You are on page 1of 3

al-Khawarizmi

Gambar al-Khawarizmi

Nama asli al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi.


Selain daripada itu, beliau juga dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin
Ahmad bin Yusof. Di barat, al-Khawarizmi dikenali sebagai al-Khawarizmi, al-
Cowarizmi, al-karismi, al-Goritmi atau al-Gorism. Nama al-Gorism terkenal
pada abad pertengahan. Di negara Perancis pula al-Gorism muncul sebagai
Augryam atau Angrism. Di negara Inggeris pula dia dikenali sebagai Aurym
atau Augrim.

Al-Khawarizmi dilahirkan di Bukhara. Tahun 780M hingga 850M


merupakan zaman kegemilangan al-Khawarizmi. Al-Khawarizmi telah
meninggal dunia di antara tahun 220M dan 230M. Ada yang mengatakan al-
Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain
menegaskan beliau hidup di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M
dan meninggal dunia pada tahun 266H/850M di Baghdad.

Peta Usbekistan
Bapa Algebra

Telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi merupakan seorang tokoh


Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuannya meliputi bidang falsafah,
logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

Beliau amat terkenal sebagai guru algebra di Eropah dan menciptakan


pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan
astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah
al-Ma’mun di Bayt al-Hikmah, Baghdad.

Peta Baghdad

Beliau gemar bekerja dalam balai cerap untuk mendalami ilmu


matematik dan astronomi serta pernah memperkenalkan angka-angka India
dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam. Al-Khawarizmi ialah
seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan algebra dan hisab. Banyak
lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan
menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga
digunakan pada zaman sekarang.
Sumbangan dan Karya

Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan


algebra dan hisab. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhur
ketika zaman tamadun Islam. Antara karya-karya yang beliau hasilkan ialah
Mafatih al-Ulum. Sistem nombor adalah salah satu sumbangannya dan telah
digunakan pada zaman awal tamadun Islam.

Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang


dihasilkan. Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian
persamaan, teorem segi tiga sama, mengira luas segi tiga, segi empat selari
dan bulatan dalam geometri. Masalah pecahan dan sifat nombor perdana dan
teori nombor juga diperkenalkan.

Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada


zaman tamadun Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falak iaitu
pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang
kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan
bintang.

Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat


sedikit dan terhad. Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik
yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja.

Al-Khawarizmi dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur


oleh orang Islam dan ia diperakui oleh sarjana Barat. G. Sarton pernah
menyatakan bahawa pencapaian-pencapaian tertinggi telah diperoleh oleh
orang-orang Timur terutama al-Khawarizmi. Wiedmann pula menyifatkan al-
Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bijaksana.
Ini membuktikan al-Khawarizmi telah memberi sumbangan yang besar dalam
bidang matematik dan astronomi.

You might also like