You are on page 1of 8

Bagaimana Nak Jadi 

Guru?
KURSUS PRAPERKHIDMATAN

Kursus praperkhidmatan merupakan program yang menyediakan latihan untuk guru-guru


praperkhidmatan sekolah rendah dan menengah. Program ini dijalankan di institut-institut
pendidikan guru seluruh Malaysia. Kelayakan asas dan tempoh pengajian ditentukan
mengikut kursus yang ditawarkan. Di antara kursus yang ditawarkan ialah: 

i.       Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)

Program KPLI ini ditawarkan kepada pemohon yang memiliki sekurang-kurangnya Ijazah
Sarjana Muda atau setaraf dengannya yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi guru di
sekolah rendah mengikut bidang yang ditawarkan. Kursus 1 tahun ini ditawarkan bagi
pengambilan Februari dan Julai pada setiap tahun. Unjuran pengambilan pelatih bagi program ini
adalah berdasarkan keperluan guru semasa dan contoh bidang program yang ditawarkan adalah
seperti berikut ;

§  Bahasa Melayu

§   Bahasa Inggeris

§   Bahasa Cina

§   Bahasa Cina (Sekolah Kebangsaan)

§   Bahasa Tamil

§   Bahasa Tamil (Sekolah Kebangsaan)

§   Matematik

§   Pendidikan Islam

§   Sains

§   Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

§   Pendidikan Seni Visual

§   Kemahiran Hidup

§   Pendidikan Jasmani

1
§   Bimbingan

§   Pemulihan

§   Pengajian Sosial

§   Pendidikan Muzik

ii.    Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) :

Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru dalam pelbagai bidang bagi keperluan
di sekolah rendah, kecuali bidang Pengajian Bahasa Inggeris (TESL) ditawarkan bagi keperluan
di sekolah rendah dan sekolah menengah. Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti
berikut :

 Bahasa Melayu
 Bahasa Inggeris
 Bahasa Cina
 Bahasa Tamil
 Bahasa Arab
 Sains
 Matematik
 Pengajian Sosial
 Pendidikan Islam
 Pendidikan Seni Visual
 Pendidikan Jasmani
 Reka Bentuk dan Teknologi
 Pendidikan Prasekolah
 Pendidikan Muzik
 Pemulihan
 Bimbingan
 Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran/ Pendengaran/  Penglihatan)

iii. Program Kembar Praperkhidmatan B.Ed. (TESL) antara Kementerian Pelajaran


Malaysia(KPM) dengan Institusi-institusi Dalam dan Luar Negara :

Kursus ini ditawarkan kepada pemohon lepasan SPM yang berkelayakan dan berminat untuk
mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan Bahasa
Inggeris sebagai Bahasa Kedua.

iv. Program Kembar Bahasa Perancis atau Bachelor of Arts Degree in Sciences of


Languages and Information Specializing in Teaching French As A Foreign Language

Kursus yang menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda Linguistik ini ditawarkan kepada pemohon
lepasan SPM yang berkelayakan dan berminat untuk mengajar matapelajaran Bahasa  Perancis di

2
sekolah. Kursus ini menggunakan kurikulum yang telah dipersetujui bersama dengan University
of Poitiers, Perancis.

v. Program Kembar Bahasa Jerman atau Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman
Dengan Pendidikan

Kursus yang menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda Linguistik ini ditawarkan kepada pemohon
lepasan SPM yang berkelayakan dan berminat untuk mengajar matapelajaran Bahasa Jerman di
sekolah.

vi. Program Penghantaran Pelajar-Pelajar Cemerlang ke Luar Negara:

Program latihan perguruan ini ditawarkan kepada calon lepasan SPM yang mencapai keputusan
cemerlang dalam SPM dan berminat untuk mangajar dalam matapelajaran mengikut bidang
kursus yang ditawarkan. Struktur pengajian adalah selama 6 Tahun iaitu 1 ½  – 2 tahun dalam
Kursus Persediaan, 3 tahun dalam Ijazah Pertama di universiti luar negara dan 1 tahun Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah di Institut Pendidikan Guru. Kursus yang ditawarkan dalam program
ini adalah seperti berikut;

§   Bachelor of Science (Honours) – Physics

§   Bachelor of Science (Honours) – Mathematics

§   Bachelor of Science (Honours) – Biology

§   Bachelor of Science (Honours) – Chemistry

§   Bachelor of Science (Honours) – Clinical Speech Therapy

§   Bachelor of Science (Honours) – Occupational Health Therapy

§   Bachelor of Science (Honours) – Audiology

§   Bachelor of Science (Honours) – Clinical Psychology

3
SYARAT DAN KELAYAKAN KURSU-KURSUS PERGURUAN LEPASAN SPM

Calon hendaklah memenuhi syarat-syarat dan kelayakan asas seperti berikut:

a)        Warganegara Malaysia.

b)        Umur tidak melebihi 20 tahun iaitu lahir selepas 1 Julai pada masa iklan dikeluarkan.

c)        Mempunyai kelayakan akademik dengan mendapat sekurang-kurangnya 


enam kepujian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk mata pelajaran berikut :

