You are on page 1of 2

Hierarki Pembelajaran Gagne

8 Pembelajaran penyelesaian masalah

7 Pembelajaran prinsip

6 Pembelajaran konsep

5 Pembelajaran diskriminasi

4 Pembelajaran bahasa

3 Pembelajaran rangkaian motor

2 Pembelajaran gerak balas

1 Pembelajaran isyarat

Pembelajaran isyarat

 Pembelajaran paling asas


 Rangsangan yang ada dalam persekitaran dan kerap dihadapi
 Contoh ; loceng rehat – makan

Pembelajaran gerak balas

 Gerak balas yang diterima sebagai hasil sesuatu tingkah laku


 Jika positif, hubungan sesuatu rangsangan dengan gerak balas tersebut akan menjadi
lebih kukuh
 Perlakuan turut diulangi jika gerak balas memuaskan dan begitu juga sebaliknya
 Contoh ; pelajar akan kekal menghasilkan tugasan yang baik jika kerjanya mendapat
pujian

Pembelajaran rangkaian motor

 Bermanfaat dalam pembelajaran yang berkaitan dengan kemahiran melalui proses


pemerhatian dan peniruan.
 Contoh ; dalam teknik mengelecek bola – melibatkan aktiviti berlari, menendang,
menyeret dan sebagainya.
Pembelajaran bahasa

 Setiap pembelajaran memerlukan kemahiran berbahasa


 Melibatkan pembelajaran bahasa secara konkrit dan seterusnya berkembang
 Individu dapat menjelaskan pelbagai perkara, fakta, fikiran serta membuat perbandingan
 Contoh ; “miau” = “kucing” (awal kanak-kanak)

Pembelajaran diskriminasi

 Melibatkan perhatian dan keupayaan melihat ciri-ciri persamaan dan perbezaan


 Setiap diskriminasi dibuat berdasarkan ciri-ciri yang diperhatikan serta berasaskan
kepentingan

Pembelajaran konsep

 Secara deduktif atau secara induktif


 Perlu menguasai aras kemahiran yang rendah terlebih dahulu
 Dalam membuat kategori maklumat yang diperhatikan, cirri-ciri persamaan dan
perbezaan perlu dilihat
 Apabila faham konsep, pembelajaran aras tinggi akan dapat dipelajari

Pembelajaran prinsip

 Memerlukan individu mengaplikasi konsep-konsep yang telah dikuasai


 Pemahaman dan pertalian konsep diperlukan bagi membentuk prinsip, hukum dan rumus
 Perlu menguasai aras pembelajaran yang rendah terlebih dahulu

Pembelajaran penyelesaian masalah

 Aras pembelajaran paling tinggi


 Melibatkan proses mental aras tinggiyang memerlukan keupayaan mengaplikasi
pembelajaran terdahulu seperti aplikasi rumus, konsep, hukum, prinsip dan sebagainya
 Mengandungi lima langkah asas
- Mengenal pasti masalah
- Mencari maklumat untuk mengesahkan masalah
- Membina hipotesis untuk menyelesaikan masalah
- Menguji hipotesis
- Membuat pilihan dan rumusan

You might also like