Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
86Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
BMM 3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Ratings: (0)|Views: 2,738 |Likes:

More info:

Published by: Nor Hayati Mohd Salleh on Apr 05, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/12/2014

pdf

text

original

 
PASIRPEKANBMM 3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH1. TEORI HURAIAN BAHASAPengenalanTeori Huraian dan Pemerolehan BahasaTeori huraian bahasa menjelaskan bahawa unsur-unsur bahasa yang diajarkan boleh dihurai.Penerangan ini penting bagi menentukan butir-butir yang hendak dijadikan bahan pengajaran danprosedur-prosedur mengajar. Bahan dan prosedur pengajaran inilah yang digunakan untukmenyampaikan isi pengajaran. Manakala proses pemerolehan dan penguasaan bahasa pula, merujukkemampuan kanak-kanak menggunakan bahasa dan bentuk ujaran yang mempunyai maknaberdasarkan lingkungan pengalaman, pemahaman dan tanggapannya sendiri yang berbeza daripadasistem orang dewasa.Teori Huraian BahasaTeori TradisionalTeori ini wujud sejak abad kelima sebelum masehi. Ahli-ahli falsafah Yunani seperti Plato cubamenghuraikan bahasa dengan mengkaji bentuk-bentuk bahasa mereka sendiri berdasarkan bahan-bahan tulisan. Kajian-kajian mereka dibuat berdasarkan falsafah, kerana pada masa itu bahasamerupakan satu daripada cabang falsafah yang penting dan dianggap satu bidang yang dapatmembantu mereka menyelidik tabii alam. Kegiatan orang-orang Yunani meliputi aspek-aspektatabahasa yang terdapat ketika itu, contohnya penjenisan kata adverba, kata sendi, kata seru dankata partikel.Kajian bahasa bentuk ini diteruskan oleh orang-orang Rom yang turut mengkaji bahasa lain (selainbahasa mereka sendiri). Seterusnya sarjana-sarjana Arab juga menjalankan kajian denganmenggunakan kaedah yang sama terhadap bahasa mereka iaitu bahasa Arab. Kajian yang serupajuga telah dijalankan oleh pendeta-pendeta India seperti Panini  yang menghuraikan bahasaSanskrit. Kajian dan penghuraian bahasa secara tradisional ini berlanjutan hingga ke abadpertengahan dan abad ke-19.Ahli-ahli bahasa tradisional berpendapat bahawa struktur-struktur bahasa ialah hasil daripadareason dan bahasa di dunia ini ialah variasi daripada satu sistem yang berasaskan logik dan rasionalyang sama. Kajian ahli-ahli bahasa tradisional mempunyai ciri-ciri yang berikut:a. Kajian-kajian bahasa dibuat berasaskan bahasa tulisan.
 