·   Bahasa Melayu

·   Bahasa Inggeris

·   Sejarah

·   Matematik atau Matematik Tambahan

·   Biologi atau Fizik atau Kimia atau

Pengajian Kejuruteraan Mekanikal atau Pengajian Kejuruteraan Awam atau Pengajian


Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau  Teknologi Kejuruteraan atau Lukisan Kejuruteraan atau
Sains atau Sains Tambahan; dan

·    Satu  mata pelajaran yang lain

d)      Memenuhi syarat  dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-
Panduan Permohonan).

e)    Bagi mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar
Negara (PPC), calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya, 7A termasuk mata pelajaran
pada para 1.3.1, 1.3.2, 1.3.3, 1.3.4, 1.3.5 dan dua mata pelajaran lain di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia. Calon yang mencapai gred 3B atau lebih baik dalam matapelajaran Bahasa
Inggeris GCE O Level di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau mencapai sekurang-kurangnya
Band 5 dalam Malaysian University English Test (MUET) akan diberi keutamaan. 

f)     Program Kembar Bahasa Peranchis ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan
asas bertutur dan menulis Bahasa Perancis serta memiliki sijil kelayakan Bahasa Peranchis
sekurang-kurangnya Delf 1. Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan

4
selama 4 semester di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon yang lulus Kursus Persediaandengan jayanya akan
ditawarkan bagi mengikuti Program Kembar Bahasa Perancis selama 6-7 semester di Perancis. 
Pada tahun empat (4) calon akan menyambung berkursus di IPGM.

g)      Program Kembar Bahasa Jerman ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan
asas bertutur dan menulis dalam Bahasa Jerman. Sebagai prasyarat, calon dikehendaki
mengikuti Kursus Persediaan selama dua tahun di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon yang lulus kedua-dua Kursus
Persediaan dengan jayanya akan ditawarkan mengikuti Program Kembar Bahasa Jerman di
universiti tempatan selama 6 semester (Tahun 1, 2 dan 3) dan di IPGM selama 2 semester
(Tahun 4).

h)      Untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), calon dikehendaki


mengikuti Kursus Persediaan selama 3 semester di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai prasyarat. Hanya calon yang lulus
Kursus Persediaan dengan jayanya akan ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan selama 8 semester di IPGM/ IPTA.  Calon yang menamatkan program ini
dengan jayanya akan dianugerahi Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian/ B. Ed.
(TESL).

i)      Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah


Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.

j)    Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada  kedudukan
pencapaian merit skor akademik, prestasi dalam temu duga dan juga keputusan ujian
sahsiah. Keutamaan akan diberi kepada calon yang aktif di dalam aktiviti kokurikulum.

k)    Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawar program atau bidang pengajian


bukan pilihan danmenempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM) atau di mana-mana universiti yang ditetapkan.

l)       Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk
status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPGM/ Kolej yang ditetapkan.Tiada surat
menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan untuk menghadiri temu
duga adalah tanggungan calon sendiri.Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan
diserahkan di IPGM/ Kolej yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon
melapor diri pada hari pendaftaran.

5
 

SYARAT DAN KELAYAKAN KURSUS KPLI

a.    Warganegara Malaysia

b.    Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Jun 2009 iaitu  lahir selepas 1 Jun 1974.

c.    Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)  tempatan atau luar negara.

d.    Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan.

e.    Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa
Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di
peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V).

f.     Bagi memohon  Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan
Perguruan Berasaskan Sekolah, calon hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang
Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan.

g.    Calon hendaklah sihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program-program yang
dirangka untuk kursus ini.

h.    Calon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukkan ijazah (skrol) semasa
pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia.

i.    Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang
sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan
Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti tidak layak memohon.

6
CARA MEMOHON

i.  Calon dikehendaki merujuk e-Panduan Permohonan terlebih dahulu sebelum


mengemukakan permohonan melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL
seperti berikut: http://www.moe.gov.my

Permohonan boleh dibuat secara Aplikasi Dalam Talian (on-line) sahaja.

ii.    Permohonan Dalam Talian hanya boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan
Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara dengan
bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja). Calon atau wakilnya hendaklah
membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor 
PIN ini.

iii.   Calon dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja. 

iv.  Calon diminta mengisi DUA pilihan kursus sahaja mengikut keutamaan daripada mana-mana
senarai kursus yang ditawarkan.

v.   Gunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang
telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat
sebelum tarikh tutup permohonan.

vi.   Maklumat yang tidak lengkap, boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

vii.  Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian


daripada internet dan dibawa bersama semasa ujian.

viii.  Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu
Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada internet. Borang
Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah
dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga. Bahagian
Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan  makluman secara bersurat  kepada calon.

ix.  Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki
membawa surat pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga.

7
IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru Malaysia adalah tertakluk
kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk
berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman
seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.

Selain IPGM terdapat juga universiti yang menawarkan kursus dalam


bidang pendidikan untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan berminat
menjadi guru berjumpalah dengan kaunselor anda sekarang!!

You might also like