You are on page 1of 2

Adab-adab Seorang Guru

Bukan pelajar sahaja yang perlu beradab, guru juga ada adab-adab yang PERLU diamalkan
agar 'ilmu yang kita sampaikan ada keberkatan di sisi ALlah dan berkesan serta bermanfaat
kepada diri sendiri dan kepada penerima. Bahkan rezeqi kita juga akan diberkati Allah...
Insha'ALlah.

Muslimin muslimat yang dirahmati ALlah...


Telah berkata Al-Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali dalam kitab beliau Bidayatul Hidayah:

"Jika engkau seorang guru, maka hendaklah engkau jaga adab-adab ini:
1. Ihtimal (banyak SABAR menanggung kesusahan)
2. Lambat marah
- Marah orang beriman hanyalah apabila MARUAH AGAMA & HAQ-HAQ ALLAH
DICALAR & DIROBEK-ROBEK
3. Duduk dengan haibah atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala
4. Meninggalkan takbur atas sekalian hamba Allah Ta'ala kecuali terhadap ORANG YANG
ZALIM kerana menegahkan daripada kezalimannya
5. Memilih tawaddhu' yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan pada majlis
orang ramai
6. Meninggalkan bergurau dan bermain-main
7. KASIH SAYANG dengan murid dan LEMAH LEMBUT dengan yang kurang pandai.
- Jangan sesekali memaki hamun pelajar-pelajar anda lebih-lebih lagi di hadapan khalayak
ramai.
8. Membimbing murid yang lemah
9. Tidak memarahi murid yang bodoh/ lembab.
10. Tidak malu daripada berkata "aku tidak tahu" (bagi masalah yang tidak diketahuinya)
- Tidak jatuh air muka kita, tidak tercalar darjat kita... jika kita berani mengatakan "aku tidak
tahu"... bahkan atas kejujuran menyatakan "aku tidak tahu" tersebut, boleh jadi akan naik
martabat kita pada pandangan manusia...
11. Memberi perhatian kepada murid yang bertanya dan cuba memahami soalannya dengan
baik
12. Menerima hujjah atau dalil yang dihadapkan kepadanya
13. Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika ia tersalah
14. Melarang murid daripada 'ilmu yang boleh memudharatkan
15. Melarang murid daripada menghendaki yang lain dari Allah dengan 'ilmunya
16. Melarang murid daripada menuntut 'ilmu yang fardhu kifayah sebelum selesai daripada
menuntut 'ilmu yang fardhu 'ain. Dan 'ilmu yang fardhu 'ain itu ialah yang berkenaan
membaikkan zahir dan batin dengan taqwa.
17. Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia menyuruh orang lain, supaya muridnya
dapat mencontohi 'amalannya dan mengambil manfaat daripada percakapannya ('ilmunya).

You might also like