You are on page 1of 4

KEKUATAN PADA DIRI SAMPEL

Manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah s.w.t. jika dibandingkan ciptaan-ciptaan yang
lain. Seharusnya setiap manusia manusia itu bersyukur dengan hikmah kejadian mereka. Di
samping itu, Allah s.w.t. juga telah menetapkan bahawa setiap manusia itu mempunyai kekuatan
dan kelebihan diri mereka sendiri yang mungkin tiada pada orang lain. Sebagai seorang manusia
yang normal, sampel yang telah kami kaji juga telah dikurniakan oleh Allah kekuatan dirinya
sendiri yang bersesuaian dengan potensi dirinya iaitu seorang yang mempunyai daya fokus yang
tinggi.

Apa yang dimaksudkan dengan mempunyai daya fokus yang tinggi ialah sampel akan
sentiasa komited dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tanggungjwab yang diamanahkan
ke atas dirinya dan tidak membiarkan hasil kerjanya bakal mengecewakan orang lain serta
sentiasa melakukan yang terbaik dalam menyempurnakan tugasannya. Selain itu, sampel juga
sentiasa mempunyai matlamat dalam setiap perkara yang dilakukan dalam hidupnya kerana
baginya dengan adanya matlamat, dirinya akan sentiasa fokus dalam setiap pekerjaan ataupun
tugasan yang dia lakukan untuk memastikan matlamat yang telah ditetapkan dapat dicapai dan
direalisasikan.

Di samping itu, sampel juga sentiasa akan memastikan segala tugasan yang diamanahkan
kepadanya akan dapat disempurnakan menepati tempoh masa yang telah ditetapkan kerana
dirinya berpegang pada prinsip “ jika kita memudahkan urusan orang lain, insya’Allah Allah
akan memudahkan urusan kita ”. Sampel sentiasa mencuba untuk melakukan segala tugasannya
dengan usahanya sendiri tanpa menyusahkan orang lain melainkan terhadap suatu tugasan yang
melibatkan kerja berkumpulan. Sampel juga lebih suka menyendiri apabila sedang menjalankan
sesuatu kerja untuk memastikan fokus atau tumpuannya tidak akan terganggu. Namun hal ini
bukanlah bermaksud bahawa sampel merupakan seorang yang angkuh atau pun tidak suka
bergaul dengan masyarakat, tapi menunjukkan bahawa sampel sentiasa memberikan komitmen
yang sepenuhnya dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas dirinya.

Kekuatan diri sampel yang seterusnya yang telah kami kaji ialah seorang yang bijak
mengawal emosi. Sampel tidak mudah untuk melepaskan kemarahannya pada orang sekeliling
terutamanya terhadap sahabat-sahabatnya. Sampel akan cuba sebaik mungkin untuk menjaga
hati masyarakat di sekelilingnya walaupun pada dasarnya ada sesetengah perkara yang telah
mengguris hatinya atau pun menguji kesabarannya. Menurutnya, dirinya lebih suka melepaskan
kemarahan dengan cara mendiamkan diri ataupun menyendiri. Hal ini kerana, sampel bimbang
dengan berkata-kata ketika dirinya sedang marah akan menyebabkan dirinya tidak dapat dikawal
dan akan melepaskan kemarahan kepada orang lain serta mungkin kata-kata yang diluahkan
olehnya bakal mengguris perasaan orang lain.

Sampel akan sentiasa berfikiran positif dan cuba memujuk dirinya untuk memaafkan
kesilapan orang lain kerana mungkin orang lain juga melalui perkara yang sama seperti yang
dilaluinya dan boleh jadi kemarahannya itu adalah berpunca daripada dirinya. Sampel sentiasa
cuba untuk bersabar walaupun pada hakikatnya sesuatu perkara itu mengundang kemarahannya
kerana berpendapat bahawa dirinya perlu memikirkan kesan jangka panjang jika dirinya
bertindak mengikut emosi iaitu mungkin akan merosakkan hubungan antara mereka yang dibina
atas dasar ukhwah kerana Allah s.w.t.

