You are on page 1of 20

POLITEKNIK MUKAH SARAWAK

POLITEKNIK KEMENTERIAN
PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

PROJEK REKABENTUK & ANALISIS


PROJEK REKABENTUK & ANALISIS
F4229
F4222
CADANGAN PROJEK

NAMA : ISWANDI ABDUL RAHMAN


SAFAWATI ZAWANAH PUTRI SUGIANTO

NO.PEND : 20RIP09F2001
20DNS09F2005

TAJUK : SISTEM REKOD PEMBELIAN & JUALAN KOPERASI


POLITEKNIK MUKAH SARAWAK

SESI : DISEMBER 2010

PENSYARAH : P. HERASUHANTI HERMAIN

SINOPSIS PROJEK
Projek penghasilan Sistem Rekod Pembelian dan Jualan Koperasi Politeknik Mukah
Sarawak adalah merupakan salah satu tajuk projek semester akhir pelajar politeknik Mukah
Sarawak .Projek IT seumpama ini di laksanakan khususnya pelajar yang mengikut Diploma
Teknologi Maklumat pengaturcaraan mahupun rangkaian .Projek semester akhir ini adalah
projek yang wajib di ambil bagi memenuhi syarat penganugerahan Diploma seperti yang telah di
tetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Penghasilan projek IT seumpama ini
adalah bermatlamatkan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukan kemahiran
yang di pelajari selama menuntut di Politeknik . Oleh kerana itu pelajar di berikan tempoh masa
lebih kurang dalam enam bulan untuk melaksanakan projek ini sebelum tamat pengajian .
Penghasilan projek Sistem Rekod Belian dan Jualan Koperasi Politeknik Mukah yang
akan di hasilkan ini adalah untuk membantu pihak pengurusan Koperasi Politeknik Mukah
supaya koperasi tersebut dapat membaiki kelemahan – kelemahan yang sedia ada supaya mampu
beroperasi dengan lebih kompetetif pada masa akan datang. Di dalam penghasilan projek ini ia
akan menggunakan alat pembaca Kod Bar(bar code reader) Argox As-8120 sebagai alat utama
untuk mencatat harga barang dan juga perisian Visual Basic.Net Standard sebagai medium
untuk reka bentuk sistem serta melibatkan perisian MySQL database version 5.0.45 sebagai
tempat penyimpanan data. Sistem ini berupaya mencatat rekod harga barangan jualan dan
menyimpan data dengan sistematik dan sesuai sekali di praktikan di Koperasi Politeknik Mukah.

Pengenalan
Koperasi Politeknik Mukah Sarawak adalah merupakan sebuah koperasi yang wujud di
Politeknik Mukah . Di antara tujuan utama koperasi ini di wujudkan adalah untuk bertujuan
menyediakan keperluan domestik yang di perlukan pelajar- pelajar yang menuntut di Politeknik
Mukah. Di antara perkara yang di tawarkan melalui koperasi ini kepada pelajar- pelajar adalah
seperti penjualan alat-alat tulis, makan serta minuman ringan dan juga perkhidmatan surat –
menyurat melalui pejabat pos mini yang di sediakan di dalamnya. Di sebabkan keperluan
pelajar yang semakin meningkat , Politeknik Mukah Sarawak telah mewujudkan 2 buah
koperasi yang terletak di dua tempat yang berbeza. Lokasi pertama yang di nyatakan adalah
terletak di bahagian bangunan bawah tingkat satu bangunan Perpustakaan Politeknik Mukah
berdekatkan dengan bilik kuliah, kedai fotostat dan bilik siber komputer. Lokasi ke dua pula
adalah terletak di kawasan ruangan Kafé asrama pelajar lelaki .
Tempoh urusniaga bagi kedua – dua koperasi tersebut juga berbeza, koperasi yang
terletak di bangunan Perpustakaan bermula dari 8 pagi sehingga 5 petang sedangkan koperasi
yang terletak di kawasan asrama bermula pada pukul 7.30 petang sehinggalah pukul 11 malam.
Oleh kerana peranan koperasi ini sangat penting, terutamanya perkhidmatan yang di
tawarkannya begitu berfaedah kepada pelajar-pelajar politeknik . Khususnya untuk keperluan
semasa .Oleh itu semestinya koperasi ini haruslah mempunyai sistem pengurusan yang efektif
terutamanya sistem rekod belian barang dan jualan barang iaitu sistem yang di gunakan untuk
mencatat harga barang- barang yang di jual kepada pelanggan . Melalui sistem rekod pembelian
dan jualan yang berkesan , Koperasi Politeknik Mukah akan mampu serta berjaya untuk
mencapai matlamat dan visi penubuhan seperti yang ingin di capai.
Objektif Sistem

