dikaitkan kepada pergerakan sukan manusia.

i) Hukum Newton Pertama : Hukum Inersia


Inersia ialah kecenderungan sesuatu objek untuk mengekalkan
kedudukan asalnya, sama ada dalam keadaan pegun ataupun bergerak
dengan halaju yang seragam. Jumlah inersia dalam sesuatu objek adalah
berkadar langsung dengan jisim iaitu semakan berat objek tersebut, semakin
cenderung ia mengekalkan kedudukannya.

Contoh inersia ialah, sebuah kotak yang berada di atas lantai


mempunyai kecenderungan untuk mengekalkan keadaannya yang pegun.
Contoh kedua, apabila seorang budak menggelunsur turun dari papan lunsur
akan mempunyai kecenderungan untuk terus melunsur dalam garisan lurus
dengan kelajuan yang seragam.

Hukum inersia boleh diaplikasikan didalam sukan lompat tinggi.


Seseorang atlet melakukan larian landas untuk mengatasi inersia badan yang
pegun supaya bergerak ke hadapan manakala lonjakan ke atas dilakukan
mengatasi inersia vertikal. Oleh itu, badan atlet tersebut akan terbang di
udara melepasi palang dengan kelajuan yang dihasilkan oleh lonjakan.
Namun begitu rintangan angin dan tarikan graviti menjadikan penerbangan di
udara semakin perlahan dan atlet akan jatuh semula ke bawah.

ii) Hukum Newton Kedua : Hukum Pecutan


Menurut petikan Hinson, (1981) pecutan sesuatu jasad atau objek
bergantung kepada jisimnya dan daya yang dikenakan lepadanya. Dengan
kata lain, pecutan sesuatu jasad berkadar terus dengan daya yang dikenakan
ke atasnya dan berkadar songsang dengan jisim jasad tersebut.

Contohnya, dua buah troli yang mempunyai berat muatan yang


berbeza. Troli A mempunyai muatan 10kg dan troli B bermuatan 5kg. Apabila
kedua troli tersebut ditolak dengan kekuatan daya yang sama, troli B
mempunyai pecutan yang lebih berbanding troli A.

Hukum pecutan boleh diaplikasikan didalam sukan permainan ragbi.


Hantaran bola ke rakan memerlukan kelajuan yang pantas bagi memastikan
bola sampai tepat kepada rakan dan pergerakan menyerang boleh dilakukan
dengan lebih laju. Contohnya ialah melakukan hantaran sisi ke sebelah
kanan. Bagi menghasilkan hantaran sisi kanan yang laju, seseorang pemain
perlu memegang bola dengan kedua belah tangan di sisi sebelah kiri dahulu.
Hayun tangan dari kiri dan lepaskan bola ke sebelah kanan. Gerakan
menghayun akan memberi momentum kepada bola melalui daya dan arah
pergerakan tangan. Ini memberi pecutan yang lebih kepada bola dan
momentum yang lebih besar dihasilkan apabila bola dilepaskan.

iii) Hukum Newton Ketiga : Hukum Aksi-Reaksi


Hukum Newton Ketiga menyatakan, apabila sesuatu jasad
mengenakan daya (aksi) ke atas jasad yang lain, jasad itu (jasad yang kedua)
akan mengenakan daya (reaksi) yang sama magnitudnya dan dalam arah
yang bertentangan ke atas jasad yang pertama. Contohnya apabila seorang
duduk di atas kerusi, permukaan kerusi akan menolak balik punggungnya
dengan daya yang sama magnitud dan bertentangan dengan arah ia
dikenakan. Walaupun berat orang yang duduk di atas kerusi tersebut
berbeza-beza, permukaan kerusi akan mengalirkan jumlah tekanan mengikut
daya yang dikenakan ke atasnya. Oleh kerana itu, orang yang duduk di atas
bangku tidak akan jatuh ke bawah.

Hukum Newton Ketiga boleh diaplikasikan di dalam sukan lari pecut.


Semasa berada di garisan permulaan pada keadaan “sedia”, pelari
mengenakan daya kea rah bawah dan belakang pada blok permulaan (aksi).
Blok permulaan pula mengenakan daya ke arah atas dan hadapan pada
pelari (reaksi). Ini akan menyebabkan pelari mempunyai tujahan ke arah atas
dan hadapan. Blok permulaan tidak menunjukkan sebarang reaksi kerana
blok permulaan terlekat erat pada permukaan trek lari dan menyebabkan
daya blok permulaan lebih tinggi.

You might also like