Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
7Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
pengujian_pengukuran_penilaian

pengujian_pengukuran_penilaian

Ratings: (0)|Views: 432 |Likes:
Published by zatiah

More info:

Published by: zatiah on Apr 03, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/05/2014

pdf

text

original

 
OUM
1
TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN
TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DANPENILAIAN
PENGENALAN
Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakansebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kitamembuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Anda sebagai guru perlu membuatpertimbangan dan keputusan berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran yangberlangsung untuk menentukan sama ada objektif pembelajaran sudah dicapai pelajar ataumemerlukan ulangan semula dan sebagainya.Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam duniapendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Misalnya, sesetengah guruapabila mengedarkan kertas ujian, mereka mengatakan mereka ingin mengukur atau menilaiprestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah, tanpa menghirau maksud khusus yangmendukung istilah-istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaanmempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperoleh, akan membantu gurudalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat.
OBJEKTIF
Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat:1. menjelaskan maksud pengujian, pengukuran dan penilaian;2. membezakan konsep pengujian, pengukuran dan penilaian; dan3. mengenalpasti tujuan penilaian dijalankan.
PETA MINDA TAJUK
 
2
OUM
PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1
1.1 KONSEP PENILAIAN, PENGUKURAN DAN PENGUJIAN
Sekiranya anda diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajiantinggi, apakah penilaian-penilaian yang anda lakukan terlebih dahulu sebelummenerima tawaran tersebut. Apakah kayu ukur yang akan anda gunakan sebelummembuat keputusan dan bagaimanakah anda menguji keputusan yangdilakukan tersebut sama ada akan membawa kesan baik atau sebaliknya untukanda?Sebagai insan yang hidup di muka bumi ini, kita tidak lari daripada membuat keputusan.Dalam membuat sebarang keputusan, sama ada mudah atau sukar, penilaian wajar dilakukanterlebih dahulu. Dalam konteks ini, penilaian akan melibatkan penentuan objektif, mendapatkanmaklumat, memproses maklumat, membuat kesimpulan dan membuat keputusan. Apabilaproses yang dijalankan itu dibuat secara sistematik dan saintifik, maka keputusan yangdiperoleh menjadi lebih tepat dan seterusnya tindakan yang diambil adalah benar-benar bersesuaian.Sebenarnya, aktiviti penilaian dalam bidang sains perlakuan dan juga sains kemasyarakatanbermula dengan kajian yang dijalankan oleh Galton dan Binet untuk mengukur kebolehanindividu. Bermula dengan kajian tersebut, konsep penilaian telah berkembang sehingga munculbeberapa istilah yang berkaitan seperti pengukuran (
measurement 
), penilaian (
evaluation
)dan pentaksiran (
assessment 
). Dalam pengukuran, individu didedahkan kepadapembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh, pengukuran yangdijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian oleh Stanford-Binet, Raven-Matrices, Weschler dan A.C.E.R.Apabila sesuatu penilaian ingin dijalankan, sekurang-kurangnya dua keputusan yang utamaperlu diambil.(a)
Pertama
, berkaitan dengan tujuan penilaian dijalankan. Misalnya, pihak sekolah inginmeningkatkan taraf bacaan murid-murid di sekolah rendah dan selepas membuatpenilaian, mendapati taraf bacaan tidak memuaskan, maka(b)
Kedua
, satu tindakan baru perlu diambil.
1.1.1 Penilaian
Pernahkah anda berada dalam satu-satu acara lelongan awam sepertimelelong barang-barang antik. Cuba anda bayangkan bagaimanakahseseorang tersebut membuat penilaian sebelum membuat keputusan untukmembeli. Apakah sebenarnya maksud penilaian?
Penilaian
adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukankerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan membolehkankita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atausebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yangtepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan
 
OUM
3
TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN
sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalahtentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca,menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah rendah.Dalam membuat penilaian, anda mungkin sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah.Misalnya, tentang persoalan yang ingin diselesaikan, apakah bukti yang dianggapkanmencukupi atau bagaimana cara mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkanmaklumat dan sebagainya. Dengan memahami konsep pengujian, pengukuran dan penilaian,anda akan dapat merancang langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagimendapatkan maklumat yang tepat. Banyak definisi telah diberikan kepada istilah “penilaian”.Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusandalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara.Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai “proses
delineating 
, mencaridan memberikan maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan”.Definisi ini melepasi maksud pengujian dan pengukuran.Gay (1985) berpendapat bahawa “
penilaian ialah satu proses yang sistematik semasamengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telahditetapkan itu telah tercapai 
”. Ini seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan ataukeputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian berbezadengan pengukuran yang melibatkan hanya pemberian ukuran dalam bentuk nombor tertentuyang lebih bersifat kuantitatif. Sebelumnya, Popham (1975) menyatakan penilaian yangsistematik perlu mempunyai satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan.Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran danpembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya. Dalam bilikdarjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan
mengukur 
pencapaian pelajar atau
menilai 
pencapaian pelajar? Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnyamengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilaiukuran pencapaian tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumatlain yang berkaitan. Selain menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat denganmenggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada pemerhatian atautemubual.Anda boleh mendapat maklumat lanjut dengan download fail PDF dari lamanweb berikut: http://www.gao.gov/special.pubs/pe1014.pdf Justeru, penilaian boleh dibuat dengan menggunakan sama ada maklumat yang berbentukkuantitatif, kualitatif atau kedua-duanya sekali. Dengan menggunakan maklumat kuantitatif,penilaian boleh dinyatakan dalam bentuk gred (seperti A, B, C, D atau E) bersama penjelasannilainya (seperti cemerlang, kepujian, baik, lulus atau gagal). Sementara itu, penilaian yangmenggunakan data kualitatif boleh dinyatakan dalam bentuk kualitatif juga, misalnya, Ali dapatmelukis gambar kawannya dengan cepat, tepat dan bersih. Secara ringkasnya, penilaianmeliputi tiga proses utama, iaitu menentukan ukuran, menganalisis ukuran dan menyatakannilai/interpretasi ukuran.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->