i. Menggantikan kaedah manual iaitu kaedah mencatat hasil jualan barang yang
menggunakan tulisan di dalam buku dengan menggunakan teknologi pembaca
Kod Bar secara elektronik .
ii. Menyediakan sebuah pangkalan data untuk rekod hasil pembelian dan jualan
supaya rekod dapat di simpan dengan selamat bagi menggelakan kehilangan
data.
iii. Mewujudkan sebuah sistem rekod pembelian dan hasil jualan barang yang
memudahkan capaian dan pengubahan rekod data dengan lebih sistematik yang
boleh di lakukan pekerja-pekerja koperasi .
iv. Menghasilkan laporan pembelian dan jualan yang tepat serta kemas untuk
memudahkan pihak pengurusan koperasi untuk menilai keuntungan dan kerugian
dalam tempoh yang di tetapkan.

Penyataan Masalah
Koperasi Politeknik Mukah menghadapi beberapa masalah sehingga ke hari ini. Di antara
masalah tersebut adalah:

i. Kecurian yang sering berlaku sehingga menyebabkan pihak pengurusan terpaksa


membuat perubahan kedudukan susun atur barang - barang jualan supaya mengatasi
kehilangan barang tanpa di sedari.
ii. Sering berlaku pertindihan data kerana data – data yang di rekod tidak tepat dan
terdapat data yang hilang akibat sistem rekod jualan yang di laksanakan secara
manual(tulisan dalam buku ).
iii. Data – data yang telah hilang sukar di kenal pasti kerana tidak mempunyai sebarang
sistem yang di gunakan bagi menyimpan rekod samada stok dan jualan. Koperasi
tersebut hanya mempunyai sebuah sistem sahaja yang mana ia di gunakan untuk
membuat pengiraan debit dan kredit sahaja.
iv. Pengiraan keuntungan yang di perolehi seharian masih lagi menggunakan kalkulator
dan di rekod dalam buku hasil jualan harian.Ini menyebabkan kerani akaun terpaksa
berkerja lebihan masa untuk setiap hari tempoh operasi di sebabkan pengiraan
keuntungan mengambil masa yang lama.
v. Tanda harga pada barang masih lagi menggunakan label tulisan pen yang perlu di
tulis secara manual .Kaedah ini menyebabkan pekerja- pekerjanya terpaksa membuat
pelabelan harga pada setiap satu barang – barang yang di jual .

Cadangan penyelesaian masalah


i. Memperkenalkan penggunaan alat elektronik iaitu alat pembaca Kod Bar yang boleh
digunakan untuk merekod setiap barang yang mempunyai label kod bar . Penggunaan
alat ini boleh di gunakan untuk menetapkan dan merekod data dengan lebih tepat.
Melalui teknologi ini pihak pengurusan dapat mengenalpasti lebih tepat jenis barang
yang hilang dan jumlah kos kerugian yang di alami.
ii. Mewujudkan sistem yang khusus yang di gunakan untuk merekod data-data untuk
mengatasi masalah pertindihan data , melakukan pengubahan dan pengasingan data
secara sistematik.
iii. Mewujudkan sistem pangkalan data yang digunakan untuk menyimpan semua rekod
data-data yang di perolehi supaya data tidak hilang dan dapat di capai dengan mudah
.

Skop Projek & Kekangan


Di dalam penghasilan projek ini terdapat beberapa garis panduan yang di jadikan sebagai
garis pemisah supaya projek ini tidak tersasar dari matlamatnya.

i. Projek ini menumpukan penggunaan teknologi alat pembaca Kod Bar sebagai
peralatan utama yang akan di gunakan untuk merekod hasil jualan yang di jual dan
meletak harga pada barang jualan di Koperasi Politeknik Mukah Sarawak .
ii. Menghasilkan sebuah sistem pangkalan data yang akan menyimpan semua rekod
senarai barang yang di beli dan hasil jualan barang yang telah di jual .
iii. Sistem pangkalan data dan penggunaan alat pembaca kod bar yang di hasilkan akan
di cadangkan untuk di guna pakai di Koperasi Politeknik Mukah Sarawak serta di
kendalikan oleh pihak pengurusan Koperasi.