Namun begitu, sebagai manusia biasa yang hidup bernasyarakat, kami tidak berhak untuk
menilai diri sampel mengikut pandangan peribadi kami semata-mata tanpa mengetahui
pandangan dan perspektif masyarakat sekeliling mengenai diri sampel kerana kami yakin setiap
orang pasti ada penilaian mereka masing-masing terhadap diri sampel. Oleh sebab itu, kami
telah menjalankan tinjauan dan bertanyakan pendapat para sahabat terutamanya rakan-rakan
sekelas sampel untuk menilai dirinya. Kami telah dapat mengesan kekuatan diri sampel melalui
tijauan ini serta berdasarkan kajian secara personal yang telah kami jalankan.
KELEMAHAN DIRI SAMPEL

Walaupun setiap makhluk ciptaan Allah itu dikurniakan kekuatan dan kelebihan diri
masing-masing, namun tiada manusia yang sempurna. Tiada seorang pun yang akan terkecuali
daripada melakukan kesilapan dan setiap individu itu mempunyai kekurangan dan kelemahan
diri masing-masing. Oleh sebab itu, setelah kami mengkaji dan bertanyakan pendapat serta
pandangan rakan-rakan sekelas sampel, kami mendapati sampel merupakan seorang yang ego
dan sangat berpegang teguh dengan pendapatnya.

Sifat ego yang dimaksudkan ialah apabila dia telah mengutarakan sesuatu pendapat yang
difikirkannya betul, dirinya menjadi amat sukar untuk menerima apabila terdapat sesetengah
individu yang membantah pendapatnya. Dia amat sukar untuk menerima pendapat orang lain
yang dirasakan tidak sama dengan apa yang difikirkannya. Di samping itu, sampel akan
berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan pendiriannya sehinggakan kadang-kadang tanpa
dia sedari, tindakannya itu mengguris hati dan perasaan individu yang lain.

Selain itu, ego yang dimaksudkan ialah apabila kadang-kadang sampel sukar untuk
menerima teguran terutamanya apabila teguran itu tidak diberikan secara berhikmah walaupun
dia menyedari bahawa teguran yang diutarakan itu adalah berpunca daripada kekhilafan dirinya
sendiri. Hal ini kerana, dirinya seperti sukar untuk mengakui kesilapannya di hadapan orang lain
walaupun pada hakikatnya teguran itu akan sedikit sebanyak membuatkan dirinya cuba untuk
memuhasabah diri dan cuba memperbaiki kesalahannya itu.

Di samping mempunyai ego yang tinggi, sampel juga merupakan seorang yang sangat
sensitif terhadap banyak perkara terutamanya perkara-perkara yang berkaitan dengan dirinya.
Walaupun sampel seorang yang bijak mengawal emosinya serta tidak suka melepaskan
kemarahannya kepada orang lain, namun sampel sangat mudah tersentuh apabila sesetengah
individu menegur kesalahannya secara terang-terangan walaupun kadang kala dia tahu bahawa
dirinya sememangnya bersalah. Selain itu, sampel sangat sensitif dan mudah tersentuh dengan
gurauan orang lain terhadap dirinya yang menyentuh isu-isu sensitif ataupun hal-hal peribadi.
Bagi sampel, tidak semua perkara dapat dijadikan bahan gurauan.

Namun begitu, sampel tidak suka menunjukkan sikapnya kepada masyarakat


sekelilingnya. Walaupun mempunyai sifat yang sensitif, sampel tidak pernah meluahkan
perasaannya itu kepada orang lain, apatah lagi ingin menzahirkan perasaan sensitifnya itu kepada
orang lain. Sampel lebih selesa memendam perasaannya daripada diketahui oleh orang lain dan
cuba untuk menunjukkan sikap senangnya terhadap gurauan orang lain terhadap dirinya. Sampel
lebih memilih untuk meluahkan perasaannya melalui coretan ataupun penulisan seperti di laman
blognya.

Menurut sampel, sifat ini dapat dikenal pasti melalui ibu bapa dan ahli keluarganya yang
lain kerana semenjak mereka mengenali sampel dari kecil sehinggalah sekarang sampel sangat
sensitif dengan setiap kata-kata masyarakat sekeliling terhadap dirinya. Mereka mengatakan
bahawa setiap teguran yang disampaikan kepada sampel mestilah dilakukan secara berhikmah
dan secara halus supaya tidak menyentuh perasaannya. Walaupun teguran yang disampaikan
kepadanya sangat dititik beratkan oleh sampel untuk mengubah dirinya untuk menjadi lebih baik,
tetapi cara penyampaian teguran tersebut sedikit sebanyak tetap mendatangkan kesan kepada
dirinya dan mengambil masa untuk melupakannya.

Selain daripada ibu bapanya, sampel sendiri telah mengakui kekurangan yang ada pada
dirinya. Menurutnya, mungkin tidak ramai rakan-rakan yang mengetahuinya tetapi sebagai
empunya diri, sesungguhnya dia lebih mengetahui sifat sebenar yang ada pada dirinya sama ada
secara zahir ataupun dalaman. Sampel juga sentiasa cuba untuk mengurangkan sifat sensitifnya
dengan sentiasa memujuk dirinya untuk berfikiran rasional terhadap setiap teguran dan gurauan
yang disampaikan kepadanya.

You might also like