Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
P. 1
al-muntalaq

al-muntalaq

Ratings:

4.0

(1)
|Views: 9,594 |Likes:
Published by nadhirah ar
Al-Muntalaq..tulisan Muhammad Ahmad al-Rasyid
Al-Muntalaq..tulisan Muhammad Ahmad al-Rasyid

More info:

Published by: nadhirah ar on Aug 28, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

 
 ________________________________________________________________________________________________ al-Muntala
 
1
 
Al-Munthalaq
Karangan : Muhammad Ahmad al-Rasyid
 
 ________________________________________________________________________________________________ al-Muntala
 
2
  MUQADDIMAH 
:
MARI KITA DUDUK SEBENTAR…KITA BERIMAN SEJENAK…
Para da'i mukmin sentiasa terdedah kepada dua tarikan: Tarikan keimanan, niat,kesungguhan dan kesedarannya terhadap tanggungjawab. Dengan itu dia beradadalam amal salih dan azam kebaikan. Tarikan syaitan pula dari sudut yang lain,menghiasi futurnya dan menghiasi cintanya kepada dunia. Menyebabkan diaberada dalam kelalaian, malas, panjang angan-angan dan berlengah-lengah dalammempelajari apa yang tidak diketahuinya.Berulang-alik di antara kedua-dua tarikan ini adalah suatu yang sudah ditentukanoleh Allah, tidak akan berhenti, terus berlaku. Oleh kerana itulah, orang-orang yangberiman telah mewajibkan kepada diri mereka untuk menghadiri majlis-majlistafakkur dan saling nasihat-menasihati di antara satu sama lain. Memeriksa diridaripada dihinggapi penyakit takabbur atau menolak kebenaran. Memeriksa hatidaripada diselubungi penyelewengan. Memeriksa ilmu dan iman daripadatergelincir yang membawa kepada bid'ah atau kecuaian yang membawa kepadameninggalkan mana-mana perintah Allah dan petunjuk.Mu'az bin Jabal telah menterjemahkan perasaan ini dengan satu perkataan yangtelah menjadi satu fasal daripada perlembagaan orang-orang yang beriman. Beliautelah berkata ketika mengingatkan sahabatnya:
ﺔﻋﺎﺳ 
 
ﻦﻣﺆﻧ 
 
ﺎﻨﺑ 
 
ﺲﻠﺟإ
 
(
 Marilah kitaduduk untuk beriman sejenak
).Perkataan ini telah diambil oleh Ibnu Rawaahah, lalu ia berkata kepada Abu adDardaa’ (ra) sambil memegang tangannya:
ﻦﻣ 
 
ﺎﺒﻠﻘﺗ 
 
عﺮﺳأ
 
ﺐﻠﻘﻝا
 
نإ
 
ﺔﻋﺎﺳ 
 
ﻦﻣﺆﻧ 
 
لﺎﻌﺗ 
 
ﺎﻧﺎﻴﻠﻏ
 
ﺖﻌﻤﺠﺘﺳا
 
اذإ
 
رﺪﻘﻝا
(
 Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepatberbolak-balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak
).Lalu kita mengambil perkataan ini daripada mereka berdua. Nasihat-nasihat ini(siri-siri buku ini) adalah tentang fiqh ad da'wah. Kita menyeru para da'i untukduduk sejenak dengan setiap nasihat untuk ia beriman dan mengkaji diri, ilmu dankesungguhannya.
Sisa.... Dan Harapan
Siri-siri buku ini ditulis untuk para du'at; mereka yang menunaikan solat danmerasa bangga megah dengan agama mereka; yang berakhlak dengan akhlakmukminin. Tidak ditujukan kepada yang lalai, lebih-lebih lagi yang menyeleweng.Ini adalah kerana untuk menyelesaikan permasalahan dunia Islam hari ini, tidakperlu kepada berpindahnya bilangan yang besar dari mereka yang lalai danmenyeleweng kepada berpegang-teguh dengan Islam. Tetapi apa yang diperlukanialah menyedarkan mereka yang sudah pun berpegang dengan Islam,membangkitkan kesungguhan mereka dan memperkenalkan kepada mereka jalanamal dan fiqh da'wah. Masih ramai dari kalangan orang-orang mukmin, bilanganmereka sudah mencukupi untuk menegakkan kebaikan yang kita cita-citakan, tetapi
 