Di antara kekangan yang di hadapi untuk membangunkan sistem ini adalah seperti berikut:

i. Kurang pengetahuan di dalam menggunakan perisian Visual Basic.Net Standard bagi


membangunkan sistem yang berasaskan pangkalan data yang menggunakan perisian
MySQL database version 5.2.45
ii. Kekurangan dana kewangan kerana kos untuk mendapatkan perisian dan alat
pembaca Kod Bar adalah mahal.

Sasaran Pengguna

 Koperasi Politeknik Mukah Sarawak

Metadologi
Rapid Application Development (RAD)

PINTASAN PERANCANGAN

PEMBANGUNAN REKABENTUK

PERANCANGAN

Di dalam fasa ini , proses atau skop yang terlibat adalah seperti perbincangan awal yang
di lakukan untuk memilih tajuk sistem yang bersesuaian. Sistem yang sesuai untuk di bangunkan
dan di gunakan oleh pengguna sasaran. Proses seterusnya adalah proses untuk mengumpul
maklumat dan juga mengenal pasti pernyataan masalah yang timbul yang berkaitan dengan
sistem yang di bakal bangunkan.Seterusnya adalah proses untuk menentukan objektif sistem dan
skop iaitu pengguna sasaran yang akan terlibat di dalam pembangunan sistem. Skop projek di
dalam sistem ini yang akan di bangunkan menjurus kepada pembangunan sistem rekod
pembelian dan jualan yang boleh di gunakan oleh Koperasi Politeknik Mukah Sarawak.

REKABENTUK
Rekabentuk Antara Muka Sistem ini menggunakan perisian Visual Basic.Net Standard Ia
merupakan spesifikasi dialog atau perhubungan antara pengguna dengan komputer. Pengguna
memasukkan data ke dalam sistem melalui antaramuka untuk diproses. Selepas diproses, sistem
akan mengeluarkan output yang boleh dicapai oleh pengguna melalui antaramuka ini. Terdapat
butang untuk memasukkan data dan mencapai data. Tujuan adalah bagi membolehkan input data
dimasukkan dengan sempurna ke dalam sistem. Ia memerlukan kawalan dan semakan setiap kali
memasukkan data bagi memastikan ketepatan data. Rekabentuk antaramuka input ini adalah
untuk menentukan kaedah terbaik untuk memasukkan data ke dalam sistem.Rekabentuk yang
menarik amat penting kerana ia akan memberikan kepuasan kepada pengguna setiap kali
menggunakannya.

PEMBANGUNAN
Fasa pembangunan melibatkan proses menulis aturcara mengikut carta alir yang telah di
tetapkan. Apabila sistem telah siap di bangunkan , pengujian sistem akan di laksanakan bagi
menguji sama ada sistem telah siap sepenuhnya ataupun tidak. Di antara proses yang terlibat
adalah pengujian sistem pangkalan data dan keberkesanan alat pembaca merekodkan data.

PINTASAN
Di dalam fasa ini ralat atau masalah yang timbul dapat di kenalpasti dan di selenggarakan
sehingga masalah tersebut dapat di selesaikan. Seterusnya pengujian di lakukan bagi
mengenalpasti sekiranya masih wujud ralat. Sekiranya ada , sistem akan di nilai semula dari segi
aturcara untuk mengatasi punca ralat yang berlaku. Proses ini akan berulang sehingga sistem
berfungsi sepenuhnya sebelum di laksanakan.

Anggaran & Kos Projek


Bahan- bahan Harga(RM) Item Jumlah(RM)
Komputer Riba(Acer & HP) 2500.00 2 5000.00
Cakera Keras Luaran 179.00 1 179.00
(Samsung 230 GB)
Pencetak(Canon PIXMA MP 199.00 1 199.00
258
Pembaca Kod Bar( Argox AS- 195.00 1 195.00
8120 CDD) & kos
penghantaran
Perisian Visual Basic.Net 490.00 1 490.00
Standard
Perisian MySQL databse Percuma muat turun 1 Percuma muat turun
version 5.0.45
Perisian MySQL backup 75.96 1 75.96
database v 7.0
Perisian Adobe Photoshop 680.20 1 680.20
CS3
Perisian Microsoft office 2010 309.00 1 309.00
Pencetak pembaca Kod 1200.00 1 1200.00
Bar(TSC-TTP-244 plus) &
Kos penghantaran