b. Huraian tatabahasa bersifat rasional dan berasaskan anggapan bahawa disiplin-disiplin lain tiadakaitan dengan bahasa. Akibatnya huraian unsur-unsur bahasa tidak tetap dan tidak tepat.Contohnya: dalam tatabahasa bahasa Melayu, nama didefinisikan sebagai segala perkataanmenyebut benda atau orang seperti budak, burung, kaki, tahun, bulan... (Zaba, 1954). Huraian iniberbentuk nasional. Walau bagaimanapun apabila mendefinisikan kata sifat, definisinyaberdasarkan fungsi pula: iaitu sifat ialah segala perkataan yang menerangkan atau menunjukkansifat sesuatu nama atau perbuatan atau lainnya, seperti besar, bodoh, pandai, segera, selalu (Zaba, 1954).c. kajian bahasa dibuat secara deduktif, iaitu mengutamakan pemahaman peraturan-peraturanbahasa terlebih dahulu sebelum memberikan contoh-contoh.d. Menganggap bahawa bahasa-bahasa di dunia dapat dihurai dengan berasaskan ciri-ciri sejagat(seperti logik, falsafah dan sebagainya). Ahli bahasa tradisional berpendapat bahawa semua bahasadi dunia merupakan variasi daripada bahasa Yunani dan Latin. Oleh itu, menurut mereka semuabahasa dapat dihurai berasaskan unsur-unsur yang sama.ori StrukturalAliran linguistik ini muncul pada abad ke-20. Ahli-ahli bahasa yang menganuti aliran ini termasuklahde Saussure, Bloomfield, Otto Jespherson, Edward Sapir dan sebagainya. Ahli-ahli bahasa strukturalini, menumpukan pengkajian mereka untuk menghuraikan struktur bahasa. Mereka menganggapbahawa struktur bahasa merupakan kaitan antara fonem sebagai unit bunyi dengan fonem sebagaiunit tatabahasa. Asas pengkajian mereka berlandaskan pernyataan bahawa tiap-tiap bahasa terdiridaripada satu pertalian struktur yang tersendiri. Sementera itu, tugas utama mereka ialah mengkajiunsur-unsur bahasa sebagai sebahagian daripada satu keseluruhan sistem bukan sebagai unsur yangberasingan. Bagi ahli-ahli bahasa struktural, bahasa ialah satu sistem bunyi pertuturan yang arbitrariuntuk menyatakan sesuatu objek, keadaan atau konsep yang digunakan untuk berkomunikasi.Sebagai rumusan dapat dikatakan bahawa;i. bahasa ialah satu sistem bunyiii. bahasa bersifat arbitrariiii. bahasa ialah alat perhubunganAhli-ahli bahasa struktural membuat kajian huraian bahasa secara empirikal/saintifik. Setiap huraianyang dibuat berdasarkan contoh-contoh ujaran yang telah dikumpulkan melalui satu pemerhatian.Tegasnya, huraian bahasa adalah semata-mata berdasarkan fakta-fakta bahasa yang dapatdiperhatikan. Oleh itu, penerangan tidak dibuat terhadap fakta-fakta yang tidak dapat dilihat. Jadi,pendekatan yang digunakan bagi menghuraikan bahasa ialah pendekatan induktif. Oleh sebab ahli-ahli struktural berpendapat bahawa setiap bahasa terdiri daripada satu pertalianstruktur yang tersendiri, maka kajian bahasa dijalankan dalam pelbagai peringkat morfologi dan
 
sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkantaburan kata-kata itu dalam struktur ayat.Contoh: 1. Emak .......... baju2. Kakak ..........pokok3. Adik ............ buku4. Bapa .......... suratAhli-ahli struktural menggantikan istilah-istilah kata nama, kata kerja, kata ganti dan lain-lain denganistilah kelas.Pada peringkat sintaksis ahli-ahli bahasa struktural memberikan tumpuan pada perkembanganelemen-elemen dalam ayat ataupun konstituen-konstituen dalam ayat. Ini merupakan analisis ayatyang memecahkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan kemudianmengaitkan setiap konstituen kepada konstituen yang lebih besar. Konstituen yang lebih besardikaitkan pula dengan yang lain. Cara pembahagian ini dikenali sebagai analisis konstituen terdekat.Teori Huraian Bahasa Transformasi Generatif (TG)Selepas aliran struktural, timbul pula satu aliran baru dalam tahun 1950-an iaitu aliran TG. Peloporaliran ini ialah Noam Chomsky dengan bukunya Syntactic Structures (1957) dan Aspects of theTheory of Syntax (1965).Kajian TG dibuat berasaskan kenyataan bahawa seseorang penutur natif (jati) sesuatu bahasaberkebolehan membentuk dan memahami pertuturan yang belum pernah didengar kerana merekadilahirkan dengan kemampuan semula jadi untuk berbahasa. Kemampuan ini merupakanpengetahuan mengenai rumus-rumus tatabahasa bagi bahasa tersebut. Jadi analisis TG bertujuanmembentuk rumus-rumus sesuatu bahasa dengan lengkap berdasarkan pengetahuan penutur natif sesuatu bahasa. Rumus-rumus yang disediakan itu akan membolehkan orang lain yang tidak tahubahasa itu membentuk ayat-ayat dalam bahasa berkenaan. Rumus-rumus yang dimaksudkan ituialah rumus-rumus struktur frasa dan rumus-rumus transformasi.

Activity (86)

You've already reviewed this. Edit your review.
mantoda liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Jahirah Junid liked this
Muhd Amerul liked this
Nadziran Eziz liked this
Ting Ting Fiona liked this
Aruna Madasamy liked this
Reduan Md Isa liked this
sanigsr liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->