 ________________________________________________________________________________________________ al-Muntala
 
3
dengan syarat apabila mereka mengenali tajarrud (menyerahkan diri hanya untukIslam), zuhud terhadap dunia, menjauhkan diri dari fitnah, sabar atas segala mihnahdan memahami seni memimpin ummat.Oleh sebab itu, siri-siri buku ini tidak akan berbicara dengan orang yang masihmencampur-adukkan antara Islam dan lainnya. Tetapi ia hanya memadai untukmengajak muslim, yang benar imannya, suci aqidahnya, merasa perit dan sedihdengan realiti ummat muslimin hari ini. Buku ini akan mengajar kepadanya jalanberamal yang berfaedah dan jalan penyelamat, memandunya kepada kewajipanuntuk mempertingkatkantarbiyyah dirinya dalam memenuhi tuntutan perjalanan.Buku ini juga ditujukan kepada para du'at yang sudah mengetahui jalan amal, akantetapi, mereka masih memerlukan pengukuhan (bantuan), peningkatan usaha danproses melembutkan hati.Oleh yang demikian, kami telah mengambil segala pengertian kebaikansebagaimana yang diisyaratkan oleh Yahya bin Mu'aaz seorang zuhud ketika beliauberkata:
ﻖﻴﻓر 
 
ﻞﺟر 
 
نﺎﺴﻝ 
 
ﻰﻠﻋ
 
ﻖﻴﻤﻋ
 
ﺮﺤﺑ 
 
ﻦﻣ 
 
جﺮﺨﺘﺴی 
 
ﻖﻴﻗر 
 
مﻼآ 
 
ﺊﺷ 
 
ﻦﺴﺣأ
 (Sebaik-baik perkara ialah: Perkataan yang lembut, yang dikeluarkan dari lautan yang dalam,daripada lidah seorang yang lemah-lembut).
1
 
Kamu akan mengetahui betapa kelembutan yang dikendong oleh hati-hati rijaltersebut yang telah menghadiahkan kepada kamu buah hasil pengalaman dannatijah pengamatan mereka. Oleh sebab itu, sebutan (nama) mereka berkekalan danmendapat perhatian manusia kerana ia mempunyai hubungan dengan al haq(kebenaran).Sesuatu perkataan tidak akan kekal di sisi generasi kecuali jika ia berhubung dengankebenaran dan kebaikan, kerana ia sentiasa mendapat pertolongan daripadamakhluk Allah mengikut undang-undangNya (sunnahNya) dan sentiasadiilhamkan kepada hamba-hambaNya.Berapa banyak kilatan yang dipancarkan oleh raja yang zalim atau berhala yangmasyhur mengeluarkan gema seketika, memancarkan cahaya sebentar, kemudianpadam dan senyap, seperti bintang yang bertukar menjadi habuk dan debu selepasterbakar. Ditambah lagi bahawa gemanya adalah daripada suara kebatilan, bukankebenaran dan kilatannya daripada hiasan kebatilan bukannya kebenaran.Hanya aqal yang faham, hati yang bersih dan orang yang yakin dengan kebenaranapa yang dibawanya sahaja boleh mengucapkan kebenaran yang kekal. Diamengeluarkan kata-katanya yang menjadi contoh-contoh yang realiti danketerangan yang kekal di dalam kehidupan. Tidak tertentu untuk satu waktu sahaja,tidak juga perkara tertentu, tidak juga orang tertentu, tidak juga kejadian tertentu,akan tetapi ia mencakupi semua generasi dan setiap ketika, negara dan kawasan.Kamu akan dapati kehebatan kata-kata berdasarkan kehebatan orang yang berkata,sebagaimana katanya, bahawa ia mahu menjadikan kata-katanya itu sebagai jalankehidupan manusia dan cahaya yang menerangi kegelapan kehidupan).
2
 
Syair Menjadikan Perkataan Menarik
1 Taarikhul Baghdaad: 14/209
2
As Syawaarid li 'Azzaam: 340

Activity (18)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Banat Dah liked this
Ida Kamaruddin liked this
betaek_90 liked this
draqsa123 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->