Perisian Windows 7 (Home 279.00 1 279.00


Edition)
Alat tulis 100.00 pelbagai 100.00
Buku Rujukan (Learning 200.00 1 200.00
Visual basic.net)
DVD kosong 15.00 10 keping 15.00
Dakwat Pencetak Canon( CL 78.00 1 paket 78.00
-811)
Gegelung Penjilidan 10.00 1 jilid 10.00
Sewa Internet(celcom) 50.00 12 bulan 600.00
A4 (1000 keping) 15.00 1 bungkus 15.00
Jumlah RM 9,694.16

Analisis
Kajian terhadap latarbelakang sesuatu sistem adalah penting untuk
membangunkan sesebuah projek. Kajian tersebut perlu di lakukan agar sistem yang akan di
bangunkan menepati keperluan semasa dan dapat berfungsi dengan lancar serta dapat
memudahkan kerja .Oleh yang demikian kami telah memilih dua kaedah pencarian fakta iaitu
keadah temuduga dan kajian untuk mendapatkan maklumat , mengenalpasti keperluan sesuatu
sistem dan memahami aliran kerja secara keseluruhannya.

Kaedah temuduga

Temuduga yang di lakukan adalah bersama dengan P. Raziana selaku kerani


akaun Koperasi Politeknik Mukah Sarawak .Beliau bertanggungjawab untuk mengendalikan
urusan rekod keluar dan masuk akaun. Sesi temuduga di lakukan di pejabat beliau .Hasil dari
temuduga tersebut kami mendapat maklumat bahawa koperasi tersebut tidak mempunyai
sebarang sistem yang khusus di gunakan untuk merekod hasil pembelian dan jualan barang.
Koperasi tersebut masih lagi menggunakan sistem manual iaitu mencatat senarai barang yang di
beli dan hasil jualan keuntungan di dalam buku tunai..
Di koperasi tersebut juga mengalami beberapa masalah utama yang sering berlaku
iaitu kehilangan barang akibat kecurian. Kehilangan barang sukar di kesan kerana rekod barang
yang di simpan tidak tepat. Maklumat barang - barang masih lagi di simpan di dalam buku
simpanan dan stok barang yang di tulis menggunakan pen. Selain itu setiap harga barang yang di
jual akan di tulis pada label harga yang di lekatkan pada barang jualan. Oleh itu pihak
pengurusan terpaksa melantik 2 orang pembantu untuk membantu urusan harian.
Pihak koperasi juga mempunyai rancangan untuk menggunakan sistem pembaca
Kod Bar untuk mencatat hasil jualan tetapi masih lagi belum dapat di laksanakan kerana prestasi
keuntungan koperasi yang tidak konsisten. Kerja-kerja pengiraan jualan pula di lakukan pada
setiap tempoh tamat operasi. Situasi ini meyebabkan .P Raziana sendiri terpaksa berkerja lebih
masa untung membuat pengiraan hasil jualan . Keadah pengiraan pula masih lagi menggunakan
kalkulator sebelum di masukkan di dalam perisian pengiraan tunai dan kredit di dalam komputer.
Dan akhir sekali dia amat bersetuju sekiranya agar sebuah sistem di bangunkan untuk di gunakan
oleh pihak koperasi pada masa akan datang.

Kaedah Kajian
Sistem Kelebihan Kelemahan
Data dapat di rekod secara Memerlukan ruang penyimpan
automatik data yang besar
Dapat menghasilkan laporan Tiada manual yang di
yang tepat dan kemas sediakan
Data dapat di simpan secara Komputer perlu di hidupkan
selamat kerana di sediakan semula sekiranya berlaku
pangkalan data sistem tersangkut(jammed)
Sistem Rekod Belian dan Carian dan manupulasi data Paparan antara muka yang
Jualan Koperasi Politeknik dapat di lakukan melalui ringkas
Mukah Sarawak butang - butang yang di
sediakan
Mesra pengguna kerana Kos yang mahal yang
antaramuka yang di hasilkan melibatkan pencetak dan
berdasarkan windows yang pembaca Kod Bar
memudahkan pengguna
memahami dengan cepat
Kebolehan untuk peningkatan Sistem ini hanya boleh di ubah
kerana sistem ini boleh di oleh pereka sistem yang
pertingkatan seiring dengan berkemahiran sahaja
perkembangan teknologi

Carta Alir Sistem


Carta alir bagi Sistem Rekod Belian Jualan jenis dan harga barang

Mula

Jenis & Harga barang di


rekodkan dalam
pangkalan data

Tidak

Kemaskini

Ya

Rekod di simpan

Cetak laporan

Tamat

Carta alir rekod hasil jualan barang


Mula

Jenis & Barang di


kemaskini dalam sistem
Pembaca Kod Bar

Barang di jual

Pembaca Kod Bar


mencatat jumlah jualan
harian

Sistem memproses &


mengeluarkan laporan
jualan harian

Laporan di simpan dalam pangkalan


data

Tidak

Kemaskini data

Ya

Cetak Laporan

Tamat

Sistem ERD(Entity Relation Diagram)


harga
kod Bar
tarikh jualan

tarikh belian

resit jualan
Barang kuantiti Sistem Kod bar

nama
jumlah jualan
m 1
di rekod di rekod

1
1 1
Sistem rekod jualan dan simpan
Pangkalan data
belian

jenis barang

harga barang

jumlah jualan

Elemen Projek
Masukan(input)

 Senarai harga dan jenis barang yang di beli dari pembekal


 Hasil jualan barang yang telah di jual semasa tempoh operasi koperasi

Proses

 Menyimpan rekod pembelian dan penjualan barang


 Pengiraan jumlah kuantiti dan harga barang yang telah di jual
 Kemaskini rekod senarai harga,jenis dan kuantiti barang
 Penambahan rekod baru
 Pembuangan rekod lama
 Carian untuk rekod yang di perlukan
 Pertukaran kata laluan dan nama pentadbir(administrator)

Persembahan

 Antaramuka yang ringkas


 Arahan yang mudah di fahami dan di baca

Kawalan & Kendalian kesilapan(error handling)

Sila masukkan Kata Nama dan Kata Kunci yang betul

OK

-Pengguna di kehendaki memasukkan kata nama dan kata kunci yang sah

Carian tidak dapat di temui

OK

-Data yang di cari tidak ada di dalam rekod

Sila penuhi ruang yang kosong

OK
-Pengguna di kehendaki untuk mengisi ruang yang kosong
Gunakan nilai integer

OK

-Pengguna di kehendaki memasukkan nilai integer

Anda pasti

TIDAK OK

-Memperingatkan pengguna untuk meneruskan program atau kembali

Keluaran(output)

 Laporan hasil jualan


 Senarai dan harga barang yang telah di proses

Antaramuka
SISTEM REKOD BELIAN & JUALAN
Nama Pengguna

Kata Kunci

LOGIN ADMIN

Menu Fungsi
Butang login - Masuk ke paparan seterusnya
- Untuk penukaran dan mencipta kata nama dan kata
Butang admin
kunci
Kotak teks(nama pengguna) - Pengguna memasukkan kata nama
Kotak teks( kata kunci) - Pengguna memasukkan kata kunci
- Tutup antara muka
mY Ko p e r a s i
Koperasi Politeknik Mukah Sarawak Sdn Bhd

Hasil jualan Senarai Barang & Harga

Pembelian Barang Stok Barang

Senarai Pembekal Laporan Pembayaran

Keluar Carian

Menu Fungsi
Butang Hasil Jualan - Mengandungi borang hasil perolahan dari jualan
- Mengandungi borang maklumat tentang pembelian
Butang Pembelian Barang
barang
Butang Senarai Pembekal - Mengandungi nama senarai pembekal
Butang Senarai Pembayaran -Mengandungi senarai & status pembayaran
Butang Senarai Barang & - Mengandungi senarai dan jenis barang
Harga
- Mengandungi maklumat tentang kuantiti stok
Butang Stok
semasa
Butang Carian - Mencari fail
Butang Keluar - Keluar dari sistem
HASIL JUALAN HARIAN

TARIKH: Laporan simpan

SENARAI BARANG JUALAN

ITEM UNIT HARGA TOTAL

2
3

4
JUMLAH :

Menu Fungsi
Kotak teks tarikh - Memasukkan maklumat tarikh
Kotak teks item - Memasukkan maklumat tentang nama barang
Kotak teks unit - Memasukkan bil unit barang yang telah di jual
Kotak teks harga - Memasukkan harga item
Kotak teks total - Memasukkan jumlah harga barang jualan
Kotak teks jumlah - Mengira semua jumlah perolehan
Butang simpan - Arahan untuk menyimpan maklumat
Butang cetak - Arahan untuk cetak laporan
Butang Senarai Pembekal - Mengandungi nama senarai pembekal
- Arahan untuk membuang maklumat
simbol buang
-Arahan di gunakan untuk menambah maklumat
simbol tambah
Butang Kembali - Kembali ke menu utama
Butang Cetak - Cetak laporan
Butang Batal -Membatalkan proses

You might also like